Hukum Menggunakan Emas Dalam Perawatan Muka

*

Author Topic: Hukum Menggunakan Emas Dalam Perawatan Muka  (Read 6724 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

20 October, 2009, 01:32:20 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...Sy ingin bertanya..apakah hukum menggunakan emas dalam rawatan muka. Skrg ni kite boleh tngk bnyk produk kecantikan dan penjagaan muka menggunakan emas. Adakah ianya menyerupai susuk? Ini kerana butir2 emas tersebut akan meresap ke dlm kulit.Wallahualam.Minta pendapat kalian...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 20 October, 2009, 02:04:35 PM
  • Publish
  • [box title=RAWATAN wajah menggunakan emas ]
    RAWATAN wajah menggunakan emas sudah pun diamalkan sejak beribu tahun lalu. Cleopatra pada zaman itu dikatakan gemar menabur campuran serbuk emas pada wajah dan badannya bagi menghasilkan kulit cerah bersinar.

    Penggunaan emas dalam bidang kosmetik dikatakan mampu mencantik dan membersihkan muka supaya wajah lebih bercahaya. Ia berfungsi sebagai pelindung kulit dan sesuai untuk mereka yang sentiasa terdedah di bawah pancaran cahaya matahari.

    Ini sekali gus membantu pengguna mengurangkan tanda penuaan, mencerah, mengurangkan pigmentasi keterlaluan serta dikatakan memiliki 10 kali keberkesanan kolagen.

    Inovasi sains dan kecantikan nyata sesuatu yang cukup penting dalam perkembangan sesuatu jenama kecantikan. Begitu juga dengan pusat kecantikan Silvana Ultimate yang menghasilkan formula kecantikan menggunakan emas 24 karat (K) serta memasarkan produk Silvana Miracle 24K Gold Serum untuk perawatan kecantikan wajah.

    "Tidak hanya pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, syarikat kami turut melaksanakan kajian menyeluruh ke atas aliran fesyen perawatan kecantikan wanita semasa dan kesihatan bagi meramalkan permintaan pengguna di masa hadapan," kata pengasas jenama kecantikan Silvana Miracle, Silvana Salim.

    Menurutnya, satu daripada kekuatan Silvana Ultimate menerusi penggunaan emas 24K adalah pemahaman asas mengenai perawatan kecantikan wajah, kulit dan warna kepada pengguna.

    Untuk memenuhi keperluan wanita, Silvana Miracle kini memperkenalkan rangkaian produk terbarunya iaitu Silvana Miracle Bright 24K Gold Serum, Miracle Firm 24K Gold Eye Serum, Miracle BB Cream UV SPF 35 serta Miracle Pink UV SPF 35.

    Produk terbabit kini sudah pun berada di pasaran yang boleh didapati di salun kecantikan, pusat rawatan spa, stokis dan agen berdaftar serta farmasi di seluruh negara.

    Silvana Miracle turut melantik penyanyi popular, Anita Sarawak sebagai duta produk keluarannya.

    Pemilihan terbabit bertepatan bukan saja dinilai dari segi pencapaiannya dalam bidang nyanyian malah dia turut melambangkan wanita masa kini yang bersemangat tinggi.[/box]

    Saudari yang bertanya, jika kita baca penerangan di atas ini, serbuk emas yang digunakan itu bukan meyerupai susuk. Sebaliknya , penggunaan emas dalam bidang kosmetik dikatakan mampu mencantik dan membersihkan muka supaya wajah lebih bercahaya. Ia berfungsi sebagai pelindung kulit dan sesuai untuk mereka yang sentiasa terdedah di bawah pancaran cahaya matahari.

    Kita mesti faham apa itu susuk dan bandingkan dengan fungsi dan kaedah penggunaan serbuk emas itu.

    Mengenai hukum ia sama seperti hukum seorang perempuan itu berhias ada suami atau tiada suami.

    Hukum Berhias Bagi Kaum Perempuan

    Islam mengharuskan kaum perempuan berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan perempuan berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan syara‘ seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki.

    Dalam kitab al-Majmu‘, Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan: “Jika seorang perempuan itu mempunyai suami, disunatkan baginya berinai pada semua masa, kerana berinai itu adalah hiasan dan kecantikan, dan dia (perempuan yang bersuami) disunatkan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya sepanjang masa”. Dari penjelasan tersebut, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami berinai bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya malahan ianya adalah sunat.

    Adapun bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami adalah makruh berinai kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah: “Jika seorang perempuan itu tidak mempunyai suami dan dia bukan hendak berihram, adalah makruh baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana ditakuti akan berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas orang lain dengan sebab dia berinai itu”

    Tetapi hukum makruh akan bertukar menjadi haram bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan bergincu itu boleh menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga bagi perempuan yang bersuami jika memakai gincu tanpa keizinan suami, hukumnya adalah haram.

    Perempuan Berhias Sehingga Menarik Perhatian Lelaki

    Islam melarang kaum perempuan melakukan apa jua perkara yang boleh menarik perhatian atau menimbulkan keghairahan kaum lelaki, seperti berhias dengan berlebihan, memakai wangi-wangian di hadapan lelaki asing, memakai pakaian yang kurang sopan dan memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.

    Di dalam al-Qur’an, banyak disebutkan mengenai dengan larangan perempuan berhias sehingga menarik perhatian lelaki asing dan menimbulkan keghairahan mereka. Antaranya:

    Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zhahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah an-Nuur: 31)

    Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan kaum perempuan supaya tidak melihatkan perhiasan mereka kepada orang lain kecuali kepada mahramnya.

    Terkecuali larangan tersebut pada perhiasan yang bukan pada anggota aurat iaitu pada wajah dan kedua tapak tangan. ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha menceritakan tentang kejadian di mana saudaranya Asma binti Abi Bakar Radhiallahu ‘anha pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memalingkan wajahnya, lantas Baginda bersabda  :

    Maksudnya: “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila seorang perempuan sudah haidh (baligh), tidak elok untuk dilihat daripadanya kecuali ini dan ini.”
    Dan Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan kepada wajahnya dan kedua tapak tangannya. (Hadis riwayat Abu Daud )

    Maksudnya: “Dan jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.” (Surah an-Nur: 31)

    Keinginan naluri perempuan untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ianya adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia. Namun ini tidaklah bermakna seorang perempuan itu boleh berhias diri mengikut seleranya dengan mengenepikan apa yang telah dibataskan dan ditetapkan oleh syara‘.

    Bagi perempuan bersuami, Islam telah menetapkan supaya kecantikannya hanyalah dipamerkan untuk seorang lelaki yang menjadi pasangan hidupnya iaitu suami. Hikmah diharuskan bagi perempuan bersuami berhias adalah supaya dia sentiasa nampak menarik di mata suaminya dan sekaligus sebagai salah satu luahan perasaan daripada isteri itu bahawa dia menyayangi suaminya.

    Dengan demikian, ia akan lebih mengerat dan mengekalkan hubungan kasih sayang di antara suami isteri itu. Hubungan kasih sayang inilah antara
    matlamat syara‘ dalam hidup berumah tangga. Oleh itu, seorang perempuan yang betul-betul memahami matlamat tersebut akan berhias untuk suaminya ketika berada di rumah, dan bukannya berhias apabila hendak keluar dari rumah.

    Batasan berhias yang ditetapkan oleh syara‘ bukanlah sebagai satu penyekatan, tetapi sebagai pemelihara diri dan kemurnian akhlak seperti mengelak diri dari fitnah atau gangguan lelaki asing, menjauhkan diri dari sifat berlebih-lebihan atau bermegah-megahan dan sebagainya.
    « Last Edit: 20 October, 2009, 02:13:39 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 20 October, 2009, 02:07:12 PM
  • Publish
  • Terima kasih saudari moderator atas jawapan anda  :jaz:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 27 December, 2009, 06:56:01 AM
  • Publish

  • Perbincangan Hukum Kosmetik Dengan Serbuk Emas
    Zaharuddin ABd Rahman ,www.zaharuddin.net

    Soalan


    Saya ingin bertanya mengenai produk kosmetik yang mengandungi emas adakah menyerupai pemakaian susuk? setahu saya pemakaian susuk memerlukan seorang dukun atau bomoh. pada pandangan saya produk kosmetik sebegini macam tak sama dengan susuk tapi saya memerlukan penjelasan dari orang yang lebih arif.


     
    Jawapan


    Hari ini muncul satu lagi bentuk produk kecantikan wajah yang dikatakan semakin mendapat tempat di kalangan wanita khususnya. Saya kira soalan di atas adalah berkait dengan produk kosmetik baru tersebut.

    Produk kecantikan kulit wajah yang menggunakan serbuk emas 24 karat sebagai salah satu dari unsur kandungannya.

    Menurut maklumatnya, produk ini juga dikatakan sesuai bukan sahaja untuk wanita tetapi juga bagi semua peringkat umur baik wanita dan lelaki, ia dipromosi sebagai berkesan untuk perawatan kulit dan dapat membantu menghilangkan jerawat, jeragat, mengurangkan kedut, mencerahkan kulit yang kusam serta menjadikan kulit lebih halus, mulus dan berseri.

    Laporan tersebut juga menyatakan antara kandungannya adalah serbuk emas 24 karat yang boleh menghasilkan nutrisi untuk kulit menjadi lebih berseri dan tegang.

    Ia dating dalam pelbagai bentuk produk seperti sabun muka, tonik muka, pelembap, krim pelindung matahari dan krim malam yang berharga di antara RM75 hingga RM120 bagi setiap produk.

    Antara cara menggunakannya pula ringkasnya seperti diterangkan dalam petikan artikel di bawah[1] :

    Tak seperti facial pada umumnya, facial serbuk emas merupakan metode pembersihan kulit wajah dari kotoran dan komedo dengan bantuan serbuk emas 24 karat yang telah diubah menjadi gel, sehingga tak menimbulkan iritasi pada kulit maupun efek samping lainnya.

    Demikian dikatakan Yohana Frida Chrisanty, pemilik sekaligus terapis Gracia Beauty Care yang berlokasi di Pangrango Plaza Lt.1 SA 25 kepada Jurnal Bogor, kemarin.

    Dikatakan Santy, sapaan Yohana Frida Chisanty, butiran emas yang sudah menjadi gel tersebut dapat mencerahkan kulit wajah. "Jika melakukan facial dengan serbuk emas, kilau emas nan cantik bisa terpancar di wajah," ujar istri Paulus Indra itu.

    Ada beberapa tahap dalam pengerjaan facial serbuk emas. Pertama wajah dibersihkan dulu dengan menggunakan facial foam. Kedua, dilakukan peeling dengan menggunakan serbuk emas untuk mengangkat sel kulit mati. "Di salon ini, serbuk emas digunakan pada peeling, vitamin, scrub, dan  masker wajah," ungkapnya.

    Setelah proses peeling selesai, wajah diberi scrub sambil diberi pijatan agar kulit wajah lebih halus. Untuk proses peeling dan scrubing masing-masing dilakukan selama sepuluh menit. "Usai dibersihkan dari scrub, wajah akan diberi uap air kurang lebih selama sepuluh menit untuk membuka pori-pori kulit sehingga terjadi detoksifikasi atau pengeluaran racun

    ADAKAH IA SAMA DENGAN SUSUK?

    Memang benar, susuk mempunyai campur tangan ilmu hitam, mantera seperti sihir. Namun perlu diingat susuk bukan semata-mata menjadi haram hanya disebabkan oleh campurtangan ilmu hitam tersebut, tetapi juga kerana salah guna metal bernilai (precious metal) emas untuk tujuan yang tidak diharuskan oleh Islam dan pelbagai sebab lain.

    Jika demikian apakah status hukum bagi produk yang menggunakan serbuk emas ini?

    Bagi mengetahui status hukumnya, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu dilihat iaitu :-

    1)    Isu penggunaan emas sebagai hiasan.

    2)    Penggunaan emas untuk perubatan.

    3)    Adakah terdapat unsur mengubah ciptaan Allah demi kecantikan ?

    4)    Status halal kandungan produk yang lain.

    5)    Mana lebih dominan, untuk kecantikan atau perubatan?

    6)    Kos produk yang jatuh dalam kategori membazir?

    7)    Isu menutup tanda ketuaan secara salah.

    8)    Status kesan sampingan dan mudarat kepada wajah dan tubuh.

    9)    Penggunaannya untuk lelaki.

    Itulah antara item yang perlu difahami dalam melihat pandangan Islam dalam penggunaan serbuk emas ini. Tanpa kajian menyeluruh berkenaan kesemua item di atas, sukar untuk menentukan hukum penggunaan serbuk emas ini dengan tepat. Untuk membincangkan semua isu di atas ia bakal mengambil masa yang panjang untuk kajian, huraian dan penulisan. Oleh itu, saya tidak akan menyentuh kesemuanya.

    Jawapan ini hanyalah memulakan perbincangan hukum dalam hal ini, saya akan sertakan beberapa point secara ringkas serta padat, tidak memberatkan dan tidak pula terlalu ilmiah, terhadap beberapa perkaar di atas. Walaupun ia mungkin belum cukup kuat untuk membuat satu kesimpulan hukum, namun ia boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin mendalamkan lagi perbincangan.

    1)     ISU PENGGUNAAN EMAS SEBAGAI HIASAN.

    Nabi s.a.w menegaskan menggunakan emas sebagai perhiasan selain pemakaian di tubuh wanita, adalah diHARAMKAN bagi lelaki dan wanita:-

    لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ 

    Ertinya : Jangan kamu minum di dalam bekas emas dan perak, kerana cara itu adalah amalan mereka (kafir) dan untuk kamu kelak di akhirat sahaja ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

    Hasil daripada hadis ini, majoriti ulama berfatwa bahawa penggunaan emas sebagai hiasan seperti di pinggan, mangkuk, sudu, tepak sirih, tombol pintu, buku, al-Quran, jam, pen dan sebagainya adalah DIHARAMKAN bagi lelaki sepenuhnya.

    Namun demikian khas untuk wanita, apa sahaja perhiasan yang digunakan di tubuhnya seperti rantai, gelang, cincin, jam emas adalah dibenarkan.

    As-Syeikh Ibn Nujaim Al-Hanafi berkata :-

    إذا ثبت - يعني التحريم - في الشرب : فالأكل كذلك ، والتطيب ، لاستوائهم في الاستعمال ، فيكون الوارد فيها يكون واردا فيما هو في معناها ، ولأنها تنعم بتنعم المترفهين والمسرفين وتشبه بهم
    Ertinya : Apabila terbukti haram untuk minum darinya (emas), maka makan juga termasuk di dalamnya, demikian juga berhias dengannya disebabkan sama taraf penggunaannya, maka apa yang disebutkan (oleh hadis) itu akan terkena bagi semua yang sama ertinya dengannya, disebabkan semuanya memberi sifat kemewahan berlebihan, pembaziran dan menyerupainya.[2]

    Ibn Qayyim pula menegaskan :-

    وهذا التحريم لا يختص بالأكل والشرب ، بل يعم سائر وجوه الانتفاع ، فلا يحل له أن يغتسل بها ، ولا يتوضأ بها ، ولا يدهن فيها ، ولا يكتحل منها ، وهذا أمر لا يشك فيه عالم

    Ertinya : Pengharaman ini tidak terhad kepada makan dan minum ( di dalam bekas emas ) sahaja, malah ia juga termasuk segala jenis bentuk penggunaannya, maka tidak halal mandi darinya, berwudhu, meletak lemak atau minyak masak padanya, bercelak darinya, ini semua perkara yang tidak ragu lagi akan hukum haramnya. [3]

    Syeikh al-Bahuti al-Hanbali dan Ibn Mufleh menambah lagi penggunaan emas yang diharamkan seterusnya seperti di lampu, katil, kerusi, kasut, sudu, pintu, atap dan sebagainya.[4]

    Walaupun semua isu di atas memperincikan perihal penggunaan emas sebagai perhiasan, bagaimana pula jika wanita menggunakannya untuk perhiasan di wajahnya?

    Jawapnya, ia adalah halal, namun bagaimana pula jika emas tersebut meresap melalui penggunaan gel atau krim beserbuk emas ke dalam tisu wajahnya?. Adakah ia masih termasuk dalam kategori berhias yang dibenarkan atau tidak?

    Kerim atau gel itu akan menjadi haram bagi lelaki disebabkan sabdaan Nabi :-

    عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: أخذ حريرا فجعله في يمينه، وأخذ ذهبا فجعله في شماله، ثم قال: إن هذين حرام على ذكور أمتي

    Ertinya : Dari Ali bin Abi Talib r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengambil sutera dan diletakkan di tangan kanannya, dan mengambil emas di tangan kirinya lalu berkata : kedua-dua item ini adalah haram untuk lelaki (sebagai perhiasan) di kalangan umatku ( Riwayat Abu Daud : sanad yang baik)

    Namun bagi wanita, di sana mungkin akan wujud ilmuan Islam yang berpendapat ianya adalah diharuskan kerana ia masuk tergolong di dalam kategori perhiasan fizikal wanita. Cuma sedikit perbezaannya, yang disepakati harus di kalangan ulama adalah perhiasan luaran, tetapi dalam kes ini, ia telah menjadi perhiasan dalaman.

    2) PENGGUNAAN EMAS UNTUK PERUBATAN


    Dalil yang paling jelas dalam hal ini adalah hadis berikut :-

     

    عن عرفجة بن أسعد: أصيب أنفي يوم الكلاب في الجاهلية فاتخذت أنفاً من ورق فأنتن علي فأمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أتخذ أنفاً من ذهب

    Ertinya : Daripada ‘Arfajah Bin As'ad : Hidungku telah tercedera ( terpotong) di hari peperangan Al-Kulab maka aku meletakkan kertas bagi menutup ruang hidung, namun ia berbau busuk lalu Nabi s.a.w telah mengarahkanku agar mengambil emas sebagai hidung (palsu). [5]

    Jelas dari hadis di atas, diharuskan menjadikan emas sebagai salah satu alat bagi tujuan perubatan. Namun demikian, perlu diingat bagaimana keharusan yang diberikan oleh nabi kepada sahabat ini adalah di ketika keperluan yang sangat mendesak, iaitu ketiadaan hidung dan ia sudah berbau. Ditambah pula di zaman itu, tiada kemudahan dan kepakaran untuk menggunakan bahan lain seperti plastik dan lain-lain yang lebih sesuai. Nescaya di ketika wujudnya bahan lain yang boleh berfungsi dengan berkesan, ia adalah lebih baik berbanding menggunakan berbanding yang lain.

    Disebutkan oleh para ulama

    رخصّ النبي صلى الله عليه وسلم في استعمال الذهب في التداوي حالة الضرورة كستر عيب أو إزالة تشوه.

    Ertinya : Nabi memberikan keringanan untuk menggunakan emas dalam hal perubatan di ketika terdesak seperti untuk menutup rasa aib yang teruk dan membuang kecacatan.

    Juga telah diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Ahmad, bahawa dibenarkan untuk mengikat gigi dengan emas atau bergigi emas.[6]

    Kaitannya dengan isu serbuk emas, jika benar ia adalah untuk tujuan perubatan, persoalannya adakah di sana tiada cara neutral menggunakan herba, tumbuhan dan lain-lain yang lebih murah? Adakah wajah si wanita dan lelaki itu terlalu teruk sehingga memerlukan penggunaan serbuk emas ini atau ia hanya tergolong dalam PENAMBAHAN kecantikan dan bukan perubatan?.

    3)         ADAKAH TERDAPAT UNSUR MENGUBAH CIPTAAN ALLAH DEMI KECANTIKAN ?


    Telah jelas daripada dalil AL-Quran dan Al-Hadis, sebarang pengubahan ciptaan Allah adalah diharamkan.

    Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik.

    Dalil yang mengharamkan adalah ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

    "Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

    Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya

    Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal.

    Terdapat juga hadith yang menyebut :

    لعن الله الواشمات والمستوشمات، والنامصات والمتنمصات، والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

    Ertinya : "Allah melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya UNTUK TUJUAN KECANTIKAN, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)

    Ibn Hajar Al-Asqolani berkata

    فْهَم مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَة مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْن فَلَوْ اِحْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ

    Ertinya : tindakan itu tercela dan haram bagi sesiapa yang melakukannya untuk kecantikan, namun kiranya ia memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia adalah diharuskan [7]

    Imam An-Nawawi pula sebelum itu mengulas :

    وَهَذَا الْفِعْل حَرَام عَلَى الْفَاعِلَة وَالْمَفْعُول بِهَا لِهَذِهِ الْأَحَادِيث , وَلِأَنَّهُ تَغْيِير لِخَلْقِ اللَّه تَعَالَى , وَلِأَنَّهُ تَزْوِير وَلِأَنَّهُ تَدْلِيس
    Ertinya : Perbuatan ini haram ke atas pelanggan yang membuat dan pihak yang menyediakan khidmat berdasarkan hadis ini, dan KERANA ia adalah pengubahan ciptaan Allah, dan KERANA ia juga satu perdayaan dan penipuan. (Syarah Sohih Muslim)

    Apa kaitan dengan serbuk emas? Sebagaimana telah disebutkan, perlu diteliti sama ada penggunaan krim atau gel itu akan menghilangkan kedutan kulit normal manusia, sehingga kulit yang biasa kedut pada umur tertentu tidak lagi berkedut secara tidak tabie, sama seperti pembedahan plastik, susuk dan botoks. Jika perubahan itu berlaku secara tidak normal melalui yang mengandungi produk serbuk emas itu, ia akan jatuh HARAM. Jika ia berjaya dibuktikan produk itu hanya meningkatkan kesiahatan kulit secara normal dan sihat, tatkala itu ia akan dikira HARUS.

    Proses menentukan status ini, mestilah dirujuk dan dibincang dengan para doctor perubatan dan ahli sains yang berkaitan.

    4)  MANA LEBIH DOMINAN, UNTUK KECANTIKAN ATAU PERUBATAN?


    Ini perkara yabg sangat perlu di kenal pasti, dan boleh sahaja memberikan status hukum yang berbeza mengikut individu dan situasi. Bermakna, bagi sesetangah indiivdu yang wajahnya mempunyai jerawat dan kerosakan kulit yang terlalu teruk, penggunaan ini tentunya menjadi HARUS kerana ia tergolong dalam hal perubatan. Namun begitu, bagi sesetengah indivud lain yang kulitnya hanya berkedut normal, atau sedikit kurang licin, tatkala itu penggunaan produk ini menjadi amat syubhat dan boleh tergolong di dalam katgeori mereka yang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah serta ingin mengubahnya bagi menambah kecantikan.

    5)  KOS PRODUK YANG JATUH DALAM KATEGORI MEMBAZIR?


    Wang dan harta adalah amanah Allah ke atas diri. Firman Allah swt :

    "Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi. Sesungguhnya Allah Dia-lah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman: 26)

    Firman Allah lagi yang menunjukkan semua harat ini adalah milik Allah :

    وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ

    Ertinya : dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu ( An-Nur : 23)

    Nabi s.a.w bersabda :

    إن الدنيا حلوة خضرة. وإن الله مستخلفكم فيها، فينظر كيف تعملون

    Ertinya : Sesungguhnya dunia ini penuh indah dan hijau, dan Allah swt melantik kamu sebagai pengusahanya dan sentiasa melihat bagaimana kamu perlakukan (Riwayat Muslim)

    Sebarang penggunaan harta mestilah dilihat kepada keperluan yang bertepatan dengan neraca yang diredhai oleh Allah selaku pemilik seluruh harta. Kita hanya memegang amanah Allah ini. Justeru, membelanjakan wang yang banyak untuk berlebihan dalam kecantikan fizikal sehingga melupakan tempat jatuhnya pandangan Allah iaitu hati dan amalan, adalah tergolong tercela menurut pandangan Islam.

    6)     MENUTUP TANDA KETUAAN SECARA MENYONGSANG ARUS.


    Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

    Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW :

    "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

    Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

    Seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki ketika kulit mereka sudah memperlihatkan tanda-tanda ketuaan, maka bagi mengekalkan rupa yang muda, mereka melakukan proses botox, pembedahan plastik dan lebih teruk lagi susuk dengan sihir. 

    Kini, muncul apa yang dinamakan oleh sebahagiannya sebagai susuk moden, berupa kosmetik gel dan krim yang mempunyai serbuk emas. Jika krim ini berfungsi secara menyongsang arus normal, ia pasti akan tergolong juga di dalam kategori HARAM tanpa syak lagi. Ia disebabkan unsur penipuan yang perdayaan umur yang berlaku.

    KESIMPULAN

    Sebagaimana yang saya sebutkan diawal artikel, tulisan ini sahaja tidak cukup untuk menentukan status hukum yang tepat bagi penggunaan kosmetik yang mengandungi serbuk emas, namun demikian, saya mengharapkan agar tulisan ringkas dan padat ini dapat memberi sedikit gambaran akan beberapa perkara penting yang akan dinilai oleh para ulama dalam mengenalpasti pendirian Islam dalam perkara baru seperti ini.

    Sebarang perbincangan dan maklumat boleh dikongsi di ruangan komen. Semoga ia dapat memandu kita ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah swt.

    Sekian.

    Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net
    14 Dzul Ka'edah 1430 H
    2 Nov 2009

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 27 December, 2009, 06:58:48 AM
  • Publish

  • Sumber Rujukan:


    Perbincangan Hukum Kosmetik Dengan Serbuk Emas

    Zaharuddin ABd Rahman ,www.zaharuddin.net

    [1] http://www.jurnalbogor.com/?p=25793

    [2] Al-Bahru Ar-Raiq, 8/210

    [3] I'lam al-Muwaqqi'en, 1/207

    [4] Kassyaf al-Qina', 1/51 ; Al-Adab As-Syar'iyyah

    [5] Talkhis al-habir, Al-Haithami, 2/340 : ulama berbeza pendapat berkenaan sambungnya hadis ini, Ibn HIbban & menilainya sebagai sohih; At-Tirmizi : Hasan

    [6] Lihat Tuhfatul Ahwazi,

    [7] Fath Al-Bari,

    nurqaseh

    • *
    • http://nurqaseh2010.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #5 27 December, 2009, 09:08:51 AM
  • Publish
  • Sekarang terdapat pebagai jenis bahan untuk sentiasa nampak muda sepanjang zaman.Gunalah bahan yang halal untuk kekal awet muda contohnya minum air sebaik bangun dari tidur dan  makan ulam-ulaman .Kecantikan fizikal juga perlu dijaga disamping mengutamakan kecantikan rohani.

    Riot_heroes

    • *
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #6 27 December, 2009, 02:19:39 PM
  • Publish
  • "cantikkanlah tingkah lakumu nescaya orang akan senang dengan mu"

    "maniskan senyumanmu nescaya orang tidak akan jemu memandangmu"

    "perbaharuilah sentiasa wudhumu nescaya penduduk di langit merinduimu"
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #7 19 April, 2011, 10:35:20 AM
  • Publish
  • -jawabsalam-

    Maafkan saya. Based on ustaz saya, susuk ialah memasukkan benda (contoh, jarum) ke muka dengan BANTUAN syaitan atau jin dengan tujuan kecantikan.
    lelaki bila di kata kan HARAM dengan memakai EMAS pada Diri -
    Susuk tidak juga mengunakkan kadam jin setan dan sebagainya...
    yang oringinal ada...cari lah-(Senyum)-
    sebab itu wanita di benar memakai Emas sebab awet muda tue...heeee
    lihat org dahulu pakai gigi Emas... kesihatan Nya pula bagaimana....
    Emas adalah batuan yg paling tua dan paling tertinggi grednya dan tiada batuan lain yg paling tinggi selepas di sejatkan dengan alam semulajadi ...
    boleh melacarkan perjalanan darah keseluruh tubuh -
    bila di katakan di salahkan guna itu yg pakai jin setan nie....

    SebaikNya Air Wuhduk dan solat itu adalah Kesihatan yg lebih baik -
    (senyum)-

    wawaualam....
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4