Kemusykilan tentang jatuhnya talak

*

Author Topic: Kemusykilan tentang jatuhnya talak  (Read 6539 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

aisyqis

  • *
  • Posts: 28
    • View Profile
23 October, 2009, 10:00:17 AM
  • Publish
  •  :)

    Saya masih baru di sini jadi sekira ada apa-apa yang tersilap dan tersalah harap di maafkan dan diberi tunjuk ajar agar saya tak mengulangi nya.Saya ingin bertanya tentang jatuh ke tidak talak ke atas isteri sekira ianya dilakukan secara paksa / secara penipuan melalui surat. Saya isteri kedua si mana madu saya telah memaksa suami saya melepaskan saya. Akibat dari keengganan suami saya melepaskan saya, madu saya telah menulis surat dgn menyatakan suami melepaskan saya dgn talak yg terakhir dan madu saya sendiri telah menurunkan tandatangan bagi pihak suami. Adakah jatuh talak tersebut???
    « Last Edit: 03 November, 2009, 08:22:30 PM by Ummi Munaliza »

    aman_arab

    • *
    • Posts: 220
    • Don't just be all talk, do what you want to do!
      • View Profile
    Reply #1 23 October, 2009, 10:08:31 AM
  • Publish
  • mana boleh jatuh talak puan aisyqis...talak tu hak suami puan..bukan hak madu puan...tak kisah la madu puan nak jatuh talak kat puan sepuluh kali pun..tetap tak jatuh talak tu..melainkan suami puan sendiri yang tulih surat tu..hat tu memang jatuh la talak tu.
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 23 October, 2009, 10:10:12 AM
  • Publish
  • :)

    Saya masih baru di sini jadi sekira ada apa-apa yang tersilap dan tersalah harap di maafkan dan diberi tunjuk ajar agar saya tak mengulangi nya.
    Saya ingin bertanya tentang jatuh ke tidak talak ke atas isteri sekira ianya dilakukan secara paksa / secara penipuan melalui surat. Saya isteri kedua si mana madu saya telah memaksa suami saya melepaskan saya. Akibat dari keengganan suami saya melepaskan saya, madu saya telah menulis surat dgn menyatakan suami melepaskan saya dgn talak yg terakhir dan madu saya sendiri telah menurunkan tandatangan bagi pihak suami. Adakah jatuh talak tersebut???


    Talaq tidak jatuh kerana bukan niat dari suami. Talaq hanya jatuh bila suami berniat dan melafazkan. Sekira puan ada bertanyakan suami untuk pengesahan tentang surat itu, dan suami mengiyakan jawapan kebenaran surat itu, barulah talaq itu jatuh.

    Rujukan saya:  Profesor Selamat bin Hashim.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    aisyqis

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #3 23 October, 2009, 11:09:41 AM
  • Publish
  • salam ummi / aman_arab

    terima kasih di atas jawapan yang diberikan. sesungguh suami saya memang tidak berniat untuk melepaskan saya hanya madu saya yang tidak dapat menerima kenyataan kesalahan dia keluar dari rumah tanpa izin suami. Maka dia telah menjadikan saya sebagai sebab untuk dia kembali ke suami nya. Adakah suami saya perlu merayu kepada isteri pertama nya supaya dia pulang ke rumah sedangkan suami tidak pernah menghalau isteri pertama nya itu. dan apa kah hukum isteri memukul suami dan menceritakan keburukan suami kepada semua ahli keluarga serta rakan-rakan si isteri dan si suami.

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #4 23 October, 2009, 11:11:13 AM
  • Publish
  • :)

    Saya masih baru di sini jadi sekira ada apa-apa yang tersilap dan tersalah harap di maafkan dan diberi tunjuk ajar agar saya tak mengulangi nya.
    Saya ingin bertanya tentang jatuh ke tidak talak ke atas isteri sekira ianya dilakukan secara paksa / secara penipuan melalui surat. Saya isteri kedua si mana madu saya telah memaksa suami saya melepaskan saya. Akibat dari keengganan suami saya melepaskan saya, madu saya telah menulis surat dgn menyatakan suami melepaskan saya dgn talak yg terakhir dan madu saya sendiri telah menurunkan tandatangan bagi pihak suami. Adakah jatuh talak tersebut???


    Jelas talak tersebut tidak jatuh secara ijma'....sebab yang membuat surat adalah madunya dan tandatangan tersebut dibuat sendiri olehnya....

    Dalam fiqh perbandingan, talak paksaan hanya sah menurut mazhab Hanafi....itu pun kalau seorang suami dipaksa oleh seseorang utk melafazkannya....ketika suami dipaksa tapi tidak melafazkannya? maka tidak jatuh...

    talak dengan tulisan juga boleh jatuh ketika ia disertai niat...

    Dalam hal kasus saudari, jelas2 secara ijma' tidak jatuh, melihat beberapa hal, 1) bukan si suami yang menulis surat tersebut, 2) suami memang enggan menjatuhkannya.....

    Referensi: Kitab al-Fiqh ala al-mazahib al-Arba'ah Page 966 (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2001)...


    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #5 23 October, 2009, 11:30:37 AM
  • Publish
  • Adakah suami saya perlu merayu kepada isteri pertama nya supaya dia pulang ke rumah sedangkan suami tidak pernah menghalau isteri pertama nya itu. dan apa kah hukum isteri memukul suami dan menceritakan keburukan suami kepada semua ahli keluarga serta rakan-rakan si isteri dan si suami.

    Merayu seolah2 si suami bersalah itu bukan yang dituntut... tapi yang dianjurkan adalah memberi nasihat kepada si Istri utk kembali ke rumah... tapi kalau menurut ijtihad si suami adalah biarlah dengan cara merayu nanti ketika si istri sudah hilang emosinya atau bahasa gaul dia PMS-nya, barulah berinasihat maka ia tidak mengapa... (Tausyih ala Fath al-Qarib page 211, Al-Hidayah, Surabaya tanpa tahun)...

    Istri memukul suami dengan niat menyakiti adalah dosa begitu juga sebaliknya....menceritakkan keburukan suami juga merupakan dosa...(Uqud al-Lujain)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 23 October, 2009, 11:37:19 AM
  • Publish


  • Terima kasih Mooks atas jawapan yang disertai dengan rujukan. Moga sentiasa berkelapangan untuk bersama Halaqah bagi menjawap persoalan-persoalan berkaitan hukum , feqah, aqeedah, siasah dan lain-lain.

    yusrina_abadi

    • *
    • Posts: 29
    • Aku Tetap Aku
      • View Profile
    Reply #7 21 January, 2010, 03:06:19 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum, kepada kawan2 semua,

    Saya pun ahli baru HQ, ingin bertanya kepada kawan2 yg lebih ariff tentang ini, di pendekan cerita, kisah saya lebih krg puan aisyqis ni juga, suami di paksa oleh madu saya utk ceraikan saya, tetapi bezanya melalui panggilan telephone, ayat2 nya berbunyi begini:

    "MAMI (panggilan suami utk saya) ABANG NAK TINGGALKAN MAMI NI...... (dgn nada sebak) saya sendiri mendengar suara di belakang yang memaksa2 suami suruh bercakap lebih lagi) DENGAN TALAK TIGA)" saya terus meletak gagang telephone tanpa mendengar perkataan seterusnya.

    saya dgn tidak tahu menahu tentang ini, rasa amat kecewa dgn sikap suami, rupa2nya keesokan hari , suami menelephone saya, memohon maaf dan memberitahu saya, yg dia kena paksa oleh isteri pertama semalam dgn keluarkan kata2 itu.

    Soalan saya, adakah jatuh TALAK itu yg dilafazkan dalam keadaan KENA PAKSA & TERTEKAN, dgn erti kata lain suami dlm keadaan tidak waras pada ketika itu. lepas itu dia mmg menyesal dengan apa yang berlaku. kami tidak pernah bergaduh & hidup dengan bahagia dalam kesederhanaan

    Harap dapat kawan2 sekalian memberi pandangan kepada saya, saya redha dgn apa juga takdirNYA.

    terimakasih.
     :msya:
    Aku Tetap Aku......
    ALLAH Tetap Di Hati

    adrya

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #8 17 March, 2010, 09:50:38 PM
  • Publish
  • asalammualaikum semua...sy mohon pendapat pada yg arif tentang masalah ini.
     selepas bergaduh ngan suami...dlm keadaan marah si suami berkata " jika kamu keluar dr rumah ini..jatuh talak satu keatas kamu". selepas reda marah..suami br sedar dah menyesal ngan kata2 nya. dalam keadaan sekarang ini..isteri masih tidak keluar dari umah...kerana takut jatuh talak yg suami nya telah lafaskan dlm keadaan tidak sedar dan terlalu marah. persoalann nya sekarang..apakah jln penyeselaian kepada masalh ini. suami dan isteri masih sayang menyayangi.dan buntu mencari jln bagaimana untuk selesaikannya..

    qiraati

    • *
    • Posts: 283
    • Ukhwah Fillah Abadan Abada
      • View Profile
    Reply #9 18 March, 2010, 12:38:17 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt..

    Ana ingin kongsi sesuatu yang perkara ini terlalu lama dan selalu seperti bola antara mahkamah tinggi dan mahkamah rendah..mengenai kes perceraian.

    Wahai kaum Adam yang bergelar suami, tahukah enta, kerana marah, apabila enta selalu jatuhkan talak 1 dan apabila bersemuka semasa kaunseling dan di mahkamah..mereka jatuhkan talak 3. Gara-gara ucap talak 1 tu banyak kali. Kemudian, disebabkan itu, boleh pulak ada kes rayuan. Kes rayuan supaya mahkamah jatuhkan kepada talak 1..pastu ber ding dong sana sini..sampai harini tak habis2..


    hmm...saja je ana tulis perkara ini kat atas..sebab ana tgh memerhatikan suasana di sekelilung ana.
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 18 March, 2010, 06:36:08 AM
  • Publish

  • Raden Mooks, mohon berikan jawapan kepada  2 masalah di topik ini...

    1. Masalah puan Yusrina Abadi  Re: Kemusykilan tentang jatuhnya talak

    2. Masalah Puan Adyra  Re: Kemusykilan tentang jatuhnya talak

    mujahidahmuda

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #11 18 March, 2010, 10:08:55 AM
  • Publish
  • :)

    Saya masih baru di sini jadi sekira ada apa-apa yang tersilap dan tersalah harap di maafkan dan diberi tunjuk ajar agar saya tak mengulangi nya.
    Saya ingin bertanya tentang jatuh ke tidak talak ke atas isteri sekira ianya dilakukan secara paksa / secara penipuan melalui surat. Saya isteri kedua si mana madu saya telah memaksa suami saya melepaskan saya. Akibat dari keengganan suami saya melepaskan saya, madu saya telah menulis surat dgn menyatakan suami melepaskan saya dgn talak yg terakhir dan madu saya sendiri telah menurunkan tandatangan bagi pihak suami. Adakah jatuh talak tersebut???


    Talaq tidak jatuh kerana bukan niat dari suami. Talaq hanya jatuh bila suami berniat dan melafazkan. Sekira puan ada bertanyakan suami untuk pengesahan tentang surat itu, dan suami mengiyakan jawapan kebenaran surat itu, barulah talaq itu jatuh.

    Rujukan saya:  Profesor Selamat bin Hashim.
    salam ummi..
    ummi kenal Prof Selamat?
    Hm...bercakap soal talaq ni..kalau suami dipaksa melafazkan cerai pun..belum tentu sah lafaz talaq tu..kecuali la memang suami ituberniat untuk melepaskan puan..
    Sekadar Menterjemah Apa Yang Tersirat Di Minda

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 18 March, 2010, 02:16:12 PM
  • Publish
  • salam ummi..
    ummi kenal Prof Selamat?
    Hm...bercakap soal talaq ni..kalau suami dipaksa melafazkan cerai pun..belum tentu sah lafaz talaq tu..kecuali la memang suami ituberniat untuk melepaskan puan..


     :ws:
    Bila saya membuat rujukan kepada Prof Selamat, bermakna saya kenal lah dia. Kenapa dengan Prof Selamat? Saudari kenal?

    Anna Rafeah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #13 10 February, 2011, 01:30:07 PM
  • Publish
  • kalau mcm situasi ni jatuh tak talaknya..

    isterinya sedang hamil 4 bulan..dan si suami ni bergaduh dan dgn isterinya dan si suami berkata akan lafazkan talak lepas isterinya melahirkan..dan si suami berkata lagi, klu mereka bersetubuh bermakna talak itu akan jatuh dgn sendiri nya..tp nak dijadikan cerita, mereka bersetubuh jugak dalam waktu itu..dan hubungan mereka pulih..namun si suami mmg belum lafaz utk cerai lagi..cuma bercadang utk bercerai dan akan lafaz lepas si isteri bersalin..

    si isteri ada bertnaya pd suami nya, dan si suami menjawab yg dia sudah bertnya pd ustaz dan org2 yg lebih arif dan mereka mengatakan, jika sudah bersetubuh bermakna sudah rujuk dan berserta dgn lafaz "aku rujuk" dan isteri menjawab 'aku terima"..lagi pula syarat talak sebegitu tidak sah..dan bersetubuh adalah kewajipan dalam hubungan suami isteri..

    bagaimana pendapat semua?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #14 04 September, 2011, 01:57:50 PM
  • Publish
  • permainan dan tipu daya

    TALAK tak bolehlah main main, melawak, saja saja, gurau senda

    ukur DOSA tu, tanya diri sendiri lah

    was was tu, syaitan

    alah bisa kerana biasa

    bila seronok, tak kisah, dosa pahala?

    biasa kepada kita yang sensitiviti ilmu agama tak menetap dalam diri

    subhanallah, terlalu banyak, masalah serupa, seperti di atas sana

    terlajak perahu, arus deras, susah nak patah balik
    terlajak kata, binasa diri

    talak satu, boleh rujuk, rela setubuh, dah kira settle

    masalahnya, betulkah, talak satu, ke berkali kali di ucap, talak...................( qiraati)

    hanya kalian yang terlibat mengetahui, ikhlaslah kepada Allah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    29 Replies
    5342 Views
    Last post 30 July, 2011, 03:43:15 PM
    by watikl
    2 Replies
    960 Views
    Last post 26 August, 2011, 03:37:24 PM
    by Ummi Munaliza
    3 Replies
    942 Views
    Last post 23 October, 2011, 08:04:44 PM
    by al_ahibbatu