Siapakah Qarin? - Page 1

*

Author Topic: Siapakah Qarin?  (Read 13437 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

26 October, 2009, 03:00:33 PM
  • Publish
  • QARIN
    Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

    Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
    Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain
    perkataan yang indah-indah untuk menipu.

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:

    Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang
    kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi
    Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.

    Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga Dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.

    Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul- Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.
    Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.

    Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya;
    Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan
    kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa
    merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

    Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.
    Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:
    Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya: Apakah ang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak
    diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab:
    Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka
    saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat
    daripda tipu dayanya.Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.

    Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.

    Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan,
    lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

    bersambung....

    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    Reply #1 26 October, 2009, 03:01:08 PM
  • Publish
  • Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung.Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan

    Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagaibagai cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan
    Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam, dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu
    menentangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk menganggu manusia dengan jalan hijrah ". Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak
    hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan
    jalan jihad dan berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu
    akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagibahagikan.

    Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad. Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya
    atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.

    Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang sesat.
    Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36.

    Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam.

    Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaikbaik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.

    Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata:
    Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.a. melahirkannya.

    Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada
    bersabda:
    Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan
    (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya
    meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

    Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran
    ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan
    padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan
    dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

    Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya. Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.

    Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar. Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

    Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.

    Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.

    Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.

    Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

    Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.

    tamat

    Reply #2 09 December, 2010, 12:57:35 PM
  • Publish
  • Received this from someone. Just sharing
     
    I guess, maybe some of us would ask this question when a particular situation arises.  Especially when somebody saw someone whom had died sometime ago but appearing again... Eg. like arwah nenek kita tengah masak kat dapur, tentera jepun tengah polish boot dia n so on.......below is the explaination why these kinda cases kept happening...... kita ingatkan ROH rupa-rupanya QARIN......

    One asked:

    Assalamualaikum....

    Ustaz, adakah Qarin ini memang wujud?  Dan adakah infomasi ini boleh diambil sebagai sesuatu pengetahaun, dlm pendapat Ustaz? Kerana saya sering sekali dengar akan hal seperti ini dan juga pernah mengalaminya
    sendiri suatu masa dahulu bila menjalani latihan tentera di Pulau Tekong dahulu.......

    Terima Kasih.

    MSA Ustaz Ghouse Khan Surattee wrote:

    Benar, qarin itu sebenarnya berpengaruh dengan amalan seseorang itu, jika baik amalannya baiklah dia dan begitu juga sebaliknya. Nabi kita pun ada qarin namanya Habibul huda kata orang kasf masih hidup lagi di madinah.
    Semua qarin lambat mati. Sebelum manusia mati kadang kala , qarin sudah kelirukan orang. Banyak berlaku, seseorang itu bila balik rumah terutama jika isteri sedang tidur atau ahli keluarga sedang tidur atau khayal, mereka perasan si ayah ni sudah balik dan berehat .....tetapi selepas setengah jam kemudian mereka terkejut sebab ayah yang sebenarnya baru sahaja ketuk pintu...ini kerja qarin.

    -----------------------------------------------------

    Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing?
    Setiap kali lepas ibu kita bersalin..si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita..... sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu..dipanggil sebagai Qarin...

    Disebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.

    Seorang ustaz pernah bercerita...beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan..dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis.

    Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah.. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin..merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu.

    Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang.

    Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya..dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi.

    Hendak dijadikan cerita..esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payung nya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi.
    Sampai dirumah perempuan tu..ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut..dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ, student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

    Jika peristiwa itu pernah anda lalui..atau akan lalui..:) jgn terkejut..kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.

    Qarin akan memakai pakaian yang serupa..cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi..Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

    Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau Qarin..semuanya adalah makhluk Allah belaka.

    Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa mmbaca ........A'uzubillahiminashaitonirrajim...

    InsyaAllah.. selamat dan sejahterehhhhh.....kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supayakita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan....

    Wallahualam..

    Salam
    http://anugerahz.multiply.com/journal/item/70/Siapakah_QARIN

    salam..
    sy tertarik dgn artikel ni dan apabila membacanya barulah saya tahu
    sebelum ini tidak tahu pula namanya Qarin..
    berdasarkan cerita di atas yang saya faham qarin itu adalah kembar atau uri manusia itu sendiri
    tetapi bila saya search di halaqah ni,
    menurut keterangan hakim114 ia adalah kepercayaan orang mesir zaman dahulu
    malah qarin itu adalah syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia
    maaf jika tersalah kata

    Reply #3 18 December, 2010, 01:19:32 PM
  • Publish
  •  :)

    Dah tu yang mana satu betul ni?
    Siapa yang arif tolong jelaskan...
    aku confius....

    Reply #4 18 December, 2010, 01:53:03 PM
  • Publish
  • adoi...berbelit2 laaaaa
    mana 1 yang betul niiii
    qarin.........qarin........
    siapa hang  niii yang sebenarnya?...
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    Reply #5 18 December, 2010, 02:25:55 PM
  • Publish
  • :senyum:...aku dah phm..:senyum:...dulu kecik2 slalu ade bunyi kete,,moto sport dan juga helikopter parking kat sebelah umah aku..tapi bila tengok luar,,x da ape2 pun..yang aku tau,, itu jin tu,, memang ade kat halaman umah aku ni..kdg2 merasuk orang yang dia x kenal..cam kes orang gaji akak aku ni,, taun lepas kene rasuk dah..bila ustaz dtang mengubat,,ditanye2,, dia ckp,, x pernah nampak muka bibik ni,, jadi,, dia nak kenal2 la..

    ade jugak terjadi,, bila aku turun,, aku nampak akak aku tengah mendodoikan baby dia kat bawah.. bila esoknye,, aku tanye lah mak aku..mak aku ckp,, akak aku dah balik semalam siang..ish..maknenye yang malam tu bukan akak aku r..seram gak memikirnye..bese aku jenis lambat tido..

    pernah gak jadi,, di waktu subuh dalam pukul 7 pagi,, mak kejut aku suh solat subuh..tapi aku x nampak kelibat mak..aku cume dengar suara mak je..tapi suara mak aku lain macam sikit..kuat macam guruh,, sampai aku takut dengar suara cmtu..aku pun dah lewat bangun..bila aku selesai solat,,aku cari2 la mak aku..tapi x de..dalam pukul 8,, mak aku balik dari masjid..pelik nye aku..tu aku tanye mak..tapi mak aku kate,, mak g masjid pukul 5.30pagi...ni baru balik..so,, sape yang kejut aku..ish..mak aku ckp,, tu malaikat tu..aku bese bangun lambat je..heehee..

    di waktu malam aku nak tido,, sering kali aku rase seperti ade orang di sebelah aku menemani aku..kadang2 aku peluk dia lagi..tapi bila aku buka mata,, automatik,, tangan aku macam tengah peluk angin... x de bantal,, x da ape2..dulu2 aku cuak gak..tapi sekarng,,, aku buat cerdiknya je lah..nak wat cmne..dah baca ayat2 qursi semua masih gitu jugak..

    dan aku teringat di suatu masa,,masa aku melanjutkan pelajaran di ikbn dusun tua..keadaan bilik aku kat umah memang macam tongkang pecah la..dan sebelum aku keluar,,aku kunci solex bilik aku tu..banyak khazanah x berharga,, tapi diminati sekalian orang..heehee..bila hujung minggu,, aku balik,, bilik aku dah kemas.. x berselerak..padahal kunci mangga aku sorang je pegang tu.. dan x de kunci kedua pun..kalo kunci mangga yang aku pegang ni hilang,, memang aku kene patahkan solex r..bila aku tanye mak aku,,mak aku jwb x tau..sape la baik sangat nak kemas bilik aku..x silap aku,, waktu aku masuk tu,,ade bau kasturi x silap aku..

    dalam semua kejadian ni,,aku fikir baik je..aku malas nak fikir bukan2..kalo betul dia ade pun,,ape aku kisah..selamber je lah..cume skang ni baru aku tau namenye qarin..aku ingat baru nak namekan budin je..heeheeheehee....
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    Reply #6 18 December, 2010, 04:39:34 PM
  • Publish
  • saya pernah diberitahu oleh ustaz Dr zawawi ismail ,yang qarin ni teman kita.kalao kita jumpa orang yg sudah meninggal tu maknanya kita nampak qorin
    betul latu apa yang dikatakan kat atas td.

    uma yg ajak kepada kejahatan tu tak pastilah..

    sebagai contoh..arwah abah saya sentiasa berada dirumah kakak saya sambil melakukan segala aktiviti yang dia selalu buat bila ade kat umah kakak saya.contoh solat, tengok tv.kakak saya nampak dan dia buat taktau jelah.ia berlaku selama setahun.


    Reply #7 18 December, 2010, 04:49:49 PM
  • Publish
  • Surah ASY SYAMS (MATAHARI)

    بسم الله الرحمن الرحيم
    (91:1)  Demi matahari & cahayanya di pagi hari,
    (91:2)  dan bulan apabila mengiringinya,
    (91:3)  dan siang apabila menampakkannya,
    (91:4)  dan malam apabila menutupinya ,
    (91:5)  dan langit serta pembinaannya,
    (91:6)  dan bumi serta penghamparannya,
    (91:7)  dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
    (91:8)  maka Allah mengilhamkan kpd jiwa itu (jalan) kefasikan & ketakwaannya.
    (91:9)  sesungguhnya beruntunglah org yg mensucikan jiwa itu,
    (91:10)  dan sesungguhnya merugilah org yg mengotorinya.
    (91:11)  (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) krn mrk melampaui batas,
    (91:12)  ketika bangkit org yg paling celaka di antara mrk,
    (91:13)  lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kpd mrk: ("Biarkanlah) unta betina Allah & minumannya".
    (91:14)  Lalu mrk mendustakannya & menyembelih unta itu, maka Tuhan mrk membinasakan mrk disebabkan dosa mrk, lalu Allah menyama-ratakan mrk (dgn tanah),
    (91:15)  dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu.

    so mana kita nak amal ? kan mati amal soleh jadi teman .... so bukan teman masa mati ... masa hidupplah

    insyaAllah harap maklum

    Reply #8 18 December, 2010, 07:56:23 PM
  • Publish
  • sila baca di sini dan di sana

    Bolehkah Jin Selain Qarin Mendampingi Manusia Tanpa Syarat?

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9157.0

    http://halaqah.net/v10/index.php?page=123

    Dampingan Manusia

    Guru Murshid

    Kenal Diri, Kenallah Allah

    Keliru, adakah ini di katakan makrifat?

    topik topik di atas itu boleh memahamkan anda, tentang siapakah Qarin

    yang di maksudkan dengan ayat 43:36 tu adalah sahabat karib jika di melayukan

    namun qarin yang lahir bersama manusia tu, bermacam macam tafsiran, Allah knows best

    tapi, jika benar mahu tahu, silakan bacalah topik topik di atas tu, ada terselit, hal qarin, dan nasihat, inshallah

    Ilmu bertingkat tingkat
    ada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, politeknik, universiti, doctorate
    itu secara FORMAL

    yang tak formal pulak, ada macam macam, sebahagiannya persangkaan sahaja, kerana suka berdamping dengan bunian, jin dan syaitan

    sesiapa yang dapat direct dari Allah tahulah apa sebenarnya

    inshallah

    Reply #9 23 November, 2012, 06:01:14 PM
  • Publish
  •  :)

    Ayat di bawah  ini saya copy & paste dr Facebook

    p/s: bukan la nk buat ke apa...tapi nak tanya rakan-rakan betul ke fakta ni......harap dpt explaination dr  anda semua......




    Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.

    Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?

    Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :
    ...
    Ada 8 langkah:

    1. Cabut 7 helai rambut kepala.

    2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

    3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

    4. Gulung kain putih yang ada isinya tadi.

    5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

    6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

    7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

    8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang lain, cuma kita sendiri.

    Reply #10 23 November, 2012, 06:43:05 PM
  • Publish
  • :)
    Qarin ini ada di dalam diri kita semenjak lahir lagi. Bagaimana adanya Qarin ini ialah sewaktu peristiwa Hawa r.a ada mencincang anak syaitan dan membawa potongan daging itu ke dua gunung yang berbeza. Sehinggalah kejadian Hawa r.a memakan cincangan dagingnya kerana terlalu geram sebab kalau dicincang, dipotong, dibunuh sekalipun, dia bersatu dan hidup semula. Sebab itu Qarin ada dalam diri kita.

    Wallahua'lam.
    Fa'tabiru!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    29 Replies
    9621 Views
    Last post 17 August, 2012, 03:59:42 PM
    by nazri0070
    3 Replies
    1330 Views
    Last post 07 February, 2012, 04:12:06 PM
    by al_ahibbatu
    5 Replies
    2265 Views
    Last post 10 June, 2013, 03:51:06 PM
    by al_ahibbatu