Soalan berkaitan Khutbah Jumaat

Author Topic: Soalan berkaitan Khutbah Jumaat  (Read 6837 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • Posts: 4596
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
31 October, 2009, 09:13:37 PM
  • Publish Di FB
  • Soalan:

    Salam ustaz.

    Ambe ade bebrape kemusykilan pasal khutbah jumaat ni.

    1. Apa hukum mendengar khutbah jumaat? Kalu wajib, adakah x sah solat jumaat kite kalu dok dengar khutbah tu?

    2. Apa hukum kalu kite sengaja mari lmbat solat jumaat dengan niat sampai masjid terus bleh solat jumaat? Maknanye kite mari masjid time dekat2 khutbah nok abis doh.

    3. Satu lg, kite mari awal doh masjid tu tapi duk lepak luar dulu. Bleh ke kite dengar khutbah dari luar masjid?

    Ok. Terima kasih ustaz.

    Jawapan:


    1. Hukum mendengar khutbah wajib atas sekurang2nya 40 jemaah

    2. Makruh.

    3 Boleh dengar khitbah dari luar tetapi sengaja tak masuk makruh.

    Kesimpulannya dilarang sengaja mengelakkan diri dari mendengar khutbah samada sengaja datang lambat atau lainnya. Amalan seperti ini meluputkan janji keampunan drpd Allah swt selama seminggu sebagaimana yg tersebut dalam hadith.

    wallahua'lam

    Ustaz Azhar
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #1 31 October, 2009, 09:15:42 PM
  • Publish Di FB
  • Soalan Tambahan:

    Nak tanya pasal menadah doa pada khutbah kedua... Apa hukum dia ustaz?

    Jawapan:

    Harus menurut satu pendapat dan satu pendapat lagi mengatakan sunat.

    wallahua'lam

    Ustaz Azhar

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #2 31 October, 2009, 09:30:30 PM
  • Publish Di FB
  • ada dalam cerita zaman sahabat, sahabat yg berkhutbah angkat tangan doa tu, lalu sahabat di bawah bagitau, bidaah.......

    Bahawa, Allah mengetahui apa yang terkandung di hatimu, maka angkat atau idak, diam atau bersuara , Allahmu tahu

    pesanan sebelum khutbah, sebelum khatib naik ke mimbar khutbah, jangan bercakap bila sdg di khutbah, walaupun suruh kawanmu diam, shhh pun tak boleh, so think about it.............. Allah Tuhan Yg Maha mengetahui,

    Jangan ikut kelakuan manusia kebanyakan, sebaliknya, dapatkan pengetahuan, dan ikutlah pengetahuan itu

    mujahid_fiq

    • *
    • Posts: 52
    • aku insan yang lemah.Bantulah aku.
      • View Profile
    Jawab #3 10 December, 2010, 03:35:35 PM
  • Publish Di FB
  • ada dalam cerita zaman sahabat, sahabat yg berkhutbah angkat tangan doa tu, lalu sahabat di bawah bagitau, bidaah.......

    Bahawa, Allah mengetahui apa yang terkandung di hatimu, maka angkat atau idak, diam atau bersuara , Allahmu tahu

    :)
    sedikit tambahan dalam post saudara Dol_Bendol

    isyarat tangan dengan jari telunjuk oleh khatib ketika ia berdoa. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Husain bin Abd Rahman daripada ‘Umarah bin Ruaibah, bahawasanya ia pernah melihat Bisyr bin Marwan berkhutbah di atas mimbar sambil mengangkat kedua tangan untuk berdoa. Lalu Umarah berkata :

    (Maksudnya) “Semoga Allah SWT memburukkan tangan tersebut. Sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW berdoa hanya dengan isyarat jari telunjuk.” Dalam riwayat lain, dia berkata “pada hari Jumaat”. (  HR Muslim dan At-Tirmizi pada bab ‘Makruhnya mengangkat tangan diatas mimbar’)

     Imam an-Nawawi berkata “Disunnahkan untuk tidak mengangkat tangan ketika berkhutbah, demikianlah pendapat Imam Malik dan pengikut kami ( mazhab Syafi’) serta yang lainnya.

    Jadi disunnahkan bagi khatib melakukan isyarat jari telunjuk ketika berdoa atas mimbar.
    :jaz:

    mujahid_fiq

    • *
    • Posts: 52
    • aku insan yang lemah.Bantulah aku.
      • View Profile
    Jawab #4 10 December, 2010, 03:40:26 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:
    bertemu kembali kita di topik soalan berkaitan khutbah jumaat:
    Sunnah yang seterusnya ialah makmum menghadap ke arah wajah khatib ketika khatib sedang berkhutbah..
    Ramai di kalangan kita apabila mimbar berada jauh darinya ia terus menghadap kearah kiblat dan tidak berpaling ke arah khatib.

    Ibn Munzir pernah berkata dalam kitab al-Ausath mengenai keperluan menghadapnya para jemaah ke arah khatib yang sedang berkhutbah Jumaat. Beliau mengatakan bahawa “Setiap ulama yang mengetahui hadis tersebut menegaskan bahawa para jemaah solat Jumaat harus menghadap ke arah khatib yang sedang berkhutbah. Antara yang berpendapat seperti itu adalah Ibn Umar, Anas bin Malik, Syuraih dan Atha’.”

    Ini berdasarkan kepada hadis dari al-Mustamir bin al-Rayyan: (maksudnya)“Aku melihat Anas Bin Malik datang ke masjid pada hari Jumaat, kemudian dia terus bersandar ke dinding dan menghadap ke arah imam.” (Riwayat ini disahihkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari Jil 2, 467)

    Juga berasaskan hadith Ma’mar ketika mana ia pernah bertanya kepada az-Zuhri tentang menghadapnya para jemaah Solat Jumaat ke arah imam, kemudian az-Zuhri menjawab: “Seperti itulah yang dilakukan oleh para Sahabat” ( HR Abd Razzaq dalam al-Mussannaf no. 5390)

    Jadinya selepas ini marilah sama-sama kita menghadap wajah kita ke arah khatib di atas mimbar. Mungkin dengan sunnah kita yang sedikit ini mampu memberi kita ganjaran yang besar disisi Allah terhadap tindakan kita menghidupkan sunnah yang dilupakan ini.
     :jaz:

    zinnirah1001

    • *
    • Posts: 76
      • View Profile
    Jawab #5 18 February, 2011, 05:35:25 PM
  • Publish Di FB
  • Ada satu lagi persoalan ustaz. Contohnya, katalah khatib menjelaskan isu kebersihan sedangkan waktu tu ada isu yang lebih besar seperti isu kesengsaraan rakyat atau lain-lainnya. Kemudian ada jemaah yang bangkit mempersoalkan atau mengutarakan pendapat  mengenai isu yang dibawa khatib tersebut.

    Saya ada bertanya di chat box HQ tadi, saya faham yang kita boleh kemukakan persoalan atau pendapat pada khatib mengenai isu yang dibawa dalam khutbah. 

    Persoalannya, ada tak dalil atau sirah yang membuktikan kebenaran persoalan saya tu?
    Mohon penjernihan...

    ansarul_haqq

    • *
    • Posts: 197
    • ::sollua'lan NabI Mustafa::
      • View Profile
    Jawab #6 23 August, 2013, 03:12:50 PM
  • Publish Di FB
  • Topik jumaat...

    Apakah perbezaan antara MEMBACA khutbah dan MENYAMPAIKAN khutbah...?

    Ya memang berbeza....
    dalam hadis tak dinyatakan membaca kutbah...memang tak salah jika hendak membaca terutamanya teks yang diberikan dari jabatan agama
    Cumanya...janganlah baca daari A hinggakan Z...Kalau macamtu,semua orang maklum yang kanak2 sekolah rendah pun boleh baca dengan lancar...
    satu lagi..tau ketidak yang kami nie makmum boring sangat dengar kalau setakat membaca...sekurang2nya khutbah kedua tu buat la ayat sendiri sikit..
    kan molek gituu....

    sekian...senyum*
    إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً
    اللهم أرنا الحق حقا وأرزقنا اتباعه
    وأرنا الباطل باطلا وأرزقنا اجتنابه

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    2658 Views
    Last post 24 October, 2010, 10:58:01 AM
    by mukminwannabe
    2 Replies
    806 Views
    Last post 09 September, 2011, 05:22:35 PM
    by alif nun
    3 Replies
    436 Views
    Last post 19 December, 2012, 09:56:54 PM
    by MrFaiz