Author Topik: REMAJA DAN KONFLIK  (Read 1812 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

QishashulTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 125
  • my
  • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
    • View Profile
    • REMEMBER THE DEAD
REMAJA DAN KONFLIK
« on: 15 October, 2009, 05:46:54 PM »
CABARAN REMAJA

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri

Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan

Merasa diri dilayan secara tidak adil

Kesunyian

Sukar memahami emosi

Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan IbuBapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka

Membincangkan masalah anda dengan mereka

Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang

Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan

Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda

Meraikan harijadi mereka

Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda




MENANGANI EMOSI

Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian

Apabila Anda Merasa Marah

Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)

Berfikir sebelum bertindak

Tanya diri sendiri

Kenapa saya marah ?

Apalah punca masalah ?

Apakah yang telah saya lakukan ?





PENYELESAIAN KONFLIK

Kenalpasti punca konflik

Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain

Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah

Janganlah menyalahkan orang lain

Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik

Bertenang semasa menerangkan pendapat anda

Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah

Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

Bertimbang rasa

Yakin terhadap diri sendiri

Sedia menerima nasihat dan teguran

Sabar

Bertanggungjawab

Rajin dan suka menolong

Mahir berkomunikasi

Share this topic on Facebook

Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!

ciknurulhafizah

  • *
  • Offline
  • Posts: 10
    • View Profile
    • Buku Conteng Cik Jari
Re: REMAJA DAN KONFLIK
« Jawab #1 on: 16 October, 2010, 06:11:41 PM »
salam
Saya pernah berdoa, "Jika dia benar-benar jodohku, maka dekatkanlah hatiku & hatinya. Namun,andai bukan dia yang terbaik untukku,maka KAU palingkanlah hati kami daripada saling mengingati." Macamana saya nak berterus-terang? sungguh! saya tiada hati...tapi saya tak sampai hati nak berterus-terang...Sungguh...Saya trauma.Saya hanya senyap sunyi tanpa sebarang khabar dengan harapan dia faham. Tapi,saya rasa dia tak paham sebab dia masih setia menghantar mesej dan emel.Buat pengetahuan saudara/i, Cinta bukan lagi perkara penting dalam hidup saya. Namun,saya tidak menidakkan bahawa perkahwinan itu suatu sunnah dan amat dituntut..Saya cuma belum terbuka hati...Bantulah saya...

Share this topic on Facebook

Tuhanku,
payungiku dalam setiap langkahku.

muslimah_faezna

  • *
  • Offline
  • Posts: 5
    • View Profile
Re: REMAJA DAN KONFLIK
« Jawab #2 on: 16 October, 2010, 08:54:28 PM »
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhuwah, kepada cik nurul hafizah, apakah y menyebabkan hafizah bersikap sebegitu? Mungkin Allah nak bg jalan supaya hafizah dapat mendidik hati dgn perasaan itu..

Share this topic on Facebook


ciknurulhafizah

  • *
  • Offline
  • Posts: 10
    • View Profile
    • Buku Conteng Cik Jari
Re: REMAJA DAN KONFLIK
« Jawab #3 on: 16 October, 2010, 10:05:40 PM »
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam ukhuwah, kepada cik nurul hafizah, apakah y menyebabkan hafizah bersikap sebegitu? Mungkin Allah nak bg jalan supaya hafizah dapat mendidik hati dgn perasaan itu..
mendidik hati dengan perasaan itu?? maaf..saya kurang jelas dengan maksud perkataan ini

Share this topic on Facebook


muslimah_faezna

  • *
  • Offline
  • Posts: 5
    • View Profile
Re: REMAJA DAN KONFLIK
« Jawab #4 on: 17 October, 2010, 12:36:27 PM »
maksudnya..Allah membantu hafizah mendidik hati untuk menerima...

Share this topic on Facebook


hada_islamic

  • *
  • Offline
  • Posts: 1205
  • pk
  • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
    • View Profile
Re: REMAJA DAN KONFLIK
« Jawab #5 on: 17 October, 2010, 01:58:12 PM »
salam
Saya pernah berdoa, "Jika dia benar-benar jodohku, maka dekatkanlah hatiku & hatinya. Namun,andai bukan dia yang terbaik untukku,maka KAU palingkanlah hati kami daripada saling mengingati." Macamana saya nak berterus-terang? sungguh! saya tiada hati...tapi saya tak sampai hati nak berterus-terang...Sungguh...Saya trauma.Saya hanya senyap sunyi tanpa sebarang khabar dengan harapan dia faham. Tapi,saya rasa dia tak paham sebab dia masih setia menghantar mesej dan emel.Buat pengetahuan saudara/i, Cinta bukan lagi perkara penting dalam hidup saya. Namun,saya tidak menidakkan bahawa perkahwinan itu suatu sunnah dan amat dituntut..Saya cuma belum terbuka hati...Bantulah saya...

 :)
biarkan dia terus menghantar msg dan email...tetapkanlah hati
minta pada ALLAH tunjukkan jalan yang benar
semoga hafizah dapat menangani masalh ini sebaik mungkin

memang cinta itu pedih..
kalau kita nak dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu

disini saudari hafizah perlu mengorbankan rasa tak sampai hati itu
berterus teranglah
atau mungkn memang dia faham
tapi msg dan email itu mungkin sebagai tanda bahawa dia masih setia dengan saudari..
berdoalah supaya dibukakan pintu hatinya untuk wanita lain
tapi jika benar dia jodoh hafizah
terimalah dengan redha
kerana apa barangkali yang buruk bagimu, baik bagi ALLAH... :ins:

Share this topic on Facebook

mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
Akhlaq Remaja

Dimulakan Oleh alhaudhie « 1 2 ... 5 6 » Remaja

107 Jawapan
24366 Views
Kiriman Akhir 15 November, 2012, 11:26:31 AM
oleh namaku ifa
40 Jawapan
6811 Views
Kiriman Akhir 22 July, 2012, 09:48:59 PM
oleh اَنَا طَالِبَةٌ
1 Jawapan
128 Views
Kiriman Akhir 16 November, 2012, 03:35:30 PM
oleh kasba