KFC or MCD..boleh tak dimakan??...

Author Topic: KFC or MCD..boleh tak dimakan??...  (Read 22760 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

5zul

  • *
  • Posts: 3045
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Jawab #80 18 January, 2010, 03:36:06 AM
  • Publish Di FB
  • bagi saya lah... was was barulah jatuhnya haram... oleh itu jnglah was was... kalau nak boikot kerajaan dah lama dah melebelkan syraikat tersebut...atau  tutup permis francis terbabit... yg tak berapa enak pengunaan botol sos bagi kfc nie di kongsi bersama... ada setengah botol lah...heeee menjijikkan... kalau tangan berpegang ayam...nak topup sos.. apa akan jadi pada botol tue... bagi yg bukan islam...mak oiii... pastu kita syer sama...huhuhuhuh adanya lebih baik nak makan tapau jer makan kat umah..
    sekadar pendapat.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    imanseeker

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #81 19 January, 2010, 01:47:07 AM
  • Publish Di FB
  • Salam, ana nak kongsi email yang tersebar luas semasa kecoh Boikot KFC n McD:

    "Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

    Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

    akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

    Pizza Hut
    Kedai Ayamas
    RasaMas Restaurant
    Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
    Region Food Industries (Sos life)
    bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

    tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

    sekian.[/i]

    Muhamad Ammar Abdullah
    Halal Audit Executive
    KFC Holdings (M) Bhd"

    Wallahua'lam

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #82 19 January, 2010, 01:57:25 AM
  • Publish Di FB
  • Salam, ana nak kongsi email yang tersebar luas semasa kecoh Boikot KFC n McD:

    "Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

    Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

    akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

    Pizza Hut
    Kedai Ayamas
    RasaMas Restaurant
    Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
    Region Food Industries (Sos life)
    bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

    tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

    sekian.[/i]

    Muhamad Ammar Abdullah
    Halal Audit Executive
    KFC Holdings (M) Bhd"

    Wallahua'lam
    adakah anda staf KFC holdings...sy nak cadangkan botol sos tersebut di gantikan dengan menggunakan pareka dr MCD , kebersihan harus di jaga..bukan nak jatuhkan tp nak menambahbaikan kualiti kfc.. en bayangkan kalau tanga di basuh sekali pun... sekali menonggengkan botol dan kedua kalinya... adakah mereka pakai tangan kiri , adakah untuk mematahkan ayam menggunakan sebelah tangan...oleh itu cara MCD buat memang tepat dengan kualiti produk tersebut...memang tak ada org komplain sebab tak ada saluran yg manyuarakan dan mengambil sikap malas ambil tahu..tapi sy pentingkan aspek kebersihan,..
    teguran sy adalah ikhlas...membangun bersama 1 malaysia... sy tak boikot produk en... sebab kebanyakkan francis ini di miliki oleh org melayu termasuk care4 dan tesco,,.cuma kita gunakan francis mereka jer..

    muslihah91

    • *
    • Posts: 76
      • View Profile
    Jawab #83 19 January, 2010, 06:29:03 AM
  • Publish Di FB
  • kalau dilihat dari segi kesan terhadap kesihatan, memangla KFC dan McD ni memudaratkan...tapi itulah, jangan kita lupa nasi lemak, teh tarik ,roti canai dan segala gulai, masak lemak dsbnya pun tak kurang kesannya terhadap kita.Makanlah secara sihat dan seimbang, senaman jangan lupa..

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #84 19 January, 2010, 10:37:38 AM
  • Publish Di FB
  • kalau dilihat dari segi kesan terhadap kesihatan, memangla KFC dan McD ni memudaratkan...tapi itulah, jangan kita lupa nasi lemak, teh tarik ,roti canai dan segala gulai, masak lemak dsbnya pun tak kurang kesannya terhadap kita.Makanlah secara sihat dan seimbang, senaman jangan lupa..
    betul tue.... nasi berasal dari tanah... dan benih kita berasal dr tanah... kesihatan benih kita harus di jaga juga...:sedihnya:...

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1154
      • View Profile
    Jawab #85 19 January, 2010, 11:24:10 AM
  • Publish Di FB
  • bagi den....boleh dimakan atau tidak bukanlah persoalan...tapi halal atau tidak....
    kena ingat....KFC dan MCDONALDS ni ada bagi share kat israel untuk hancurkan umat islam palestin...
    yang nak diboikot adalah perkara ni...bukan sebab mudarat pada kesihatan....kalau mudarat pada kesihatan jadi alasan...den rasa banyak lagi makanan2 yang memudaratkan kesihatan sekarang ni....

    tapi apakan daya....den pun manusia biasa.....den boikot untuk beli makanan KFC DAN MCDONALDS ni tapi den tak boikot makan kalau ada yang nak belanja den....hehehehe...........

    Asmanurhusna

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Jawab #86 19 January, 2010, 01:55:38 PM
  • Publish Di FB
  • pemegang2 saham; keluarkan zakat yang banyak kpd org islam.

    edar lembu2 korban .

    membantu rumah anak2 yatim,

    buat amal kebajikkan ,

    so saya jadi bingung dalam masalah ini.

    sara98

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Jawab #87 19 January, 2010, 04:56:20 PM
  • Publish Di FB
  • KFC boikot lah....barangan israel...

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #88 19 January, 2010, 05:37:58 PM
  • Publish Di FB
  • KFC boikot lah....barangan israel...

    maaf pn mana kamu tahu itu keluaran israel...
    nama jer francis tapi pengeluaran nya tetap halal... ayam di ambil dr malaysia...kalau nak ikut kan halal haram...
    ada pd diri pn pun boleh di katakan haram,... cam beg tangan , jam tangan , kasut pelbagai aneka rupa... baju sutera dr cina... dll.
    sebab nya kamu ckp haram sebab israel serang plasletin.... kalau negara pengeluar lain  serang palestin bagaimana lak....jatuh haram ker...:sedihnya:
    kalau kita boikot ... bagaimana anak muda kita yg berkerja di kfc.... kerja yg halal...bukan nya jual maruah diri ker...jual benda haram...mereka juga ingin berkerjaya cam pn gak... jng cepat bertindak itu pengeluaran israel....bertindak mengikut arahan..waahahaha...
    maaf pn..

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1154
      • View Profile
    Jawab #89 19 January, 2010, 10:23:09 PM
  • Publish Di FB
  • KFC boikot lah....barangan israel...

    maaf pn mana kamu tahu itu keluaran israel...
    nama jer francis tapi pengeluaran nya tetap halal... ayam di ambil dr malaysia...kalau nak ikut kan halal haram...
    ada pd diri pn pun boleh di katakan haram,... cam beg tangan , jam tangan , kasut pelbagai aneka rupa... baju sutera dr cina... dll.
    sebab nya kamu ckp haram sebab israel serang plasletin.... kalau negara pengeluar lain  serang palestin bagaimana lak....jatuh haram ker...:sedihnya:
    kalau kita boikot ... bagaimana anak muda kita yg berkerja di kfc.... kerja yg halal...bukan nya jual maruah diri ker...jual benda haram...mereka juga ingin berkerjaya cam pn gak... jng cepat bertindak itu pengeluaran israel....bertindak mengikut arahan..waahahaha...
    maaf pn..
    yang boikot ni orang islam je....orang bukan islam makan jugak.....tak yah risau la dengan orang islam yang keje kat sana...lagipun...kan ke rezeki tu ALLAH dah tentukan?
    yang buatkan orang islam nak boikot KFC dan MCD ni bukan sebab tokeinya orang israel....tapi tokei KFC dan MCD ni sumbangkan beberapa peratus keuntungan mereka kepada israel untuk beli senjata.....buat masa ni senjata tu digunakan oleh israel untuk bunuh sape?
    sama la macam rokok....syarikat phillip morris pun penyumbang kepada israel untuk beli senjata.....
    kalau kat tv tu ada iklan "sebiji beras tu ibarat sebutir peluh petani".....tapi bab rokok ni "sebatang rokok ibarat sebutir peluru yang membunuh rakyat palestin".....jadi....berhentilah merokok........
     

    badryl3

    • *
    • Posts: 299
      • View Profile
    Jawab #90 19 January, 2010, 11:22:24 PM
  • Publish Di FB
  • kfc tu dapat ke buktinya yang mengatakan memberi sumbangan kepada israel? saya tidak mahu menuduh kepada mana2 makanan segera sebab belum jumpa bukti lagi. sekiranya saudara/saudari jumpa sila kemukakan. pakai buruk sangka tak menjadi hujah....hatta mahkamah pun menolak andaian jika tiada bukti.

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #91 19 January, 2010, 11:44:44 PM
  • Publish Di FB
  • sy sokong...
    tanpa bukti kukuh kita tak boleh buat andaian...
    mcm care4 dan tesco... pengurus dia kebanyakkan org melayu.... guna nama francis jer..dan ramai bangsa kita kerja di sana...
    itu sumber yg halal..perkerja yg halal... hadis ada kata perkerjaan yg tak halal adalah kerja yg di sahkan memang haram...kerja kat bar tender pun haram..bawak bear tapi tak minum pun haram... bagaimana pulak dagangan 2 hala kita dengan amerika... haram juga ker..
     cukai di kenakkan ke atas francis terlalu kecil di bandingkan dengan negara lain..hanya kita mampu buat berdoalah kepada yg maha esa bukan boikot...berdoalah jatuhkan bahala kepada mereka yg mendustai negara islam...

    indiE

    • *
    • Posts: 24
      • View Profile
    Jawab #92 20 January, 2010, 03:00:45 AM
  • Publish Di FB
  • sekadar nak tahu lebih lanjut
    mmg la kfc M'sia dimiliki oleh org M'sia sndiri,tp sebagaimana yg sya ketahui, bukan ka resipi kfc 2 adala rahsia yg hny pencpta nya shja yg ketahui dan resipi trsbt diwarisi dari zman ke zman, shngga mnyebabkn ia sunggh istimwa..... jd M'sia yg tdak tahu resipi trsbt m'beli prodk dari mereka dan dari c2 kita secara tdak lngsung tlah m'jana kewngn negara mrka melalui cukai yg dikenakn . . .
    betulkan andai sya slah. . .

    Thats me

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #93 20 January, 2010, 04:38:35 AM
  • Publish Di FB
  • kalau boikot pun israel kesah ke?
    hahahha.
    kita boikot je la semua barang dari luar.
    kita guna je produk kita.
    jangan guna teknologi lua.
    duduk berdiam mundur sahaja.
    baru lah sahut seruan kerajaan.
    utama kan produk tempatan.
    itu yang anda mahu.

    Jawab #94 04 April, 2011, 03:24:45 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    hye..ape khbr semua.....
    sy rasa kfc and mcd boleh jer mkn....
    janji kita taw benda tu kn halal...
    dan brg 2 dlm masakn tu halal...bkn diperbuat drpd ingredients yg xelok....
    tp makanan ini tidak elok jika selalu dimkn krn ia mrupakan mknan yg berkalori tinggi....

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Jawab #95 04 April, 2011, 06:26:07 PM
  • Publish Di FB
  • As Salam.
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

    dari meja seorang bakal pakar pemakanan, insyaAllah. ingin saya kongsi apa yang saya tahu dari pembelajaran dalam kuliah dan kajian pemakanan sunnah. smoga bermanfaat.

    RINGKASAN, 3 jenis makanan yang membawa mudarat(jangka pendek) jika diambil berlebihan, dan mudarat(jangka panjang) jika diambil pada amaun biasa, bergantung pada jenisnya:
      1. makanan berlemak tepu semula jadi (santan, minyak kelapa, minyak kelapa sawit, lemak haiwan etc)
      2. makanan mengandungi bahan penambah (pengawet, stabilizer, pewarna, MSG etc)
      3. makanan ber asid lemak trans (butter, marjerin, vegetable shortening etc - dalam pembuatan roti, kek,     pastri, pizza, burger)

    Namun ingin dijelaskan, ketiga-tiga tersebut berbeza tahap keterukan. tidak sama tahap keterukan lemak tepu semulajadi dan asid lemak trans. kerana lemak tepu semulajadi boleh diproses, dibuang, kemudian yang lebih baru di simpan.
    manakala asid lemak trans tidak boleh diproses, lantas tidak boleh dikeluarkan dari badan, maka akan terenap di salur darah dan tisu adipos anda.

    manakala no 2 pula tidak membabitkan lemak2, sakit jantung dsb sepertimana kesan no 1 dan no 3, tetapi menjadi penyebat kanser, melemahkan fungsi otak, melemahkan organ2 seperti ginjal kerana bekerja keras menapis bahan2 ini.

    nilai sendiri. zaman datuk nenek, di penghujung usia baru kena diabetes, darah tinggi, strok, sakit jantung.
    (makan makanan semulajadi, lemak tepu jenis semulajadi sahaja)

    tapi lihat zaman kita, mak ayah kita umur 40,50 dah kena(cepat sikit dari datuk nenek sebab zaman ni dah wujud makanan segera, si KFC kesayangan anda, dan makanan2 segera dan terproses lain).
    zaman kita umur berapa kena?
    20,30 dah kena. belasan tahun pun ada. nampak tak betapa cepatnya?

    kesimpulan, makan makanan semulajadi, sungguhpun ia adalah lemak tepu seperti santan, daging, dan minyak kelapa, ia hanya memberi mudarat jangka masa panjang.

    namun sekiranya anda makan makanan berasid lemak trans, tambah lagi dengan bahan2 penambah, kesannya dapat dilihat dalam jangka masa yang lebih pendek. ragu? lihatlah sekeliling.
    datuk nenek kita kalau yang gemuk pun, hujung usia baru nak sakit.
    kita ni jangan tunggu yang gemuk, yang kurus pun dah sakit macam2.
    sakit kepala, lenguh2 kaki, sakit belakang. apakah itu fenomena biasa?
    tidak! berbuallah dengan nenek2 umur 80 tahun ke atas. banyak beza mereka dengan kita.
    dah tua baru sakit lutut, lenguh2. kita umur baru 20an dan dapat simtom2 warga 50an zaman mereka.

    anda berani makan, berani jamin kesihatan, silakan.
    saya tak berani. tak sentuh makanan segera sungguhpun tinggal di tengah2 KL, apabila mengatahui natijah2 tidak jihad menahan nafsu makan, nikmat makan yang sementara ni. bila anda dah sakit, tak guna menyesal lagi. macam abang saya yang umur 23 dah kena diabetes. sekarang di umur 25 sakit kian melarat. itu ini tak boleh makan. lemah badan dsb.
    tak sama dengan arwah ayah yang diabetik 25 tahun baru jatuh sakit teruk. anda nilai sendri betapa mudarat makanan terproses sekarang ni.

    lantas apa yang saya lakukan? sunnah makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.
    sungguh pun, student. saya masak nasi sendiri, pergi pasar beli ulam, sayur, buah. cari stokis2 HPA untuk beli ayam organik, dan daging HPA dan masak sendiri!
    kenapa HPA? kaji mengenai ayam2 dan daging2 sekarang. dengan suntikan, dedak2 mereka yang dicampur bahan syubhah, cari lah ayam organik yang turut di bacakan ayat2 Allah kepadanya.
    sarapan makan kurma, madu, kismis, susu kambing sudah memadai. roti pun bakar sendiri.

    kalau keluar, baru lah saya makan makanan luar. itu pun, tak singgah makanan segera memikirkan nilai kalori 1 snack plate KFC = 3 kali makan nasi berlauk ayam kita.

    bukan hanya KFC. mana2 makanan segera. Pizza pun sama. teringin sangat, RFC dan Pizza Radix saya pegi. sebab tahu ayam mereka organik, kaedah pemprosesan meyakinkan. cuma ada trans fat dalam beberapa hidangan. tapi jarang2 makan, tak pa lagi dibanding KFC yang ada trans fat + ayam suntik2 tu. ahai!

    oh panjang cerita. bukan apa, refleks kepada satu komen yang mengatakan komen2 pasal ayam kfc, sama bahaya dengan santan.
    oh tidak sama langsung! sila rujuk perenggan atas jika tak faham.





    annur nafisah

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Jawab #96 04 April, 2011, 06:35:33 PM
  • Publish Di FB
  • sy sokong...
    tanpa bukti kukuh kita tak boleh buat andaian...
    mcm care4 dan tesco... pengurus dia kebanyakkan org melayu.... guna nama francis jer..dan ramai bangsa kita kerja di sana...
    itu sumber yg halal..perkerja yg halal... hadis ada kata perkerjaan yg tak halal adalah kerja yg di sahkan memang haram...kerja kat bar tender pun haram..bawak bear tapi tak minum pun haram... bagaimana pulak dagangan 2 hala kita dengan amerika... haram juga ker..
     cukai di kenakkan ke atas francis terlalu kecil di bandingkan dengan negara lain..hanya kita mampu buat berdoalah kepada yg maha esa bukan boikot...berdoalah jatuhkan bahala kepada mereka yg mendustai negara islam...
    timbul pula persoalan di fikiran saya...di pasaraya pun ada jual arak kn? so halal ke tidak kerja tu? sekadar ingin tahu....
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Jawab #97 04 April, 2011, 06:52:58 PM
  • Publish Di FB
  • tambahan mengenai topik ni.
    selain tentang bahan2nya yang memudaratkan,
    dari pihak saya, memang boikot.

    KFC adalah jenama dari luar, Tan Sri Muhamad Ali Hashim masih perlu membayar beberapa peratus keuntungan sebab pakai jenama tersebut. dan peratus keuntungan ini lah yang kita label penyumbang kepada yahudi.

    kalau anda betul2 nak sokong jihad bisnes Tan Sri(yang sering beliau war2kan), makanlah di RasaMas! tu ori produk keluaran beliau. belilah produk Ayamas!(sungguhpun kedua-dua ni mengandungi trans fat dan bahan penambah yang tinggi, tapi ok lah lagi, sekadar memudaratkan kesihatan anda, dibanding duit kita sumbang untuk peluru2 yang membunuh saudara2 kita) tak da sumbang2 keuntungan pada KFC nu.

    KFC dan Pizza Hut  tu tinggal lah. Radix dah muncul selamatkan keadaan. memberi kita makanan organik, yang dibacakan ayat2 suci. ni disahkan sendiri oleh sepupu yang pilih HPA sebagai subjek kajian. tak cerita lagi bab kopi2 radix yang turut dia baca ayat2 suci. maka nikmat mana yang hendak didustakan?

    saya puji usaha Tan Sri dengan jihad bisnes beliau. jihad nak bekalkan KFC2 yang halal ke seluruh dunia dengan cara membeli franchise2 KFC di negara2 selain malaysia.(saya dengar sendiri ucapan wakil bahagian halal JCorp Corporation) tapi sebagai manusia beliau perlu sedar yang adakala tersilap memilih. KFC bagi saya pilihan yang salah kerana berkait dengan musuh kita. jika benar jihadnya, lepaskan KFC, berpeganglah dengan produk keluaran beliau sendiri(RasaMas, Ayamas, Life).

    masih saya puji usaha HPA, yang tak pinjam2 jenama orang lain. sebaliknya beliau usaha bertahun2 sehingga kukuh, dan keluarkan produk SENDIRI yang lebih kurang produk2 terkemuka agar umat2 islam yang suka menikmati makanan ni boleh rasa makanan2 terkemuka tersebut tapi lebih halal dan lebih tidak memudaratkan tubuh badan!

    dan kita sebenarnya makan untuk hidup kan? atau sekarang dah tukar hidup untuk makan?
    jadi saya cukup hairan bila kita sanggup memilih makanan yang syubhah dari segi pemprosesan dan ekonominya seperti Starbuck,, Old Town White Coffee, KFC, McD hanya untuk memenuhi "sedap".

    cubalah beralih. masak sendiri nasi. nak lebih sihat, masak cara merebus, bakar, panggang, kukus instead of goreng dan bersantan. tapi boleh ja kalau sekali sekala nak goreng dan makan gulai sebab kesannya tak sama dengan trans fat pun. gorenglah minyak sedikit. dan pakai minyak sayur. sunflower seed oil terbaik dari segi khasiat dan harga. affordable sebenarnya.

    makan banyak ulam, buah, kurma, madu, susu. Allah dah beri kita sumber2 yang cukup sihat. KFC juga yang kita perjuangkan. lama2 pupuk makan makanan begini, percayalah! tengok KFC dan pizza pun tak teringin langsung. pengalaman sendiri ni.
    sebab banyak makan jenis rebus dan panggang, tengok yang goreng jeluk(macam goreng ayam, goreng minyak banyak) dan santan pun tak berapa nak.seminggu sekali baru makan.
    KFC tu lagi lah tak nak. cari RFC saja tu pun 2,3 bulan sekali.

    benar, dalam arus sekarang, nak masak, nak pegi pasar, tak sempat! sukar! tapi boleh aja. malas juga, makanlah di food court. ada nasi ayam, nasi berlauk. macam lah di KL ni makanan segera saja yg ada.:sedihnya:
    anda mampu mengubahnya. menjaga kesihatan pun jihad juga! bersusah payah tahan nafsu makan sebab nak jaga kesihatan, dan nak jaga halal, agar yang haram tak masuk ke badan, tak ka pahala tu? tak ka jihad tu? hah?
    dah cukup perkongsian saya. maaf andai ada tak kena.

    semoga bermanfaat.
    selamat berjihad!
    as salam

    « Last Edit: 04 April, 2011, 06:56:07 PM by stonez145 »

    kasihiro

    • *
    • Posts: 568
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Jawab #98 05 April, 2011, 09:09:35 AM
  • Publish Di FB
  • kfc tu dapat ke buktinya yang mengatakan memberi sumbangan kepada israel? saya tidak mahu menuduh kepada mana2 makanan segera sebab belum jumpa bukti lagi. sekiranya saudara/saudari jumpa sila kemukakan. pakai buruk sangka tak menjadi hujah....hatta mahkamah pun menolak andaian jika tiada bukti.

    wahualam...

    cahayE_matE

    • *
    • Posts: 305
      • View Profile
    Jawab #99 29 April, 2011, 01:13:02 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    :senyum:
    terima kasih ats informasi
    dulu selalu dengar
    makan ni tak boleh
    makan tu gak boleh
    jadi was2 sudah
    :senyum:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    95 Replies
    28964 Views
    Last post 27 March, 2012, 12:25:55 PM
    by rizalbanjar
    18 Replies
    5593 Views
    Last post 16 March, 2011, 10:16:01 AM
    by Qasseh
    0 Replies
    626 Views
    Last post 19 December, 2011, 05:09:20 PM
    by tolibulakhirat