6 Cara Mengelak Dari Terkena Sihir

Author Topic: 6 Cara Mengelak Dari Terkena Sihir  (Read 28648 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nilabiru

  • *
  • Posts: 338
    • View Profile
19 October, 2009, 01:36:55 PM
  • Publish Di FB
  • Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

    1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
    Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
    "barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
    (Riwayat Al Bukhari)

    2. Berwuduk Sebelum tidur
    Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa

    dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
    "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
    Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
    "Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
    (Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)





    3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
    Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
    Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
    "Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
    Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
    (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

    4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
    Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

    5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
    Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
    "Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
    (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
    Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

    6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
    Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
    "Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
    (Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

    wanita4adam

    • *
    • Posts: 41
    • ~~
      • View Profile
    Jawab #1 10 November, 2009, 08:47:54 PM
  • Publish Di FB
  • Salam..

    ada tak cara cara yang boleh kita buat untuk mengetahui sama ada diri kita disihir atau pun tidak.. kadang kadang perangai yang pelik, hati yang sering tak tenang walaupun kita anggap itu semulajadi.. boleh jadi ia disihir supaya kita berfikiran/berperangai seperti itu...?

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #2 10 November, 2009, 08:55:05 PM
  • Publish Di FB
  • apa pun nak buat, yakinlah Allah, Ilmu itu bukan susah di baca baca, sebaliknya, ialah Meng Ingat, Allah, AKU ni dekat, mintalah Aku beri, ajnagn sombong lah, AKU maha Kuasa atas segala sesuatu

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #3 10 November, 2009, 10:06:40 PM
  • Publish Di FB
  • Nabi SAW pernah disihir wanita yahudi. Jibrail AS telah mengajar Nabi SAW satu amalan untuk mengelakkan disihir. Amalan itu sangat istiqomah dilakukan Nabi SAW. Walaupun dalam kegeringan sekalipun Nabi SAW menyuruh Aisyah RA melakukan untuk pihak Nabi SAW. Harap yang siapa yang tahu dapat berkongsi ilmu.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    cawal

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #4 13 November, 2009, 05:59:41 PM
  • Publish Di FB
  • macam mne nk buang sihir?..[

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #5 13 November, 2009, 06:52:40 PM
  • Publish Di FB
  • boleh datang jumpa kami, akan di beri Ilmu, merawat penyakit, tanpa makan ubat, dengan Ingat pada Allah

    kami di Banting , selangor - caj rawatan dan di beri ilmu, hanya RM177 per orang

    suhailaothman

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #6 13 November, 2009, 11:25:28 PM
  • Publish Di FB
  • ada sesiapa yg kenal mana2 ustaz yg pandai berubat org kena sihir?

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #7 14 November, 2009, 10:56:41 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikom,

    Telah diperhatikan, amalan berikut (dengan izin ALLAH swt) memberi kesan dan juga mendatangkan mimpi petunjuk pada pengamal selepas 3-4 hari amalan. Amalan ini dilaporkan dapat menawarkan hampir semua jenis sihir, juga gangguan, insyALLAH, seperti berikut:

        * Saka
        * Stroke / lumpuh yang tak pasti puncanya
        * Barang sihir yang “tertanam” di rumah
        * Pesakit yang termakan benda kotor
        * Sihir pemisah untuk suami / isteri yang tiba2 naik angin bila dekat-dekat
        * Sihir pengasih di mana kita dok syok dan berat sebelah
        * Kulit yang kering / kudis yang tak pasti puncanya
        * TERKECUALI SANTAU MUNTAH DARAH

    Amalannya:

        * Istiqfar 3x
        * Fatihah 1x, Qursi 1x, al-Baqarah 285-286 1x
        * Salawat/Darood 1x
        * Al-Baqarah ayat 1-17
        * Surah Yasin 1x
        * Surah al-Jin 1x
        * Salawat/Darood 1x
        * Ameen

    insyALLAH

    PS - Kalau perlu baca kesemuanya 3x atau lebih, untuk dipercepatkan proses pemulihannnya, insyALLAH

    Sekian wassalam

    *dipetik dari http://www.rawatansihir.com

    reeza

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #8 19 April, 2011, 07:51:36 AM
  • Publish Di FB
  • Salam Semua,

    Bacalah ayat Kursi dan 3 Qul setiap kali selepas solat.  Insyaallah dengan izin Allah kita akan dapat menghindarkan diri dari perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab.

    Wassalam.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    14764 Views
    Last post 12 May, 2010, 07:36:35 PM
    by manjasmile
    7 Replies
    7553 Views
    Last post 22 February, 2012, 09:34:29 AM
    by matahari33
    6 Replies
    2703 Views
    Last post 18 April, 2012, 06:47:47 PM
    by shearazi