Suami kahwin lagi, bagaimana hatiku ini? - Page 1

*

Author Topic: Suami kahwin lagi, bagaimana hatiku ini?  (Read 8171 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

20 October, 2009, 04:31:14 PM
  • Publish
  •  :)
     
    Saya masuk ni tuk dapatkan pendapat yg bernas dar sahabat semua...kekadang saya rasa diri saya dianiayai oleh suami day sendiri....

    Ceritanya begini, saya dan suami telah berumahtangga selama setahun lebih..seminggu sebelum puasa saya dikejutkan berita yang suami saya telah berkahwin lagi, perempuan tu jauh lebih tua dari saya dan 3 thn lebih muda dari suami saya...ibarat suami saya dan perempuan tu sama2 tua la...bila saya dgr berita tu, jatuh jantung saya..saya betul2 x sangka suami saya telah menipu saya yang mengatakan sepanjang dia keluar dari Langkawi, semata2 untuk mencari rezeki..mereka berkahwin di sempadan...
    bayangkan betapa pedih dan kecewanya saya sebagai seorang wanita dan isteri, kami belum dikurniakan anak...
    mereka baru kawin pada bln 7 lagi, masih baru lagi...sebenarnya mereka telah lama kenal sejak 12 thn yang lepas...tapi bertemu dan bernikah secara senyap tanpa pengetahuan saya.

    Sehingga sekarang saya masih tidak dapt menerima 'madu' tu, saya btul2 kecewa ngan sikap suami saya terlalu mengharap saya dapat menerima perempuan tu, bagaimana saya hdk menerima jika suami saya telah membelangkangkan saya dan perempuan tu hampir pregnant...dan baru2 ni perempuan tu mengaku yang suami saya nak perempuan tu bunting pelamin...gugur jantung saya bil amendengar pengakuan perempuan tu...sudah bayak kali saya meminta perceraian dari suami saya kerana dia tidak jujur dan hanya memikirkan diri sendiri..
    yang perempuan ni pulak menyalahkan saya kerana tidak memahami suami saya selama sethn lebih ini, saya akui saya kurang prihatin dengan saya tapi saya masih muda dan masih sayang lagi perkahwinan ini.

    saya jadi buntu, bagaimana hendak keluar dari kemelut ini...sembahyang istikharah dah  buat...saya dapat mimpi yang saya hidup merana..saya rasa sengsara dengan sikap suami yang x ambil serius semua ni dan hanya memikirkan perempuan itu sahaja...

    bila di ajak berbincang suami saya cuma nak saya belajar agama dan kenal diri sendiri...pelik saya rasa dia seperti hendak lari dari kesalahan dia lakukan...dan dia tidak mahu melepaskan saya dan perempuan itu...saya tidak meredhai perkahwinan mereka..bukan saya hendak melawan hukum dan takdir Allah...cuma hati terlalu sakit tuk menerima perkahwinan mereka yang lebih bahagia dari saya...saya terseksa...suami melebihi dia dari saya...

    saya minta tolong dari anda semua...bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini?
    « Last Edit: 21 October, 2009, 04:15:56 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 20 October, 2009, 04:42:46 PM
  • Publish
  • report je kat tok kadi adik..dah suami tak mau cerai..mintak tebus talak jer kat mahkamah syariah..cerita apa yang suami adik buat tu kat tok kadi..insyaallah depa boleh tolong..
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Reply #2 20 October, 2009, 04:48:54 PM
  • Publish
  • Wassalam..
    Ana mmahami pnderitaan suami.. ttpi anti msti tahu bhawa bermadu mmg dibenarkan dari syarak..
     cuma suami puan salah pada carany.. cuba berbincang dan bertanya ap maslh atau ksalahn puan hgga dia beristri lagi.. sbb hukum brpoligami dbenarkan dgan syarat-syarat spt istri sakit atu tidak mmpunyai zuriat utk suami, llaki brkhwin dgn pmpuan itu dsbabkn utk myelamtkan pmpuan itu... dabn ada lagi...
    bagi sy... skiranya beristikharah dan mndapt ptunjuk.. itu adalh jaln yg trbaik... brbincang la dgan suami puan..
    saya hya mmberi sedikit pandgan..
    yg baik dari allah yg xbaik dari klemahan ana sendri..

    Reply #3 20 October, 2009, 05:18:44 PM
  • Publish
  • Salam...

    Bersabar dengan semua ujian ini. Allah Maha Adil, pasti akan jalan keluarnya. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya tanpa mengetahui tahap keimanan seseorang.

    Ana yakin, adik seorang yang tabah..Kalau dunia ini adik teraniya, ingat je lah balasan kat akhirat nanti..

    Ana faham apa yang adik lalui skrang ni sebab ana pun melaluinya jugak..Apa yang ana buat skrang, ana bangkit dari segala kesedihan. Ana bangkit mencari kebahagian dengan selalu mengingati Allah. Ana banyak kan selawat dan zikir. Ana tidak akan biarkan suami ana merampas kebahagiaan ana yang adalah hak ana!

    Jadi adik, teruskan kehidupan..Jangan berputus asa..teruskan sembahyang Istikharah..Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan hanya Allah yang boleh memberi petunjuk pada pemasalahan adik ini. Yakin lah!

    Reply #4 20 October, 2009, 10:26:01 PM
  • Publish
  • Salam..apa yg sy leh nasihatkn dsini adalah sy bharap agar dpt tgkatkan kesabaran dan ketabahan,dan percayalah stiap apa yg blaku ada hkmah yg tsirat dsebaliknya,dalam masa yg sama cube muhasabah dan bfikir dmanakah klemahan diri yg seharusnya dperbaiki,berbincang secara bhikmah dgn suami dan cari jln penyelesaian,serta bsedialah utk mbuka ruang kmaafan sekiranya itu yg tbaik dan mlekn hidup baru,jgn sesekali mbuat kputusan bdasarkan emosi,truskn mujahadah ibadat kpdNYA,insyALLAH sy yakin anda sendiri tau apa yg tbaik buat diri anda...

    KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

    QURAN MENJAWAB

    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

    QURAN MENJAWAB

    “Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
    - Surah Al-Baqarah ayat 216

    KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

    QURAN MENJAWAB

    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
    kesanggupannya.”
    - Surah Al-Baqarah ayat 28

    ^_^

    Reply #5 21 October, 2009, 01:45:24 AM
  • Publish
  • sabarlah akak, kadangkala ujian itu lebih baik dari nikmat yang melekakan... akak cuba fikir, dalam masalah ini, adakah akak salah seorang penyumbang masalah?  jika ya, maka anggaplah itu kifarat buat akak yang selama ni membelakangkan suami, tak peduli kepentingan suami, mungkin juga cuai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. bukan semua benda perlaku kita boleh tuding jari.. kadangkala kita juga patut dihukum dek kerana dosa, alpa kita sendiri.. doalah pada allah, banyakkan selawat.. berhentilah meminta cerai andai itu yang sukar diberikan.. belajarlah memberi maaf walaupun rasanya bagaikan menyentap hati dan perasaan bahkan nyawa. tapi ingatlah, balasan yang baik hanya untuk yang bertakwa..
    jangan salahkan orang saja.. fahami erti kata pengorbanan.. hidup hanya sekali, itupun amat pendek.. jika kita diberi peluang untuk hidup, maka "hiduplah" sebenar2nya.. jangan sampai masa disoal, kita mula menyalahkan diri sendiri...sesal tak berguna lagi. tabahkan diri....


    semoga ujian ini membuahkan hasil iman yang kukuh buat akak dalam menyedarkan suami dan madu tentang hakikat perkahwinan dan kehidupan..amin

    Reply #6 21 October, 2009, 01:47:11 AM
  • Publish
  • lagi satu, tolong jangan gunakan "akum" yer... itu panggilan yang digunakan yahudi untuk kaum selain mereka.. akum bermaksud binatang..kalau tak silap ana la... gunakanlah ayat penuh..mudah dan sodap didengari

    Reply #7 21 October, 2009, 03:44:26 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.......

    Kak suri simpati dgn masaalah adik ni....bersabarlah...berdoalah agar dipertemukan jalan penyelesaian yg baik.

    Cubalah menilai diri sendiri dahulu dari menilai org lain..

    Redho dgn ketentuan yg Allah beri...mungkin ada hikmah, jgn cepat berputus asa...seandainya masih lagi sayangkan bahtera yg telah di bina. Syurga tu di bawah telapak kaki suami.....bagi seorang isteri.

    Buang segala perasaan benci,dendam dan maafkan kesalahan suami dan madu dgn ikhlas......Berbincang dgn suami dgn baik apa yg terbuku dlm hati, jgn simpan......nanti makin lama ...menjadi nanah............Tak ada wanita yg sanggup bermadu..tapi adik sudah pun berada dlm situasi ni tak boleh berpatah balik.....melainkan menerima dgn hati yg terbuka.

    Hati yg sakit tu...masa lah yg mengubatinya..........banyakkan solat sunat seperti Sunat Hajat.........Allahlah tempat yg sebaik-baiknya untuk kita mengadu segala keresahan dan kesedihan..............

    Semoga ANISH tabah......sedikit ingatan dari Suri yg masih mencari................


    Reply #8 21 October, 2009, 04:04:09 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum..

    Terima kasih dengan pendapat dan pandangan anda semua, dari luaran saya nampak sahaja kuat tetapi dalaman saya lemah dan senang sedih...saya tiada kekuatan untuk menghadapi semua ini.Saya akui saya masih sayangkan suami saya lagi..tetapi dia mengatakan saya tidak mengerti apa itu sayang dan dia kata saya sakit mental....betapa sakitnye hati saya bila dia berkata begitu pada saya. Adakalanya saya tidak boleh bersabar lagi dengan sikap dia ni...betul2 melampau...

    Reply #9 21 October, 2009, 04:12:59 PM
  • Publish
  • Ajak ja suami puan tu pegi jumpa kaunselor keluarga..cuba bincang elok-elok tengok..mana tau dapat cara selesai bagi aman damai rumahtangga..kalau suami puan jenis tak leh bawak berbincang..puan failkan jer cerai kat mahkamah syariah..tak salah pun benda tu..walaupun la talak tu perkara halal yang dibenci Allah..orang lain cakap memang senang...suruh sabar..terima ketentuan..macam-macam lagi..tak kena kat depa lagi..boleh la kata macam-macam.

    Reply #10 21 October, 2009, 04:20:33 PM
  • Publish



  • Puan ANISH1783,

    Cuba puan terima madu  itu dengan hati terbuka. Masalah akan selesai jika puan terima madu itu. Kepala tak pening, hati pun tak sakit. Tidak ada sebab untuk puan menolak madu puan itu. Berbaik-baik dengan dia dan berkasih sayang dengan madu, bercinta dengan suami. Jika puan terima madu puan, pasti suami akan bertambah kasih dengan puan dan menghargai puan.

    Puan tak ada sebab untuk menolak madu puan. Kalau puan menolak, puan yang rugi, bukan rugi di dunia saja tetapi rugi di akhirat juga.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #11 21 October, 2009, 04:20:58 PM
  • Publish
  • Suami ku kahwin lagi,hati ku redha menerimanya.. Alhamdulillah :D
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #12 21 October, 2009, 04:25:14 PM
  • Publish
  • Ajak ja suami puan tu pegi jumpa kaunselor keluarga..cuba bincang elok-elok tengok..mana tau dapat cara selesai bagi aman damai rumahtangga..kalau suami puan jenis tak leh bawak berbincang..puan failkan jer cerai kat mahkamah syariah..tak salah pun benda tu..walaupun la talak tu perkara halal yang dibenci Allah..orang lain cakap memang senang...suruh sabar..terima ketentuan..macam-macam lagi..tak kena kat depa lagi..boleh la kata macam-macam.

    Wahai aman_arab.......sayang mula-mula kena nasihat yg baik2 dulu, pas tu kalau dah tak dak jalan keluar, ambiklah jalan yg di rasa sesuai...untuk diri. Tak paksa nak ikut nasihat tu....Buat adik ANISH kalau nak bertindak....biar berilmu...jgn jadi mangsa putar belit suami kat mahkamah nanti. Berpisah cara baik lagi bagus........

    Reply #13 21 October, 2009, 04:33:51 PM
  • Publish

  • Wahai aman_arab.......sayang mula-mula kena nasihat yg baik2 dulu, pas tu kalau dah tak dak jalan keluar, ambiklah jalan yg di rasa sesuai...untuk diri. Tak paksa nak ikut nasihat tu....Buat adik ANISH kalau nak bertindak....biar berilmu...jgn jadi mangsa putar belit suami kat mahkamah nanti. Berpisah cara baik lagi bagus........

    sebab tu la suruh puan anish tu jumpa kaunselor keluarga dulu..dengar nasihat kaunselor tu..bincang elok2 kot2 boleh aman damai rumahtangga..kalau dah tak jalan jugak baru la ambik tindakan yang sepatutnya.

    Reply #14 22 October, 2009, 01:32:52 PM
  • Publish
  • btl 2 aman...xkena kt kt diri sendiri mmg la leh ckp sbr..
    usia perkahwinan terlalu muda, tp dh dimadukan..dlm hal ini mgkin terjd ats kesilpn kita tp ianya juga mgkin kerna pihk lain.
    bleh saya tau..keluarga dah tau ke blom mslh ni,,dan apa yg mereka cdgkn?

    Reply #15 22 October, 2009, 02:58:00 PM
  • Publish
  • nak komen ke tak..kang rosakkan program orang lain pulak..ish...istikaharah dulu la
    Tgh cari butang DELETE AKAUN

    Reply #16 23 October, 2009, 03:54:03 PM
  • Publish
  • keluarga saya tidak tahu menahu hal suami saya kawin lagi ni...saya jadi serba salah...jik saya bgtau alamat keluarga saya akan paksa suami saya ceraikan saya sebab menipu...perkahwinan ni bukan leh di buat main-main...makin sakit hati saya dibuatnye...dan tiada kasih yg dapat saya berikan pada suami saya...terlalu tawar...klu diikutkan saya ingin ikut cara Islam tapi bagaiman hendak memaafkan kecurangan dan penipuan suami saya ini..

    Reply #17 23 October, 2009, 04:32:10 PM
  • Publish
  • Puan ANISH1783,

    Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

    Perkara dah terjadi, beritahu saja keluarga, jangan bersembunyi dalam hal ini. Saya bawakan satu petikan artikel tentang poligami.

    Poligami - Mahu Rahsia Pernikahan

    Surah Al-Nisa' ayat 3 telah membawa maksud:

    ‘Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman’.

    Di dalam Surah yang sama pada ayat 129 pula Allah saw telah berfirman bahawa:

    ‘Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian’

    Membela

    Ayat mengenai poligami ini telah turun selepas peperangan Uhud di mana terdapat ramai balu-balu dan anak-anak yatim yang memerlukan perlindungan kerana kematian suami dan bapa. Pada zaman tersebut wanita tidak mempunyai hak untuk bekerja dan tidak ada jalan untuk menyara diri dan keluarganya. Mereka perlu bergantung hidup pada seorang lelaki samada bapa, suami atau saudara lelaki yang lain. Oleh itu anggapan bahawa poligami sebagai satu hak adalah mungkin tidak tepat.

    Poligami bertujuan untuk membela nasib wanita dan anak yatim.


    Poligami bukanlah satu peluang yang dilunaskan oleh Islam. Ia merupakan praktik kaum Jahiliyah yang kadang-kala mempunyai berpuluh isteri. Malah Islam telah menyekat amalan ini dengan hanya membenarkan seorang suami mempunyai had seramai 4 orang isteri. Had ini juga dikenakan dengan syarat-syarat dan tujuan tertentu.

    Salah-satu sifat adil adalah kejujuran. Di dalam kes saudari, teman lelaki telah menunjukkan sifat yang amat tidak adil dengan melakukan satu perhubungan dengan wanita lain selain isterinya. Walaupun ikatan poligami itu adalah halal, perlu diingatkan bahawa perhubungan kekasih antara saudari dan dia boleh dipertikaikan.

    Niat

    Sikap puan yang kini mahu menyembunyikan perkahwinan atas alasan tidak mahu menggangu isteri juga adalah tidak munasabah. Seorang suami harus bertanggungjawab dan tidak sepatutnya menyembunyikan niat untuk berkahwin lain dari isteri. Ini bukan sahaja kerana dia akan merubah status perkahwinan dengan isteri sedia-ada, tetapi juga mungkin akan timbul masalah lain.

    Di dalam fail kami terdapat kes di mana timbul perbalahan keluarga apabila suami mati secara tiba-tiba dan isteri dan keluarganya tidak mengetahui kewujudan keluarga kedua. Juga terdapat kes di mana adik-beradik telah jatuh cinta kerana tidak menyedari ikatan kekeluargaan ini. Perkahwinan poligami tidak sepatutya disembunyikan dari isteri kerana ia boleh memberi kesan yang amat zalim pada keluarga.

    Suami yang mahu terus menyembunyikan perhubungan menunjukkan bahawa dia tidak bertanggungjawab ke atas keluarga dan isterinya. Sikap ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang yang adil dan tidak layak untuk berpoligami.

    Dari segi perundangan pula, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 perlu dirujuk. Seksyen 23(1) telah memperuntukkan bahawa seorang lelaki yang mahu berpoligami perlu memohon keizinan daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Jika dia berkahwin sebelum atau setelah gagal mendapatkan kebenaran tersebut maka tindakannya adalah salah di sisi undang-undang. Dia boleh didakwa di bawah Seksyen 123. Jika disabit kesalahan, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

    Salah-satu efek perkahwinan yang dilakukan tanpa kebenaran Mahkamah adalah perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan. Tujuan pendaftaran ini bukan hanya satu formaliti bagi mendapatkan sijil nikah. Ia merupakan satu rekod yang mensahihkan bahawa perkahwinan tersebut bukan sahaja menurut undang-undang negeri tetapi juga telah menepati hukum syarak.

    Perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah tidak sah dari segi undang-undang. Ia bermaksud bahawa puan tidak akan mempunyai hak sebagai seorang isteri dan tidak boleh membuat apa-apa tuntutan di Mahkamah Syariah kelak. Puan tidak akan dibenarkan menuntut hak ke atas nafkah, hak penjagaan atau nafkah anak, dan lain-lain tuntutan sehingga perkahwinan didaftarkan. Proses pendaftaran bukanlah satu perkara yang mudah terutama sekali sekiranya ia dilakukan di luar negeri, tanpa saksi yang dikenali atau suami enggan bekerjasama.

    Pendaftaran


    Sekiranya puan mempunyai anak kelak tanpa sijil nikah yang sah ia mungkin akan menyukarkan proses pendaftaran kelahiran dan lain-lain proses yang memerlukan kesahihan bahawa suami adalah bapa.

    Perkahwinan poligami di luar negara atau negeri bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap ringan. Saudari tentu telah mendengar mengenai perkahwinan sindiket yang dijalankan oleh kadi yang tidak bertauliah dan menyebabkan perkahwinan tersebut tidak sah. Perkara ini bukan sahaja kerana pasangan tidak berhati-hati tetapi juga kerana berlaku satu penipuan.

    Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan ia haruslah dipikul dengan sebaik-baiknya oleh pasangan. Apalagi di dalam perkahwinan poligami kerana ada isteri dan keluarga lain yang akan turut terlibat.

    Tujuan teman lelaki untuk merahsiakan perkahwinan poligami adalah tidak wajar dan tidak adil, bukan sahaja terhadap isterinya tetapi juga terhadap saudari. Kami menasihatkan saudari untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil apa-apa keputusan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi.


    Rujukan  :  boleh rujuk kepada yang mengirimkan post ini.

    Reply #18 23 October, 2009, 04:39:26 PM
  • Publish
  • AsSalamu 'alaikum,

    Assalamualaikum.......

    Kak suri simpati dgn masaalah adik ni....bersabarlah...berdoalah agar dipertemukan jalan penyelesaian yg baik.

    Cubalah menilai diri sendiri dahulu dari menilai org lain..

    Redho dgn ketentuan yg Allah beri...mungkin ada hikmah, jgn cepat berputus asa...seandainya masih lagi sayangkan bahtera yg telah di bina. Syurga tu di bawah telapak kaki suami.....bagi seorang isteri.

    Buang segala perasaan benci,dendam dan maafkan kesalahan suami dan madu dgn ikhlas......Berbincang dgn suami dgn baik apa yg terbuku dlm hati, jgn simpan......nanti makin lama ...menjadi nanah............Tak ada wanita yg sanggup bermadu..tapi adik sudah pun berada dlm situasi ni tak boleh berpatah balik.....melainkan menerima dgn hati yg terbuka.

    Hati yg sakit tu...masa lah yg mengubatinya..........banyakkan solat sunat seperti Sunat Hajat.........Allahlah tempat yg sebaik-baiknya untuk kita mengadu segala keresahan dan kesedihan..............

    Semoga ANISH tabah......sedikit ingatan dari Suri yg masih mencari................



    Saya sangat setuju dengan Suri
    Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka
    Sahih Muslim

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1977 Views
    Last post 18 September, 2013, 08:57:21 PM
    by Nanor
    39 Replies
    11411 Views
    Last post 16 February, 2011, 10:12:59 AM
    by Ummu Fatimah
    3 Replies
    2469 Views
    Last post 10 November, 2011, 01:36:52 PM
    by bulan madu