Mari Belajar Tajwid

*

Author Topic: Mari Belajar Tajwid  (Read 32777 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

17 October, 2009, 03:38:15 PM
  • Publish
  •  :) sahabat-sahabat sekelian,

    InsyaAllah dalam thread ni saya akan letakkan info-info yang berkaitan dengan ilmu tajwid. Jadi untuk info yang pertama ialah tentang Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid.

    Pengenalan Ilmu Tajwid

    Sebelum kita mula mempelajari ilmu tajwid,sebaiknya kita memahami terlebih dahulu bahawa setiap ilmu mempunyai 10 asas yang menjadi dasar pemikiran kita.Di bawah ini saya kemukakan 10 asas ilmu tajwid.

    1. Pengertian tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu
    Menurut istilah ilmu tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya.

    2.  Hukumnya : Mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid ialah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.

    3.  Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah-kalimah al-Quran

    4.  Kelebihannya : Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkait dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan sepotong hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud:
    “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”

    5.  Penyusunnya : Imam-imam qira’at.

    6.Faedahnya : Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.InsyaAllah.

    7.  Dalilnya : Dari kitab al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Dalil dari al-Quran ialah dari surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud : ” Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil”

    Tartil bermaksud bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.Manakala makna tartil menurut saidina Ali ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti.

    Dalil dari hadis rasulullah s.a.w pula ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”.

    8.  Namanya : Ilmu Tajwid

    9.  Masalah yang diperbincangkan : mengenai kaedah-kaedah dan cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan.

    10.  Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar daripada Allah s.w.t

    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    Reply #1 17 October, 2009, 03:41:33 PM
  • Publish
  • Pada tulisan kali ini,saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang jenis-jenis kesalahan yang selalu berlaku ketika kita membaca al-Quran.Kalau diikutkan terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pembaca-pembaca al-Quran.

    Antaranya ialah tidak menyempurnakan sifat-sifat huruf,membunyikan bacaan qalqalah dengan kurang tepat,melakukan kesalahan bacaan pada huruf sakinah,kadar bacaan mad yang tidak tepat dan banyak lagi.

    Tetapi melalui pengalaman dan hasil pembacaan saya dari kitab-kitab rujukan ilmu tajwid,semua jenis kesalahan ini dapat dipecahkan atau dikategorikan kepada dua jenis kesalahan.Dua jenis kesalahan inilah yang akan saya fokuskan dalam tulisan pada kali ini.

    Dua jenis kesalahan tersebut ialah:

    (i) Kesalahan Yang Nyata (Al-Lahnul Jaliyyu)
    Contoh-contoh kesalahan yang berlaku dalam kategori ini ialah seperti kesalahan ketika menyebut huruf samada yang membawa kepada perubahan makna atau tidak.Seperti kita menukarkan bacaan huruf  ‘to’ kepada huruf ‘ta’.

    Huruf  ‘to’ dan huruf  ‘ta’ datang dari makhraj yang sama iaitu hujung lidah diangkat menekan pada gusi gigi gunting sebelah atas.Dari pengalaman saya ketika mengajar,kesalahan yang selalu dilakukan oleh pelajar saya ketika menyebut huruf  ‘to’ ialah mereka meningggalkan sifat isti’la’ yang ada pada huruf tersebut.Maka huruf  ’to’ bertukar menjadi huruf  ‘ta’.

    Termasuk juga dalam bahagian ini kesalahan yang berlaku pada tanda bacaan samada yang membawa kepada perubahan makna atau tidak.Contohnya seperti ‘alhamdulillah’ dibaca dengan ‘alhamdalillah’.

    Asalnya huruf  ‘dal’ berbaris hadapan tetapi dibaca dengan baris diatas.Kesalahan-kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa.Jadi pastikan anda tidak melakukan kesalahan-kesalahan begini ketika membaca al-quran.Sekiranya kesalahan begini berlaku dalam bacaan sembahyang,maka hukumnya sembahyang itu tidak sah.

    “Aduh!Rupa-rupanya solat aku tak sah selama ni!”

    Ya pembaca sekelian.Sembahyang kita menjadi tidak sah kalau kesalahan-kesalahan diatas berlaku dalam solat kita.Nasihat saya,untuk permulaan anda dengarkan dan perbetulkan dahulu bacaan dalam solat kepada guru-guru yang ahli.Kemudian pastikan anda belajar tajwid al-Quran supaya bacaan al-Quran anda betul.

    Kesalahan ini dinamakan kesalahan yang nyata kerana kesalahannya dapat dikesan oleh ahli-ahli pembaca al-Quran dan kaum muslimin amnya.

    (ii) Kesalahan yang kedua ini dinamakan Kesalahan Tersembunyi (Al-Lahnul Khofiyyu).Kesalahan dari jenis ini ialah kesalahan-kesalahan yang tidak membawa kepada perubahan makna.Contohnya jika kita meninggalkan dengung pada hukum bacaan Idgham atau Ikhfa’,tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan tepat atau tidak dapat membaca sifat huruf itu dengan sempurna.

    Sekiranya kesalahan-kesalahan ini berlaku dalam bacaan sembahyang,ia tidaklah sampai merosakkan sembahyang.Namun nasihat saya,anda jangan memandang  remeh pekara ini.Walaupun ia tidak sampai merosakkan sembahyang,kita patut meninggalkannya kerana hukumnya makruh dan aib disisi ahli pembaca al-Quran dan akan melenyapkan keindahan bacaan al-Quran.

    Ia dinamakan kesalahan yang tersembunyi kerana kesalahannya hanya dapat dikesan oleh ahli-ahli pembaca al-Quran sahaja sedangkan kaum muslimin amnya tidak dapat mengesan kesalahan tersebut.

    Kesimpulannya,saya nasihatkan anda belajarlah ilmu tajwid supaya bacaan al-Quran tersebut dibaca dengan betul sepertimana ianya diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w.


    Reply #2 22 October, 2009, 03:07:17 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum pembaca sekelian,

    Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana hanya dengan izin-Nya bertemu lagi kita dalam entri terbaru saya pada hari ini. Mudah-mudahan dengan peluang dan kesempatan yang diberikan akan kita gunakan untuk menuntut ilmu sebanyak-banyaknya termasuklah ilmu tajwid ini.

    Baiklah, kita teruskan dalam entri terbaru ini di mana saya akan menerangkan tentang cara dan hukum bacaan isti’azah. Melalui pengalaman saya mengajar al-Quran, kebanyakan dari kita terlalu memandang remeh hukum bacaan isti’azah ini. Termasuklah juga ketika membaca bismillah. Ada yang membaca tanpa mengikut hukum tajwid yang sebenarnya. Ada pula yang membaca dalam keadaan lalai. Maksud lalai di sini ialah tidak memperhatikan makna yang tersirat disebalik kalimah bismillah itu.

    Untuk membahaskan tentang hukum Isti’azah ini, para ulama’ telah mengambil nas dari Surah an-Nahl, ayat 98:

    فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ

    Maksudnya:

    “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam”

    Berdasarkan ayat ini jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa hukum membaca Isti’azah ketika memulakan bacaan al-Quran adalah sunat muakkad. Erti sunat muakkad ialah perkara yang amat dituntut untuk melakukannya. Ada pula sebahagian ulama’ yang berpendapat bahawa hukum membaca isti’azah ini adalah wajib. Ini kerana mereka telah berselisih pendapat pada kata kerja suruhan فَٱسۡتَعِذۡ yang mana ertinya mohonlah perlindungan dalam ayat di atas.

    Jumhur ulama’ telah berpendapata bahawa kata kerja suruhan  فَٱسۡتَعِذۡ  bukan suruhan wajib tetapi amat dituntut. Maka menurut pendapat ini meninggalkan bacaan Isti’azah ketika memulakan bacaan al-Quran adalah tidak berdosa. Sebahagian ulama’ pula telah berpendapat bahawa kata kerja suruhan  فَٱسۡتَعِذۡ  adalah merupakan suruhan. Jadi, menurut pendapat ini berdosalah bagi sesiapa yang meninggalkan bacaan Isti’azah ketika hendak memulakan bacaan al-Quran.

    Ibnu Sirin iaitu ulama’ yang berpendapat bahawa wajib membaca Isti’azah telah mengeluarkan pendapatnya bahawa telah memadai membaca Isti’azah sekali dalam seumur hidup sebagai menggugurkan hukum wajib tersebut. Isti’azah mempunyai beberapa bentuk lafaz bacaannya, dan lafaz yang terpilih adalah seperti di bawah:

    أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

    Ertinya : “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”

    Mari kita lihat cara-cara untuk  membaca Al-Isti’azah. Sebenarnya terdapat empat cara untuk membaca isti’azah ini di mana dua cara dengan suara yang nyaring. Cara ini adalah cara yang digunakan dalam majlis seperti majlis Tilawatul Quran, majlis keugamaan dan ketika belajar. Manakala dua cara lagi adalah dibaca dengan suara yang perlahan. Cara ini pula digunakan ketika seseorang itu di dalam sembahnyang dan sorang diri. Untuk perhatian anda, jika Isti’azah telah dibaca secara nyaring oleh orang pertama di dalam  Majlis Mambaca al-Quran secara bergilir-gilir seperti Majlis Tadarrus al-Quran ataupun Majlis Khatam al-Quran, maka pembaca-pembaca yang seterusnya haruslah membaca dengan suara yang perlahan.

    Sekarang kita lihat pula bagaimana cara untuk mebaca Isti’azah dengan Bismillah dan Awal Surah. Terdapat empat cara yang boleh kita pilih pada ketika ketiga ayat-ayat ini terhimpun dalam satu bacaan. Emapat cara bacaan yang boleh kita pilih adalah seperti berikut:

    1) Cara yang pertama adalah kita memberhentikan bacaan pada Isti’azah dan Bismillah. Kemudian bari kita sambung denngan awal surah. Dan dalam keempat cara, cara inilah yang paling utama.

    2) Cara yang kedua pula ialah kita memberhentikan bacaan pada Isti;azah. Kemudian kita menyambungkan bacaan Bismillah dengan awal surah.

    3) Cara yang ketiga ialah kita menyambungkan bacaan Isti’azah dengan Bismillah dan berhenti. Kemudian dengan mengambil nafas yang baru kita memulakan bacaan pada awal surah.

    4) Dan cara keempat iaitu yang terakhir ialah dengan kita menyambungkan ketiga-tiga ayat sekaligus. Ini selalunya cara yang digunakan oleh para penghafaz al-Quran. Ini kerana mereka membaca ayat al-Quran dengan laju untuk membolehkan mereka mengulang hafalan mereka dalam masa yang singkat.


    Reply #3 02 November, 2009, 10:08:06 AM
  • Publish
  • Assalamulaikum.
    Boleh tak tolong dapatkan saya ayat-ayat al-Quran yang lain berkaitan ilmu tajwid dan hadis-hadis soheh tentang ilmu tajwid. Terima kasih.

    Reply #4 16 November, 2009, 10:50:14 AM
  • Publish
  • Salam..bolehkah saya mendapatkan jawapan untuk cara sebutan dan bacaan yg betul dalam bacaan alquran bagi beberapa ayat yang saya was2 bacaanya?

    Reply #5 16 November, 2009, 03:30:52 PM
  • Publish
  • Salam... terima kasih krn sudi berkongsi ilmu!!! Jangan lupa teruskan sebab sy nak terus belajar...
    « Last Edit: 16 November, 2009, 03:33:37 PM by srohani »

    Reply #6 17 November, 2009, 01:09:50 PM
  • Publish
  • Salam..bolehkah saya mendapatkan jawapan untuk cara sebutan dan bacaan yg betul dalam bacaan alquran bagi beberapa ayat yang saya was2 bacaanya?

    Waalaikumussalam,

    Maaf kerana lambat reply. Kebelakangan ni saya agak sibuk sikit. Boleh saya tau ayat yang mana yang anda was-was? InsyaAllah dengan sedikt pengetahuan yang ada, saya akan cuba membantu.

    Reply #7 17 November, 2009, 01:21:37 PM
  • Publish
  • Assalamulaikum.
    Boleh tak tolong dapatkan saya ayat-ayat al-Quran yang lain berkaitan ilmu tajwid dan hadis-hadis soheh tentang ilmu tajwid. Terima kasih.

    Wa'alaikumussalam,

    Terima kasih kerana bertanya. Setakat yang saya tahu, tiada ayat al-Quran atau hadis yang menyebut secara khusus nama ilmu tajwid ni. Nama tajwid ini telah dicipta oleh imam-imam qiraat yang telah berusaha menyusun ilmu ini.

    Itu setakat yang saya tahulah. Sekiranya ada diantara ahli-ahli forum di Halaqah tau tentang perkara ini, bolehlah berkongsi di sini demi kebaikan kita bersama.

    Wallahu'alam.


    Reply #8 17 November, 2009, 01:27:03 PM
  • Publish
  • assalamualaikum ustaz..
    besok ana exam...
    tapi ana masih keliru dan tertanya-tanya apa itu hamzah wasal dan hamzah qata'..
    harap ustaz boleh bantu ana...
    syukran...

    Reply #9 18 November, 2009, 12:48:58 PM
  • Publish
  • assalamualaikum ustaz..
    besok ana exam...
    tapi ana masih keliru dan tertanya-tanya apa itu hamzah wasal dan hamzah qata'..
    harap ustaz boleh bantu ana...
    syukran...

    Wa'alaikumussalam,

    InsyaAllah saya akan cuba bantu semampu mungkin. Di dalam al-Quran Resam Uthmani terdapat dua jenis hamzah, iaitu:

    1) Hamzah Wasol atau Hamzah Bersambung
    2) Hamzah Qatho' atau Hamzah Putus

    Apakah hamzah Wasol?
    Huruf Hamzah Wasal ialah huruf yang ditulis dengan huruf alif dan terdapat kepala sod kecil ( ٱ   ) di atasnya sebagai tanda bersambung. Ia dinamakan Hamzah Bersambung kerana ia membenarkan huruf sebelumnya bersambung dengan huruf selepasnya. Huruf hamzah wasal ini boleh berada di awal dan dipertengahan kalimah.

    Apakh hamzah Qatho'?
    Kalau di dalam al-Quran Resam Uthmani, huruf ini ditulis dengan huruf  alif, wau atau ya dan di atasnya terletak huruf hamzah kecil. Kedudukan hamzah kecil ini pula berdasarkan pada baris huruf alif, wau dan ya tadi. Katakanlah alif berbaris di atas atau di hadapan, maka huruf hamzah kecil akan diletakkan di atas alif. Kalau alif berbaris di bawah, maka huruf hamzah kecil juga akan diletak di bawah alif.

    Harap jawapan ini dapat membantu. Saya doakan agar anti dapat menjawab exam pada esok hari dengan jayanya.


    Reply #10 18 November, 2009, 01:32:56 PM
  • Publish
  • assalamualikum ustaz boleh ustaz terangkan perbezaan antara idram mutama silain dan idram mutaja lissain serta cara bacannya.... harap ustaz boleh bantu ana....

    Reply #11 18 November, 2009, 01:41:47 PM
  • Publish
  •  :)

     :syukur: syukur kerana ana dapat menjawab exam pada hari ini. Syukran ustaz kerana membantu ana dengan jawapan tentenag hamzah wasal dan hamzah qatha'. Bagi ana, selesai exam, bukan bermakna selesailah segala-galanya. Ilmu tajwid perlu diamalkan dan menjadi hukum fardhu ain bagi umat Islam.

    Ana sedikit 'blur' dengan huruf2 ijaiyah dan cara pembunyian makhrajnya. Terdapat huruf2 khaisyum, syafatan, lisan, halq, marqadina. Setiap huruf2 ini bermain dengan lidah.

    Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian. Ana ingin meminta penjelasan ustaz tentang makhraj2 huruf yang berkaitan dengan lidah. Sebagai contoh huruf mim, makhrajnya ialah bibir bertemu bibir. Bagaimana pula huruf2 ijaiyah yang lain?

    Syukran ustaz... :jaz:

    Reply #12 19 November, 2009, 09:54:16 PM
  • Publish
  • :)

     :syukur: syukur kerana ana dapat menjawab exam pada hari ini. Syukran ustaz kerana membantu ana dengan jawapan tentenag hamzah wasal dan hamzah qatha'. Bagi ana, selesai exam, bukan bermakna selesailah segala-galanya. Ilmu tajwid perlu diamalkan dan menjadi hukum fardhu ain bagi umat Islam.

    Ana sedikit 'blur' dengan huruf2 ijaiyah dan cara pembunyian makhrajnya. Terdapat huruf2 khaisyum, syafatan, lisan, halq, marqadina. Setiap huruf2 ini bermain dengan lidah.

    Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian. Ana ingin meminta penjelasan ustaz tentang makhraj2 huruf yang berkaitan dengan lidah. Sebagai contoh huruf mim, makhrajnya ialah bibir bertemu bibir. Bagaimana pula huruf2 ijaiyah yang lain?

    Syukran ustaz... :jaz:

    Pertama sekali tahniah kerana dya adriza dapat menjawab peperikasaan yang diduduki. Mudah-mudahan akan mendapat keputusan yang cemerlang. Saya akan membantu setakat yang termampu, insyaAllah.

    Untuk penegtahuan dya adriza, huruf-huruf hijaiyah yang makhrajnya datang dari bahagian lidah ada 18 belas huruf semuanya. Iaitu sebanyak 10 makhraj. InsyaAllah saya terangkan satu demi satu.

    Di bawah ini saya senaraikan huruf-huruf yang datang dari bahagian lidah.
    1) Huruf Qaf makhrajnya ialah pangkal lidah yang diangkat ke langit-langit lembut dan menekan ke anak lidah.
    2) Huruf Kaf makhrajnya ialah pangkal lidah diangkat ke langit-langit lembut tapi terkeluar sedikit dari makhraj huruf Qaf. Huruf Qaf dan kaf digelar huruf lingkungan anak lidah (Lahwiyah).
    3) Huruf Jim, Syin dan Ya makhrajnya ialah pertengahan daun lidah diangkat ke langit-langit keras yang menjadi tempat sekatan udara. Ketiga-tiga huruf ini digelar huruf lingkungan pertengahan daun lidah (Syajariah)
    4) Huruf Dhod makhrajnya ialah sepanjang tepi lidah diangkat ke gigi geraham atas sebelah kiri atau kanan. Huruf Dhod ialah huruf yang paling susah sekali untuk disebut. Huruf ini digelar huruf huruf lingkungan tepi lidah (Janbiyah)
    5) Huruf Lam makhrajnya ialah apabila tepi hujung lidah yang diangkat menekan pada gusi gigi depan sebelah atas.
    6) Huruf Nun makhrajnya ialah apabila tepi hujung lidah apabila diangkat menekan pada gusi gigi depan sebelah atas(berdekatan dengan makhraj huruf Lam). Untuk perhatian, huruf Nun dan Lam sangan hampir makhrajnya. Ada sesetengah anak murid saya yang bila menyebut huruf Lam sukun kepada huruf Nun.
    7) Huruf R0 makhraknya ialah tepi hujung lidah berdekatan dengan makhraj huruf Nun serta melengkong ke belakang tepi lidah. Huruf Lam, Nun dan Ro digelarkan huruf lingkungan tepi lidah (Zalqiyah).
    8) Hurf Tho', Ta dan Dal makhrajnya ialah hujung lidah yang diangkat menekan pada gusi gigi gunting atas. Cuma tekanan pada huruf Tho adalah lebih kuat berbanding yang lain yang menyebabkan sebutan huruf Tho kuat. Ketiga-tiga huruf ini digelar huruf lingkungan langit-langit keras (Nit'iyah)
    9)Huruf Shod, Sin dan Zai makhrajnya ialah apabila hujung lidah menekan pada belakang gigi gunting bawah. Tetapi tekanan pada huruf Shod yang menyebabkan sebutan hurufnya lebih kuat berbanding dua huruf lain. Ketiga-tiga huruf ini digelar huruf lingkungan hujung lidah (Asaliyyah)
    10) Huruf Zho, Zal dan Tha makhrajnya ialah apabila hujung lidah dikeluarkan terletak diantara hujung gigi gunting atas dan bawah. Pada makhraj ini tekanan pada huruf Zho lebih kuat yang yang menyebabkan sebutan hurufnya juga kuat. Ketiga-tiga huruf ini pula digelar huruf lingkungan gusi (Lithawiyyah).

    JKalau diperhatikan jumlah makhrajnya berjumlah sepuluh makhrajnya. Saya harap info ini dapat membantu dya adriza. Kalau ada persoalan lagi bolehlah bertanya.

    Reply #13 19 November, 2009, 10:15:28 PM
  • Publish
  • assalamualikum ustaz boleh ustaz terangkan perbezaan antara idram mutama silain dan idram mutaja lissain serta cara bacannya.... harap ustaz boleh bantu ana....

    Wa'alaikumussalam,

    InsyaAllah saya akan cuba terangkan. Idgham Mutamasilain ialah apabila dua huruf yang serupa pada nama dan bersamaan pada sifat dan juga makhraj, samada dalam satu atau dua kalimah. Contohnya huruf fa bertemu fa, huruf ta bertemu ta dan sebagainya. Contoh ayatnya seperti di bawah.

    رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ

    وَقَد دَّخَلُواْ

    Hukum bacaannya wajib diidghamkan. Manakala Idgham Mutajanisain pula ialah dua huruf yang bersamaan pada makhrajnya tetapi berlainan sifat. Contohnya huruf Dal  diidghamkan pada huruf Ta, huruf Zal diidghamkan pada huruf Zho dan sebagainya. Contoh kalimahnya seperti di bawah.

    كِدتَّ لَتُرۡدِينِ

    إِذ ظَّلَمۡتُمۡ

    Hukumnya wajib diidghamkan secara kamil. Harap jawapan ini dapat membantu yahya arif ceria*

    Reply #14 20 November, 2009, 11:07:57 AM
  • Publish
  • syukran ustaz... ana telah faham semua tentang makhraj... keterangan yang ustaz beri memang bagus...

    Izinkan ana bertanya soalan yang lain. Hukum ra (ر) terbahagi kepada dua iaitu ra tafkhim dan ra tarqiq.

    Ra tarqiq ialah bacaan ra nipis iaitu apabila ra baris di bawah. Manakala ra tafkhim ialah bacaan ra tebal apabila huruf ra berbaris di atas dan depan. Ustaz ana kata, ketika membaca ra tafkhim, mulut perlu dimuncungkan...

    Soalan ana, di dalam ra tafkhim ada satu perkataan yang 'special' iaitu 'النذر ' dan ia perlu dibaca dengan ra tarqiq. Adakah lagi perkataan yang 'special' begitu dan apakah hukum jika salah membaca hukum ra dalam solat?

    Syukran ustaz. Jazakallah...

    Reply #15 21 November, 2009, 03:17:43 PM
  • Publish
  • syukran ustaz... ana telah faham semua tentang makhraj... keterangan yang ustaz beri memang bagus...

    Izinkan ana bertanya soalan yang lain. Hukum ra (ر) terbahagi kepada dua iaitu ra tafkhim dan ra tarqiq.

    Ra tarqiq ialah bacaan ra nipis iaitu apabila ra baris di bawah. Manakala ra tafkhim ialah bacaan ra tebal apabila huruf ra berbaris di atas dan depan. Ustaz ana kata, ketika membaca ra tafkhim, mulut perlu dimuncungkan...

    Soalan ana, di dalam ra tafkhim ada satu perkataan yang 'special' iaitu 'النذر ' dan ia perlu dibaca dengan ra tarqiq. Adakah lagi perkataan yang 'special' begitu dan apakah hukum jika salah membaca hukum ra dalam solat?

    Syukran ustaz. Jazakallah...

    Sama-sama dya adriza. Saya juga merasa seronok kerana dapat membantu. Sebelum saya jawab soalan dya adriza, boleh tak dya adriza bagitahu kalimah di atas dari surah mana dan mengapa dya adriza mengatakan ra di atas dibaca dengan tarqiq?
    « Last Edit: 21 November, 2009, 03:20:28 PM by gurutajwid »

    Reply #16 21 November, 2009, 03:51:29 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum sahabat sekelian,

    Dalam post kali ni saya akan berkongsi pulak tentang Hukum Bacaan Basmallah. Kalau post yang lepas saya telah pun menerangkan tentang Hukum Bacaan Isti'azah.

    Para ulama’ telah pun bersepakat bahawa hukum membaca Al-Basmallah di setiap awal surah adalah sunat kerana kalimah Al-Basmallah telah tertulis padanya. Tetapi tidak termasuk di dalam hukum sunat ini pada surah al-Fatihah kerana Al-Basmallah adalah satu daripada ayat daripadanya, maka hukum membaca Al-Basmallah pada awal surah al-Fatihah adalah wajib.

    Begitu juga tidak termasuk di dalam hukum sunat ini ialah surah al-Baraah, atau at-Taubah. Ini kerana apabila anda hendak memulakan bacaan pada surah al-Baraah, anda tidak diharuskan memulakannya dengan Al-Basmallah kerana ia tidak tertulis pada surah al-Baraah. Dan selain itu juga surah al-Baraah diturunkan ketika berlakunya peperangan.

    Tapi, bagaimana pula sekiranya anda memulakan bacaan di pertengahan surah? Perlukah dimulakan dengan Al-Basmallah?

    Jawapannya ialah sunat anda memulakan bacaan dengan Al-Basmallah ketika dipertengahan surah atau di mana-mana bahagian ayat di dalam al-Quran. Ini kerana Nabi telah bersabda di dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Abdu Daud yang bermaksud:

    “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillahir-Rahmanir-Rahim, maka terputuslah keberkatannya” (Riwayat Abu Daud)

    Saya rasa kita semua sudah sedia maklum dengan lafaz al-Basmallah ni kan. Lafaznya adalah seperti di bawah:

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Ertinya :  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

    Sekarang mari kita sama-sama melihat  bagaimana  cara untuk memulakan bacaan al-Basmallah diantara dua surah. Sekiranya anda telah menamatkan bacaan pada akhir sesuatu surah, kemudian ingin meneruskan pula bacaan anda dengan surah yang baru, maka anda diharuskan memulakan bacaan dengan tiga cara di bawah.

    1) Cara yang pertama ini adalah anda berhenti di akhir surah dan berhenti pada Basmallah. Kemudian dengan nafas yang baru anda memulakan bacaan awal ayat surah yang baru. Inilah cara yang paling utama untuk anda gunakan. Sebagai contoh sila lihat ayat di bawah.

    إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ () بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ () قُلۡ
    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ


    Bagi contoh di atas ialah dari akhir surah al-Kauthar. Maksud tanda bulat bewarna merah itu ialah tempat untuk berhenti. Selepas akhir ayat surah tersebut, anda berhentikan bacaan. Kemudian membaca Basmallah dan berhenti. Dan kemudian dengan nafas baru anda menyambung dengan surah baru, iaitu surah al-Kafirun.

    2) Cara yang kedua pula ialah anda berhenti diakhir surah. Kemudian anda menyambung bacaan Basmallah dengan awal surah. Anda boleh lihat contoh di bawah:

    إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ () بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ

    Dalam contoh di atas kalau anda perhatikan, diantara Basmallah dan awal surah al-Kafirun tidak terdapat tanda berhenti, iaitu yang saya tandakan dengan bulat berwarna merah. Ini untuk menunjukkan bahawa anda terus menyambung bacaan diantara Basmallah dengan awal surah.

    3) Untuk cara yang ketiga pula ialah anda menyambungkan semuanya sekali, iaitu menyambungkan terus bacaan akhir surah, Basmallah dan awal surah sekaligus dengan satu nafas. Anda boleh lihat contoh ayat di bawah:

    إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ

    Pada contoh di atas, dapat diperhatikan bahawa tiada langsung tempat untuk berhentikan bacaan samada di akhir surah atau Basmallah. Ini kerana anda menyambungkan terus semuanya. Ini selalunya cara yang digunakan oleh para penghafaz al-Quran.

    Ini supaya mereka dapat mengulang hafazan mereka dalam waktu yang singkat. Tetapi kalau anda nak menggunakan juga cara yang ketiga ini tidak menjadi masalah, asalkan anda mempunyai nafas yang panjang.

    Namun perlu saya ingatkan di sini bahawa terdapat satu cara yang tidak dibolehkan untuk membacanya. Ini kerana sekiranya anda menggunakan cara bacaan ini, ianya akan menimbulkan sangkaan yang salah iaitu Basmallah adalah akhir daripada surah. Sila lihat contoh di bawah:

    إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ () قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ

    Perhatikan tanda berhenti iaitu bulat bewarna merah yang saya letakkan di akhir Basmallah. Ini menunjukkan bahawa anda memberhentikan bacaan pada Basmallah, tetapi sebelum itu anda telah pun menyambungkan bacaan di akhir surah dan Basmallah. Cara inilah yang tidak dibolehkan seperti yang telah saya terangkan di atas.

    Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat ceria*





    Reply #17 23 November, 2009, 09:50:06 AM
  • Publish
  •  :) ustaz...

    Pertama sekali, syukran kerana sudi membantu ana dalam soalan tajwid dengan jelas.

    Kedua, kalimah ( ونذر) dari surah Al-Qamar dalam akhir ayat 18, 21, 30, 37, 39. Huruf-huruf ini dibaca dengan ra taqrir kerana mengikut perkataan sebelumnya iaitu ( و) yang merupakan huruf 'ataf. Jadi, secara automatiknya kalimah ( نذر) menjadi huruf maatuf.

    Ana harap, jika jawapan ana kurang memuaskan hati ustaz, ustaz dapat menyatakan jawapannya dengan lebih jelas lagi. Syukran ustaz.

     :jaz:

    Reply #18 28 November, 2009, 03:27:43 PM
  • Publish
  • :) ustaz...

    Pertama sekali, syukran kerana sudi membantu ana dalam soalan tajwid dengan jelas.

    Kedua, kalimah ( ونذر) dari surah Al-Qamar dalam akhir ayat 18, 21, 30, 37, 39. Huruf-huruf ini dibaca dengan ra taqrir kerana mengikut perkataan sebelumnya iaitu ( و) yang merupakan huruf 'ataf. Jadi, secara automatiknya kalimah ( نذر) menjadi huruf maatuf.

    Ana harap, jika jawapan ana kurang memuaskan hati ustaz, ustaz dapat menyatakan jawapannya dengan lebih jelas lagi. Syukran ustaz.

     :jaz:

     :ws:,

    Saya telah merujuk kepada kitab tajwid dalam bab hukum bacaan ra'. Saya tak berjumpa pun tentang penerangan huruf2 'taf ni. Cuma yang saya tau bila ra' dibaca sukun mendatang dan huruf sebelumnya berbaris atas atau bawah, maka ra dibaca tebal.

    Mungkin dya adriza kena rujuk kepada ustaz yang lebih alim.

    Reply #19 10 January, 2011, 01:17:05 AM
  • Publish
  • ASSALAMUALAIKUM...TUMPANG TANYA PADA GURU TAJWID..GIGI GUNTING TUE KAT MANER..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2352 Views
    Last post 06 January, 2010, 12:51:55 PM
    by imamah84
    0 Replies
    945 Views
    Last post 24 September, 2010, 11:04:39 PM
    by LAN
    2 Replies
    3476 Views
    Last post 12 January, 2013, 12:30:42 AM
    by Fakir Billah