Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

*

Author Topic: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami  (Read 80052 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1281
    • View Profile
27 October, 2009, 07:58:45 AM
  • Publish
  • Isteri Nusyuz Berdosa Besar!

    بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan
    ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

    Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajibvdilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘.

    Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami


    Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’.

    Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    Maksudnya:

       
    Quote
    “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”


    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

    Maksudnya:
    Quote

        “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”


    (Hadis riwayat ath-Thabarani)

    Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

    Pengertian Nusyuz

    Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

    Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:


    i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.

    Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

    ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
    berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

    iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

    iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

    v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

    vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

    Hukum Nusyuz Dan Kesannya


    Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    Maksudnya:

    Quote
        “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”


    (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada
    isterinya akan gugur.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #1 27 October, 2009, 08:02:22 AM
  • Publish
  • Tindakan Terhadap Isteri Yang Nusyuz

    Islam telah menggariskan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh suami dalam menangani dan menghadapi masalah nusyuz isteri ini:

    1. Ketika nampak tanda-tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling padahal kebiasaannya dia menampakkan muka yang manis kepada suaminya atau dengan percakapan seperti isteri menjawab suaminya dengan suara yang kasar padahal kebiasaannya dia bercakap dengan lemah lembut kepadanya, maka sunat ke atas
    suami memberi nasihat. Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:
    Quote
        “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.”

    (Surah an-Nisa: 34)

    Antara cara menasihati isteri yang ditakuti berlaku nusyuz sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama:

    - Menasihati isterinya dengan berkata kepadanya:
    Quote
        “Bertaqwalah kepada Allah pada perkara-perkara hak-hak yang wajib untukku ke atasmu dan beringat-ingatlah akan akibat jika engkau tidak melaksanakannya.”



    -Menjelaskan kepada isteri bahawa nusyuz boleh mengugurkan (hak) nafkah dari suami dan hak giliran bermalam di rumah isteri bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.

    - Menyebut hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhusebagaimana yang disebutkan di atas mengenai isteri yang nusyuz.

    - Adalah sunat juga bagi suami berbuat baik kepada isterinya itu dan mengambil hatinya dengan memberinya sesuatu.

    2. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

    Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:

    Quote
        “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

    (Surah an-Nisa: 34)

    Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispanduan tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

    Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

    Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.

    Isteri juga diperintahkan untuk menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya kerana yang sedemikian itu adalah perilaku seorang isteri shalehah sebagaimana firman Allah

    Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:
    Quote

        “Maka perempuan-perempuan yang shaleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya).”


    (Surah an-Nisa: 34)

    Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap isteri yang shalehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha:

    Maksudnya:
    Quote
        “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.”

    (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

    Sebagai seorang isteri, rebutlah peluang mudah untuk memasuki syurga iaitu dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan rasulNya serta dengan mentaati suami.
    Sumber : Mufti Brunei

    Arine

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #2 29 September, 2010, 01:47:59 AM
  • Publish
  • saya ingin bertanya masalah disini, isteri bersikap nusyuz akibat daripada tindakan,perlakuan suami.suami dulu yang memulakan perlakuan seperti tidak tidur bersama isteri setiap malam dan juga ada memukul isteri.suami juga tidak bertanggungjawab dan memberi nafkah zahir kepada isteri.suami hanya datang kepada isteri ditempat tidur bila suami berkehendak, dan sesudah itu membiarkan,meninggalkan dan mengabaikan isteri. pendek kata,suami tidak menunaikan haknya yang wajib kepada isteri.
    jesteru itu,akibat dari perbuatan suami, setelah bertahun tahun sabar dalam perkahwinan,menyebabkan isteri tawar hati dan menjadi akhlak nusyuz.isteri telah mula tidak hiraukan suami seperti dibawah:
    iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

    iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

    v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

    bolehkan perjelaskan kedudukan isteri itu? Terima kasih.


    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #3 29 September, 2010, 09:16:58 AM
  • Publish
  • Pendapat dan pandangan peribadi saya jer...Susah sebenarnya nak menjadi hakim yang 'adil lagi bijaksana atau penasihat yang dapat memberikan nasihat yang terbaik. Tapi Nabi pun ada bersabda..Ad-diinun nasihah...Agama itu nasihat menasihati..Saya cubalah..
    saya ingin bertanya masalah disini, isteri bersikap nusyuz akibat daripada tindakan,perlakuan suami.suami dulu yang memulakan perlakuan seperti tidak tidur bersama isteri setiap malam dan juga ada memukul isteri.suami juga tidak bertanggungjawab dan memberi nafkah zahir kepada isteri.suami hanya datang kepada isteri ditempat tidur bila suami berkehendak, dan sesudah itu membiarkan,meninggalkan dan mengabaikan isteri. pendek kata,suami tidak menunaikan haknya yang wajib kepada isteri.
    jesteru itu,akibat dari perbuatan suami, setelah bertahun tahun sabar dalam perkahwinan,menyebabkan isteri tawar hati dan menjadi akhlak nusyuz.isteri telah mula tidak hiraukan suami seperti dibawah:
    iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

    iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

    v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

    bolehkan perjelaskan kedudukan isteri itu? Terima kasih.


    .Jika benar faktanya seperti di atas, memang suamilah yang bersalah, sebab dia jadi punca yang menyebabkan masalah (sampai isteri nusyuz). Sepatutnya sebagai isteri, puan cari dulu sebab-musabab kenapa suami bertindak dan menjadi begitu. Seelok dan sebaiknya, bermuzakarah dulu, adakan perbincangan terbuka bersama meluahkan permasalahan dan kehendak masing-masing. Kronologi penceritaan puan seperti di atas menggambarkan suami hanya inginkan hubungan intim semata-mata. Dalam istilahnya, saya memberikan kata-kata, barangkali tiada lagi kasih sayang, cinta dan rindu. Yang ada hanya tinggal sebumbung tapi tidak berkongsi hidup dalam ertikata suami-isteri yang penuh rasa mahabbah menuju pembentukan sebuah keluarga sakinah. Dalam agama pula, suami pemimpin dan pelindung. Jika isteri nusyuz sebagai suami  ada 3 tindakan perlu apabila isteri nusyuz/tidak taat, iaitu menasihati, tidak tidur bersama dan pukul yang tidak sampai mencederakan isteri, sehingga isteri berubah. Dalam kes-kes tertentu, suami juga ada hak dan boleh tidak memberikan nafkah zahir terhadap isteri. Suami yang soleh dan bijaksana, harus menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak isteri selagi mampu serta tidak melampaui batasan dan tidak menjadikan suami menjadi dayus. Begitu juga isteri, apabila bermasalah, harus juga bijaksana menyelesaikannya, bila suami berkehendakkan sesuatu dari isteri pun sama, cuba memenuhinya secara patut dan mampu, selagi ianya tidak menjadikan kita derhaka kepada Allah.

    Dalam masalah puan, jika puan failkan kes di mahkamah, suami juga boleh failkan kes atas sebab nusyuz. Isteri ada hak, suami juga ada hak dalam masalah ini. Mana yang peguambela atau pendakwaraya masing-masing pandai memberikan hujjah, bukti serta saksi, berkemungkinan dia boleh menang. Ini salah satu jalan penyelesaian, jika ini yang diinginkan (penyelesaian di mahkamah syariah).

    Jika puan tetap ingin nusyuz sampai entah bila berkesudahan, puan tetap berdosa. Suami juga tetap berdosa, kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga. Sebagai suami, wajib bertanggungjawab memberikan nafkah zahir dan batin. Setiap orang ada masalah. Kekadang masalah itu menjadi ujian, kekadang masalah menjadi bala bencana kepada seseorang. Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan keluar sebagai penyelesaiannya. Ada 4 pilihan, iaitu: -
    1.Jika ingin terus bersama seperti sedia ada, boleh diteruskan tetapi hidup semakin tertekan, semakin terkumpul dosa, semakin terhakis kasih sayang.
    2.Jika tidak ingin lagi bersama, pilihlah perpisahan secara baik.
    3.Jika ingin disuburkan semula kasih, semarakkan cinta, bertaut rindu, terikat sayang, laluilah hidup kemanusiaan (ada tolak ansur, diplomasi, 'win-win situation', susah sama susah, senang sama senang, dan seumpamanya) dan ketuhanan(kerohanian-buat banyak amalan, bersabar dan sebagainya, dekati Allah, dekati agama bersama suami-isteri bekerjasama. Jika mampu usaha secara sendirian, jika tak mampu cari orang ketiga yang 'adil).
    4.Buat don't know aje. Tapi agama tetap mengklasifikasikannya sebagai berdosa...Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu..Az-Zariyat


    Keputusan di tangan puan dan suami. Pilihlah mana yang dapat memberikan lebih kebaikan kepada semua. Renung dan fikirlah sedalam-dalamnya, semasak-masak dan sejauh-jauhnya dari segala sudut kehidupan termasuk anak-anak (jika ada) agar nanti kekesalan tidak meniti di bibir, bersarang di hati dan terus menghantui kehidupan...Yang pasti Allah tetap akan menghisab kita, dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara...Wallahu'aklam.

    Walahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azhiimm...
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #4 29 September, 2010, 01:33:25 PM
  • Publish
  • hanya memberi pandangan dan juga merupakan peringatan terhadap diri sendiri
    utk diriku sendiri dan juga di luar sana, walaupun suami kita tidak menjlnkan tanggungjawab dia seperti yang dituntut agama, kita seharusnya janganlah nusyuz. sebab besar dosanya seorang isteri yang nusyuz.
    walaupun ape pun kesalahan dia, ki8ta sabar dan redha lah. mohonlah dgn ALLAH SWT. Allah SWT akan melindungi kita di dunia akhirat.
    kalau kita bersabar dgn suami mcm itu, ganjaran Allah SWT pada kita pasti ada. Untuk si suami pula, bersedialah untuk mendapat balasan daripada Allah SWT. yang penting kita sebagai isteri, jgn nusyuz. Andai tidak dpt menghormati suami lagi, pilihlah jln yang Allah SWT paling tidak suka tp Allah SWT membenarkannya iaiti TALAK. yang penting jgn nusyuz.

    Arine

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #5 29 September, 2010, 03:46:04 PM
  • Publish
  • terima kasih semua atas nasihat dan peringatan.
    Ya Sabur, Ya Qawi, Ya Mutakabbir...aku sujud kepadaMu..

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #6 30 September, 2010, 11:46:43 PM
  • Publish
  • hanya memberi pandangan dan juga merupakan peringatan terhadap diri sendiri
    utk diriku sendiri dan juga di luar sana, walaupun suami kita tidak menjlnkan tanggungjawab dia seperti yang dituntut agama, kita seharusnya janganlah nusyuz. sebab besar dosanya seorang isteri yang nusyuz.
    walaupun ape pun kesalahan dia, ki8ta sabar dan redha lah. mohonlah dgn ALLAH SWT. Allah SWT akan melindungi kita di dunia akhirat.
    kalau kita bersabar dgn suami mcm itu, ganjaran Allah SWT pada kita pasti ada. Untuk si suami pula, bersedialah untuk mendapat balasan daripada Allah SWT. yang penting kita sebagai isteri, jgn nusyuz. Andai tidak dpt menghormati suami lagi, pilihlah jln yang Allah SWT paling tidak suka tp Allah SWT membenarkannya iaiti TALAK. yang penting jgn nusyuz.

    ye laaa tu..
    peringatan untuk diri saya juga tu..
    kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita dah buat...
    bila dah berlaku,baru laaa nak menyesal..
    lebih baik elakkan dari berlaku macam tu..nusyuz..berdosa besar tau..
    mmm,takut sangat...
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #7 09 October, 2010, 10:02:49 AM
  • Publish
  • Dipetik dari Kitab Muhimmah

    Tiga golongan yang Allah Ta'ala tidak terima akan solatnya dan amal kebajikannya..
    -Hamba yang lari daripada penghulunya hingga kembali kepada penghulunya
    -PEREMPUAN YANG MARAH ATASNYA OLEH SUAMINYA HINGGA REDHA IA
    -Orang yang mabuk hingga ia jaga dari mabuknya

    Wallahu a'lam

    shamF1

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #8 30 October, 2010, 02:47:32 PM
  • Publish
  • Tn yg Arif
    isteri saya telah tawar hati akibat sikap pemarah saya yang lalu. alhamdulillah saya dapat berubah menjadi suami yang penyayang, berlemah lembut serta berkasih sayang terhadap isteri serta keluarga. pada peringkat permulaan isteri dapat menerima perubahan sikap saya itu tetapi selang beberapa bulan dia telah berubah sikap menjadi isteri yang tidak mentaati serta mengabaikan suami. sekarang ini dia berpendapat bahawa perpisahan adalah jalan terbaik untuk dia. w/pun segala nasihat telah diberikan dia tetap berkeras untuk berpisah.

    ulasan Tn yang Arif sangat dihormati

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #9 30 October, 2010, 11:26:47 PM
  • Publish
  • Cuba tuan shamF1 cari dulu sebab-musabab kenapa isteri sampai begitu sekali berubah? Mesti ada sebab-sebab tertentu, kan? Jika dulu katanya disebabkan sikap panas baran suami, tapi dah berubah menjadi penyayang, lemah lembut serta berkasih sayang. Sewajarnya si isteri turut gembira dan merasa bahagia, tapi setelah berbulan-bulan, tiba-tiba lain jadinya. Mesti bersebab, cari sebab tu dulu.

    Apakah setelah berubah, tuan sendiri tersilap asuhan dan tarbiyah isteri? Atau sepanjang berubah tuan masih tidak memahami kehendak isteri? Barangkali masih ada perangai dan tingkah laku suami yang tidak disukainya. Cuba tanya baik-baik dengan lemah lembut..

    Cuba cari apa masalah serta kehendak isteri selama ini?

    Boleh tuan gambarkan apa maksud tuan dengan tidak mentaati serta mengabaikan suami? Dalam konteks yang bagaimana tu?

    Jika dia inginkan perpisahan dan baginya itu adalah jalan terbaik untuk dia, minta dia senaraikan setulusnya apakah kebaikan yang dia bakal perolehi? Apa pula risikonya dan keburukan terhadap dirinya dan anak-anak apabila perceraian itu menjadi kenyataan? Atau dia ada mengharapkan adanya seorang lain sebagai pengganti? Jika ya, apakah dia yakin dengan sesungguhnya bahawa pengganti itu boleh membahagiakannya sampai akhir hayat? Atau si dia bakal pengganti itu hanya pandai menanam tebu di bibir semata sebab antaranya belum dapat disedut manisnya, bila habis manis sepah pun dibuang! Dah banyak sebenarnya kes begini! Tersilap percaturan kerana menurut nafsu serakah yang tak pernah puas dan redha.

    Mintalah juga dia berterus-terang semuanya. Atasi masalahnya sebijaksana mungkin dan penuhi kehendaknya semampu yang dapat. Cubalah terus mengikat tali pernikahan itu kukuh-kukuh. Jangan diurai walau selilit cuma.

    Suami tu pemimpin dan pelindung. Kita perlu hayati dan fahaminya dalam-dalam apa maksudnya dan sampai ke mana Allah dan Rasul mahukan umatnya yang lelaki memimpin dan melindungi An-Nisa'/zaujati wal ahli?

    mohd nazrul

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #10 30 May, 2012, 06:00:37 AM
  • Publish
  • As salam kepada semua..
    Saya dah baca semua komen-komen di atas dan sekarang saya nak bertanya...
    jika apa yang di terangkan tetap juga isteri memaki hamun suami macam mana tu?
    (saya baru lepas kene maki ba..,si..,woi gam....,dan macam-macam lagi sebab tak nak lepaskan dia)

    enesar

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #11 04 June, 2012, 03:58:43 PM
  • Publish
  •  :)

    Saya baru berpoligami dgn seorang gadis di Thailand. Alhamdulillah keluarga gadis merestui pernikahan kami. Saya bernikah seorang lagi kerana kurangnya layanan isteri kepada saya sejak lebih 10 tahun.

    Saya bukanlah seorang ahli maksiat, malah saya sering dijadikan tempat rujukan untuk hal2 berkaitan Islam. Saya juga merupakan seorang imam dan khatib di mesjid berhampiran. Dari segi nafkah, saya berpendapatan 5 digit sebulan.

    Masaalahnya, isteri saya (40 tahun) membantah poligami dan memfailkan permohonan cerai. Padahal, dari segi nafkah makan, pakai dan tempat tinggal tidak pernah saya abaikan. Giliran bermalam mengikut jadual, tidak pernah terabai kecuali bila say melakukan kerja luar daerah/negeri. Malah berlebih-lebihan sehingga sebelum ini, kami mampu bercuti ke sana kemari dlm dan luar negeri.

    Sekarang, isteri pertama saya telah lebih 2 bulan mengabaikan saya. Bila di rumah isteri pertama, kain baju saya basuh sendiri, gosok sendiri, bahan makanan memang banyak dalam peti sejuk, sesetengahnya sampai busuk tidak dimasak, isteri menolak bila diajak tidur bersama, anak-anak sering kelaparan bila balik sekolah, rumah kurang berjaga, isteri keluar rumah tanpa izin dll. Permintaan cerai sering diutarakan.

    Saya juga telah menarik balik keizinan utk isteri saya bekerja sejak bulan Sep tahun 2011 kerana saya mampu untuk menanggungnya, malah dengan dia bekerja, keadaan anak2 dan rumah memang terabai.. Namun dia tetap ke pejabat, walaupun berkali-kali saya larang.

    Dengan bantuan dari adik beradiknya, dia telah memfailkan 7 tuduhan melampau dalam pernyataan bersumpahnya ke mahkamah. Antranya saya telah mendera isteri, anak2, mertua, adik beradik dan ipar duai. Saya hairan bila masanya saya mendera mereka. Mertua saya meninggal dunia 8 tahun yang lepas. Ada pun terhadap anak2 saya memukul mereka atas sebab melambatkan solat dan tidur hingga kesiangan. Hukuman terhadap anak2 lebih kepada mengajar mereka. Malah anak2 yang besar mengakui mereka dipukul bila mereka berbuat salah. Saya mendidik anak2 dengan menyuruh mereka membaca Alquran, malah saya galakkan mereka menghafal surah2 panjang. Ada anak saya yang pernah memenangi tempat ke 3 dalam hafazan. Saya melatih mereka perbanyakkan solat malam.

    Saya juga dituduh mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, yang mana saya sendiri tidak pasti mana satu. Semua bil rumah saya bayarkan, barang makanan melambak, keperluan rumah berlebih2, malah duit minyak kereta dia saya sering isikan.

    Saya khuatir isteri pertama saya telah nusyuz lalu saya nasihati dia dengan surah Annisa ayat 34 dan web site2 berkaitan nusyuz. Bila saya ktakan perkara nusyuz, isteri saya kata cuma hakim yang boleh putuskan dia nusyuz. Saya juga telah mula menjauhi diri dari tidur bersamanya. Dia tidur di bilik berhawa dingin dan saya tidur di atas comforter di depan TV.

    Soalan saya.
    1. Adakah isteri saya nusyuz jika berbuat demikian?
    2. Adakah saya perlu memfailkan perintah taat kepada suami ke atas isteri saya?
    3. Apakah yang perlu saya lakukan lagi? Saya bersolat malam setiap malam berdoa kepada Allah. Saya bersabar dengan segala karenah isteri. Tapi sampai bila?
    4. Saya mempunyai anak seramai 4 org. Saya khuatir jika berlaku perceraian, anak2 ini akan diletak bawah penjagaan ibu mereka. Dan saya yakin, penekanan terhadap Islam akan terlalu kurang. Apakah persediaan awal jika berlaku perceraian, hakim akan memberi hak penjagaan anak kepada saya?

    Saya bertekad untuk mempertahankan perkahwinan ini kerana saya masih sayangkan isteri dan tetap sayangkan semua anak2 saya.

    Wassalam.
















    « Last Edit: 04 June, 2012, 04:06:41 PM by enesar »

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #12 04 June, 2012, 04:52:50 PM
  • Publish
  • As salam kepada semua..
    Saya dah baca semua komen-komen di atas dan sekarang saya nak bertanya...
    jika apa yang di terangkan tetap juga isteri memaki hamun suami macam mana tu?
    (saya baru lepas kene maki ba..,si..,woi gam....,dan macam-macam lagi sebab tak nak lepaskan dia)
    dalam surah banyak di terangkan.... ambil lah perhatian sepenuhnya hal rumah tangga diri kamu itu -

    di syurga di sediakan bidadari untuk kamu... di dunia ini di zahirkan isteri kamu sebagai pendamping kamu menemani diri kamu seadanya...
    ambil lah pedoman kisah kisah nabi terdahulu....
    hal nabi Nuh dan sebagainya....


    surah An-nisa ayat 34 -

    Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.


    semuga diri itu dalam kebaikkan hendakNya...

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #13 04 June, 2012, 05:00:34 PM
  • Publish
  • jika berlaku perpecahan ambil wakil di antara kedua belah pihak bagi mendamaikan suasana -
    Insyallah ALLAH mengetahui -
    jika kamu mendamaikan perbalahan itu nescaya ALLAH kurniakan darjat untuk mu -

    tabah kan hati dalam ujian ALLAH -
    kesabaran diri itu adalah Usaha melawan NAFSU

    sama sama doa kan kebahagian isteri da keluarga...
    duit banyak tanpa ilmu hanya kepincangan semata mata...

    harta dah anak anak adalah Ujian semata mata...
    malahan kebahagian itu adalah KASIH SAYANG yang tiada tolak bandinganNya....

    Insyallah -

    semuga di permudahkan urusan kalian semua,...


    Reply #14 24 June, 2012, 05:25:35 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Kepada yang arif saya memohon membantu masalah yang terjadi terhadap diri saya insyallah. saya telah berkenalan dengan seorang wanita kira-kira 5tahun yang lalu. disebabkan oleh keluarga menolak pilihan saya untuk mengahwini perempuan itu maka kami telah mengambil keputusan untuk bernikah di negeri jiran. Pada mulanya kami sefahaman setelah beberapa bulan berlalu, si isteri memaksa saya untuk melepaskan ikatan perkahwinan disebabkan oleh tidak tahan untuk hidup seperti tidak normal kerana kami merahsiakan perkahwinan dari pengetahuan keluarga. dengan itu saya melafaskan cerai talak 1.. dalam tempoh edah kami telah "bersama" dan di sebabkan atas kejahilan saya maka saya tidak mengetahui bahawa saya telahpn merujuk dengan perbuatan dan mengabaikan tugas bagi seorang suami dalam tempoh 3 bulan.. setelah mendapat tahu bahawa sidia masih bawah tangungan saya maka saya telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan perkahwinan kami.. akan tetapi si isteri tidak dapat menerima oleh kerana dia mendakwa telah diceraikan serta mengambil keputusan untuk berkahwin dengan yang lain dalam masa yang sama dia sedar bahawa dia masih isteri saya yang sah...

    oleh dengan demikian saya mohon sahabat serta saudara semua dapat membantu serta memberi pandangan kepada saya.. jazakallah


    wassalam




    Nama : ahmad
    Umur : 26
    Jantina : lelaki
    Negeri Asal  : kuala lumpur
    Belajar atau Bekerja/Tempat : sendiri

    imanhunter

    • *
    • Posts: 161
    • Hunting the real within me
      • View Profile
    Reply #15 25 June, 2012, 11:27:13 PM
  • Publish
  • Saya nak beri pendapat.. maaf kalau ada bahasa yang dirasakan tak kena.. dan mungkin agak panjang..

    Kita adalah manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan..

    Banyak pasangan yang mengambil langkah mudah dengan lari ke negara jiran untuk bernikah apabila orang tua menolak calon suami/isteri.. secara tidak langsung menafikan (sebahagian) hak ibubapa mereka terhadap mereka.. bagaimana mereka nak menafikan bahawa dalam darah mereka terdapat titisan susu ibu mereka? atau suapan rezeki hasil tulang empat kerat ayah mereka?

    Saya beranggapan saudara tidak mendaftarkan pernikahan saudara di negara jiran dengan mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebab saudara tak sebut pun tentang dah buat pendaftaran semula pernikahan.. dalam kebanyakkan keadaan, bila situasi begini timbul, akan ada syak atau rasa ragu-ragu isteri kepada suami tentang status pernikahan sebenar.. menyebabkan dia semakin lama terasa terganggu tentang status dirinya yang sebenar pada saudara.. mungkin itu yang menjadi punca mengapa dia memaksa saudara melepaskan dia daripada ikatan perkahwinan.. mungkin dia melihat tiada komitmen daripada saudara untuk mengenengahkan pernikahan berdasarkan masa beberapa bulan yang saudara sebutkan..

    seharusnya saudara tidak melatah, terus menceraikan dia dengan begitu mudah.. paksaan yang berulang-ulang daripada isteri bukanlah satu sebab kenapa cerai harus dilafazkan.. kenapa tidak fikirkan kesusahan yang dialami sewaktu nak bernikah dulu?

    Bagi pernikahan yang tidak disahkan melalui mana-mana Mahkamah Syariah dan kemudian setelah disahkan, didaftarkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (berdasarkan di Mahkamah Syariah negeri mana pengesahan di buat), dari segi Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan/Negeri), pernikahan saudara tidak wujud. Mungkin sah dari segi syarak, tetapi tak wujud dalam sistem perundangan negara. Dengan kata lain, sekiranya apa-apa perkara berlaku (perceraian, ruju', tuntutan harta dll., sesi kaunseling) terhadap pernikahan saudara dan isteri, ianya tidak boleh secara terus dirujuk kepada JAIN atau Mahkamah Syariah. Sebaliknya saudara boleh:

    (1) pergi semula ke tempat saudara bernikah dan buat pengesahan cerai dan ruju'
    (2) melalui proses pendaftaran semula pernikahan mengikut undang-undang negara (Pengesahan di Mahkamah Syariah -> Pendaftaran di JAIN -> Pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah -> Pengesahan ruju' di Mahkamah Syariah)

    Kalau ditanya pada saya, buatlah yang nombor dua tu.. sekali jalan, nikah pun daftar, cerai & ruju' pun boleh buat pengesahan.. esok-esok kalau ada apa-apa terjadi.. ada hak dari segi perundangan untuk buat tuntutan.. kebajikan kedua-duanya insya'Allah lebih terjaga.. pun mungkin boleh jadi salah satu point nak pujuk isteri?

    Kemudian, perlahan-lahan cari masa bagitau keluarga yang saudara dah pun bernikah.. doa banyak-banyak dilembutkan hati orang tua menerima pilihan saudara.. nak lari ke mana, nak sembunyi ke mana..

    semoga dipermudah segala urusan

    Wallahu'alam..
    Seorang diri berkelana, Mencari diri dalam dalam diri,
    Aku mencari dia dalam dia, Aku mencari cinta dalam cinta,

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1642
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #16 26 June, 2012, 07:39:10 AM
  • Publish
  • menyusahkan orang,masyarakat/diri sendiri/.. B o d o h tak bertempat
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    mahluk allah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #17 02 February, 2013, 03:24:55 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Saya ada sedikit masalah yang ingin dikongsikan..
    pertama sekali saya merukan seorang yang pendam dan panas baran sekiranya kesabaran tidak dapat mengatasi diri..
    saya sudah mendirikan masjid/berumah tangga setahun lebih..

    Masalah pertama
    bila berlaku pertengkaran antara saya dan isteri..
    isteri saya akan melawan, meninggi suara, dan tidak mengendahkan perintah yang saya berikan..
    sehingga la dia bertindak untuk keluar dari rumah untuk pulang ke pangkuan keluarganya walaupun saya tidak mengizinkan..
    dia pernah mengucapkan bahawa tiada guna perkahwinan ini apabila didalam pertengkaran mulut..
    saya tidak tahu bertindak bagaimana lagi kerana takut saya bertindak kasar kepadanya..

    Masalah kedua
    bapa saya yang berada di utara baru lepas dari menjalani operasi pembedahan jantung..
    dia berhasrat ingin menumpang saya yang kebetulan pergi ke utara untuk menghadiri majlis perkawinan saudara kepada isteri saya..
    tetapi isteri saya menyatakan bahawa dia berhasrat untuk mengikut ibu bapanya pergi ke rumah neneknya selepas menghadiri majlis perkawinan itu kerana lama tidak ke rumah neneknya..
    ini juga merupakan hasrat ibu bapa mertua saya..
    bapa saya menyatakan bahawa tidak perlu membawanya sekali kerana ia mungkin mengambil masa yang lama sekiranya singgah ke rumah neneknyanya..
    oleh yang demikian bapa saya mengambil keputusan menaiki bas sahaja..
    kedua-dua permintaan adalah pada hari yang sama..
    jadi saya keliru yang mana satu hasrat yang perlu saya tunaikan takut menderhakai ibu bapa saya serta ibu bapa mertua saya..

    harap dapat membantu saya dalam mengatasi masalah ini..

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #18 02 February, 2013, 06:29:14 PM
  • Publish
  • Orang perempuan ni lemah lembut,amat sensitif jiwanya. Berbincang secara berhemah dan lemah lembut adalah lebih baik. Kena banyak bersabar. Apa-apa hal berbincang dengan baik, berterus-terang. Jangan suka marah-marah. Kemarahan banyak merosakkan. Kena kawal kemarahan sebaik-baiknya. Menguruskan sesuatu perkara dan masalah dalam ketenangan menghasilkan keputusan yang baik.

    Dalam rumahtangga, kenal pasti kehendak dan masalah masing-masing. Usahakan penuhi kehendak semampu mungkin dan atasi masalah sebijaksana yang dapat. Insya Allah kita bahagia.

    Masalah kedua pun perlukan perbincangan. Beritahu isteri baik-baik, utamakan ayahmu dahulu. Terus terang juga dengan mertua akan kehendak ayahmu. Mungkin di hari lain pergi ke rumah nenek atau uruskan kereta sewa supaya semuanya dapat pergi. Kena juga berkorban sekali-sekala. Usah risau rezeki ada, kerana Allah yang Maha Memberi Rezeki.

    Masalah isteri tak dengar cakap tu, cuba renung diri sendiri dulu. Tengok kat mana kelemahan diri. Barangkali cara kita menyuruh tu tak sesuai. So, ubahsuai. Try cara yang lebih romantik. Isteri pasti cair.....Insya Allah.

    IsteriKesal

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #19 18 October, 2013, 12:56:43 PM
  • Publish
  • Salam...

    Saya amat bersetuju dengan Miss Arine...

    Saya derhaka pada suami saya, tapi saya cuma nakkan kasih sayang dan perhatian...
    Suami saya buat 2 kerja. Siang kerja office, malam ada buat business sendiri... masa saya ngn anak2 memang terpaksa berkongsi ngn customer & kerja2 die...
    Tidur tidak sekatil alasan bilik kami panas.
    Anak kalau buat perangai kena marah padahal dia tak jaga anak pn. Asyik sibuk dengan handphone & business sahaja.
    Suami hanya datang kepada saya ditempat tidur bila suami berkehendak, dan sesudah itu membiarkan,meninggalkan dan mengabaikan isteri.
    Kadang2 saya rasa saya ni macam tunggul je.
    Bila ditegur, saya juga yang dia salahkan.
    Yang saya kesalkan, saya dah jadi derhaka minta cerai sebab saya rasa tak tahan. Tapi sebenarnya saya sayangkan dia & tak mahu cerai pun.
    Mulut je kata nak tapi saya tak nak.
    Macam mana nak jadi isteri solehah& redha ngan semua perbuatan saya?
    Terima Kasih...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    26 Replies
    19156 Views
    Last post 03 July, 2013, 02:15:25 PM
    by al_ahibbatu
    10 Replies
    2630 Views
    Last post 17 October, 2011, 06:58:46 PM
    by lianazaman
    55 Replies
    15646 Views
    Last post 19 February, 2014, 11:02:56 AM
    by siti saieedhah