Isteri dan Suami tinggal berasingan, Inikah perkahwinan?

Author Topic: Isteri dan Suami tinggal berasingan, Inikah perkahwinan?  (Read 6254 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

che may

  • *
  • Posts: 200
    • View Profile
17 October, 2009, 01:17:14 PM
  • Publish Di FB
  • salam...

    Saya melihat kepada apa yang realiti berlaku sekarang...ramai kawan-kawan saya berkahwin, tapi umpama tidak berkahwin, mana tidaknya, sorang di sabah sorang di Kelantan, sorang di Johor, sorang di Pahang dan macam2 benua lagi lah..saya bukan mahu mempersoalkan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah, namun ketahuilah jodoh yang ditentukan oleh Allah itu juga kita sendiri yang pilih..Allah tidak memaksa kita dalam sesuatu hal..

    Saya juga tidak mempersoalkan perkahwinan sebegini, biarlah...dah jodoh nak buat macam-man, namun persoalannya terjaminkah perkahwinan sebegini?

    Dengan pelbagai fitnah yang ada pada zaman sekarang ini, yakinkah kita dapat mengawal nafsu kita? banyak kes-kes yang berlaku, si suami berlaku curang, kahwin lain, dan semacamnya..si isteri pun sama macam sahaja..

    contoh,

    Salam,
    Akak pun punya masalah jugak tentang poligami nih.. baru-baru ni suami suarakan nak kawin lagi satu. Alhamdulillah tapi yang menjadi persoalan awal-awal lagi dia bagitau akak, dia tidak dapat berlaku adil kerana kami tinggal berjauhan dia di Sarawak dan akak di Perak... kalau dah tau awal-awal lagi tidak dapat berlaku adil kenapa nak jugak ye?? Cam mana ye nak cakap kat dia, tunggu mahkamah tentukan ke atau beri je keizinan tapi akak tau akak akan disisihkan lepas ni... sedangkan sekarang ni pun nafkah, makan pakai semua cari sendiri. Kesian kat suami... atau akak minta dilepaskan je?? Kasih sayang antara kaim dah luntur... cuma terikat dengan akad saja lagi.

    Kepada kak asna maaf kalau saya tersalah anggap dalam masalah kak, saya tidak bermaksud untuk mengaploitasi masalah kak asna dalam isu ini...

    bila berlaku hal2 sedemikian kepada siapa kita mahu persalahkan? si suami yang tidak setia atau siapa?...

    Sebelum kahwin mereka sudah tahu bahawa mereka akan hidup berasingan kerana kedua-dua kerja di lain-lain tempat..namun atas dasar cinta. cinta yang tidak mengenal benua, maka terjalinlah satu ikatan yang sah dalam islam..tapi persoalannya tidakkah mereka fikir risiko perkahwinan sedemikin?...ni'matkah hidup berumah tangga sedemikian?

    Sama-samalah forumer memberi pendapat dalam isu ini..

    والله اعلم



    « Last Edit: 17 October, 2009, 10:34:17 PM by PenaHalaqah »
    kenalilah dan cintailah islam kerana kebahagiannya ada padanya..

    elbeesan

    • *
    • Posts: 252
      • View Profile
    Jawab #1 17 October, 2009, 02:27:03 PM
  • Publish Di FB
  • Tidak semua perkahwinan jarak jauh mengundang sesuatu yang buruk. Kawan baik saya pun berjauhan dan terpisah di seberang laut, tapi tetap bahagia hingga sekarang. Berjauhan bukan lah kerana keinginan tetapi oleh tuntutan tugas yang tidak dapat dielakkan. Terpulang jugak kepada pasangan itu sendiri, mahu berlaku curang atau setia.. Pilihan ada di tangan sendiri.

    elbeesan

    • *
    • Posts: 252
      • View Profile
    Jawab #2 17 October, 2009, 02:33:26 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf menegur Che May, Sila berhati-hati dan tolong gunakan huruf besar pada pangkalnya apabila menulis perkataan Allah bagi merujuk kepada Allah S.w.t.
    Penggunaan 'allah' tanpa huruf besar mempunyai konotasi lain.
    Harap maklum.

    che may

    • *
    • Posts: 200
      • View Profile
    Jawab #3 17 October, 2009, 02:43:04 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf menegur Che May, Sila berhati-hati dan tolong gunakan huruf besar pada pangkalnya apabila menulis perkataan Allah bagi merujuk kepada Allah S.w.t.
    Penggunaan 'allah' tanpa huruf besar mempunyai konotasi lain.
    Harap maklum.

    SYUKRAN KERANA MENEGUR.....

    ukht nuha

    • *
    • Posts: 74
      • View Profile
    Jawab #4 17 October, 2009, 06:04:43 PM
  • Publish Di FB
  • bg pendapat peribadi ukht, ujian berumahtangga ada sahaja di mana- mana..jadi, suami dan isteri MESTI ingat. Isteri mesti ingat yang dia telah bersuami dan suami kena ingat dia telah beristeri.Jika ada apa yang meragukan, bawalah berbincang dan buat solusi. InsyaAllah, selamat..
    ilmu..iman..akhlak..berjalan seiring...

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #5 17 October, 2009, 06:11:23 PM
  • Publish Di FB
  • Jika tak diuji, kita tak tahu sedalam mana kasih sayang kita...ujian dalam perkahwinan, kalau diatasi dengan cara yang betul, boleh menambahkan lagi kasih sayang
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #6 17 October, 2009, 06:24:31 PM
  • Publish Di FB
  • masih jika mereka saling berhubung..
    dan isteri masih lagi mentaati suami..
    dan suami masih menjaga nafkahnye..
    mungkin sebab tuntutan kerja..
    hari kerja je terpisah tapi setiap minggu oatau bulan masih lagi boleh bersama..
    tapi bukan laa dok asing sebab da benci satu sama lain..
    pokok pangkal hal ni terpulang pada suami isteri tersebut..
    mereka lebin yahu kenapa..
    Allahu A'lam..
    just coretan dari ana yang tak tahu apa2

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Jawab #7 17 October, 2009, 10:16:54 PM
  • Publish Di FB
  • Bagi saya benda ini terlalu subjecktif. Bergantung kepada pasangan yang berkahwin itu sendiri.

    Dan tengok tujuan asal perkahwinan. Kahwin awal atau lewat; tapi untuk apa? Benarkan 'lillahita'ala'? Atau untuk harta? Untuk memenuhi tuntutan nafsu seks? kehendak ibu dan bapa? kehendak semasa atau trend?

    Walaupun tidak begitu berjauhan berbanding sabah/sarawak dan semenanjung, saya sendiri duduk bekerja di tempat lain dan isteri saya bersama anak di tempat lain. Saya hanya balik ke rumah di hujung minggu atau di mana2 peluang ada kerja di kawasan berhampiran. Dan setakat ini Alhamdulillah, Allah mengekalkan hubungan kami aman damai.

    Saya juga mempunyai kawan; seorang di kuala lumpur dan isterinya di sarawak. Setakat ini juga Alhamdulillah, tiada masalah di antara mereka.

    Namun, itu bukan bermaksud saya memperkecilkan orang yang mempunyai masalah dalam hal ini; itu sudah menjadi ketetapan Allah, maka setiap orang akan mempunyai ujian dan dugaan masing2 mengikut kehendakNYA. Ada banyak kemungkinan dan kalau dalam hal kak asna di atas, saya rasa lebih baik diajukan kepada kaunselor syariah berdekatan moga Allah berikan jalan yng terbaik... InsyaAllah, Allah tak akan abaikan doa hamba2nya.

    Moga perkahwinan yang didirkan atas dasar mendapat redha Allah, sentiasa berada dalam redha Allah.


    Allahu'alam
    « Last Edit: 17 October, 2009, 10:20:30 PM by swordofdeen »
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #8 23 March, 2012, 04:04:18 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf menegur Che May, Sila berhati-hati dan tolong gunakan huruf besar pada pangkalnya apabila menulis perkataan Allah bagi merujuk kepada Allah S.w.t.
    Penggunaan 'allah' tanpa huruf besar mempunyai konotasi lain.
    Harap maklum.

    apakah konotasi itu???
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Jawab #9 23 March, 2012, 04:11:44 PM
  • Publish Di FB


  • Konotasi=maksud yang lain/maksud yang tersirat

    faa zahra

    • *
    • Posts: 1038
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Jawab #10 26 March, 2012, 09:28:47 AM
  • Publish Di FB
  • jadi macam.allllaaaaaaahhhhhhh....ayat biasa2..


    The following error or errors occurred while posting this message:
    The message does not meet the minimum word requirements (5 words).







    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #11 28 March, 2012, 03:10:31 PM
  • Publish Di FB
  • Seronoknya perkhawinan jarak jauh ni, mood sentiasa dalam honeymoon.. Tak sempat nak fikir gaduh2 sebab masa yang singkat bersama amat berharga.. Sentiasa menunggu peluang untuk bertemu.. Walaupun sebulan sekali, itu lebih membahagiakan dari jumpa setiap hari tapi asyik gaduh je.. Jumpa jarang2 buat rasa malu tetap terus menebal walaupun dah berkhawin bertahun-tahun, macam pengantin baru.. Seperti alam bercinta lah kononnya.. :senyum:.. (pengalaman sendiri)
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    PrincessHumyrah

    • *
    • Posts: 37
      • View Profile
    Jawab #12 13 April, 2012, 10:56:11 PM
  • Publish Di FB
  • maaf nak bertanya, bagaimana pandangan Islam terhadap perkahwinan jarak jauh ini?

    Isteri berjauhan dengan suami, lantaran memenuhi tuntutan kerja.. tetapi bukankah tempat isteri di sisi suami? bukankah mencari rezeki tanggungjawab suami? adakah tuntutan kerja lebih penting, hingga isteri sanggup tinggal berjauhan? adakah tuntutan kerja, lebih utama hingga lebih rela memilih kerja berbanding berhenti dan tinggal serumah dengan suami?

    maaf ya, saya melihat banyak situasi begini sekarang ni...seolah2 perkara biasa, seolah2 kerjaya & wang ringgit lebih penting dari rumahtangga..

    jika alasan ekonomi tidak cukup jika hanya suami saja bekerja, mungkin acceptable, tetapi ramai saja pasangan lain yg ekonomi cukup, bekerjaya tetapi masih terus berjauhan untuk membina kerjaya atas pelbagai alasan....

    sgt risau dgn situasi begini..apa akan jadi pada masa depan ya?

    bagaimana ya Islam memandang situasi ini?
    « Last Edit: 13 April, 2012, 10:59:59 PM by PrincessHumyrah »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #13 14 April, 2012, 01:15:57 PM
  • Publish Di FB
  • Islam ialah kehidupan secara Sunnah yang telah di Tunjuk atau di teladankan oleh Rasulullah serta telah di praktiskan oleh sahabat sahabat baginda SAW

    kehidupan yang Allah telah Redha, Muhammad menjadi ikutan yang baik bagi kita

    kehidupan yang bila Muhammad SAW tanya sahabat, sempurnakah? sahabatnya telah menjawab, sempurna sudah ya rasulullah

    jadi isteri itu tempatnya di mana?
    ayat 33:33 duduklah dalam rumah kamu, jika kamu mahu menjadi baik

    kehidupan hari ini, sudah terlalu jauh kita ikuti kesesatan, pimpinan, yahudi dan nasrani, yang tidak akan Redha kepada kita, kecuali, kita ikut seperti mereka

    kemudian Rasulullah juga telah menakdirkan, masanya, kita akan masuk ke lubang dhob, mengikut kesestan walaupun susah payah, kita ikut jugalah

    itu yang jadi kelakuan, isteri berjauhan dari suami, bukanlah kerana, kerja dakwah dan fi sabillah

    sebaliknya keduniaan, subhanallah

    jadi sesiapa yang mahu ikut sunnah, silakan

    inshallah, sesiapa yang bersyukur, Kami akan tambah nikmat Kami padanya

    subhanallah

    PrincessHumyrah

    • *
    • Posts: 37
      • View Profile
    Jawab #14 14 April, 2012, 02:16:54 PM
  • Publish Di FB
  • Bagaimana jika isteri tinggal berjauhan dgn suami atas dasar memenuhi tuntutan dakwah @ kerja sebagai ibadat??

    adakah dakwah lebih utama dari kesedian tinggal bersama suami? maaf sy harapkan penjelasan bagi situasi ini..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #15 14 April, 2012, 02:34:19 PM
  • Publish Di FB
  • ada kisah sahabat rasulullah, meninggalkan isteri dan anak kecil di rumah
    beliau keluar berdakwah dan kerja fisabilillah
    namun semakin hari semakin jauh dari isteri dan anaknya

    seterusnya, pada satu masa dia balik ke kampungnya, dia singgah di masjid untuk solat
    habis solat dia melihat suasana berlainan sekali, dari sewaktu dia keluar dulu
    melihat oleh Imam akan pak tua tersebut Imam itu pun bertanya, pak tua mahu ke mana

    pak tua pun ikut Imam muda tu balik, tiba tiba mereka sampai di Rumah yang sama

    melihat keadaan itu, Imam bertanya ibunya, siapakah pak tua tersebut
    akhirnya di ketahuilah, itulah suaminya dulu, subhanallah

    jadi bila kita bawa situasi dan kondisi hari ini
    isteri yang kena tinggal suami, dua tahun ke, dah boleh tuntut fasakh
    demikianlah, bukti kepayahan masakini, kita yang tak boleh bersabar

    isteri yang berjauhan, dari suami, yang dapat menjaga kesucian dirinya dan rumahtangganya fazilatNYA sangat besar

    namun keduniaan hari ini, menjahanamkan, situasi rumahtangga dengan Persangkaan

    subhanallah

    Lola Carrero

    • *
    • Posts: 64
      • View Profile
    Jawab #16 14 April, 2012, 02:35:56 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum

    isteri mana sanggup hidup berjauhan dgn suami dan suami mana snggup hidup berjauhan dgn isteri namun kerna tuntutan kerja terpaksa berjauhan. Sebaiknya suami isteri tinggallah bersama. Tempat isteri itukan disisi suami :) pernah berjauhan dgn suami selama 8 bulan. Tak mahu dah berjauhan lagi. Walaupun tinggal bersama ni adakalanya bergaduh namun pergaduhan itu yg mengakrabkan kami.... Masa suami tinggal jauh dulu selalu terfikir macam mana makan pakai dia. Rasa tak tenang jiwa. Usahakanlah tinggal bersama :)

    Lola Carrero

    • *
    • Posts: 64
      • View Profile
    Jawab #17 14 April, 2012, 02:41:08 PM
  • Publish Di FB
  • Bagaimana jika isteri tinggal berjauhan dgn suami atas dasar memenuhi tuntutan dakwah @ kerja sebagai ibadat??

    adakah dakwah lebih utama dari kesedian tinggal bersama suami? maaf sy harapkan penjelasan bagi situasi ini..

    pendapat Lola. Tenguk pada keimanan si isteri. Jika dia wanita solehah maka dia redha bila suami meninggalkannya demi berdakwah. Besar ganjarannya bagi isteri yg rela ditinggalkan suami demi agama. Lagipula suami yg kepergian utk usaha dakwah ni mereka akan tinggalkan nafkah zahir yg mencukupi selama ketiadaannya. Dan dia akan memastikan isteri n anak2 selamat barulah dia pergi. Wallahualam. Kalaulah para sahabat dlu takut utk tinggalkan anak isteri maka kitani tidak merasalah nikmat Islam

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #18 14 April, 2012, 03:07:51 PM
  • Publish Di FB
  • Setuju dengan kata-kata lola dan tok batu tu.. Ambillah pengajaran.

    Moga isteri-isteri yang ditinggalkan suami atas kerja dakwah, segala pengorbanan, kesedihan, air mata perpisahan menjadi asbab hidayat seluruh alam.

    Biarlah berpisah-pisah kerana agama daripada sebab-sebab yang lain. 1 hari akan terpisah jua akhirnya..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    3601 Views
    Last post 13 August, 2009, 10:40:55 AM
    by zaujah solehah
    24 Replies
    14094 Views
    Last post 30 August, 2012, 06:32:03 AM
    by chempakaaziz
    37 Replies
    3713 Views
    Last post 28 July, 2012, 11:50:54 PM
    by pawie