Hukum Memutuskan Silaturrahim

*

Author Topic: Hukum Memutuskan Silaturrahim  (Read 9041 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

13 October, 2009, 02:06:48 AM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    saya nak tanya...kalau saya dah tegur seorang kawan serumah tapi dia buat tak tahu je, macam mana pulak ye?dia seolah2 marah saya tanpa sebab yang saya tidak ketahui...mungkin saya pernah buat salah, tetapi saya sudah mintak maaf face to face dengannya...saya cuba ambil hati dia dengan menolong dia n memberitahu dia ke mana saya ingin pergi untuk kemaslahatan dia...tetapi dia seolah2 salah anggap dengan kebaikan yang saya hulurkan...walaupun dia tak pernah berbuat demikian tika kami baik dulu apatah lagi sekarang...

    saya pernah meminta kawannya yang lain sebagai pengantara untuk memulihkan hubungan kami tetapi kawannya kata itu masalah saya dengan kawan serumah saya...tiada kaitan dengan dia...selesaikanlah sendiri...

    sudah hampir sebulan saya n kawan saya macam ni...n ia bermula pada bulan yang mulia pulak tu...saya pun dah tak tahu nak buat apa sekarang...dah selalu sakit kepala fikirkan kenapa dia buat saya macam ni...sampai hati dia buat saya camni...saya tak pernah buat dia macam tu...sekarang saya hanya berdiam diri n tidak mahu memikirkan sangat tentang itu...biarlah dia nak buat apa...saya hanya berdoa pada Allah moga hubungan kami baik semula n moga dia sentiasa bahagia n gembira dengan tindakan dia...moga Allah lembutkan sedikit hatinya...

    patut ke saya buat tindakan seperti ini?adakah masalah saya ini termasuk dalam hukum di dalam hadith di atas?n di manakah status saya kalau ikut dalam hadith tu?
    « Last Edit: 13 October, 2009, 02:09:23 AM by iman mutiara »

    Reply #1 13 October, 2009, 03:02:58 AM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas kalian


    pada diri kita ada kebaikan dan keburukan, buat apa nak fikir2 sgt dan mengapa nak ambil hati .... ok la tu tak menyusahkan sampai menipu @ tak buat maksiat pun ... tenang2

    kalau ada bulan mulia ... pasti ada insan mulia .. harap2 sedaralah org yg dimaksudkan ... saya hanya berdoa pada Allah moga hubungan kami baik semula n moga dia sentiasa bahagia n gembira dengan tindakan dia...moga Allah lembutkan sedikit hatinya ... (serta hati saya dan semua)

         ...dah selalu sakit kepala fikirkan kenapa dia buat saya macam ni...

    renung hadis tu untuk diri sendiri ... bagi org tak mahu memahami takkan kita nak paksa memahami kot ....

    jgn plak terkejut, nanti kita sakit dia plak dtg menolong ...... insyaAllah

    tenang2 ...dalam proses tu, pasti ada hikmah-NYA

    Reply #2 13 October, 2009, 06:47:49 AM
  • Publish
  • kepada iman mutiara, jangan kita doakan keburukan kepada mereka yg tak mahu bertegur siapa dgn kita, cubalah minta dgn Allah, kurniakan mereka kebaikan.

    sbg cth: ya Allahu, aku bermohon, .................kasih sayang, semua hamba hambamu kepada ku, dan maafi lah mereka yang ada kesilapan dengan ku, semuga mereka dapat di terima di sisi MU.

    bila kita puji, minta kebaikan, doakan keselesaan, ianya bermaksud, kita bersyukur kepada Allah, sudah tentu, AKU - Allah, akan tambah nikmat KU kepadamu.

    begitulah sebaliknya, jika kita keji, hina, tuduh keburukan, kepada seseorang, kita idak bersyukur, dan ia memakan kebaikan kita, silap haribulan, kita akan terasa malu, kerana persangkaan kita itu tiada kebenarannya.

    cuba amati....jika beriman, maknanya, akan tolong menolong di dalam kebaikan, bukankah, mendoa kan kebaikan itu, pun kebajikan, semuga idaklah meninggi diri, menyangka diri idak bersalah, bukankah Allah yang Maha mengetahui, samada kita zahirkan, atau kita sembunyikan, AKU - Allah tahu.

    semuga terus ceria, dan Ingat Allah. ya Allah.....ampunkan mereka, mereka belum mengetahui.............

    Reply #3 13 October, 2009, 08:25:18 PM
  • Publish
  • terima kasih atas pandangan n nasihat...n insyaAllah saya akan istiqamah dengan doa2 saya...doa untuk kebaikan mereka....tak pela...Allah tu Maha Adil kan...kalau bukan hari ni, mungkin akan datang kita akan nikmati natijah dari kesabaran kita....saya yakin Allah sentiasa mendengar n melihat apa yang berlaku...saya serahkan hanya pada-Nya...moga kita semua di dalam keredhaan-nya...n moga Allah mengampuni dosa2 saya n mereka...sama ada yang disedari atau tidak...yang tersembunyi atau terang2an...amiin...

    Reply #4 26 October, 2009, 04:53:08 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    bunyi msg begini :

    "iman saya mintak tolong satu, jangan menyibuk hal saya lagi boleh tak? kalo saya pulak ambik tau hal iman pe perasaan iman! teruk iman nanti. pasni mane2 saya pegi tolong la jangan ambik tau n tolong jangan sibuk2 tanya orang lain boleh! saya benci perangai orang busy body ni. tolong ye...last warning!!! jangan sampai saya naik angin ok! dan jangan nak buat baik dengan sape2 lagi termasukla saya..jangan tanya orang lain pasal saya lagi! be ur self ler..jangan sibuk nak tau pasal orang lain! jaga hal siri lebih baik dan afdal. dan jangan tegur saya langsung pasni. last warning!! kalo saya dapat tau lagi teruk iman nanti.ingat ye!!  anggap kita tak pernah kenal thanx.assalamualaikum...oh ye lupa.thanx segala jasamu akan ku kenang......(kalo ikhlas tak kan ungkitkan......?!)"

    so, apa pendapat n apa yang patut saya buat untuk seterusnya??

    dia housemate saya, salah ke saya tanya dia g mana?salah ke saya buat baik kat dia n orang lain especially kawan2 dia?

    Reply #5 26 October, 2009, 06:20:30 PM
  • Publish
  • terima kasih awit...mungkin betul jugak kata awit...mungkin dia tak selesa saya asyik tanya mana dia pergi...tapi saya tanya pun bersebab...kalau dia g waktu siang n balik siang, memang saya tak tanya la...kecuali sesuatu yang memaksa saya bertanya n untuk keselamatan saya...

    kami duduk berdua je...kalau sampai malam tak balik, tak kan saya nak berjaga sampai pagi baru nak kunci pintu...apapun moga Allah melindungi saya...tu je la kalau betul dia tak suka ditanya...

    apapun saya akan buat sesuatu yang menggembirakan saya...biarlah dia kata jangan buat baik kat dia, tapi saya tetap akan buat baik...tolong dia sekadar yang termampu...

    apa yang saya berasa sedikit terkilan, setelah dia dapat segala kemudahan n dapat apa yang dihajati, dia berubah sampai camni sekali....moga Allah mengampuni dosa2 saya, dia n seluruh manusia...

    saya harap saya bukan lah tergolong dalam golongan yang memutuskan silaturrahim...tu yang saya risau sebenarnya...

    Reply #6 26 October, 2009, 06:25:01 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    bunyi msg begini :
    "iman saya mintak tolong satu, jangan menyibuk hal saya lagi boleh tak? kalo saya pulak ambik tau hal iman pe perasaan iman! teruk iman nanti. pasni mane2 saya pegi tolong la jangan ambik tau n tolong jangan sibuk2 tanya orang lain boleh! saya benci perangai orang busy body ni. tolong ye...last warning!!! jangan sampai saya naik angin ok! dan jangan nak buat baik dengan sape2 lagi termasukla saya..jangan tanya orang lain pasal saya lagi! be ur self ler..jangan sibuk nak tau pasal orang lain! jaga hal siri lebih baik dan afdal. dan jangan tegur saya langsung pasni. last warning!! kalo saya dapat tau lagi teruk iman nanti.ingat ye!!  anggap kita tak pernah kenal thanx.assalamualaikum...oh ye lupa.thanx segala jasamu akan ku kenang......(kalo ikhlas tak kan ungkitkan......?!)"
    so, apa pendapat n apa yang patut saya buat untuk seterusnya??
    dia housemate saya, salah ke saya tanya dia g mana?salah ke saya buat baik kat dia n orang lain especially kawan2 dia?
    49. Al Hujuraat

    Cara menyelesaikan sengketa antara kaum Muslimin
    9. Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

    Wsalam.. Sabor je la kalau itu kehendak hati nya. Janji niat awk betul. Lagipun dia xlakukan perkara2 yg bertentangan ngan ajaran agama kan? Awk tetap perlu anggap dia kawan awk lagi walau terjadi sebegini. Maybe dia mmg jenis sensetif kut atau salah paham suatu perkara atau tidak suka dikongkng? Kalau boleh jelas kan lagi bincang baik2(Kalau boleh la)..Dan paling penting Doa kan lah moga awk dan kawan awk tu di beri petunjuk,diperlembutkan hatinya dan semoga selamat dunia dan akhrat..

    "Tidak akan masuk syurga org yg memutuskan silaturahim"
    (HR. Musttaqun `alaihi)
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #7 26 October, 2009, 06:38:31 PM
  • Publish
  • terima kasih assiddiq...dah macam2 saya usahakan tapi nampaknya dia semakin benci dengan saya...

    sekarang ni saya pun dah tak tau nak buat apa...nak mintak orang tengah tolong pun, dia tak sanggup sebab tak tau citer sebenar...takut dikata jaga hal orang lain pulak...

    buat masa ni saya hanya serah kat Allah n tawakkal...saya ikut apa yang dia nak tapi satu je yang saya tak boleh ikut n tak sampai hati kalau saya buat..."jangan buat baik kat sape2 lagi termasukla dia..." biarlah dia nak kata apa, saya tetap akan buat baik macam selalu n tolong dia sekadar yang termampu...

    moga amaran berupa ugutan yang akhir tu,"last warning!! kalo saya dapat tau lagi teruk iman nanti.ingat ye!!"  Allah lindungi saya dari mara bahaya yang didatangkan oleh manusia...

    "dunia sudah semakin ke penghujungnya...kenapa masih lagi terjadi begini??kembalilah kepada fitrah...sungguh indah...."
    « Last Edit: 26 October, 2009, 06:41:48 PM by iman mutiara »

    Reply #8 26 October, 2009, 06:49:46 PM
  • Publish
  • buat masa ni saya hanya serah kat Allah n tawakkal...saya ikut apa yang dia nak tapi satu je yang saya tak boleh ikut n tak sampai hati kalau saya buat..."jangan buat baik kat sape2 lagi termasukla dia..." biarlah dia nak kata apa, saya tetap akan buat baik macam selalu n tolong dia sekadar yang termampu...
    Ok la tu. Pedulikanlah.. Naluri perlu berlandaskan Imani. Apa ALlah suruh kita suka maka kita suka,Apa ALlah suruh kita sayang maka kita sayanglah.. Semua kerana ALlah.. Kalau kerana dia awk xleh tegur sape2 buat mende menyalahi agama tu bukan sifat jurudakwah la..

    ALlah berfirman dalam Hadis Qudsi:
    "ALLAH telah memberikan wahyu kepada Isa anak Maryam: "Hai Isa! Nasihatilah dirimu dengan HikmatKu. Jika kau telah mengambil manfaatnya nasihatilah org yg banyak dan jika tidak hendaklah merasa malu kepadaKu."
    (HQR Dailami yg bersumber dari Abu Musa R.A.)

    Cuma jihad ni banyak jenis ada peringkat ikut kemampuan.. Perbuatan,tangan,kaki dan mulut.. Selemah2 iman adalah dengan hati sentiasa berdoa kebaikan diri kita dan org itu..

    Pasal ugutan tu maybe kes awk ni bukan sekadar pasal bertanya je kut. Takkan la dia boleh marah camtu skali.. Hmm.. Ngadu lah kat ALlah dan pastu kat siapa2 yg awk rasa selamat bersama diorang.. Jangan jadi mengumpat dah

    Sekadar Pendapat je~

    Reply #9 26 October, 2009, 07:25:22 PM
  • Publish
  • terima kasih assiddiq...sebenarnya pengalaman ni rentetan daripada post saya yang terdahulu...dalam forum luahan hati tajuk "saya ke yang bersalah??"...assiddiq boleh rujuk kat situ...

    saya post kat sini pulak sebab macam berkaitan dengan masalah saya...

    Reply #10 26 October, 2009, 09:38:46 PM
  • Publish
  • Tak semua orang boleh dengar nasihat dan tak semua bole menerima nasihat, kekadang ada yang diberi nasihat lagi dia memberontak. Dan tak semua orang boleh mempraktikkan ajaran yang telah diajarkan oleh agama.. Org yang beriman takkan menolak apabila seseorang menghulurkan maaf.

    " Sekeras2 kerak nasi, direndam dalam air kan lembut"

    Buat masa skang saudari iman haruslah memberi masa untuk dia sedia "menerima" kemaafan iman. Jadi iman teruslah meminta maaf dari masa ke masa .. mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin 10 thn. Biasa la hati yang sedang marah, bukan mudah nak diredakan.

    Mcm lah memadam hutan yang sedang terbakar, sukar untuk memadamkan, hendah di simbah air seluas tasik tak berkemampuan, tapi lama ke lamaan kan terpadam juga api yg membakar hutan tu.. tp ia memerlukan masa dan usaha.

    InsyAllah.. kita dah sedia meminta maaf.. mungkin sekarang dia masih belum sedia memaafkan.. insyaAllah.. satu hari nanti.. dia sedia memaafkan..

    Amin..
    « Last Edit: 26 October, 2009, 09:40:30 PM by wan_sgmt »
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Reply #11 26 October, 2009, 11:03:49 PM
  • Publish
  • terima kasih assiddiq...sebenarnya pengalaman ni rentetan daripada post saya yang terdahulu...dalam forum luahan hati tajuk "saya ke yang bersalah??"...assiddiq boleh rujuk kat situ...

    saya post kat sini pulak sebab macam berkaitan dengan masalah saya...
    Sy dah baca. Pindah rumah je la.. tu je nasihat sy.. Moga awk terus kekal istiqamah di jalanNya. Bukan senang nak jadi hambaNya yg takwa. Rasulullah dulu pun ramai mana yg xske kannya.. menjauhi diri dari nya termsuk bapak sedara sndiri..

    Ikut adat,wk kesorangan skarang.. Jgn kerana ketagih simpati dari rakan tu awk ikut lifestyle diorang lak. Baik pindah je. Cari kawan yg lebih baik dari tu.

    Disamping tu berdoa la moga ALlah memberi petunjuk kat awk dan kawan2 awak tu. Moga dibukakan ati insyaALlah..

    p/s: Kawan dengan org ske main api ni ngan kita2 sekali terkena percikan api,kalao kawan ngan org jual minyak wangi ni ngan kite2 sekali wangi..Pilih mane kita nak?

    Reply #12 27 October, 2009, 02:53:48 AM
  • Publish
  • terima kasih semua...

    sebenarnya mungkin salah saya jugak...bila jiwa dah tertekan n selalu memendam rasa sekian lama, bila dah tak tertahan, ingin diluahkan pada seseorang....tapi saya luahkan mungkin pada orang yang salah...tapi niat saya cuma satu...nak kurangkan tekanan bila meluahkan, meminta nasihat n berharap orang yang rapat dengannya tu menasihatinya...sebab saya ni tak pandai nak nasihat or tegur face to face...mungkin kerana luahan pada orang yang salah, perkara ni jadi sampai jadi teruk begini...saya pun tak sangka boleh jadi camni...

    tak pela...dengan peristiwa ni, saya dapat belajar sesuatu...jangan terlalu percaya pada orang...mungkin orang tengah tu yang memburukkan lagi keadaan...yang penting sekarang, kalau saya nak luahkan sesuatu tekanan, lebih elok n baik saya luahkan pada orang2 yang terdekat dengan saya n sahabat2 di sini...n paling penting biarlah dugaan n ujian saya ni saya luahkan pada Allah...saya adukan pada Allah...Dia lebih mengetahui...
    « Last Edit: 27 October, 2009, 02:55:24 AM by iman mutiara »

    Reply #13 27 October, 2009, 11:43:08 AM
  • Publish
  • TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
    (Bilangan 269 Bahagian Pertama)

    بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Kesempurnaan iman seseorang didukung oleh banyak faktor, tidak hanya setakat beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan hari akhirat, bahkan hubungan sesama insan juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman seseorang.

    Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar risikonya bukan hanya setakat di dunia
    sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala mumutuskan silaturrahim berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak atau jiran tetangga pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan
    silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan.

    Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini.

    Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus.

    Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk memulakan hubungan yang baik,
    tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama, oleh itu, carilah kebijaksanaan dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim.

    Persoalannya, apakah hukum dan kesan memutuskan silaturrahim ini? Maklumat ini perlu diketahui supaya dapat dilupakan segala punca pertelingkahan demi mencapai keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

    Pengertian Silaturrahim

    Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum
    kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan.

    Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telahpun meriwayatkan sebuah hadis qudsi, bahawa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

    Maksudnya:

        “Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” (Hadits riwayat Muslim)



    Berkata Imam an-Nawawi bahawa menurut ulama hakikat shillah itu ialah kemesraan dan belas kasihan. Manakala hubungan silaturrahim Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hambahambaNya
    ialah dengan melimpahkan kemesraan dan belas kasihanNya kepada hambaNya dengan ihsan dan nikmat atau dengan melapangkan dada-dada hambaNya kerana ta‘at kepadaNya.

    Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silaturrahim itu termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram. Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan mahram:

    1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah dengannya seperti bapa, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan emak.

    2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka.

    Hikmat pensyariatan silaturrahim

    Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:


        مَنْ َأحَبَّ َأ ْ ن يُبْسَ َ ط َلهُ فِي ِ رزْقِهِ، وَيُنْسََأ َلهُ فِي َأَثِرهِ، َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
        (رواه مسلم)

        Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim)



    Begitu juga bersilaturrahim itu boleh menambahkan kehormatan dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya.

    Hukum mengeratkan silaturrahim

    Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat di bawah ini:

    Tafsirnya:

        “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)



    Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda:


        وَمَنْ َ كا َ ن يُؤْمِنُ ِباللهِ وَاْليَوِْم الآخِِر َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
        (رواه البخاري)

        Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

    Reply #14 27 October, 2009, 11:47:39 AM
  • Publish
  • TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
    (Bilangan 269 Bahagian Akhir)

    بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Hukum memutuskan silaturrahim

    Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

    Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

    Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    َMaksudnya:

        “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)


    Bagaimana menghubungkan silaturrahim?

    Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
    bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

    Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

        الصَدََقةُ عََلى اْلمِسْكِيْ ِ ن: صَدََقٌة، وَعََلى ذِي الرَحْ ِ م اِْثنَتَانِ: صَدََقٌة وَصِلٌَّة.
        (سنن الدارمي)

        Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)


    Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?

    Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya:

    Tafsirnya:

        Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
        (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)


    Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim

    Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:

    1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.

    2. Membawa kebahagiaan.

    3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

    4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.

    5. Mengisi kesedihan Iblis.

    6. Dipanjangkan umur.

    7. Menperoleh keberkatan rezeki.

    8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.

    9. Bertambah-tambah kehormatannya.

    10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

    Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
    perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi keranamereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
    wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

    Maksudnya:

        “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)


    Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang
    beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:

        Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)



    Sumber : Mufti Brunei

    Reply #15 27 October, 2009, 02:29:33 PM
  • Publish
  • sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
    wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

    Maksudnya:

        “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)


    assalamualaikum...

    inilah yang saya sentiasa risaukan....saya dah buat yang termampu, tapi dia masih dengan kesombongannya...hmm patut ke saya kata dia sombong?tak pela...mungkin hatinya belum terbuka...tapi kenapa dia nak berdendam sangat dengan saya walhal saya cuma meluahkan isi hati yang terpendam sekian lama...tapi dalam luahan tu jugak saya salahkan diri saya yang terlalu sensitif...saya tak pernah kutuk dia...saya ambil berat tentang dia tapi dia salah anggap kata saya busy body...saya tak pernah tanya tentang hal peribadi dia...saya tanya apa2 yang berkaitan dengan saya n rumah kami...

    saya dah tak tahu nak buat apa...saya sedih memikirkan silaturrahim kami yang semakin jauh...tetapi dia gembira bernyanyi2...saya pulak rasa saya yang bersalah selama ni...kesihatan pun dah semakin merosot hanya sebab memikirkan masalah ni...tiada siapa nak tolong damaikan kami sebab mereka takut dianggap busy body...saya takut kalau memang betullah hadith di atas terjadi pada saya...

    astaghfirullahal 'azim ya Allah...Kau ampunkanlah dosa2 ku yang lalu...Kau lindungilah aku dari melakukan dosa yang mendatang yang di luar kesedaranku...tetapkanlah aku dengan kesabaran n ketabahan ini...Kau tunjukilah kami jalan yang lurus...jalan yang engkau redhai ya Allah...

    bila agaknya semua ini akan berakhir?saya terasa semakin tak kuat untuk menghadapi semua ini...hanya kerana seorang kawan....

    Reply #16 27 October, 2009, 03:01:35 PM
  • Publish
  • Hadits Qudsi ALlah berfirman:

    "Aku ar-Rahman,telah Kuciptakan ar-Rahim dan Ku petikkan baginya nama dari namaKu. Brangsiapa yg menghubungikannya nescaya Aku menghubunginya(dengan RahmatKu),dan barangsiapa yg memutuskannya nescaya Aku memutuskan hubunganKu dengannya dan barangsiapa yg mengokohkannya nescaya Aku mengokohkan pula HubunganKu dengannya. Sesungguhnya RahmatKu Mendahului kemurkaanKu."
    (HQR Bukhari,Ahmad,Abu Dawud,Tarmidzi,Ibnu Hibban,Hakim,Baihaqi yg bersumber dari Ibnu `Auf .Diriwayatkan pula oleh Kharaithi dan Khatib yg bersumber dari Abu Hurairah)

    Nabi SAW  bersabda kepada `Uqbah:

    "Ya `Uqbah! Mahukah engkau kuberitahu tentang akhak penghuni dunia dan akhirat paling utama?" Yaitu: menghubungi orang yg memutuskan hubungan denganmu,memberi orang yg pernah menahan pemberiannya padamu,memaafkan orang-orabg yg pernah menganiayamu."
    (H.R al-Hakim yg bersumber dari `Uqbah bin amir al-jalani)

    Rujukan Koleksi Hadis Qudsi~

    Reply #17 27 October, 2009, 03:16:50 PM
  • Publish
  • terima kasih assiddiq...moga saya terus istiqamah n moga Allah mengampunkan dosa2 kami n semua umat Islam...moga Allah permudahkan segala urusan...moga mendapat keredhaan kerana itulah yang diharapkan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian, cabaran n dugaan...amiin...

    Reply #18 27 October, 2009, 03:31:02 PM
  • Publish
  • terima kasih assiddiq...moga saya terus istiqamah n moga Allah mengampunkan dosa2 kami n semua umat Islam...moga Allah permudahkan segala urusan...moga mendapat keredhaan kerana itulah yang diharapkan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian, cabaran n dugaan...amiin...
    Bersabar lah. Tidak rugi terus bersamaNya.Sifat seorang hamba terhadap TUANnya adalah redha dan sabar apa yg DIA berikan. Yg penting istiqamah di jalanNya..

    Meniti di titian sirat kelak pun bermacam2 ujian untuk menuju ke syurga. Bukan senang tetapi terus kekal istiqamah di jalanNya. Berdoa moga ALlah memberi petunjuk agar di permudahkan segala urusan..InsyaALlah~

    Reply #19 27 October, 2009, 03:42:24 PM
  • Publish
  • Salam...iman

    Lama mualli x dgr berita iman...rupa2nya masih begitu...

    Pesanan mualli lebih baik selepas mendapat warning ter akhirnya itu..eloklah iman..berdiam diri sahaja...
    dan seperti halaqiah kata...berdoa kepada Allah, mengadu Kepada Allah...Insyaallah Allah maha mendengar,
    Berdiam diri bukan bermakna kita bersalah...tetapi lebih baik daripada kita cakap sepatah dia marah.....
    Tapi andai ada kesulitan yg dia alami hulurkan tanpa rasa dendam...seperti yg iman lakukan sekarang...

    Insyaallah mualli doakan suatu hari kawan iman itu akan kembali berbaik ngan iman...
    Hati manusia...sapa tahu Allah yg akan balikkan...bukannya kehendak kita
    BERUSAHA + BERDOA+ TAWAKKAL KEPADA ALLAH..
    yg penting jaga kesihatan....Dekatkan diri dgn Allah...
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    15 Replies
    7022 Views
    Last post 24 January, 2011, 11:42:39 AM
    by imanhilmi
    32 Replies
    10101 Views
    Last post 08 February, 2011, 03:43:34 PM
    by halawah
    9 Replies
    3812 Views
    Last post 03 March, 2010, 06:52:02 PM
    by Ixora_skru