Amanah Dalam Bekerja...

*

Author Topic: Amanah Dalam Bekerja...  (Read 6579 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mualli

  • *
  • Posts: 462
  • PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    • View Profile
28 October, 2009, 09:19:20 PM
  • Publish
  •  :)
    Masuk saja alam pekerjaan...tertanya2 sy pada diri sendiri...mampukah aku
    pegang amanah sebagai kakitangan awam ini..
    sensungguh amatlah berat berat andai kita bekerja dengan orang
    ...x amanah rezeki x berkat..
    Masuk lambat balik awai...amanah kah kita?
    Guna telefon pejabat untuk peribadi...Amanahkah kita??
    Guna komputer untuk urusan peribadi...amanakah kita?
    alatan2 pejabat dibawa balik ke rumah dibuatnya mcm barang sendiri...Amanakah kita?
    Dan macam2 lagi lah yg sering kita anggapnya remeh tetapi...
    tetapi adakalanya ia adalah sesuatu yg  boleh mengurangkan keberkatan pendapatan yg kita perolehi...

    Tulisan ini bukan tujuan untuk mengata orag tetapi sekadar untuk
     memperingati diri sendiri untuk berlaku amanah dalam kerja..


    Marilah kita bekerja dgn penuh amanah...Semoga Pekerjaan kita diredhoi Allah! :aamiin:
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    Namakata

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #1 28 October, 2009, 09:35:25 PM
  • Publish
  • Guna komputer untuk main2 tu biasala...awam atau swasta semua buat. :senyum:. Kadang2 tempat kerja pun terlalu mengongkong pekerja.

    ctleenly

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #2 26 March, 2011, 01:36:36 PM
  • Publish
  •  :) semua halaqian,saya minta pendapat cara terbaik untuk menegur seseorang,merangkap supervisor kawasan yang tidak menjalankan tanggungjawab mengikut sepatutnya.

    1)waktu bekerja,selalu keluar kadang-kadang berjam lama.alasan yang dibagi cari barang.
    2)waktu bekerja hari sabtu masuk lewat,kadang-kadang masuk kul 10.00 (waktu kerja 8.00 pagi hingga 12.45) atau tak masuk langsung dengan alasan,staff lain semua faham saya duduk jauh dari tempat kerja.
    3)kerja lebih masa,walaupun dia tidak pernah buat..dia akan suruh saya masukkan OT dia.bukan sikit,banyak...

    pihak HQ memang tidak tahu berkenaan hal ini,dan Bos saya pernah cakap pada sya,"kalau HQ tau ini semua kerja awak",risaunya saya.

    bersubahat dalam urusan kerja.sedih nya memikirkan keberkatan rezeki saya..
    « Last Edit: 26 March, 2011, 01:38:15 PM by ctleenly »

    lislam

    • *
    • Posts: 882
      • View Profile
    Reply #3 26 March, 2011, 08:38:47 PM
  • Publish
  •  :)
    Pendahuluan

    Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsure-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana ia merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Pengertian

    Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :

    1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

    2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

    3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

    1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

    Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT. Dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

    Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya :

    Maksudnya:

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

    (Al-Anfal : 27)

    Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian dan keselamatan jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai amanah Allah akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu produktiviti akan bertambah dan kebaikan akan berkembang.

    Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah. Rasul menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu dilaksanakan. Rasulullah SAW telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah (ikutan). Ia merupakan amanah Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu dipelihara, dihargai serta dipatuhi.

    Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan sebahagian daripada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah, tidak berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh keimanan dan keyakinan.




    2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

    Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

    Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah amanah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar umpatan.

    Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah kepada manusia yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya untuk tujuan yang diredhai Allah.

    3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

    Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang memiliki pelbagai kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk mendapatkan keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan khidmat para penternak untuk mendapatkan daging.

    Para peniaga memerlukan pelanggan manakala pengguna memerlukan khidmat peniaga. Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut memerlukan bimbingan dan kepimpinan para pemimpin. Tegasnya, tiada siapa yang mampu hidup bersendirian, kerana manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain.

    Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkandalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. Msyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara.

    Penutup

    Oleh yang demikian, setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan penghidupan kita di dunia ini.

    lislam

    • *
    • Posts: 882
      • View Profile
    Reply #4 26 March, 2011, 08:41:28 PM
  • Publish
  •  :)
    Disini jugak ana serta contoh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dengan sifat amanahnya....

    Kisah Dan Teladan

    KHALIFAH Umar bin Abdul Aziz adalah selah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika neliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya delam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.

    " Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang ?"

    Khalidah Umar menjawab, " Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebantar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga "

    Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:

    " Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.

    lislam

    • *
    • Posts: 882
      • View Profile
    Reply #5 26 March, 2011, 08:46:50 PM
  • Publish
  • Amanah Dalam Menyampaikan Ilmu



    Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi ilmu sedikit dengan sahabat-sahabat setia Jutawan Akhirat. Di kesempatan ini, saya terasa sangat ingin membincangkan sedikit mengenai Amanah kita sebagai insan dalam menyampaikan ilmu. Tidak kira ilmu apa yang kita pelajari dan kita sampaikan kepada umum asalkan ianya adalah sesuatu yang memberi kebaikan dan manfaat.

    Bagi orang-orang yang beriman (InsyaAllah kita semua tergolong dalam golongan orang-orang beriman), terutama para ulama, wajib menyampaikan kepada manusia apa yang diwajibkan untuk mereka menyampaikannya. Haram sama sekali bagi mereka menyembunyikan apa yang Allah turunkan yang mereka tahu, baik berupa keterangan-keterangan mahupun petunjuk. Dengan menyembunyikan ilmu yang hak atau benar, maka jadilah seorang itu pengkhianat terhadap ilmu dan akan menerima laknat dan seksaan dari Allah.

    Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa menyembunyikan ilmu adalah khianat. Sesiapa yang menyembunyikan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada manusia, layaklah baginya neraka jahannam. At-Tabrani meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Nasihat menasihatilah kamu dalam ilmu kerana sesungguhnya seseorang kamu terhadap ilmunya adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya. Dan bahawasanya Allah menyoal kamu nanti: Siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya dia akan dikekang pada hari kiamat dengan kekangan daripada api neraka." (hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

    Rasulullah SAW juga menjelaskan, bahawa orang yang menyembunyikan ilmu dan tidak amanah dalam menunaikannya adalah orang yang menghina dirinya sendiri.

    Kalau diikutkan sebenarnya tiada siapa yang ingin menyembunyikan ilmunya, bahkan kalau boleh ingin disampaikan semuanya apa yang mereka tahu. Namun di sana, banyak kekangan yang menyebabkan ramai yang terpaksa menyembunyikan ilmu tanpa disedarinya. Ini mungkin kerana bimbang sekiranya ilmu atau apa yang akan disampaikan nanti tidak boleh diterima oleh orang lain atau masyarakat. Maka mereka terpaksa berdiam diri demi keselamatan diri sendiri. Perkara ini sememangnya tidak wajar berlaku kerana takutkan kepada manusia bukan kerana Allah.

    Ibn Majah meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali kamu mengkhianati diri kamu sendiri." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah SAW bagaimana kami mengkhianati diri kami sendiri?" Jawab baginda: "Dia berpendapat bahawa dia berkewajipan menyampaikan ilmu kemudian dia tidak menyampaikannya lalu pada hari kiamat berkata ALlah Azza Wajalla kepadanya: "Apakah yang menghalang engkau dari berkata demikian dan demikian? " Dia menjawab: "Takutkan manusia." Lalu dijawab oleh Allah: "Adakah yang lebih berhak engkau takuti?"

    Berdasarkan keterangan di atas, maka jelaslah bagi kita, bahawa setiap Mukmin hendaklah menguatkan azam dan tekad untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW. Ini menjadikan mereka berbeza daripada orang-orang yang lain di dalam setiap perkara. Berbeza dari sudut ibadah, zuhud, tawadduk, hikmah, keteguhan sikap, benar, amanah dan lain-lain.

    Demikianlah antara wasiat Rasulullah SAW dalam khutbah terakhirnya (khutbah Wida'). Baginda menyuruh umatnya supaya bersifat amanah, kerana menunaikan amanah dan janji adalah amat penting dalam menanamkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Bayangkanlah jika satu janji dimungkiri atau satu amanah dikhianati, maka sudah tentu kepercayaan akan hilang, buruk sangka dan dendam akan subur dalam kehidupan sehingga akhirnya akan mengganggu keharmonian hidup sesama Muslim.

    Semoga sama-sama berjuang menegakkan agama yang kita sedang anuti ini. Sampai-sampaikanlah ilmu kepada semua yang beriman supaya sama-sama kita mendapat keredhaan dan keberkatan dari ALlah. Bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beragama Islam dan beriman.

    ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH...
    FIKIR-FIKIR & ZIKIR-ZIKIR



    anasameen

    • *
    • Posts: 1048
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #6 15 April, 2011, 10:57:08 PM
  • Publish
  •  :)

    amanah>>>>sesuatu y berat. jika diambil murah, murahlah tempat di hari Akhir kelak
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    jaimejoothman

    • *
    • Posts: 232
    • striving for an independent soul
      • View Profile
    Reply #7 15 April, 2011, 11:40:35 PM
  • Publish
  • tak mudah nak jadi orang yang amanah.hmm semoga diberikekuatan dan dilorongkan ke arah itu. Ameen
    A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

    awa wawa

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #8 06 July, 2011, 08:43:13 PM
  • Publish
  • APAKAH MAKSUD AYAT INI ?

    BERJAYA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN DENGAN CEKAP,AMANAH DAN TEGAS.

    elsanxs

    • *
    • Posts: 903
      • View Profile
    Reply #9 02 February, 2012, 12:13:12 PM
  • Publish

  • Masuk lambat balik awai...amanah kah kita?
    Guna telefon pejabat untuk peribadi...Amanahkah kita??
    Guna komputer untuk urusan peribadi...amanakah kita?
    alatan2 pejabat dibawa balik ke rumah dibuatnya mcm barang sendiri...Amanakah kita?
    Dan macam2 lagi lah yg sering kita anggapnya remeh tetapi...
    tetapi adakalanya ia adalah sesuatu yg  boleh mengurangkan keberkatan pendapatan yg kita perolehi...


    Masuk awal balik on time.. <<<amanah dah kot

    Guna telefon opis untuk peribadi <<< kalau emergency macam habis bateri talipon

    Guna komputer untuk urusan peribadi <<< macam dah biasa je zaman sekarang. Lencongan ..lencongan.. Time break rasanya takda masalah jika guna.

    Alatan pejabat dibawa balik <<< saye beli kat stationery je. Taknak guna opis

    Apa pun, usah lebih-lebih sangat ya guna hakmilik pejabat. Kerana harta benda tu bukan milik kita..Dan jika guna, pastikan harta itu elok seperti sebelum digunakan. Kerana kita meminjam hak orang.
    halaqahforum4

    Anaconda

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Reply #10 06 March, 2012, 05:03:04 PM
  • Publish
  • Apa pun, usah lebih-lebih sangat ya guna hakmilik pejabat. Kerana harta benda tu bukan milik kita..Dan jika guna, pastikan harta itu elok seperti sebelum digunakan. Kerana kita meminjam hak orang.

    Kerana harta tu bukan milik kita, boleh ke guna tanpa izin? Pekerja cuma diberikan amanah guna untuk dimanafaat kepada pejabat bukan guna untuk tujuan peribadi.


    Menjaga masa waktu bekerja juga merupakan amanah. Tak boleh gunakan waktu kerja untuk tujuan peribadi tanpa izin. Apa yang dikatakan masa bekerja untuk tujuan peribadi? Senang aja, contoh berchatting , berborak-borak dan bergayut di telefon. lainlah kalau orang yang telefon, cuma jawab, tapi itu pun tidak boleh lama-lama.


    Mahukah kita dituduh pencuri masa?


    Rasa-rasa apa nak dijawab dihadapan Allah nanti kerana menggunakan barang pejabat tanpa izin  dan meminjam waktu bekerja untuk tujuan borak-borak.


    Anaconda: kalau pinjam barang kena pulangkan.

    Syumaimah

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #11 16 July, 2013, 01:41:16 PM
  • Publish
  •  :)

    Masa juga amanah. Masa bekerja dari pukul 8.00 hingga pukul 5 petang makan kena guna masa itu untuk urusan kerja sahaja bukan hal peribadi seperti berfb, berinternet... Ramai kita tak sedar akan hal ini...

    Peringatan untuk diri terutamanya

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    21 Replies
    4581 Views
    Last post 18 October, 2013, 06:11:37 PM
    by MenuQaseh
    2 Replies
    1336 Views
    Last post 23 October, 2011, 02:47:45 PM
    by faa zahra
    13 Replies
    3195 Views
    Last post 10 June, 2012, 03:19:05 PM
    by robhunhayati