KFC or MCD..boleh tak dimakan??...

*

Author Topic: KFC or MCD..boleh tak dimakan??...  (Read 25688 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #40 11 November, 2009, 09:30:58 PM
  • Publish
  • semue ni ade yg halal..kite je yg xtaw.. n yg halal pon susah gak nak cari,yg haram senang..lepas 2.

    1- MCD
    2- KFC
    3- Pizza Hut
    4- Mamak
    5- Burger King
    6- Domino's Pizza
    7- Ramlee Burger
    8- Mamak
    9- Etc.

    YG NI SEMUE ADE ORG ISLAM KITE YG BUKAK CAWANGAN.TP XBYK..

    Dalam Islam, makan makanan yang dikelola oleh orang non muslim bukan berarti haram...asalkan secara zahir dia menetapi ketentuan halal, maka halal...Kalau franchise pun, dan pemilik saham 99% dipegang oleh non muslim, tapi secara pengelolaan sudah sesuai dengan ketentuan pejabat agama, maka halal lah...kerane secara zahir sudah halal...
    ana penah makan sushi king..uwekk..xboleh terima..
    "keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah.."

    Reply #41 11 November, 2009, 10:40:27 PM
  • Publish
  • Dulu kini selamanyer x pernah pun g KFC n MD...
    mak...ngan ayah...buat larangan hebat...
    Dah besaq panjang..pun x teringin langsung nk pie.....
    Mujur ada RFC boleh ler nk cuba makan ayam goreng yg lazat...
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    Reply #42 19 November, 2009, 01:44:58 PM
  • Publish
  • salam.....
    ana tertarik dengan tajuk ni...memang ramai yg mempersoalkan dan membahaskan...lagi-lagi bagi yg sangat menggemari makanan-makanan ini.....tapi fikirlah beberapa kali...adakah kita tidak mati kebuluran jika tidak makan di KFC atau McD????????
    memang benar....kfc di Malaysia dimiliki oleh Malaysia...tetapi bayaran yuran untuk jenama tetap perlu dibayar...jadi sudah tentu kita akan bertanggung jawab jika terus menyalurkan wang kepada US / Yahudi walaupun hanya 1 sen.
    RFC???ana dah rasa...memang sedap...beralihlah kpd rfc...wallahua'lam...
    wassalam...
    YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
    kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

    Reply #43 19 November, 2009, 02:03:09 PM
  • Publish
  • biarin sajalah kalau memang haram, yg dosa mereka yg berbuat. ya kan :)

    Reply #44 19 November, 2009, 04:17:09 PM
  • Publish
  • kat shah alam ade x RFC?? 

    xda..nak bukak ke?
    Dekat area alor setar ni ana ada bukak sebuah..jemput la datang

    Reply #45 19 November, 2009, 05:48:00 PM
  • Publish
  • salam, sebab itu, islam kena kuat, kita kena bersatu..sudah terlalu lama, ekonomi kita dijajah orang bukan islam..dan kita takut untuk keluar dari kepompong tersebut..jika mereka boleh tubuhkan KFC, kita yakin boleh juga..InsyaAllah, macam HPA, dah ada 4 cawangan Radix Fried Chicken, di kedah ada 3, di kluang ada 1,dan akan datang akan buka di shah alam, world@7, bangunan telah diperolehi..jika kita fikirkan, semakin banyak cawangan RFC berkembang..ha..marilah pekerja islam tu, peluang untuk bekerja di RFC pula!KFC dan McD tu sebagai pesaing dalam ekonomi, sape nak makan sana, mereka yang bukan muslim atau mereka yang tidak kisah sangat hal ini..kerajaan kita dah beri sijil halal, sape nak makan, takpe..tapi ini adalah usaha kita, untuk cari alternatif lain, jika ada..kenapa kita nak tinggalkan..kita kena yakin dan berani menentang arus..you all tahu, KFC dah gentar dengan RFC?sampai cat merah pun dikomen, so, RFC ganti cat oren..kita pun boleh ada kuasa ekonomi ayng besar jika kita yakin dan bersatu..InsyaAllah..


    Salam ,

    Hadijah, kat Kluang pun ada ke? kat area mana yek? Saya orang Batu Pahat tapi selalu gak pegi Kluang kenapa saya tak perasan ye? dengar cerita pasal RFC ni teringin gak nak makan. Lagi satu, memang dah lama saya tak beli aiskrim sebab dulu2 selalu beli Walls tapi sejak kes lambang salib kat aiskrim Moo tu  tak jarang beli mana2 aiskrim kalau ade pun sundae kat Mc D.Tapi hari tu dengar pasal aiskrim HPA tu saya terus beli kat stokis( perisa kopi radix dgn keladi) tapi family kata kurang sedap la.

    Reply #46 09 December, 2009, 12:52:42 PM
  • Publish
  • kat shah alam ade x RFC?? 

    xda..nak bukak ke?
    Dekat area alor setar ni ana ada bukak sebuah..jemput la datang

    An-nisa awak buka ke RFC tu? saya dah makan RFC dan Radix Chicken House dua2 sedap. kalau nak jadi franchiser camne ye?

    Reply #47 09 December, 2009, 01:03:25 PM
  • Publish
  • KFC n MCD mmng la bley dimakan.......
    tp...........................
    kan lebih elok lagi jika kita beli produk dari produk org islam sendiri???
    dpt jugak kita kukuh kn ekonomi umat islam kt malaysia ne???
    cth nye macam RASAMAS, RADIX n macam-macam lgi lah................
    hehehehehehehe...............................
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    Reply #48 09 December, 2009, 01:17:19 PM
  • Publish
  • Sy rasa tak perlu dilanjutkan lagi isu ini (berkaitan KFC sahaja). Jawapannya seperti di bawah ni:_

    Assalamu'alaikum, KFC di Malaysia ini dipunyai oleh orang Islam. Iaitu Johor Corporation diketuai oleh Tan Sri Ali Hashim. JCorp pernah mengeluarkan kenyataan penafian KFC Malaysia terlibat dalam membantu Israel.

    Jika sesiapa mengatakan KFC US memang menyumbang kepada kerajaan Israel, maka silalah berikan bukti bagi tatapan ahli forum. If not, it's just hearsay.

    WA. Wassalam

    Reply #49 11 December, 2009, 10:40:16 AM
  • Publish
  • Sy rasa tak perlu dilanjutkan lagi isu ini (berkaitan KFC sahaja). Jawapannya seperti di bawah ni:_

    Assalamu'alaikum, KFC di Malaysia ini dipunyai oleh orang Islam. Iaitu Johor Corporation diketuai oleh Tan Sri Ali Hashim. JCorp pernah mengeluarkan kenyataan penafian KFC Malaysia terlibat dalam membantu Israel.

    Jika sesiapa mengatakan KFC US memang menyumbang kepada kerajaan Israel, maka silalah berikan bukti bagi tatapan ahli forum. If not, it's just hearsay.

    WA. Wassalam

    I love KFC yum yum yum...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #50 11 December, 2009, 11:20:36 AM
  • Publish
  • ini email yang saya dapat dari seorang kawan..
    tak tahu betul ke tak...


    Status kehalalan restoran dan pemakanan seperti Kedai Mamak Lotus (dekat Nikko Hotel depan Ampang Park), San Francisco Steak House, Dome, Starbuck, La Boheme, Jusco, Foodcourt KLCC

    JAWAPAN JAKIM

     -Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM
     -McDonald
     -A&W
     -Secret Recipe
    - Restoran & Syarikat berikut telah DITARIKBALIK sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal
     -Victoria Station
     -Kam Lun Tai (lihat di bawah)
     -Lotus Family Restoran (sebelah Nikko Hotel depan Ampang Park)
     -Restoran & Syarikat berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM
     -San Francisco Steakhouse
     -Chicken Rice Shop
     -Kiwi Express
     -Minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 Plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM
     -Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry  atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah DITARIKBALIK pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan
    - Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn. Bhd. Syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM
     -Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye. Mengikut kajian, jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri TIDAK PERNAH mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja
     -Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah MENDAPAT PENGESAHAN halal JAKIM dan telah dipastikan ‘soft gel’ untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah Mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport
     -Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan /minuman yang disediakan di restoran ini

     SOALAN: Saya ingin tahu samada semua stall di FoodCourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yg halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak), seperti Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California Pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chin Oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House, Santini

    JAWAPAN: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC TIDAK ADA yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang
    disenaraikan itu
     Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus
     Kedai Bread Talk & Bread Story TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM
     Sehingga kini JAKIM TIDAK PERNAH memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual
     Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fishballs dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM
     Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang TIDAK PERNAH MEMOHON pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan /produk di tempat tersebut
    Waallahua'lam
    Selasa, 2 September, 2008
    « Last Edit: 11 December, 2009, 11:23:54 AM by axtreemore »

    Reply #51 11 December, 2009, 02:52:28 PM
  • Publish
  • Salam...
    emel dr sahabat sy....fikir2kanlah...

    Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu  makanan itu dibuat.

    Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:   

    Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum   
    untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
    Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan   
    kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.   

    Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut.
    Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan  menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel
    muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.
    Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.   

    Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:   

    a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang  menunaikan solat subuh   

    b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus  dijatuhkan dalam air panas/letrik   

    c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang  terbalik) kepak terikat.   

    Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

    Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam.   

    Assalamualaikum wbk.   

    Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut  management trainee.
    Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah   
    dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
    Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa  bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.   

    Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

    Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
    Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.
    Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih?  Halal? Sekali lagi,   
    hmmm....macamana tu?   

    Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.
    Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya   
    makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
    Kalau betul,  ma kn anya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

    Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.
    Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg  disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.   

    **Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, ' setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka ' .   

    MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT   
    DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..   

    Wassalam.
    'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.'

    Reply #52 11 December, 2009, 03:29:26 PM
  • Publish
  • time ksh d atas info y dberi..
    bguna la jgk..

    Reply #53 11 December, 2009, 03:38:13 PM
  • Publish
  • baru ana faham.... insyaallah ana tk makan kfc lagi......

    Reply #54 11 December, 2009, 03:39:12 PM
  • Publish
  • baru ana faham.... insyaallah ana tk makan kfc lagi......

    Reply #55 11 December, 2009, 03:48:31 PM
  • Publish
  • salam..
    informasi yang amat bagus..

    Reply #56 11 December, 2009, 06:16:31 PM
  • Publish
  • kalau sahabat2 di sni perasan,,,apabila kite mkn ayam KFC, bau kurang menyenangkan lekat pd tgn walaupn sudah dibasuh..kpd sahabat2 y ingin mkn mknn spt KFC,saya sarankan kunjungilah RFC(Radix Fried Chicken) y diusahakan oleh org Islam..sy telah bbrape kali mkn...serupa spt KFC...sdap n halal...ayam nye pn tidak berbau....
    http://www.radixfriedchicken.com.my/.....disini sy sertakan websitenye....

    Reply #57 11 December, 2009, 07:34:22 PM
  • Publish
  • Ana x biasa la lagi makan KFC ngan McD ni. Bukan apa nak tokak dia saja 3 hari 3 malam x habis. Tapi makanan yang dijual tu biasa la. Boleh aih nak makan awat x boleh. Yakin halal, hah tunggu lagi.... X yakin masuk p tanya manager tu bagi yakin halal ke x, X yakin jugak tengok ngan mata kepala sendiri depa proses makanan tu. X yakin jugak x payah makan. Mahai depa juai ana pun x makan selalu. Kadang2 terfikir juga boikot tapi kalau dah x tahan sangat tu 'ter' beli jugak la.....

    Reply #58 24 December, 2009, 09:55:25 AM
  • Publish
  • Dalam Islam, makan makanan yang dikelola oleh orang non muslim bukan berarti haram...asalkan secara zahir dia menetapi ketentuan halal, maka halal...Kalau franchise pun, dan pemilik saham 99% dipegang oleh non muslim, tapi secara pengelolaan sudah sesuai dengan ketentuan pejabat agama, maka halal lah...kerane secara zahir sudah halal...


    ni haa..da taw bahan die cecair babi xkan nak makan jugakk.cop halal 2 diorg buat sendiri....
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    Reply #59 24 December, 2009, 10:07:30 AM
  • Publish
  • kenapa kfc x halal pulak....? dah la suka makan ayam goreng plus orange juice

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    95 Replies
    31344 Views
    Last post 27 March, 2012, 12:25:55 PM
    by rizalbanjar
    18 Replies
    6065 Views
    Last post 16 March, 2011, 10:16:01 AM
    by Qasseh
    0 Replies
    690 Views
    Last post 19 December, 2011, 05:09:20 PM
    by tolibulakhirat