Fahaman Syiah

*

Author Topic: Fahaman Syiah  (Read 18034 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 21 November, 2011, 09:20:19 PM
  • Publish
  •  :)

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya ingin mengadakan satu perbincangan bersama semua ahli-ahli HALAQAH tentang aqidah Syiah...

    sepertimana yang kita tahu, Fahaman Syiah bercanggah dengan Fahaman Sunnah Wal Jamaah.

    Persoalannya, adakah Fahaman syiah ini syirik,sesat atau benar?

    Marilah kita bersama-sama berbincang tentang perkara ini.

    (maaf kalau ada banyak kesalahan tatabahasa)


     :jaz:

    Reply #21 21 November, 2011, 09:44:55 PM
  • Publish
  • Tuan rasa sesat atau tidak?
    :)

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya ingin mengadakan satu perbincangan bersama semua ahli-ahli HALAQAH tentang aqidah Syiah...

    sepertimana yang kita tahu, Fahaman Syiah bercanggah dengan Fahaman Sunnah Wal Jamaah.

    Persoalannya, adakah Fahaman syiah ini syirik,sesat atau benar?

    Marilah kita bersama-sama berbincang tentang perkara ini.

    (maaf kalau ada banyak kesalahan tatabahasa)


     :jaz:

    Reply #22 21 November, 2011, 09:47:40 PM
  • Publish
  • Tuan rasa sesat atau tidak?
    :)

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya ingin mengadakan satu perbincangan bersama semua ahli-ahli HALAQAH tentang aqidah Syiah...

    sepertimana yang kita tahu, Fahaman Syiah bercanggah dengan Fahaman Sunnah Wal Jamaah.

    Persoalannya, adakah Fahaman syiah ini syirik,sesat atau benar?

    Marilah kita bersama-sama berbincang tentang perkara ini.

    (maaf kalau ada banyak kesalahan tatabahasa)


     :jaz:




    saya rasa ia sesat kerana banyak mazhab dalam syiah mengagungkan sayidina Hussain R.A. dan Ahlul Bayt lebih daripada Allah S.W.T

    Reply #23 21 November, 2011, 09:50:53 PM
  • Publish
  • Sila rujuk pengguna youtube ini untuk maklumat yang lebih mendalam...


    amskhan2007

    Reply #24 21 November, 2011, 10:24:30 PM
  • Publish
  • Sila rujuk pengguna youtube ini untuk maklumat yang lebih mendalam...


    amskhan2007


    Betul...try rujuk kat situ...ni link nye pulak...
    http://www.youtube.com/user/amskhan2007

    Reply #25 24 November, 2011, 10:09:44 PM
  • Publish
  • Rukun Iman di kalangan Syiah ada 5 rukun:

    1-Makrifat Allah
    2-Makrifat Al-'Adli (Keadilan)
    3-Makrifat Nubuwwah (Kenabian)
    4-Makrifat Imamah (Kepimpinan)
    5-Makrifat Al-Ma'ad (Hari Kembali)

    Reply #26 12 January, 2012, 08:21:02 AM
  • Publish

  • IMAM & PEN. PENDAFTAR NIKAH, CERAI RUJUK TANJUNG MALIM syiah??  kat blog beliau semua hadis dari imam2 mereka..

    http://bahayasyiah.blogspot.com/2012/01/imam-pen-pendaftar-nikah-cerai-rujuk.html

    MOHAMMAD FAISOL ABD RAHMAN - Pengerusi KoWahida HPA Berhad merangkap Pengerusi PKR Perlis - PENGGERAK SYIAH TEGAR

    http://bahayasyiah.blogspot.com/2012/01/mohammad-faisol-abd-rahman-pengerusi.html

    Reply #27 12 January, 2012, 08:24:50 AM
  • Publish

  • Pengikut Sesat Syiah Tegar KHALID MOHD ISMATH, baca dan nilai sendiri apa informasi KHALID dalam blognya http://khalid-ismath.blogspot.com/ ..

    Siapa KHALID MOHD ISMATH ??

    BAHAYA PERGERAKAN KHALID MOHD ISMATH - Menyusup masuk semua aktiviti NGO, Parti Politik dan Pergerakan Pelajar di Universiti

    Reply #28 14 January, 2012, 03:44:33 PM
  • Publish
  • Imam Malik rahimahullah menjelaskan tentang Syiah:

    "Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".

    Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

    "Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah"

    Reply #29 16 January, 2012, 11:57:08 PM
  • Publish
  • apa kah tip2 untuk kita kenali dan bezakan golongan syiah di Malaysia ni ???

    Kalau ada sesapa boleh bagi tip2 ringkas, agar mereka mudah di kenali - langsung mudah utk jauhkan diri

     

    Reply #30 17 January, 2012, 09:23:45 AM
  • Publish
  • salah dan silap teknik lah jika mencari kesalahan, dengan hendak mengetahui, Tips dari yang salah tersebut

    sebaliknya, dapatkanlah ILMU yang benar, Fardzu Ain, ada halal haram, ada wajib sunat

    bila ada pengetahuan hal syariat, lihatlah pematuhan akan syariat tu bagaimana?

    bila ada pengetahuan hal Tauhid, lihatlah bagaimana pegangananya, samada sunnah, atau syiah, atau muktazilah, jabariah, qadariah,

    lihat samada hal ahli bayt tu, dalam sunnah sepatutnya bagaimana


    bila kamu tahu, kebenaran, ianya akan jadi, sempadan, agar tidak terpedaya

    jadi lebih baik kamu tambah Ilmu Kebenaran sunnah ( al Quran dan Sunnah)

    Jaga Diri ( Ilmu Islam, Iman, Ihsan) agar tak mudah terpedaya ( sesat)

    Reply #31 22 January, 2012, 10:58:20 PM
  • Publish
  • Salam. Saya pernah belajar tentang sekolah Rafidi selama tujuh bulan. Insha Allah, saya akan kongsikan setakat mana yang saya tahu tentang Rafidi.

    Syiah ada banyak puak. Antara tiga puak Syiah yang terbesar dan paling banyak diamalkan ialah:
    1. Syiah Imamiyyah (atau juga dikenali sebagai Ja'fari atau Ithna Ashariyya),
    2. Syiah Ismailiyyah, dan
    3. Syiah Zaidiyyah.

    Rafidi ialah Syiah yang menolak khalifah Abu Bakr as-Siddiq RA, Umar ibn al-Khattab RA dan Uthman ibn Affan RA. Majoritinya ialah Syiah Imamiyyah. Pada pandangan saya sendiri, puak Imamiyyah dan puak Ismailiyyah tidak layak digelar Syiah kerana Syiah bermaksud pengikut Imam Ali KMW AS. Jika betul mereka ialah pengikut Imam Ali KMW AS, mereka tentu akan hormat para sahabat RA ajma'in.

    Ada SEGELINTIR puak Rafidi yang menolak beberapa rukun Iman seperti beriktiqad bahawa Allah SWT tidak menjaga al-Qur'an. Pada fahaman mereka, al-Qur'an yang ada pada zaman sekarang telah diubah suai. Mereka berpendapat bahawa al-Qur'an yang asal terdapat 17,000 ayat.

    Ada juga yang percaya bahawa Malaikat Jibril AS tidak menjalankan tugas dengan betul; iaitu tersilap sampaikan wahyu. Mereka percaya bahawa wahyu tersebut sepatutnya sampai kepada Imam Ali KMW AS, bukan Rasulullah SAW.

    Ada segelintir ASWJ yang mendakwa bahawa ajaran Syiah ni diasaskan oleh Abdullah ibn Saba LA, seorang munafiq Yahudi yang berpura-pura menjadi seorang Muslim kerana ingin memecahbelahkan Islam dari dalam. Namun kemunculannya ini diragui. Hal ini demikian kerana pengasas mazhab Ja'fari ialah Imam Ja'far al-Sadiq RH. Imam Ja'far al-Sadiq RH ialah seorang ulama dan ilmuan yang terkenal dan dikagumi oleh kedua-dua puak ASWJ dan Syiah. Malah Imam Ja'far al-Sadiq RH juga merupakan guru kepada Imam Abu Hanifa RH dan Imam Malik RH. Saya berpandangan bahawa ajaran Ja'fari yang asal adalah bersih dan suci daripada kesesatan. Namun setelah ditelan zaman, saya berpendapat bahawa ajaran Ja'fari mula berubah daripada haqq kepada kebatilan.

    Menurut ASWJ, Abdullah ibn Saba LA ialah seorang ajen yang ingin memusnahkan Islam dari dalam. Pada zaman pemerintahan Imam Ali KMW AS, Abdullah ibn Saba LA telah menyatakan bahawa Imam Ali KMW AS ialah Tuhan. Perbuatan Abdullah ibn Saba LA itu telah menyebabkan Imam Ali KMW AS mengambil tindakan dengan membakar pengikut-pengikutnya. Abdullah ibn Saba LA pula dibuang negeri. Namun menurut Syiah pula, Abdullah ibn Saba LA ialah seorang yang ghulat (telampau taksub) dengan Imam Ali KMW AS. Abdullah ibn Saba LA telah dibakar oleh Imam Ali KMW AS.

    Puak Rafidi pada dasarnya menolak kepimpinan tiga khalifah Islam yang pertama kerana mereka beriktiqad bahawa Rasulullah SAW telah melantik Imam Ali KMW AS untuk menggantikan kepimpinannya sebelum baginda SAW wafat. Rafidi juga beriktiqad bahawa Imam Ali KMW AS ialah orang yang paling layak menggantikan Rasulullah SAW kerana Imam Ali KMW AS ialah dari keturunan baginda SAW serta seorang yang paling rapat dengan Rasulullah SAW. Ada sebahagian puak Rafidi yang melaknat tiga khalifah yang pertama dan menyatakan bahawa mereka telah kufur setelah kewafatan Rasulullah SAW (astaghfirullah). Puak Rafidi juga menolak kedudukan Aisha RA sebagai Umm al-Mukminin.

    Talhah RA dan Zubair RA dianggap sebagai musuh ahl al-bayt AS ajma'in (boleh rujuk peristiwa Perang Siffin). Muawiyah ibn Abu Sufyan RA, Yazid ibn Muawiyah dan Ubaidullah ibn Ziyad juga dianggap sebagai musuh ahl al-bayt AS ajma'in (boleh rujuk peristiwa Perang Karbala). Peristiwa Perang Siffin dan Perang Karbala sukar untuk diterangkan. Ustad saya sendiri tak mahu cerita tentang hal ni sebab melibatkan peperangan antara Muslim sesama Muslim.

    Puak Imamiyyah menganggap bahawa bukan Rasulullah SAW sahaja yang maksum. Malah terdapat 14 maksumin; iaitu Rasulullah SAW, Bibi Fatimah az-Zahra AS dan Imam yang lain. Hal ini sangat bercanggahan dengan iktiqad ASWJ yang menyatakan hanya Rasulullah SAW yang maksum.

    Tafsiran mereka pada ayat-ayat al-Qur'an juga berbeza dengan tafsiran ASWJ. Contohnya ayat ke-5 surah al-Maidah;

    "Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). "

    Menurut mereka, "orang-orang yang beriman" di situ merujuk kepada Imam Ali KMW AS.

    Pada ayat pertama surah 'Abasa;

    "Ia memasamkan muka dan berpaling, "

    ASWJ menyatakan bahawa "Ia" di situ merujuk kepada Rasulullah SAW. Namun puak Imamiyyah menyatakan "Ia" di situ merujuk kepada orang lain.

    Puak Imamiyyah sangat gemar melakukan perbuatan bid'ah yang tak pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA ajma'in. Contoh bid'ah yang begitu popular dalam kalangan puak Imamiyyah ialah matamdari. Matamdari ialah upacara memukul-mukul dan mencederakan badan sendiri. Upacara ini sering kali dilakukan pada 10 Muharram. Mereka melakukan matamdari sempena memperingati peristiwa Karbala dan kononnya ingin bersedih atas keshahidan Imam Husayn AS. Ada juga yang melakukan matamdari pada 28 Safar kerana menurut mereka, Rasulullah SAW wafat pada tarikh tersebut, dan 21 Ramadan kerana menurut mereka, tarikh tersebut ialah tarikh keshahidan Imam Ali KMW AS.

    Saya sertakan sekali video matamdari di Malaysia. Di sebuah Hawza di Gombak, kalau tak silap saya.

    Puak Syiah Di Malaysia


    Manakala menurut kebanyakan ASWJ, Syiah Zaidiyyah sesat tetapi tidak terkeluar dari Islam. Syiah Zaidiyyah merupakan satu-satunya Syiah yang hampir dengan ASWJ. Mereka berfahaman Mu'tazilah dan berfekahkan mazhab Hanafi atau Shafi'i. Mereka juga menghormati para sahabat RA ajm'ain kecuali Muawiyah ibn Abu Sufyan RA. Setakat ni, tu je la yang saya tahu. Kalau ada terkurang, harap dapat tambah-tambahkan. Kalau ada tersilap, harap dapat tolong betulkan. Wallahu a'lam.
    « Last Edit: 24 January, 2012, 12:40:27 AM by Ace Abbas »

    Reply #32 24 January, 2012, 05:47:21 PM
  • Publish
  • apa kah tip2 untuk kita kenali dan bezakan golongan syiah di Malaysia ni ???

    Kalau ada sesapa boleh bagi tip2 ringkas, agar mereka mudah di kenali - langsung mudah utk jauhkan diri

     


    salam mummy keju...

    ustaz saya ada beritahu.. cara mudah untuk mengenali seseorang itu berfahaman syiah adalah apabila dia berkata tu selalu lebih2 kan saidina Ali dan memburuk2kan sahabat yang lain..

    dan dari segi penulisan pula adalah mereka akan gunakan hadis yang pangkal awalnya itu adalah dari imam mereka.. nak kenal adalah mereka akan guna kan ayat contohnya macam ni >>

    Imam Al Sodeq a.s telah berkata .....
    Dari imam Al Baqir a.s telah berkata .........
    Imam Ali a.s telah berkata........

    mereka akan gunakan word 'alaihsalam' (a.s) itu..

    padahal kalau mengikut Islam sendiri word 'alaihsalam' itu adalah berhak untuk Nabi2 Allah contohnya Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan lain2.. Ini kerana mereka (syiah) menganggap bahawa Imam2 mereka sungguh maksum sehingga layak diberi gelaran 'alaihsalam' tersebut..

    beza dengan kita apabila menggunakan hadis, kita selalu sebutkan >

    Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, ....
    Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, ......
    Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda,......

    antara contohnya adalah di blog ini >> http://baituzzahra.blogspot.com/2010/08/ciri-ciri-wanita-solehah.html

    Reply #33 09 February, 2012, 02:57:42 AM
  • Publish


  •  :)

    Sebahagian keturunan Islam di Malaysia mengaku sebagai ASWJ sekalipun kurang menghayati apa itu ASWJ.
    Sebahagian pula menyokong dan membesarkan 'Syiah' dan melekehkan pemimpin (ilmuan) pengikut  ASWJ sekalipun kurang mengetahui apa itu peranan Syiah.

    Kedua-duanya masih dikatakan 'Islam', apatah lagi terdapat 'Parti/NGO atau Jemaah Islam atau keturunan Islam' yang dihalalkan oleh undang-undang negara demokrasi dalam berparti atau berpersatuan.

    Kita ambil contoh:
    Mursyidul Aam PAS dikenali sebagai 'ulama ASWJ'
    padahal;
    Ramai orang menyatakan 'Mat Sabu' sebagai Syiah, sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden PAS,
    Sekiranya, itulah realitinya;
    maka PAS berada dalam kedudukan 'sebahgian penyokong ASWJ dan sebahagian Syiah'.
    Sedangkan;
    dari sejarah sebelumnya dan masakini; ASWJ dengan Syiah jarang sekali dapat disatukan.
    manakala;
    keturunan Islam dalam UMNO boleh dikatakan sebagai pengikut ASWJ.

    Apakah ini pertanda, Islam di Malaysia sedang menuju satu 'perubahan' yang drastik ?
    Yang pasti,
    tidak sedia dikalangan pengikut ASWJ menjadi makmum dalam solat berimamkan pengikut Syiah, demikian juga sebaliknya.


    Wallahu A'lam.

    Reply #34 03 March, 2012, 11:12:23 PM
  • Publish
  • Sedikit extra information, shaykh saya kata, pengasas Syiah bukan Abdullah ibn Saba LA. Dan bukan pula Imam Ja'far al-Sadiq RH. Tapi Syiah pada asalnya didirikan oleh empat orang pengarang kitab Syiah iaitu, Shaykh al-Kulayni, Shaykh as-Saduq, Shaykh al-Mufid dan Shaykh al-Tusi.

    Wallahu a'lam.

    Reply #35 09 March, 2012, 09:29:03 PM
  • Publish
  • Technically, Syiah Imamiyyah dianggap sesat oleh puak Sunni kerana dua sebab yang utama; Imamah dan pandangan terhadap sahabat.

    Syiah Imamiyyah menganggap Imam 12 adalah maksum. Sedangkan mereka tidak maksum. Yang maksum hanya para anbiya sahaja. Dalam pandangan Sunni; Imam Ali AS, Fatimah az-Zahra AS, Imam Hassan AS dan Imam Husayn AS tidak dianggap maksum, tetapi mereka semua mahfuz.

    Pandangan Syiah Imamiyyah terhadap sahabat pula agak menjengkelkan kerana mereka berpendapat bahawa tidak semua sahabat adalah mukmin dan ada beberapa orang sahabat yang murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW. Astaghfirullah.

    Reply #36 09 March, 2012, 09:44:21 PM
  • Publish
  • isu agak berat, i will need to study this first. semoga ada yang sudi kirimkan link yang bermenfaat dan reliable. semoga saya sendiri dapat pencerahan ilmu. terima kasih yg thread post ni.

    Reply #37 19 September, 2012, 08:59:42 PM
  • Publish
  • Herm, sy agak mengikuti isu syiah trutamanya Syiah di Malaysia..Mungkin boleh minta pandangan kawan2 semua brkenaan gerakan puak2 syiah di Malaysia ketika ini...terbaru sy agak 'meluat' dgn surat khabar Harakah y kelihatan byk ambik pandangan2 tokoh syiah. Jd sy terpikir, apa peranan y boleh sy mainkan dlm usaha nk banteras ajaran syiah di Malaysia ni...mungkin kawan2 ada cadangan?

    Reply #38 20 September, 2012, 09:20:13 AM
  • Publish
  • Hanya Allah yg tau perkara itu benar atau tidak. Kita tidak layak utk mengatakan sesuatu golongan itu sesat. Kita kena ingat dari 73 golongan hanya satu golongan sahaja yg memasuki syurga. 72 golongan tidak dapat ke syurga. Perlu diingat 73 golongan ini adalah islam. Tidak termasuk yg bukan islam. Dari sini sahaja kita lihat betapa sedikit umat islam yg dapat memasuki syurga. Adakah kita termasuk dalam 1 golongan atau tergolong dalam 72 golongan. Kita kena berdoa agar kita tergolong dlm golongan yg benar & Allah memberi hidayah kpd kita. Ingat bukan senang utk ke Syurga Allah. HAnya yg terpilih sahaja yg berjaya.

    Reply #39 20 September, 2012, 02:55:31 PM
  • Publish
  • Hanya Allah yg tau perkara itu benar atau tidak. Kita tidak layak utk mengatakan sesuatu golongan itu sesat. Kita kena ingat dari 73 golongan hanya satu golongan sahaja yg memasuki syurga. 72 golongan tidak dapat ke syurga. Perlu diingat 73 golongan ini adalah islam. Tidak termasuk yg bukan islam. Dari sini sahaja kita lihat betapa sedikit umat islam yg dapat memasuki syurga. Adakah kita termasuk dalam 1 golongan atau tergolong dalam 72 golongan. Kita kena berdoa agar kita tergolong dlm golongan yg benar & Allah memberi hidayah kpd kita. Ingat bukan senang utk ke Syurga Allah. HAnya yg terpilih sahaja yg berjaya.

    sy kurang stuju. Masalah bila ada y berpendapat dan masih menganggap puak2 syiah ini sbahagian drpd islam smada mazhab atau sbgnya. Ulama kita (ASWJ) sudah lama mgatakan mereka ini bukan sbhgn dari kita (ASWJ). Mmg kita tidak boleh mgkafirkan mana2 golongan, tp ini y sudah jelas. Ini masalah y utama sy rasa. Slagi kita masih mganggap mereka sbhgn dari muslim, slagi itu kita x dapat bersifat dgn sifat seorang mukmin "asyiddau 'ala kuffar wa ruhamau bainahum" - kita keras dan tegas dgn dgn orang kafir dan berkasih sayang sesama muslim. Jd ramai y beralasan atas perpaduan umat islam, kita mesti bertolak ansur dgn syiah..NO, NO, NO..puak2 ni langsung xleh diberi muka. Sedikit ruang kita buka utk mereka, pasti begitu besar kehancuran y berlaku. Bukti jelas apa y berlaku di iraq, iran, syria dan negara2 islam y lain..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    49 Replies
    36226 Views
    Last post 13 November, 2009, 08:48:48 AM
    by IbnuNafis
    15 Replies
    6804 Views
    Last post 31 July, 2013, 02:02:09 AM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    676 Views
    Last post 28 January, 2013, 04:42:39 PM
    by taikoman