Kembar Siam

*

Author Topic: Kembar Siam  (Read 5748 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

02 November, 2009, 07:52:06 AM
  • Publish


  • Kembar siam adalah keadaan anak kembar yang tubuh keduanya bersatu. Hal ini terjadi apabila zigot dari bayi kembar identik gagal terpisah secara sempurna. Kejadian  kembar siam terjadi  adalah satu dalam 200.000 kelahiran. Yang biasa bertahan hidup berkisar antara 5% dan 25%, dan kebanyakannya (75%)  perempuan.

    Dinamakan kembar siam kerana  pasangan kembar siam terkenal Chang dan Eng Bunker (1811-1874) yang lahir di Siam (sekarang Thailand). Kes kembar siam tertua yang tercatat adalah Mary dan Eliza Chulkhurst dari Inggeris yang lahir di tahun 1100-an.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 02 November, 2009, 07:54:32 AM
  • Publish

  • MENYINGKAP sejarah kembar Siam, istilah ini diambil sempena sepasang kembar Siam yang dikenali sebagai Chang dan Eng Bunker. Kembar Siam pertama ini dilahirkan pada 11 Mei 1811 di Thailand, (yang dahulunya di kenali sebagai Siam) berketurunan ibu bapa kacukan separuh Cina.

    Pasangan kembar yang dikatakan melekat pada bahagian tulang dada hingga ke paras pusat ini kemudian menetap di Amerika Syarikat.

    Bagaimanapun, pasangan kembar ini dikatakan berpeluang menikmati kehidupan dalam jangka masa panjang dan bahagia sehingga mencecah usia 63 tahun.

    Bagi pasangan kembar siam, Ritta dan Christina yang berasal dari Perancis, tidak kurang hebat diperkatakan.

    Kedua-duanya dikatakan mempunyai kepala, tangan dan tulang belakang yang berasingan. Bagaimanapun, mereka terpaksa berkongsi bahagian bawah badan bermula dari pusat dan memiliki sepasang kaki.

    Malangnya, kembar siam ini hanya hidup selama lima bulan sahaja dan selepas kematian, mereka dijadikan bahan pameran pada 1829.

    Berikut antara cerita-cerita menarik mengenai kembar siam di seluruh dunia:

    *Pasangan Anita dan Aniza, dua gadis dari Kampung Parit Bentara Dua, Bagan Serai, Perak turut dilahirkan sebagai kembar siam kira-kira 28 tahun lalu.

    Mereka yang dilahirkan pada 22 Disember 1981 dengan bercantum di bahagian abdomen yang kemudian berjaya menjalani pembedahan pemisahan oleh sekumpulan doktor pakar Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).

    *3 Disember 1995 – Pakar-pakar bedah Pusat Perubatan Kanak-kanak Schneider (SCMCI) di Israel berjaya memisahkan sepasang kembar siam perempuan yang bercantum pada usus kecil dan besar serta berkongsi pundi kencing.

    *Februari 1995 – Pasangan kembar Aida Safa dan Aina Safi berusia lima bulan yang bercantum di bahagian perut dan berkongsi hati meninggal dunia selepas 104 hari dibedah bagi memisahkan mereka di di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur .

    *Ogos 2002 – Kembar siam dari Gautemala, Maria de Jesus Quiej Alvarez dan Maria Teresa yang bercantum pada tengkorak kepala dengan muka pada arah bertentangan berjaya dipisahkan. Nasib menyebelahi mereka kerana mereka memiliki otak yang berasingan.

    *Julai 2003 – Pasangan kembar siam terkenal dari Iran, Ladan Bijani dan Laleh Bijani. Mereka merupakan pasangan kembar yang melekat di otak.

    Mereka mengalami komplikasi pembedahan akibat pendarahan teruk di otak semasa proses memisahkan salur darah besar otak di Singapura pada tahun 2003 dan meninggal dunia pada umur 29 tahun.

    *September 2002 – Kembar siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit yang dilakukan oleh sepasukan 17 pakar bedah, sembilan jururawat dan 15 pasukan sokongan di Hospital King Fahad National Guard, King Abdul Aziz Medical City, Riyadh, Arab Saudi.

    *Satu lagi kembar siam, Ahmed Ibrahim dan Mohamed berjaya dipisahkan sepenuhnya pada 12 Oktober 2003. Pembedahan maraton berlangsung selama 36 jam di Pusat Perubatan Kanak-kanak, Dallas, Amerika Syarikat itu berjaya memisahkan mereka yang bercantum di bahagian kepala tetapi mempunyai otak berasingan.

    *21 Mei 2005 – Sepasukan doktor dari Hospital Gleneagles, Singapura berjaya membedah pasangan kembar Siam dari Indonesia Angeli dan Angie yang berusia 15 bulan.


    Reply #2 02 November, 2009, 07:54:52 AM
  • Publish

  • FAKTA

    Kembar Siam amat jarang berlaku iaitu hanya satu dalam 50,000 hingga 80,000 kelahiran.

    Pembentukan mereka secara fizikal juga berbeza-beza, di mana ada yang terpaksa bergantung dan berkongsi organ.

    Begitu juga percantuman pada tubuh mereka, ada yang melekat pada seluruh tubuh, sendi pinggul, karnium, dada dan sebagainya.

    Ada kalanya salah satu daripada pasangan kembar Siam menjadi manusia normal manakala pasangannya pula terpaksa bergantung kepada pasangannya yang sempurna. Tidak kurang juga yang meninggal semasa proses kelahiran.

    Malah terdapat sesetengah kembar Siam dilahirkan memiliki tangan atau kepala yang lebih dari satu, di mana ia ibarat benda hidup yang terpaksa bergantung kepada orang lain.

    Nisbah kelahiran kembar Siam di dunia satu bagi setiap 250,000 kelahiran hidup. Namun, pasangan kembar siam ini bukan sahaja unik dari segi bentuk fizikal mahupun tingkah laku, mereka juga merupakan ciptaan Tuhan yang sering menarik perhatian ramai untuk mengenali mereka sebenarnya.

    JENIS-JENIS KEMBAR SIAM

    Kembar siam ini terbahagi kepada banyak jenis. Orang-orang Greek menggunakan perkataan pagos, bermakna tempat di mana mereka bercantum.

    *Craniopagus: Percantuman pada kepala sahaja, hampir dua peratus daripada keseluruhan kembar siam.

    *Pygopagus: Percantuman pada bahagian punggung, ia meliputi hampir 19 peratus daripada keseluruhan kembar siam.

    *Thoracopagus: Percantuman pada dada, ia merupakan jenis yang paling kerap ditemui dengan anggaran sebanyak 35 peratus. Ia biasanya melibatkan perkongsian jantung.

    *Cephalopagus: Percantuman pada bahagian atas tubuh di mana wajah kedua-dua bertentangan pada kepala yang bercantum. Kes-kes seumpama ini jarang berlaku. Ada kalanya, ia melibatkan perkongsian jantung.

    *Parapagus: Percantuman pada bahagian bawah tubuh. Kes-kes seumpama ini melibatkan lima peratus kembar siam. Ada kalanya kembar siam ini terpaksa berkongsi jantung.

    *Ischopagus: Percantuman pada separuh bahagian bawah tubuh. Dianggarkan enam peratus kembar siam daripada jenis ini ditemui.

    *Omphalopagus: Percantuman pada bahagian depan tengah tubuh. Hampir 30 peratus kes-kes kembar siam seumpama ini ditemui.

    *Kembar parasit: Kembar siam tidak simetri di mana salah satu kembarnya bersaiz kecil, tidak terbentuk dengan sempurna dan terpaksa bergantung kepada kembarnya.

    *Fetus in fetu: Keadaan di mana janin yang tidak terbentuk dengan sempurna ini terkandung dalam tubuh kembarnya.

    Reply #3 02 November, 2009, 07:59:22 AM
  • Publish


  • Semoga cerita-cerita berkaitan  kembar siam ini mendatangkan keinsafan, dan rasa syukur di hati kerana kita dilahirkan sempurna.


    KEMBAR siam, Ganga dan Jamuna Mondal membantu menyara keluarga mereka dengan membabitkan diri dalam aksi sarkas yang agak pelik.

    Pasangan kembar berusia 39 tahun yang digelar Adik-beradik Labah-labah memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan adalah antara pasangan kembar siam yang paling pelik di dunia.


    Pengunjung sarkas akan dapat menyaksikan mereka merangkak seperti serangga selama lima jam setiap malam untuk bayaran hanya £26 (RM145.70).

    Wang gaji itu bagaimanapun mencukupi untuk mereka memberi makan ahli keluarga seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.

    Jamuna berkata, mereka sering menjadi tumpuan pengunjung sarkas.

    “Mereka menganggap kami amat pelik,” katanya.

    Dua bidan yang menyambut pasangan kembar itu pengsan ketika menyambut kelahiran Jamuna dan Ganga di rumah mereka di Bengal Barat.

    Doktor menyatakan, Jamuna dan Ganga bercantum di pinggang tapi kedua-duanya memiliki tubuh normal dan satu kaki yang berfungsi. Dua kaki mereka yang lain bersambung pada satu otot dan memiliki sembilan anak jari.

    “Kami jarang keluar kerana tidak begitu selesa apabila menjadi tumpuan ramai,” kata Ganga pula.

    Kedua-duanya turut bimbang jika mereka dipisahkan selepas doktor membayangkan pembedahan itu berisiko tinggi dan mungkin membawa maut.

    Bagaimanapun, pakar bedah kembar siam Amerika Syarikat, Dr James Stein membayangkan mereka mungkin boleh hidup normal seperti manusia lain andai dipisahkan. Beliau membuat kenyataan itu dalam dokumentari khas Discovery, Human Spider Sisters (Kembar Labah-labah).

    Namun, kembar itu memilih untuk kekal seperti itu dan menolak pembedahan memisahkan mereka.

    “Tuhan menjadikan kami begini dan kami akan kekal seperti ini,” kata Ganga lalu memeluk Jamuna.


    Reply #4 02 November, 2009, 08:09:01 AM
  • Publish
  • Miraculous Twins

    Twins, what's in your head by hearing that word?? you will think that twins are have a similar body, face, hair, voice, and many things.. have you seen this kind of twins?? this could happen by god miracles, see this twins, they're conjoined twins.. they don't have a lower body parts.. how could this happen?? See this Miraculous Twins...





    Lihatlah bagaimana mereka tercantum, seorang mengadap depan seorang mengadap belakang.Lihatlah dengan mata hati keinsafan dan rasa syukur diri yang sempurna...

    Reply #5 02 November, 2009, 08:14:49 AM
  • Publish
  • Boleh elak semua tu
    boleh jauhi perkara sebegitu
    Boleh lako lako la

    manusia sebaik baik kejadian

    manusia yang lemah, aku (Iblis) akan sesatkan

    sebaik baik orang, ialah yang mahu ambil tahu, yakni mahu cari Ilmu, kebenaran, hakikat , sesuatu itu, lalu dapat pula nanti Ilmu itu menjaga diri, agar menepati sunnah kejadian, sebaik baik kejadian.

    Hebat Allah Taala, menguji manusia

    Reply #6 02 November, 2009, 08:20:16 AM
  • Publish
  • Setiap kejadian tuhan itu ada keistemewaannya.....

    Reply #7 02 November, 2009, 08:21:47 AM
  • Publish




  • Abigail dan Brittany Hensel kembar siam Dicephalus-dibrachius ( kembar siam dengan 1 tubuh, 2 kepala, 2 kaki dan 2 tangan ) dari Amerika Syarikat.

    Reply #8 02 November, 2009, 08:32:49 AM
  • Publish

  • Kembar 1 hati 2 jiwa



    Pada 8 Julai 2003, kembar bercantum Iran yang terkenal, Ladan dan Laleh Bijani, meninggal dunia ketika pembedahan untuk memisahkan mereka. Mereka adalah kembar bercantum pertama cuba dipisahkan ketika dewasa.

    Ladan dan Laleh sanggup mengambil risiko yang sangat besar demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik bagi mereka berdua. Bercantum di bahagian kepala dan berkongsi satu salur darah utama, pembedahan untuk memisahkan mereka sangat berbahaya oleh kerana mereka sudah mencapai usia dewasa dan tempat mereka bercantum itu. Pakar perubatan di Hospital Raffles, Singapura (tempat mereka dibedah) telah menyatakan risiko salah seorang mahupun kedua-dua mereka tidak dapat diselamatkan.

    Walau bagaimanapun, mungkin mereka akan sentiasa dikenang sebagai insan-insan kembar bercantum yang memilih untuk memberanikan diri menghadapi risiko. Impian mereka untuk hidup berasingan terlintas pada usia 29 tahun selepas masing-masing sedar perlu membawa haluan sendiri.

    Ladan, lebih peramah, suka berbual, ingin meneruskan pengajian dalam jurusan undang-undang manakala Laleh,seorang yang lebih pendiam, bercita-cita ingin menjadi wartawan dan gemar memasak. Namun kematian pasangan kembar tersebut bukan sahaja diratapi oleh seluruh rakyat Iran bahkan menyentuh hati masyarakat dunia.

    Reply #9 02 November, 2009, 08:44:24 AM
  • Publish
  • Kembar Lori-Reba yang bercantum di dahi.

    Lori and George Schappell, born September 18, 1961 in Reading, Pennsylvania, are American entertainers. George Schapell was born Dori Schapell, and was known for several years as Reba Schapell.


    Lihat video ini, The Science of Conjoined Twins


    The Science of Conjoined Twins

    Maaf, jika ada bahagian yang tidak dapat disensor.
    « Last Edit: 02 November, 2009, 08:46:31 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #10 17 March, 2010, 08:28:27 AM
  • Publish
  • Pasangan kembar siam Pakistan mungkin dibedah

    ISLAMABAD:
    Pakar bedah Pakistan berkata, mereka mengkaji kemungkinan memisahkan pasangan kembar siam yang dilahirkan baru-baru ini.


    MELEKAT DI KEPALA...bayi perempuan yang belum diberi nama kini diberi rawatan rapi di sebuah hospital di Islamabad, Pakistan.

    Bayi terbabit - bercantum di bahagian kepala dan muka saling bertentangan satu sama lain - mungkin menjalani pembedahan jika ia difikirkan wajar.

    Pasangan itu dibawa ke hospital di Islamabad selepas dilahirkan di Sahiwal, Punjab, beberapa hari lalu.

    Pakar saraf di Institut Sains Perubatan Pakistan berkata, keputusan mengenainya dibuat minggu ini. - AP

    Reply #11 17 March, 2010, 09:51:56 AM
  • Publish
  • Maha SuciMU Ya Allah Yang menjadikan hanya dengan berfirman  "KUN..."
    Padanya ada tanda2 keagungan Allah, bersama2 kita memikirkannya...



    Bayi kembar siam yang memiliki badan dan kepala satu, empat tangan,
    empat kaki, telinga dibahagian belakang kepala, pusat dan mulut masing

    ..indahnya dunia tuhan, Indah lagi syurgaNya akan datang..http://www.intelekniaga.com.my/amamah_rt

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    562 Views
    Last post 15 April, 2010, 08:16:39 AM
    by amrizal
    6 Replies
    3007 Views
    Last post 08 May, 2011, 09:08:43 PM
    by nurul hana
    74 Replies
    77646 Views
    Last post 13 July, 2012, 12:48:49 PM
    by lintulip