Panduan Melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah

Author Topic: Panduan Melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah  (Read 10023 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
23 October, 2009, 07:11:56 AM
  • Publish Di FB

  • Pendahuluan

    Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

    Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah,


    "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak",

    dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

    Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut.

    Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.

    Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memesongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.
    « Last Edit: 23 October, 2009, 07:17:54 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 23 October, 2009, 07:17:16 AM
  • Publish Di FB


  • PENSYARIATAN HAJI


    Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

    "Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"

    (Surah Al- Baqarah ayat 196)

    Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

    Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

    "Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"

    (Surah Ali Imran ayat 97)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 23 October, 2009, 07:21:04 AM
  • Publish Di FB


  • SEJARAH HAJI

    Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :

    " Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

    Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Hudaibiah.

    Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 23 October, 2009, 07:22:02 AM
  • Publish Di FB


  • RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI

    Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.

    Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

    Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 23 October, 2009, 07:24:27 AM
  • Publish Di FB


  • PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'


    Ketika wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :

    1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.

    2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".

    3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.

    4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :

    " Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"


    Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 23 October, 2009, 07:26:53 AM
  • Publish Di FB


  • FALSAFAH HAJI

    MENUJU KE JALAN ALLAH
    Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai Allah. Kita juga harus bersyukur kerana kita telah dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

    PENGGUNAAN HARTA
    Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya, yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan di mana aspek tersebut jika digunakan bagi tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya.

    IBADAH HAJI BEKALAN UNTUK AKHIRAT

    Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga untuk memperhambakan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi Allah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 23 October, 2009, 07:30:35 AM
  • Publish Di FB


  • PENGORBANAN HAJI
    Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram. Ia juga merupakan satu pengorbanan yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik berkipas atau berhawa dingin, begitu juga puasa boleh berbaring-baring malah tidur pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak perlu keluar rumah.

    Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas padang pasir memperkata dan membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon keampunan dan keredhaan sebelum kembali kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar.

    Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 27 hingga 29, maksudnya: "Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban.Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)".

    Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan supaya haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan. tah ada balasannya, balasan bagi haji ada dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah, maksudnya: "Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang, maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya".

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 23 October, 2009, 07:36:32 AM
  • Publish Di FB


  • MANFAAT HAJI

    Dapat berada di Tanah Suci Makkah yang merupakan semulia-mulia bumi tempat lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dapat beribadat di Masjidil Haram di hadapan Baitullahil Haram di mana pahalanya menyamai atau melebihi sembahyang seratus ribu sembahyang di masjid lain. Dapat melihat dan memandang Kaabah (Baitullahil Haram), kiblat seluruh umat Islam dalam sembahyang di mana memandang Kaabah sahaja akan mendapat 20 rahmat, jika sembahyang kepada-Nya akan mendapat 40 rahmat ,dan melakukan tawaf .

     Dapat berada di tempat-tempat yang paling mustajab berdoa sepeti di Multazam, di Hijir Ismail, di Telaga Zam-Zam di mana airnya menjadi penawar kepada segala penyakit dan menjadi sepertimana diniatkan. Dapat menjadi tetamu Allah atau tetamu Al-Rahman yang akan diperkenankan segala permohonan dan diampunkan jika memohon keampunan. Akan mendapat peluang balasan syurga Jannatunnaim jika dapat menghasilkan haji yang mabrur. Dengan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan jelaslah bahawa nilai haji itu bukan boleh diukur dengan wang ringgit atau apa-apa nilai di dunia ini tetapi adalah harga bagi sifat keimanan dan ketakwaan yang menjadi hikmah di sisi Allah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 23 October, 2009, 07:38:14 AM
  • Publish Di FB


  • SIFAT-SIFAT KEIMANAN

    Di antara tuntutan sifat-sifat keimanan yang dikehendaki di sebalik ibadat haji ialah:
    1. Kesabaran menghadapi ujian.
    2. Pengorbanan harta, masa dan perasaan.
    3. Penanaman sifat bergantung kepada Allah semata-mata di mana kebiasaannya keluarga, sanak saudara, harta benda akan terpisah sebagai gambaran bahawa apabila berada di alam Barzakh atau Padang Mahsyar nanti bergantung kepada rahmat Allah setelah berpisah dengan harta benda dan segala kesayangannya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 23 October, 2009, 07:40:24 AM
  • Publish Di FB

  • MENGHAYATI FALSAFAH HAJI

    Sebaik cara supaya pemergian kita ke Tanah Suci berhasil dengan kejayaan yang diredhai Allah ialah dengan menghayati segala falsafah dan rahsia yang terkandung di dalam ibadat haji itu sendiri yang bermula dengan menghidupkan roh haji itu di hati sanubari sebelum kita bertolak ke Tanah Suci. Mulakan azam melatih diri awal-awal lagi memahami kehendak haji, walaupun kita belum sampai ke Tanah Suci, namun kita seharusnya telah memulakan persiapan dengan mengorak langkah mengkaji diri kita sendiri.

    Jangan letakkan diri kita menunggu perubahan setelah sampai ke Tanah Suci atau selepas selesai mengerjakan haji, tetapi sebaliknya kita cuba mengubah diri kita dahulu mulai sekarang mengikut matlamat yang digariskan oleh haji. Sebelum kita melontar jamrah, kita sepatutnya mula melontar sifat-sifat buruk dan keji. Sebelum kita melaksanakan sembahyang 40 waktu di masjid rahmat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 23 October, 2009, 07:49:33 AM
  • Publish Di FB

  • SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN TERCELA
    Segala usaha yang dilakukan dalam proses menunaikan yang diniatkan dengan ikhlas dan dilaksanakan dengan sempurna sudah tentu Insya-Allah akan menghasilkan haji yang diterima Allah. Dan biasanya seseorang yang telah menjalani pengalaman mengerjakan haji dan mengambil segala manfaatnya, tidak kira sama ada orang awam atau pemimpin akan melakukan perubahan positif dalam setiap gerak-gerinya, dalam percakapan, pemikiran, daya usaha, pergaulan, pakaian dan seluruh muamalatnya atau dengan lain perkataan, mereka yang mendapat manfaat dari haji itu akan mengamalkan sifat-sifat terpuji, sifat terpuji (Al-Mahmudah) dan meninggalkan sifat-sifat yang tercela (Sifat Mazmumah) dan akan menjadi individu atau pemimpin yang baik dan kesan inilah yang perlu dihasilkan oleh setiap muslim yang memunaikan haji, jika tidak, maka itu bermakna seseorang itu tidak mencapai apa-apa matlamat dan manfaat dari ibadat haji.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 23 October, 2009, 07:50:44 AM
  • Publish Di FB


  • MEMAHAMI HAKIKAT PEKERJAAN HAJI
    Berbahagia dan berjayalah mereka yang dapat mencapai dan memahami hakikat pekerjaan haji iaitu melaksanakan dan menghayati kehendak-kehendak haji dengan keimanan, kesabaran dan penuh harapan kepada rahmat Allah.

    MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAT

    Di Tanah Suci, ambillah peluang membuat amal ibadat sebanyak-banyaknya, jangan membuang masa di kedai-kedai atau pasar-pasar atau berjalan-jalan yang tidak menguntungkan. Di sana masa terlalu suntuk untuk beribadat manakala ganjaran pahala berlipat ganda. Semasa di Tanah Suci, kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan di sana supaya tidak berlaku sebarang masalah kepada diri kita. Bersabarlah selalu, bertenang menghadapi pelbagai cabaran dan sabar itu tanda-tanda orang yang beriman kerana di dalam keadaan jemaah haji yang begitu ramai, sudah pasti banyak perkara yang tidak disangka-sangka boleh berlaku.

    Apabila kita telah memahami keadaan yang akan berlaku, maka bersedialah menghadapinya, kerana tiap-tiap sesuatu yang berlaku mempunyai makna dan hikmahnya di atas kehendak Allah sebagai ujian dan dari ujian itu haruslah direnungkan rahmat Allah dan mungkin ia merupakan tanda-tanda makbulnya doa hambanya dan mendapat keampunan. Mungkin juga itu menandakan kasih sayang Allah kepada kita untuk menerima balasan di dunia dan terselamat di akhirat kelak. Kita hendaklah berpegang teguh dengan ketetapan hukum Allah di mana sahaja kita berada, kita hendaklah percaya dan rela menerima ketentuan qada dan qadar yang sudah pasti ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dan membuang perasaan tidak puas hati.

    Perasaan marah terhadap kesusahan yang kita tempuhi boleh diertikan sebagai kita tidak berpuashati dengan qada dan qadar serta mencabar kuasa Allah. Ia juga merupakan satu tindakan yang hanya akan mendedahkan rahsia diri sendiri sebagai orang yang mempunyai dosa yang banyak dan ditimpa kesengsaraan di Tanah Suci.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 23 October, 2009, 08:00:18 AM
  • Publish Di FB

  • SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH

    Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu :


        * Islam
          - tidak wajib atas orang kafir dan murtad
        * Baligh
          - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
        * Berakal
          - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
        * Merdeka
          - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
        * Berkuasa / Kemampuan
          - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    " Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"

    (Surah Ali Imran ayat 97)

    Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-

    a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan


    i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
    ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
    iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
    iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
    v) Sihat tubuh badan,
    vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

    Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

    "Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan"
    Riwayat- Daruqutni

    b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.


    i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.

    ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.

    Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    " Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".
    Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 23 October, 2009, 08:19:44 AM
  • Publish Di FB




  • SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI ( BADAL HAJI)


    Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-

    1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji: " Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)

    2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.

    3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

    4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 23 October, 2009, 08:21:29 AM
  • Publish Di FB


  • HUKUM ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI SETELAH CUKUP SYARAT WAJIBNYA


    Bagi orang yang telah cukup syarat-syarat wajib haji tetapi tidak segera menunaikannya tiba-tiba dia meninggal dunia, maka sangatlah besarlah dosanya, kerana boleh menyebabkan dia mati sebagi seorang Nasrani danYahudi.

    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah". (Riwayat - Turmizi)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 23 October, 2009, 08:22:49 AM
  • Publish Di FB


  • HAJI DAN UMRAH KANAK-KANAK

    Haji dan Umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak (yang belum akil baligh atau cukup umur) hukumnya adalah sunat sahaja dan wajiblah dikerjakan sekali lagi apabila baligh nanti. Sebagaimana dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda "Siapa dari kanak-kanak mengerjakan haji, maka apabila dia cukup umur, wajiblah dia mengerjakan haji sekali lagi". (Riwayat - At - Tabarani)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #16 23 October, 2009, 08:36:27 AM
  • Publish Di FB




  • HAJI BAGI WANITA
    Seperti lelaki, wanita juga wajib menunaikan fardhu haji jika cukup syarat-syarat wajibnya seperti yang telah disebutkan dahulu. Tetapi ada syarat tambahan bagi wanita yang hendak menunaikan fardu haji iaitu:-

    * Hendaklah ditemani oleh suaminya atau muhrimnya (iaitu orang haram nikah dengannya), atau dengan sekurang-kurangnya tiga orang perempuan yang boleh dipercayai dan;
    * Dengan izin suami atau walinya. Berhubung dengan larangan pergi haji bagi wanita tanpa mahram ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya Nabi, s.a.w bersabda: "Janganlah seseorang perempuan pergi musafir kecuali beserta mahramnya, janganlah seseorang lelaki mendatangi perempuan kecuali perempuan itu berada dengan mahramnya". Lalu seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w. " Ya Rasulullah, saya hendak pergi berperang tetapi isteri saya hendak pergi menunaikan fardhu haji" Nabi s.a.w. menjawab, " Pergilah haji bersama isterimu" (Riwayat - Bukhari)

    Disyaratkan bagi lelaki yang menemankan perempuan itu, dan hendaklah jangan berada jauh dari perempuan itu supaya diketahui orang bahawa lelaki itu menemani dan menjaganya. Jika tidak ada lelaki menemankan perempuan itu, maka memadai juga ditemani oleh tiga orang perempuan yang boleh dipercayai.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #17 23 October, 2009, 09:44:00 AM
  • Publish Di FB


  • HUKUM MENYEGERAKAN HAJI

    Mengenai hukum segera menunaikan fardhu haji setelah cukup syarat-syarat wajib haji, menurut Imam Syafie adalah sunat iaitu tidaklah berdosa menangguhkannya asalkan sahaja ditunaikan pada sebarang waktu sebelum meninggal dunia .

    Dalil atau alasan yang diberikan ialah fardhu haji itu telah diwajibkan pada tahun ke enam selepas hijrah, tetapi Nabi s.a.w menangguhkan pelaksanaan haji hinggalah pada tahun kesepuluh, barulah Nabi s.a.w bersama-sama para sahabat pergi menunaikan fardhu haji, walaupun mereka telah berkuasa pergi pada tahun ketujuh, kelapan atau kesembilan. Sekiranya wajib dikerjakan segera sudah tentulah Nabi s.a.w tidak akan menangguhkannya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #18 23 October, 2009, 09:44:49 AM
  • Publish Di FB


  • RUKUN HAJI (6 PERKARA)

       1.  Niat ihram mengerjakan haji
       2. Wukuf di Arafah
       3. Tawaf di Kaabah
       4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
       5. Bergunting atau bercukur rambut
       6. Tertib pada kebanyakan rukunnya

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #19 23 October, 2009, 09:45:21 AM
  • Publish Di FB


  • RUKUN UMRAH (5 PERKARA)


       1.  Niat ihram mengerjakan umrah
       2. Tawaf
       3. Sai'e
       4. Bergunting atau bercukur
       5. Tertib

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    32815 Views
    Last post 26 November, 2012, 07:36:54 AM
    by 5zul
    1 Replies
    1079 Views
    Last post 26 August, 2009, 11:44:16 AM
    by cikfara301
    6 Replies
    1340 Views
    Last post 07 March, 2011, 09:04:17 AM
    by alfie82