Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar

*

Author Topic: Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar  (Read 7970 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

16 October, 2009, 09:31:23 AM
  • Publish


  • Maksud mahram adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun untuk sementara waktu sahaja. Wanita yang haram dikahwini secara garis besar dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua, wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.

    Haram dikahwini secara abadi
    ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat 23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.

    Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara
    iaitu, wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain. (lebih jelas sila rujuk Perkahwinan & Kekeluargaan Dalam Islam - Abdul Ghani Azmi Hj Idris terbitan Dinie Publishers)     Mengenai hubungan dengan ipar, maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW  sendiri menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:
    "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

    Sila rujuk buku:
    1. 40 Peranan Suami Cemerlang
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 16 October, 2009, 09:34:15 AM
  • Publish

  • HUBUNGAN ADIK IPAR DENGAN ISTERI

    Soalan; Saya adalah seorang surirumah. Hubungan saya dengan suami amat akrab. Kami tinggal berdua dirumah bersama seorang anak berumur dua bulan. Namun sejak beberapa bulan yang lalu adik lelaki suami saya yang berusia lingkungan 20an datang tinggal bersama kami kerana bekerja. Suami saya bekerja jauh, keluar pada pukul 6.45 pagi dan tiba dirumah jam 9 malam. Jadi seringkali saya bersama dengan adik ipar di rumah tanpa suami bersama. Persoalan saya, bolehkah dan apakah hukumnya seorang isteri tinggal berduaan dengan adik ipar lelaki? Apakah hukumnya seorang suami yang membiarkan adik lelakinya tinggal berduaan dengan isterinya? Saya dan suami telah berbincang mengenai masalah ini, namun untuk mengelakkan pergaduhan keluarga, kami menemui jalan buntu dan suami tidak sampai hati untuk menyuruh adiknya berpindah daripada sini. Sekian terima kasih.

    Jawapan;

    Tidak harus seorang lelaki membiarkan isterinya berduaan di dalam rumah dengan adik lelaki atau abang lelakinya tanpa kehadirannya atau mahram isterinya (seperti bapa, saudara lelaki dan sebagainya). Hubungan mereka berdua (yakni isteri dan adik/abang suami) sama seperti hubungan antara seorang wanita dengan lelaki ajnabi (yakni yang bukan mahramnya), iaitu wajib ia menutup aurat di hadapannya dan haram mereka duduk berduaan di tempat yang tertutup tanpa kehadiran suami atau mahram. Hukum ini tidak ada khilaf di kalangan ulamak. Menjadi kewajipan suami menjaga isteri dan ahli keluarganya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang agama. Perintah agama jika dipatuhi akan membawa keharmonian dan keberkatan hidup. Jika dilanggari pula akan membawa kecelakaan dan penyesalan di belakang hari. Lebih-lebih yang berkait dengan hubungan lelaki dan wanita, ia boleh membuka jalan kepada berlakunya penzinaan yang amat besar dosanya dalam Islam serta akibatnya amatlah buruk kepada keluarga dan nasab. Kerana itu jalan kepadanya perlu ditutup dari awal. Mengambil hati keluarga atau sesiapa saja tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan hukum Syarak. Sabda Nabi s.a.w.; "Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khaliq (yakni Tuhan yang menjadikan makhluk iaitulah Allah)". (al-Hadis). Oleh demikian, ketataan kepada perintah Allah perlu diutamakan dari perasaan malu atau takut kepada sesama makhluk. Di situlah letaknya bukti ubudiyah kita kepada Allah.

    Wallahu a'lam.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL , http://ilmudanulamak.blogspot.com/

    Reply #2 16 October, 2009, 09:57:39 AM
  • Publish

  • Pertanyaan:

     Apakah suami dari kakak perempuan saya tergolong mahram atau bukan untuk isteri saya? Dapatkah isteri saya berbicara berdua dengannya dan haruskah dia menutup auratnya ketika berhadapan dengan dia?



    Jawaban:


    Ipar dari isteri anda adalah asing (bukan mahram) bagi dia. Isteri anda harus mengenakan hijab (jilbab) ketika berhadapan dengan dengannya dan tidak boleh berduaan saja dengannya. Nabi Muhammad Saw. mengingatkan dengan keras tentang masalah ipar, karena di masyarakat banyak terjadi percampuran pergaulan tanpa batas antara ipar yang dapat menyebabkan berbagai masalah dalam rumah tangga nantinya.

    Isteri anda tidak diperbolehkan untuk memperlakukan iparnya seperti mahram; iparnya bukanlah mahram bagi isteri anda, ipar isteri anda tidak jauh beda dengan seorang asing/tamu sehingga aturan untuk mengenakan hijab/jilbab dan menjaga diri tetap berlaku.

    Seorang yang dianggap mahram adalah seseorang yang dimana ia tidak diperbolehkan untuk menikahi dia kapan pun dan dalam kondisi apapun. Isteri anda diperbolehkan untuk menikahi ipar anda, jika saja seandainya anda bercerai dengan isteri anda dan dia kakak perempuan anda juga bercerai dengan suaminya atau meninggal. Dengan kata lain, batasan pernikahan yang sekarang ada bukan berarti menjadikan mereka mahram karena batasan yang ada (kemahraman) itu hanya sementara saja.

    Lebih jauh lagi, Nabi Muhammad Saw. memperingatkan kita tentang perlunya menjaga diri dari hubungan antar kerabat seperti dengan ipar. Nabi Muhammad Saw. bersabda: "Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah bagaimana dengan saudara ipar?”. Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian” (HR Ahmad, Tirmidzi, Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir no. 2677). Dengan kata lain, hubungan dengan ipar akan beresiko kepada perbuatan dosa dibanding dengan orang asing, karena sudah pasti intensitas pertemuan dan interaksi dengannya akan jauh lebih banyak dan hasilnya tentu lebih merusak dibanding kematian. Untuk itu marilah kita menjaga diri kita dari segala macam pintu godaan, seperti dalam sabda Nabi Muhammad Saw. yang menyatakan bahwa setan itu bekerja bagaikan aliran darah dalam tubuh manusia. Kita dapat terlindung dari godaan setan hanya dengan cara selalu mengingat Allah Swt. dan mengerjakan segala perintah dan larangan-Nya.

    Kesimpulannya, isteri anda harus tetap mengenakan hijab/jilbab di depan kakak/adik iparnya dan dia tidak boleh berdua-duaan saja dengannya dalam kondisi bagaimanapun juga.

    Reply #3 16 October, 2009, 10:50:27 AM
  • Publish
  • ramai org tdk tahu akan perkara sedemikian,saya harap melalui perbincangan begini akan dpt membantu org ramai dan mrk dpt tahu batas2 sesama ipar mrk.

    Reply #4 16 October, 2009, 01:25:13 PM
  • Publish
  • kite kene peka nan masalah ni..
    dan kene didik anak2 atau sesiapa sahaja yg rapat dengan kiite bagi memperbetul ape yg salah..

    Reply #5 16 October, 2009, 01:46:59 PM
  • Publish
  • betul tu,skang ni ramai yang sanggup melanggar larangan-Nya hanya kerana nafsu dan tidak peduli dengan apa yang telah ditetapkan

    Reply #6 16 October, 2009, 02:01:14 PM
  • Publish
  • patut didik anak2 dari kecil supaya menutup aurat antara sepupu2 mereka.. dengan ini mereka akan terdidik untuk menjaga aurat bila bersama ipar, sepupu dan seangkatan dengannya..
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Reply #7 16 October, 2009, 02:57:41 PM
  • Publish

  • Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya.

    Soalan:

    Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
     a. Kakak, adik ipar saya?
     b. Biras saya?
     c. Isteri pak cik saya?

    Jawapan:

        Dalam Mazhab Asy-Syafi'e bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.

        Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.

        Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.

        Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.

    Sila rujuk buku-buku berikut:
    1. Muslimah Sejati
    2. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah'
    3. Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih

    Reply #8 16 October, 2009, 03:47:56 PM
  • Publish

  • Kedudukan Aurat Ipar Duai, Biras
    Sumber : HARAKAH 16-30 Jun 2008, Ruangan : Fikra
    Kemusykilan Agama bersama Ustaz Abd Ghani Shamsudin

    ADIK beradik isteri saya ramai, saban tahun kami balik ke kampungnya untuk berhari raya. Apa yang menjadi masalah, bilik tidur dan bilik salin pakaian terhad. Berkaitan isu aurat, betulkah Islam membenarkan saya sebagai sebahagian ahli keluarga melihat kepala ipar perempuan yang tidak bertudung? Selain itu ada memakai kemeja-T berlengan pendek. Harap pihak Ustaz memberi penjelasan mengenai persoalan aurat.
    A HALIM JAMINGAN,
    Semenyih.

    Jawapan:

    ISLAM agama realistic, menyedari manusia dibekalkan oleh ALLAH naluri dan dorongan seks yang kuat untuk mengekalkan kesinambungan generasi manusia. Naluri ini sangat sensitive dan mudah terpesona dan menyimpang kalau tidak dididik dan dikawal dengan saksama.Dari kesedaan yang tuntas tentang kejadian manusia. Islam menggariskan system kemasyarakatan dan akhlak pergaulan serta batas-batas syarak dalam pergaulan ipar duai dan hubungan antara mahram dan bukan mahram. Beruntunglah manusia yang peka dan sentiasa mematuhu garis dan normal syarak. Sebaliknya celakalah manusia yang mensia-siakannya.
     
    Untuk menghindari persekitaran yang boleh menjebak seseorang kepada zina Islam menegaskan larangan berikut:

     
    Merenung dan memandang ghairah kepada wanita bukan mahram. Allah berfirman dalam Surah an-Nur ayat 30-31 yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.
     
    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)n dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka: dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang laki-laki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan: dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman. Supaya kamu berjaya.”
     
    Masuk kerumah orang lain tanpa izin dan bergaul bebas dengan perempuan bukan mahram. ‘Aqabah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Awas kalian: jangan berleluasa bergaul bebas dengan perempuan (bukan mahram). Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasullullah bagai mana dengan keluarga suami. Baginda menjawab. Keluarga suami lagi musibah (mati).”
     
    Imam Nawawi menjelaskan bahawa ahli ilmu sepakat mengatakan bahawa ‘Hamwu atau Ahma’ adalah saudara mara suami seperti ayah, bapa saudaranya, saudara kandung, anak saudara anak pamannya dan sebagainya. Tegas beliau: maksud hadis ini adalah saudara-mara lelakinya: kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira mahram bagi isteri) jadi mereka tidak boleh dipanggil sebagai musibah (maut). Menurut beliau biasanya orang awam bermudah-mudah dalam hal ini, sehingga seseorang lelaki itu boleh dibiarkan bersendirian dengan isteri abang atau adiknya. Ini adalah situasi yang dianggap bermusibah dalam hal ini. Sebab itu ia adalah suasana yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.
     
    Manayangkan aurat perempuan bukan mahram dan perhiasannya yang tersembunyi kepada lelaki ajnabi. Allah berfirman yang maksudnya: “Jangan kaum wanita memaparkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya.”Perbuatan mendedahkan aurat dan menimbulkan kegiuran lelaki lain daripada suami sudah pasti suatu dosa dan perbuatan yang dibenci Allah.
     
    Menurut ulama aurat terbahagi kepada dua jenis:
     
    Aurat Solat dan Aurat Ru’yah. Aurat Ru’yah tidah sama dengan Aurat Solat yang wajib ditutup sebagai satu daripada syarat sah solat. Aurat Ru’yah biasanya lebih luas daripada Aurat Solat. Aurat Solat bagi wanita ialah seluruh tubuh selain muka serta dua tapak tangan serta dua tapak kaki menurut setengah mazhab.
     
    Manakala Aurat Ru’yah wanita bagi mahramnya adalah bahagian-bahagian selain muka, kepala, leher, dua tangan dan kaki. Dan Aurat Ru’yah wanita bagi suami adalah tidak ada. Suami harus melihat dan menyentuh seluruh tubuh isteri tanpa kecuali. Begitu juga sebaliknya.Bahagian yang bukan aurat walaupun pada asalnya harus dilihat namun ada pengecualiannya.
     
    Pada asal keadaan tertentu bahagian yang bukan aurat juga haram dipandang. Harus atau haram melihat anggota seseorang bdalah bergantung sama ada boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwatnya tidak harus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat.Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransang syahwatnya.
     
    Jumhur ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di dalam rumah. Mereka menyebut beberapa anggota seperti, muka, kepala, leher, dan dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untuk membukanya. (Lihat huraian lanjut dalam Kitab al Mufassal Fi Ahkami al Mriah oleh Dr Abdul Karim Zaidan Juz 3 halaman 148-234. Terjemahan huraian mengenai aurat daripada kitab tersebut sebahagiannya dapat dibaca dalam link berikut: http://zaadut-taqwa.blogspot.com
     
    Seperti mana yang dimaklumi, mahram bagi seorang wanita dan lelaki adalah orang yang dia haram bernikah dengannya secara ta’bid (haram berkekalan atau selamanya), sama ada disebabkan nasab, atau susuan atau Mushaharah ( persemendaan) seperti, ibu isteri seseorang. Bagi mereka yang status persemendaannya bukan bukan atas dasar ta’bid sudah pasti tidak masuk dalam kategori mahram yang dimaksudkan. Kakak atau adik ipar yang masih dara mungkin boleh dikahwini andai kata seseorang suami itu menceraikan interinya yang merupakan adik / kakak kandung kepada kakak atau adik isterinya.
     
    Masuk kebilik atau ruang tidur orang dewasa tanpa lebih dahulu meminta izin pada waktu-waktu yang ditegah seperti sebelum fajar, waktu qailulah dan selepas isyak. Allah berfirman dalam Surah Annur 58-59 yang bermaksud:
    “Wahai orang-orang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa(iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak, itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hokum-hukum-Nya),dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

    Reply #9 06 April, 2012, 01:53:27 AM
  • Publish
  • apakah hubungan antara anak dengan abang kepada isteri ke-2 ayahnya? adakan ia mahram atau bukan? sekian terima kasih.

    Reply #10 06 April, 2012, 02:03:08 AM
  • Publish
  • apakah hubungan antara anak dengan abang kepada isteri ke-2 ayahnya? adakan ia mahram atau bukan? sekian terima kasih.


    Hubungan anak dengan abang kepada ibu tiri, iaitu dipanggil bapa saudara tiri.Hubungan ini bukan mahram.

    Reply #11 03 January, 2013, 07:10:32 AM
  • Publish
  •  :)
    bagaimanakah aurat dengan biras (ya'ni suami kepada adik ipar)
    bagaimanakah aurat dengan adik ipar tiri (adik suami berlainan bapa)

    Reply #12 03 January, 2013, 08:17:01 AM
  • Publish
  • :)
    bagaimanakah aurat dengan biras (ya'ni suami kepada adik ipar)
    bagaimanakah aurat dengan adik ipar tiri (adik suami berlainan bapa)


    Semua di atas bukan mahram, aurat wajib ditutup sempurna seperti berhadapan lelaki ajnabi lain.

    Lebih jelas , Sila baca di sini,  Re: Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    41 Replies
    23998 Views
    Last post 01 November, 2013, 11:37:56 PM
    by florafauna
    0 Replies
    1109 Views
    Last post 27 July, 2011, 09:45:22 PM
    by Jejaka Pemurah
    17 Replies
    1288 Views
    Last post 22 October, 2013, 09:34:58 AM
    by Cempedak