Munakahat: Pembubaran Perkahwinan (Perceraian)

*

Author Topic: Munakahat: Pembubaran Perkahwinan (Perceraian)  (Read 44693 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

MANMAN

  • *
  • Posts: 7
    • View Profile
Reply #20 16 January, 2011, 03:10:24 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum Ummi,

    Adakah kata-kata begini dianggap kiasan,' Perasaan saya dah mati nak teruskan dgn awak. Awak nak ke pejabat agama ke, nak keluar ke- bualah suka hati awak. Antara kita dah tak de apa-apa'


    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #21 30 January, 2011, 10:09:05 AM
  • Publish
  • 'antara kita dah takda apa-apa'

    apa maksud seorang suami melafazkan kata-kata ini? Merajukkah? Macam patah hati ja ayatnya.. Bagaimana keadaan suami ketika itu? Tertekan? Buntu? Keliru? Marah? Atau tenang dan sedar? Dapat berfikir dengan waras?

    Kalau suami bermaksud menceraikan isteri, memanglah lafaz begitu sudah cukup sebagai kiasan. Tetapi jika tidak bermaksud cerai, mungkin ia suatu amaran yang keras buat si isteri supaya tidak mengulangi kesilapan sama.

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #22 30 January, 2011, 10:28:28 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum Ummi,

    Adakah kata-kata begini dianggap kiasan,' Perasaan saya dah mati nak teruskan dgn awak. Awak nak ke pejabat agama ke, nak keluar ke- bualah suka hati awak. Antara kita dah tak de apa-apa'

    Bagaimana situasi dirinya,emosinya,perasaannya ketika melafazkan kata-kata itu?  Adakah dalam keadaan marah? Adakah sihat mentalnya? Sihatkah jiwanya? Semua itu perlu dikaji terlenih dahulu.

    JIka tidak pasti,bawa pertanyaan itu ke pejabat agama atau mahkamah syariah. Jangan kita sendiri memandai menjatuhkan hukum. Ini melibatkan hukum haram dan halalnya sebuah perhubungan dan nasab.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #23 30 January, 2011, 10:33:20 AM
  • Publish
  • Talak Dalam Keadaan Marah

    Talak tak jatuh jika dibuat dalam keadaan marah. Dalam keadaan marah,di anggap akal tidak waras.

    Mengenai talak orang yang marah ini, ada sebuah hadits yang diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu 'anha, ia bercerita, aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam bersabda,

    لاَ طَلاَقَ وَ لاَ عِتَاقَ فِيْ إغْلاَقِ

    "Tidak ada talak dan juga pemerdekaan budak dalam keadaan ighlaq" (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al Hakim)

    Imam Ahmad dalam sebuah riwayat mengemukakan, "Kata Ighlaq berarti marah." Yang demikian itu merupakan nash Ahmad yang diceritakan Khalal dan Abu Bakar dalam kitab asy Syaafi dan Zaadul musafir. Demikianlah Imam penafsiran Ahmad.

    Di dalam kitabnya, Sunnah Abu Dawud, Abu Dawud mengemukakan, "Aku kira yang dimaksud adalah marah." Dan ia telah menulis satu bab khusus, yaitu "Talak yang dijatuhkan ketika sedang marah." Abu Ubaid dan beberapa ulama lainnya menafsirkan kata ighlaq itu sebagai paksaan. Dan ada juga ulama yang menafsirkannya dengan pengertian tidak waras.



    Marah ada tiga jenis:


    1. Marah yang menghilangkan akal sehingga yang bersangkutan tidak menyadari apa yang dikatakannya. Dalam keadaan seperti ini talaknya tidak dianggap sah tanpa ada perbezaan diantara para ulama.


    2. Marah yang masih dalam batas kesadaran, tidak menghalangi yang bersangkutan dari memahami apa yang dikatakannya. Dalam keadaan seperti ini talaknya dianggap sah.


    3. Marah yang menguasai diri dan memuncak namun tidak menghilangkan akal secara keseluruhan. Namun terhalang antara dirinya dengan niatnya sehingga ia menyesal atas apa yang ia lakukan apabila kemarahannya telah mereda. Keadaan ini masih dipersoalkan. Namun pendapat yang mengatakan talak dalam keadaan ini tidak jatuh adalah lebih tepat dan lebih terarah.



    Sumber:
    Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 3/81-83.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #24 30 January, 2011, 10:36:53 AM
  • Publish
  • Talak ~ Lafaz Sharih dan Lafaz Kinayah


    Talak ini ada banyak cara yang menyebabkan ia jadi sah. Ada lafaz secara jelas, ada lafaz secara sindiran.

    TALAK


    Pengertian Talak

    Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian".


    Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan. Sebagaimana firman Allah swt di surah At Talak ayat 2 yang bermaksud,


    "Maka rujuklah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik pula"



    Jenis-jenis Lafaz Talak



    Lafaz talak terbahagi kepada dua:

    1. Talak Sharih
    2. Talak Kinayah.

    Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

    Contoh lafaz yang Sharih:

    1. Aku ceraikan kau dengan talak satu
    2. Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
    3. Hari ini aku ceraikan kau

    Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.


    Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

    1. Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
    2. Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
    3. Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

    Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

    Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.


    Contohnya kes ini :


    Situasinya begini....Seorang suami mempunyai 2 orang isteri secara rahsia iaitu Puan A dan Puan B. Walaubagaimanapun, tembelang si suami pada suatu hari terbongkar apabila Puan A terserempak si suami ini bersama Puan B. Walaubagaimanapun apabila disoal, si suami menafikan bahawa Puan B ini adalah isterinya. Soalannya, adakah jatuh talak pada Puan B tersebut apabila si suami tidak mengaku bahawa Puan B adalah isterinya di hadapan Puan A?


    Jawapan;

    Penafian suami tentang status seorang wanita sebagai isterinya atau ucapannya "Dia bukan isteriku" bergantung kepada niat suami kerana ia termasuk dalam lafaz kinayah talak (yakni lafaz yang boleh difahami dengan maksud talak dan bukan talak), bukan termasuk dalam lafaz Sharih (yakni lafaz yang tidak difahami melainkan dengan maksud talak, iaitu lafaz cerai atau lafaz talak itu sendiri). Jika suami bermaksudkan talak/cerai dengan penafian atau ucapan tersebut, jatuhlah talak. Jika tidak berniat talak, tidaklah jatuh talak.

    Wallahu a'lam.

    Rujukan;

    1. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com/ar/ref/100997/)

    Nie Feng

    • *
    • Posts: 113
      • View Profile
    Reply #25 10 April, 2011, 04:15:34 AM
  • Publish
  • salam..
    andaikata seorang isteri memohon penceraian atas alasan suaminya seorg penipu,dan suaminya tidak mahu menceraikanya dan berjanji untk berubah,adakah ada jalan2 lain pada si isteri untuk memohon penceraian.?adakah si isteri tadi di hukum NUSYUZ?
    Orang yang memberi ilmu kepada si bodoh akan hilanglah ilmu itu; orang yang yang manahan ilmu dari orang yang memerlukannya, adalah membuat dosa'.

    Linis

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #26 07 July, 2011, 04:58:34 PM
  • Publish
  •  :)

    saya ingin bertanye jika suami kita tidak bertanggungjwb maksud saya tidak bekerja selama 10thn dan hanya berharap atas gaji isteri semata-mata dan membuatkan si isteri rasa amat tertekan. Lagi2 dengan maki hamun yang dilemparkan oleh si suami adakah wajar si isteri memohon cerai secara fashak?.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #27 07 July, 2011, 05:10:57 PM
  • Publish
  • :)

    saya ingin bertanye jika suami kita tidak bertanggungjwb maksud saya tidak bekerja selama 10thn dan hanya berharap atas gaji isteri semata-mata dan membuatkan si isteri rasa amat tertekan. Lagi2 dengan maki hamun yang dilemparkan oleh si suami adakah wajar si isteri memohon cerai secara fashak?.


    boleh puan pilihan sendiri

    saya ada kawan, isteri kerja TOLL, bolehlah gaji tu bela keluarga 4 orang termasuk suami
    suami dah 40an, dah lebih 10  tahun tak bekerja, sekarang jalankan tugas surirumah, masak, basuh, jaga anak anak, jika suami nak kelaur pun, malam malam sekejap saja masanya

    hari cuti pun dia masakkan seperti biasa

    bila saya main Halaqah.net ni, isu suami tak bekerja ni RAMAI

    kawan tu tadi, kata, jangan cakap macam tu bang, aku pun seperti tu, tapi.............

    Rumahtangga mereka masih rukun elok lagilah, inshallah

    bukan suami tak cuba cari kerja, tapi, orang tak hendak terima

    jadi keadaan puan, kena maki hamun dan belasah tu, menyedihkan

    Fikirkan lah anak anak,

    Jika puan mahukan Ilmu, agar boleh ubah situasi tu, inshallah boleh PM saya

    Allah tak ubah nasib kita, jika kita tak mahu

    semuga boleh ubah kesilapan, tetapi tidak bercerai berai, inshallah bertambah erat di jauhi dari maki hamun, inshallah

    sebenarnya macam macam ujian terhadap kita, TERBIT daripada, hati kecil kita, situlah Allah melihat, lalu Dia bukakan peluang bagi dirimu memilih

    inshallah
    ada ILMU, senang saja mahu ubah situasi dan kondisi

    subhanallah

    humaizah

    • *
    • Posts: 33
      • View Profile
    Reply #28 05 October, 2011, 06:08:55 PM
  • Publish
  •   :)

    saya juga ada kemusykilan,mengenai hak isteri yang memohon fasakh.sekiranya hanya satu dari senarai tersebut terdapat pada diri suami adakah isteri berhak memohon fasakh?hanya satu sahaja...kalau difikirkan terima sahaja dugaan dan cubaan yang hanya satu itu,tapi sekiranya terfikir kembali akan yang satu point itu,kembali berfikir bagaimana proses pembubaran perkahwinan..harap kemusykilan ini dapat dileraikan..jazakallah..

    minnaminna

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #29 19 January, 2012, 11:21:31 PM
  • Publish
  • Salam Ummi,

    Saya mempunyai 1 kemusykilan. Masalah ini sudah lama saya simpan. Semasa awal perkahwinan dulu, saya dengan suami kerap bergaduh. Satu malam, disebabkan terlampau marah, saya cakap benci banyak kali kepada suami. Tapi suami sambil ketawa menyambut kata-kata saya dengan berkata'kalau benci, cerai'. 2 kali saya kata benci, 2 kali juga suami kata begitu. tp suami bercakap sambil main-main dan ketawa. Tapi, malam itu juga kami berbaik dan melakukan hubungan suami isteri. Esoknya, baru saya tersedar kata-kata tersebut dan memberitahu suami kemungkinan talak telah jatuh. Tapi, suami marah ungkit perkara itu kerana dia tak berniat pun untuk menceraikan saya. Saya malu untuk rujuk ke mahkamah syariah tentang status kami, kerana kami masih saling menyayangi.

    Saya ada bertanya kepada beberapa orang kawan, dia kata, saya dan suami masih suami isteri kerana suami telah rujuk kembali dengan melakukan hubungan itu. Masalahnya, sampai sekarang saya was-was dan tertanya-tanya.

    1) Adakah betul talak telah jatuh dengan lafaz tersebut? dan berapa talak telah berlaku?

    2) Betul ke cara rujuk kami atau perlu kami akad semula?

    tolonglah leraikan kekusutan hati saya selama ini...

    Terima Kasih

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #30 20 January, 2012, 05:24:48 AM
  • Publish
  • Salam Ummi,

    Saya mempunyai 1 kemusykilan. Masalah ini sudah lama saya simpan. Semasa awal perkahwinan dulu, saya dengan suami kerap bergaduh. Satu malam, disebabkan terlampau marah, saya cakap benci banyak kali kepada suami. Tapi suami sambil ketawa menyambut kata-kata saya dengan berkata'kalau benci, cerai'. 2 kali saya kata benci, 2 kali juga suami kata begitu. tp suami bercakap sambil main-main dan ketawa. Tapi, malam itu juga kami berbaik dan melakukan hubungan suami isteri. Esoknya, baru saya tersedar kata-kata tersebut dan memberitahu suami kemungkinan talak telah jatuh. Tapi, suami marah ungkit perkara itu kerana dia tak berniat pun untuk menceraikan saya. Saya malu untuk rujuk ke mahkamah syariah tentang status kami, kerana kami masih saling menyayangi.

    Saya ada bertanya kepada beberapa orang kawan, dia kata, saya dan suami masih suami isteri kerana suami telah rujuk kembali dengan melakukan hubungan itu. Masalahnya, sampai sekarang saya was-was dan tertanya-tanya.

    1) Adakah betul talak telah jatuh dengan lafaz tersebut? dan berapa talak telah berlaku?

    2) Betul ke cara rujuk kami atau perlu kami akad semula?

    tolonglah leraikan kekusutan hati saya selama ini...

    Terima Kasih

    Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian".

    Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan. Sebagaimana firman Allah swt di surah At Talak ayat 2 yang bermaksud,


    "Maka rujuklah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik pula"

    Jenis-jenis Lafaz Talak


    Lafaz talak terbahagi kepada dua:

    1. Talak Sharih
    2. Talak Kinayah.

    Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

    Contoh lafaz yang Sharih:

    1. Aku ceraikan kau dengan talak satu
    2. Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
    3. Hari ini aku ceraikan kau

    Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

    Berdasarkan cerita puan, lafaz "kita cerai" oleh suami itu jelas disebut walaupun sambil ketawa dan main-main. Dilafaz tanpa niat tetapi ia merupakan lafaz sharih.

    Walaupun jika dikira jatuh talak, puan dikira dalam eddah, apabila telah berjimak, ia telah dikira 'rujuk'. Tidak perlu akad nikah semula.

    Namun, untuk tujuan rekod dan dokumentasi, untuk kemaslahatan akan datang, puan perlu juga ke pejabat agama berhampiran untuk melaporkan hal ini. Berapa kali lafaz cerai dan rujuk ini perlu direkodkan supaya tidak melanggar batas-batas dalam hukum syarak, mana tahu terlupa lagi, telah 3 kali rupanya bercerai. Talak telah menjadi 3. Apabila bilangan talak telah cukup 3 kali, tidak ada rujuk lagi, dan hubungan jimak selepas 3 kali bertalak adalah zina. Dan anak-anak yang dilahirkan selepas talak 3  berstatus anak zina. Ini yang dikuatiri terjadi.

    Maka sebaik-baiknya kerana perkara agama dunia yang melibatkan akhirat, buang rasa malu, laporkan hal ini ke pejabat agama berhampiran. Sekadar nasihat dari seorang ibu.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #31 20 January, 2012, 05:34:46 AM
  • Publish
  •   :)

    saya juga ada kemusykilan,mengenai hak isteri yang memohon fasakh.sekiranya hanya satu dari senarai tersebut terdapat pada diri suami adakah isteri berhak memohon fasakh?hanya satu sahaja...kalau difikirkan terima sahaja dugaan dan cubaan yang hanya satu itu,tapi sekiranya terfikir kembali akan yang satu point itu,kembali berfikir bagaimana proses pembubaran perkahwinan..harap kemusykilan ini dapat dileraikan..jazakallah..

     :ws:
    Maaf, terlepas pandang soalan ini. Memohon fasakh bukanlah perkara mudah. Proses ambil masa yang lama untuk didengarkan di mahkamah syariah. Segala dakwaan ke atas tuntutan perlu ada bukti dan direkodkan. Ada laporan polis dan laporan perubatan jika tuntutan kerana dipukul , dera atau dizalimi.

    Dalam setiap keadaan, samada kita berkahwin, atau tidak berkahwin, kahwin awal, kahwin lewat dugaan dan ujian hidup tetap ada. Dimana-mana pun kita akan berdepan dengan masalah. Dan kita memang tidak boleh lari dari masalah. Maka hadapi masalah ini dengan sabar dan redha. Berdoa, insyaAllah akan ada jalan keluar bagi setiap masalah yang hadir dalam hidup dan kehidupan kita ini.

    Bila datang masalah, bertenang dahulu, berfikir, muhasabah diri dan berdoa agar dipermudahkan untuk menghadapi masalah agar ditunjukkan jalan keluar yang terbaik. Dalam peringkat inilah yang dikatakan 'sabar'.

    nadiahana60

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #32 20 January, 2012, 11:17:09 AM
  • Publish
  • Bagaimana kalo lafaznya....

    "Suatu hari saya akan menceraikan isteri saya dengan talak 3".....lafaz ini dilakukan selepas solat fardhu di sebuah surau tapi tiada saksi.....

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #33 20 January, 2012, 11:27:14 AM
  • Publish
  • Bagaimana kalo lafaznya....

    "Suatu hari saya akan menceraikan isteri saya dengan talak 3".....lafaz ini dilakukan selepas solat fardhu di sebuah surau tapi tiada saksi.....

    Suatu hari tu bila? Tidak ditetapkan bila harinya, maka tidak jatuhlah talak sebab tak tahu bila masa yang dimaksudkan itu.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #34 20 January, 2012, 11:31:02 AM
  • Publish
  • Ya Allah, halaqian semua, jangan dibuat main-main dengan lafaz cerai dan talak ni....pesan-pesan sesama kita....Lafaz ni halal tapi Allah benci. Bila Allah benci apa ertinya? Jika kita membenci seseorang apa ertinya? Nak tengok muka atau dengar nama pun menyampah, kan? Bergegar tiang arash, apa pula ertinya??? Murka???
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    minnaminna

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #35 20 January, 2012, 06:29:50 PM
  • Publish
  • Assalam...

    Ummi, terima kasih. Nanti, saya akan cuba mengambil masa untuk melaporkan hal ini. Terima kasih di atas nasihat yang diberikan.

    Syukran Jazilan Ya Ummi...

    Marn24

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #36 08 February, 2012, 09:25:30 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.. Says pun ade beberapa soalan.

    1. Beberapa thn lepas saya ade Ckp kat suami, sekiranya dia masih terlibat dgn kegiatan forum sex, jumpa @ tido dgn perempuan2 pelacur (full time @ partime) atau hbgn dgn mana2 perempuan tidak Kira die samada dia meniduri @ tidak, Kira jatuh talak. Dan dia bersetuju don syarat2 saye itu.

    Namun, die tetap surf forum Lucah tapi tidak ada buat apa contribution/post. Dan bila ditegur, dia ckp tak termasuk Dlm persetujuan kami. Saya pun keliru Adakah jatuh talak atau tidak? Pastu ape yg Sah mengikut persetujuan kami?

    2. Sekiranya die Ckp, "ok, I'll let you go. But let's do this properly". Makna jatuh talak ke tidak?

    3.  Adakah cara yg plg senang utk kami bercerai Tanpa melibatkan mahkamah? Saya mmg ada bukti ttg benda2 buruk yg dia buat, tapi saya tak sanggup turun naik court.. Satu benda ini mmg Akan memalukan dia, lagi dia tak pernah nak bagi nafkah kpd saya(mmg la duit utk byr bil utiliti ada bg, tapi duit Utk isteri takde. Munchkin hanya kekdg tu ada bg duit Utk bday. Alasannye, dia x de duit, tapi boleh pulak nak spend duit utk bli brg2 mancing, beli kpl terbang @ bli burung beribu2..

    Walau saya Sudah tak sanggup/x sygkan dia lagi, saye tak sanggup nak ceritakan hal2 buruk dia dihadapan mahkamah@org asing.

    Dia Sudah setuju utk bawa perkara ini ke jab. Agama, tapi saya Perlukan kepastian,Kerana saya Mmg tidak percayakan dia langsung.  Saya takut dia Cuba lengah2kan lagi perkara ini dgn Harapan saya berubah fikiran walaupun saye Sudah nekad.

    Utk pengetahuan, saya Sudah berpindah ke Rumah ibu atas Alasan Kerja. Namun niat saya Mmg meninggalkan dia.
    « Last Edit: 08 February, 2012, 09:37:40 PM by Marn24 »

    sahabat maya

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #37 20 February, 2012, 11:48:59 AM
  • Publish
  • As-salam..
     Kak Ummi Munaliza,saya sudah hampir sebulan keluar dari rumah mak mertua saya,akibat dari perselisihan faham yang teruk dan x sanggup mendengar hinaan dari suami membuat saya nekad untuk keluar dari rumah.Saya keluar dari rumah ditemani oleh adik saya yang turut sama menumpang dirumah mak mertua saya pada masa itu.Suami lebih banyak memberi mesej-mesej yang menekan saya untuk cepat menguruskan penceraian dari memujuk sy.sehingga bila die memujuk pula saya berkata padanya,MATI HIDUP SEMULA PUN SAYA TIDAK AKAN PRNAH MENJADI ISTERI NYA SEMULA".Mak mertua saya juga ada menelefon mak saya,tapi bukan bertanya kan tentang masaalah kami,sebalik nya menambah cerita tentang keburukan saya semasa saya menumpang mereka.cerita-cerita itu pulak sama sekali jauh berbeza dengan keadaan sebenar,disebabkan adik ade menumpang disitu,die menjadi marah dan tidak membenarkan saya kembali semula kerumah mak mertua saya.Akhirnya kami menyewa sebuah rumah.Walaupun rumah tu tidak jauh dari rumah mak mertua saya,suami dan mak mertua tidak pernah datang untuk memujuk saya.Malah semakin saya diam semakin suami saya menyuruh mempercepatkan proses pencerian kami.Kak umi sekarang saya mengandung 5 bulan,saya berkahwin dengan dia pun saya sudah ada 2 orang anak.Terlalu banyak perkara yang saya terasa hati dengan die,dan seakan tidak mungkin untuk saya kembali pada dia.Apakah yang harus saya lakukan?suami pernah bertanya pada saya"AWAK NAK SAYA CERAIKAN AWAK?" dan saya menjawab "YA"..adekah talaq telah jatuh?..Apakah penyelesaian terbaik yang boleh saya lakukan?

    Sekian.

    Mohon redhaMU

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #38 18 March, 2012, 01:28:35 PM
  • Publish
  •  :)
    HUKUM TALAQ

    Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:

       
        2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.

    Situasi saya,

    Pada 2 minggu lepas saya dan suami telah berselisih faham. Ketika itu, saya dalam keadaan haid. Kemudian, suami telah melafazkan ayat seperti ini; "Aku dah fikir masak-masak, aku lepaskan kau. Kau bawalah anak-anak balik rumah mak ayah kau, kau jaga dorang baik-baik, tiap2 bulan aku bagi semua duit gaji aku kat kau, aku ambil sikit untuk belanja aku dan mak ayah aku kat sini. Kau carilah lelaki lain yang lebih baik dari aku, lebih hensem dan boleh layan kau sepertimana yang kau harapkan selama ni."

    Saya terkejut dengan lafaz dia, dan saya tanya dia sekali lagi, serius ke ni apa yang dia cakap? Dia jawab "ya. Aku dah fikir masak-masak." Terpulanglah pada kau nak duduk dengan mak ayah kau kat kampung atau tak."

    Disebabkan terkejut sangat, saya hanya terdiam dan kemudian saya jawab ok kalu dia dah buat keputusan macam tu, saya akan bawa anak-anak tinggal di kampung saya bila cuti sekolah start. Selepas itu, suami terus tidur.

    Soalan saya:

    1. Adakah talaq telah jatuh ke atas saya?
    2. Keesokannya, saya telah memujuk suami dan kami telah berbaik semula dan tidur bersama. Adakah itu dikira sudah rujuk walaupun suami tidak melafazkan untuk rujuk?

    Mohon bantuan dari yang arif. terima kasih.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #39 18 March, 2012, 09:14:50 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.. Says pun ade beberapa soalan.

    1. Beberapa thn lepas saya ade Ckp kat suami, sekiranya dia masih terlibat dgn kegiatan forum sex, jumpa @ tido dgn perempuan2 pelacur (full time @ partime) atau hbgn dgn mana2 perempuan tidak Kira die samada dia meniduri @ tidak, Kira jatuh talak. Dan dia bersetuju don syarat2 saye itu.

    Namun, die tetap surf forum Lucah tapi tidak ada buat apa contribution/post. Dan bila ditegur, dia ckp tak termasuk Dlm persetujuan kami. Saya pun keliru Adakah jatuh talak atau tidak? Pastu ape yg Sah mengikut persetujuan kami?

    2. Sekiranya die Ckp, "ok, I'll let you go. But let's do this properly". Makna jatuh talak ke tidak?

    3.  Adakah cara yg plg senang utk kami bercerai Tanpa melibatkan mahkamah? Saya mmg ada bukti ttg benda2 buruk yg dia buat, tapi saya tak sanggup turun naik court.. Satu benda ini mmg Akan memalukan dia, lagi dia tak pernah nak bagi nafkah kpd saya(mmg la duit utk byr bil utiliti ada bg, tapi duit Utk isteri takde. Munchkin hanya kekdg tu ada bg duit Utk bday. Alasannye, dia x de duit, tapi boleh pulak nak spend duit utk bli brg2 mancing, beli kpl terbang @ bli burung beribu2..

    Walau saya Sudah tak sanggup/x sygkan dia lagi, saye tak sanggup nak ceritakan hal2 buruk dia dihadapan mahkamah@org asing.

    Dia Sudah setuju utk bawa perkara ini ke jab. Agama, tapi saya Perlukan kepastian,Kerana saya Mmg tidak percayakan dia langsung.  Saya takut dia Cuba lengah2kan lagi perkara ini dgn Harapan saya berubah fikiran walaupun saye Sudah nekad.

    Utk pengetahuan, saya Sudah berpindah ke Rumah ibu atas Alasan Kerja. Namun niat saya Mmg meninggalkan dia.

    Oleh kerana  perkataan yang puan tulis ini dalam bahasa inggeris, (Sekiranya die Ckp, "ok, I'll let you go. But let's do this properly".) Saya tidak faham, maka sebaiknya untuk kepastian , sila tanya di Pejabat Agama berhampiran.

    Jika masa untuk bernikah dahulu perlu mengambil masa, maka untuk hakim memutuskan sesuatu perceraian itu disahkan juga mengambil masa. Sekiranya tidak mahu membongkar masalah , aib dan keburukan pasangan dihadapan sesiapa, maka bercerailah dengan baik. Sila buka fail dimahkamah dan nyatakan sebab -sebab perceraian yang logik.

    Semasa perbicaraan, nyatakan ya sahaja, "bahawa saya faham , dan ingin bercerai". Maka kes akan cepat selesai tanpa perlu membuka aib sesiapa.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    9651 Views
    Last post 03 October, 2012, 01:57:28 PM
    by munet
    6 Replies
    3710 Views
    Last post 05 August, 2011, 02:38:27 PM
    by Insignia of Islam
    1 Replies
    767 Views
    Last post 28 May, 2013, 10:37:35 PM
    by halawah