Rahsia Gerakan Anggota Badan

*

Author Topic: Rahsia Gerakan Anggota Badan  (Read 6935 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nilabiru

  • *
  • Posts: 334
    • View Profile
28 October, 2009, 12:42:35 PM
  • Publish
  • Kepala
    Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga
    Sekiranya kepala kanan bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau seseorang yang iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak, seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari sahabat mahupun keluarga

    Mata
    Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan

    Hidung
    Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri yang bergerak seseorang akan terlepas dari bebanan seperti hutang

    Telingga
    Cuping telingga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan

    Bibir
    Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan anda berada dalam keadaan aman manakala jika bibir kiri atas bergerak menandakan anda akan menerima berita baik
    Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih

    Lidah&Lelangit
    Berlainan pula dengan gerak lidah ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.Lelangit mulut bergerak menandakan orang itu mengalami masalah yang berpanjangan

    Kerongkong
    Kerongkong kanan bergerak menandakan anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri menandakan anda akan memperoleh durian runtuh


    Bahu
    Gerak bahu kanan menandakan anda akan mendapat pertolongan jika kiri anda akan naik pangkat secara mendadak

    Siku
    Jika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan jika geraknya lama pula maksudnya keburukan.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit

    Telapak Tangan
    Jika telapak tangan kiri bergerak menandakan anda akan memperoleh emas ataupun perak.Jika 4 jari tangan kanan bergerak menandakan harta akan diperolehi.

    Telunjuk
    Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan terbongkar.Kelingking kiri bergerak menandakan anda akan mendengar nasihat daripada orang jahat

    Dada
    Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri bergerak anda akan memperoleh ketenangan hati

    Rusuk
    Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan

    Pinggang
    Jika bahagian kanan pinggang bergerak seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika pinggang kiri yang bergerak anda akan memperoleh isteri

    Kaki
    Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki kiri pula akan mendapat kebaikan
    Jika kaki atau tapak kaki anda bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam atau anda akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh kekayaan
    Sekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendengar khabar berita sakit.Jika telunjuk kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati mulia.Kelingking kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendapat pakaian baru

    aman_arab

    • *
    • Posts: 220
    • Don't just be all talk, do what you want to do!
      • View Profile
    Reply #1 28 October, 2009, 12:58:59 PM
  • Publish
  • hmm..macam tengah baca kitab tajul muluk pulak..
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    nilabiru

    • *
    • Posts: 334
      • View Profile
    Reply #2 28 October, 2009, 01:03:33 PM
  • Publish
  • rahsia diatas hanyalah sekadar rahsia..

    elienz87

    • *
    • Posts: 221
      • View Profile
    Reply #3 28 October, 2009, 01:07:07 PM
  • Publish
  • :senyum:, dulu suka sangat kumpul maklumat2 macam ni,
    dari segi datang bulan.. hinggalah rupa bentuk anggota badan manusia...
    banyak betul rahsia nya~
    "Mahu beli topup serendah RM3?
    Mahu topup murah dari kedai?
    Mahu topup dari YahooMessenger?
    Mahu topup pakai HandPhone sahaja?
    Jangan ketinggalan!!"
    Jom click link ni:
    http://elqirani-reload.blogspot.com/p/pengenalan.html

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    5283 Views
    Last post 25 August, 2010, 10:36:39 AM
    by Arozi
    27 Replies
    4872 Views
    Last post 15 September, 2013, 02:19:14 PM
    by al_ahibbatu
    6 Replies
    1232 Views
    Last post 17 July, 2014, 12:27:18 PM
    by erny_suhaida