Antara akal dan wahyu.

*

Author Topic: Antara akal dan wahyu.  (Read 2323 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

29 October, 2009, 10:34:39 PM
  • Publish
  • Salam.

    Secara fitrahnya manusia mengetahui atau merasai kewujudan tuhan. Jika ditanya kesemua manusia yang beragama (kecuali atheis) adakah tuhan itu wujud, maka jawapannya sudah tentu , ya tuhan itu wujud.

    Adakah tuhan itu berkuasa ?. Ya !.
    Adakah tuhan itu mengetahui segala sesuatu ?. Ya !

    Al-Qur'an merakamkan pertanyaan-pertanyaan ini yang ditujukan kepada kaum yang kafir;

    29:61. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menundukkan matahari dan bulan?" mereka akan berkata, "Allah." Maka bagaimanakah mereka dipalingkan?

    43:87. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta kamu?" mereka akan berkata, "Allah." Bagaimanakah pula mereka dipalingkan?

    Maka apakah yang membezakan antara agama-agama di dunia ini ?. Apakah petunjuk atau jalan ke arah mencari agama yang sebenarnya ?.

    Baca cerita ini sebagai pedoman.

    Seorang penduduk orang asli bertanya kepada Tok Batin; " Tok, siapa pencipta pokok-pokok, sungai dan binatang-binatang di sekeliling kita ? ". Tok Batin meminta 2 hari untuk menjawab soalan tersebut, setelah 2 hari berlalu dan puas berfikir menggunakan akalnya, lalu Tok Batin pergi berjumpa dengan orang itu dan memberi jawapannya ; "Sang Pencipta segala sesuatu iaitu tuhan ! ". Puas hati dengan jawapan yang diberikan, orang itu pun berlalu pergi.

    Selang beberapa hari orang yang sama datang lagi berjumpa Tok Batin lalu bertanya;
    " Tok, tuhan itu bagaimana rupanya ? ", sekali lagi Tok Batin meminta masa iaitu 5 hari untuk menjawab soalan tersebut. Lalu puas berfikir dengan akalnya, Tok Batin mula mengimaginasikan rupa bentuk tuhan. " Rupanya mesti garang supaya orang takut padanya ", lalu diukir mata yang besar bulat dan muka yang kedut pada sebatang kayu. " Hmmm, mesti bertaring seperti harimau supaya orang gerun padanya ", lalu diukir sepasang taring pada patung tersebut. Sudah puas dengan hasil ukirannya, maka Tok Batin pun pergi berjumpa dengan orang itu dan berkata; " Inilah rupa tuhan kamu ! ".

    Maka bermulalah episod penyembahan patung akibat mencari tuhan menggunakan akal.

    Nabi Muhammad meninggalkan kita 2 perkara iaitu, Al-Qur'an dan Sunnah, maka ikutlah wahyu yang telah disampaikan kepada baginda iaitu Al-Qur'an dan perbuatan dan amal baginda melalui sunnahnya.

    Salam.
    al-Qur'an dan Sunnah.

    Reply #1 29 October, 2009, 11:04:38 PM
  • Publish
  • Untuk akal ialah pengetahuan, maklumat, dan pengalaman

    untuk nafsu ialah makanan, minuman, nampak mata, dengar telinga,

    wahyu pula dapat di terima oleh akal secara lojik

    sebab itu di suruh menuntut Ilmu, agar mengetahui dengan hak, kebenaran, semuga idaklah sekadar persangkaan, sungguhla tok batin org asli tu bukan fikir sebaliknya hanyalah persangkaan sahaja.

    quran 17:36 hendakalah ikut pengetahuan.

    jika belum tahu, hendak tahu, bertanyalah dgn ahli zikir, yang mengetahui

    Reply #2 30 October, 2009, 12:30:54 AM
  • Publish
  • Wahyu iaitu alquran dan Sunnah. Berakhirnya wahyu diturunkan ketika Rasulullah wafat.

    Jadikan Dunia tunduk kepada wahyu yakni merasai dunia ini bersifat fana,penuh tipu daya.
    Jadikan Akal tunduk pada wahyu yakni setiap perkara rujuk pada Alquran dan sunnah bukan kepada kelogikan akal.
    Jadikan syahwat tunduk kepada wahyu yakni menyedari kenikmatan dunia ini sementara sahaja dan mengecapi nikmat menurut alquran dan sunnah.
    Jadikan nafsu tunduk pada wahyu yakni menginginkan sesuatu mengikut apa yg dibenarkan dalam alquran dan sunnah.



    « Last Edit: 30 October, 2009, 12:32:46 AM by SakaratulMaut »
    "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
    (Surah Al-A'raf: ayat 34)

    Reply #3 23 November, 2009, 02:52:33 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Sesungguhnya formula yang sama digunakan oleh ulamak Kristian dan Hindu bagi mnempertahankan kebenaran agama mereka. Lantas bagaimana anda hendak memberitahu kepada mereka yang HANYA agama Islam agama yang benar? Fikirkan dari sudut dakwah; adakah penjelasan anda itu mencukupi untuk membuktikan Islam agama yang benar?

    Nota: Formula yang sama inilah juga yang dijadikan alasan kukuh dalam Kaedah Persamaan yang digunakan oleh pendakyah Kristian dalam mengelirukan umat Islam. Dan formula yang sama inilah juga yang digunakan oleh kumpulan Liberalisme dalam membiaskan agama Islam al-Quran kepada Islam Liberalisme.

    Sama-sama kita fikirkan. Sama-sama kita pertimbangkan.
    Wassalam.
     

    Reply #4 23 November, 2009, 08:56:29 PM
  • Publish
  • Wa'alaikumsalam rich_km.

    Cerita yang disampaikan iaitu Akal & Wahyu bukanlah satu formula untuk membuktkan bahawa agama Islam itu benar. Ianya sekadar satu renungan dan nasihat yang baik, supaya dijadikan iktibar, bahawa carilah kebenaran pada tempat yang betul, iaitu Al-Qur'an dan Sunnah.

    Apa pun formula yang dikemukakan oleh pendakwah Kristian mahupun Hindu mengenai persamaan agama atau sebaliknya, sepatutnya tidak menjadikan jiwa seorang Muslim itu berat...

    ORANG-ORANG YANG TIDAK PERCAYA

    Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

    109:1. Katakanlah, "Wahai orang-orang yang tidak percaya,
    109:2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
    109:3. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah,
    109:4. Dan tidak juga aku menyembah apa yang kamu sembah,
    109:5. Dan tidak juga kamu menyembah apa yang aku sembah.
    109:6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"

    6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.

    Bagaimanapun kita berdakwah, hasilnya akhirnya, adalah diatas kehendak Allah. Katakanlah apa pun mengenai Islam yang berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah; Kristian, Hindu, Yahudi dan selainnya, mereka hanya duduk di atas ranting yang rapuh.

    Hanya Allah yang mengetahui. Segala puji bagi Allah.

    Reply #5 23 November, 2009, 11:25:19 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Terima kasih atas penjelasan. Semua itu saya sangat setuju. Cuma apa yang saya faham, kronologinya adalah seperti berikut:

    1. Para rasul diutus untuk mengembalikan manusia kepada Tauhid.
    2. Sesuai manusia sebagai khalifah Allah, mereka berperanan membina kesejahteraan di Bumi. Termasuk membina kesejahteraan di Bumi ialah menyempunakan akhlak manusia dengan membina hubungan yang baik dengan Tuhan dan sesama manusia. Termasuk menyempurnakan akhlak manusia ialah mengembalikan manusia kepada Tauhid (kerana akhlak yang tertinggi dan paling asas ialah menyembah Tuhan).
    3. Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian; kecuali yang beriman dan beramal salih; dan saling ingat mengingatkan dalam perkara kebenaran (khasnya kebenaran agama); dan saling ingat mengingatkan dalam kesabaran (jangan sampai terjadi emosional).
    4. Namun apabila sudah tidak ada ruang untuk saling ingat mengingatkan tentang kebenaran (mengembalikan manusia kepada Tauhid); baharulah kita katakan: wahai orang kafir! Aku tidak mengabdi kepada apa yang kamu dambakan. Dan kamu juga tidak (mahu) mengabdi kepada apa yang aku dambakan (dua kali). Bagi kamu agama kamu. Dan bagiku agama aku.

    Berkaitan dengan petunjuk itu hak Allah; rezeki juga hak Allah. Namun sama-samalah kita berusaha mencari rezeki sebagaimana sama-samalah kita berusaha menyebarkan petunjuk.

    Nota: Pada hemat saya sekarang ini ruang untuk memperkenalkan kebenaran Islam kepada non-Muslim terbuka amat luas berbanding pada zaman Nabi Muhammad dahulu. Pertama: Membincangkan persoalan agama sudah tidak menjadi suatu yang sensitif. Orang awam khasnya yang terpelajar boleh membincangkannya secara terbuka. Apa yang penting ialah tiada unsur menghina dan memperlekeh agama atau sembahan agama lain itu. Kedua: Keadaan negara yang aman membuka ruang yang cukup untuk kita menyerlahkan kebenaran agama Islam. Ungkapan 'tiada paksaan dalam agama; menunjukkan begitu ketaranya perbezaan antara kebenaran dan kebatilan umpama terang dengan gelap atau umpama siang dengan malam' menunjukkan begitu mudahnya membuktikan atau menyerlahkan kebenaran agama Islam; jika kita memang ingin melakukannya.

    Wassalam.

    Reply #6 26 November, 2009, 11:46:27 PM
  • Publish
  • Wa'alaikumsalam rich_km.

    Semangat ingin berdakwah yang ditunjukkan oleh saudara rich_km harus dipuji. Ruang untuk memperkenalkan agama Islam sememangnya terbuka luas berbanding pada zaman Nabi Muhammad seperti yang didakwa, namun harus diingat bahawa pendedahan terhadap agama-agama lain, hiburan, perjudian, maksiat dan sebagainya juga terbuka luas.

    Dengan adanya Internet, seseorang tidak perlu pergi ke negara Israel untuk mengenali agama Yahudi contohnya. Hanya perlu ' Google ' sahaja. Jika dahulu perlu seludup majalah Porno ke dalam negeri-negeri, sekarang hanya perlu ' Search ' pada kotak kosong ' Google '. Cabaran dalam berdakwah pada zaman tanpa sempadan ini sebenarnya mencabar, dan ia adalah Sunnah kehidupan dalam berdakwah.

    2:214. Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh kemasyghulan dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat.

    Mungkin saudara rich_km mempunyai idea-idea atau jalan dalam memperkenalkan agama Islam dengan mudah kepada orang-orang yang tidak percaya(kafirun) ?.

    Reply #7 27 November, 2009, 12:06:48 AM
  • Publish
  • YA ! bagaimana kah cara utk berdakwah yakni

    Quote
    memperkenalkan agama Islam dengan mudah kepada orang-orang yang tidak percaya(kafirun) ?.

    dalam surah al ahzab ada menyebut begini:

    ertinya:

    "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kpd langit, bumi dan gunung ganang,
    maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu kerana kuatir akan mengkianatinya,
    maka di pikul amanah itu oleh manusia"

    Mencari khalifah di mukabumi ini???? untuk memberi keyakinan tentang ilmu kalam ini >>>>

    di mana kita ?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    5565 Views
    Last post 18 November, 2011, 10:40:28 AM
    by Iffah Muhsin
    6 Replies
    6658 Views
    Last post 28 June, 2011, 06:21:03 PM
    by nurul hana
    22 Replies
    4665 Views
    Last post 16 November, 2012, 02:08:19 PM
    by afiQoh