IMAN DAN KEHIDUPAN

*

Author Topic: IMAN DAN KEHIDUPAN  (Read 2590 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hakim114

  • *
  • Posts: 248
    • View Profile
14 October, 2009, 04:09:58 PM
  • Publish
  • IMAN DAN KEHIDUPAN

    PERBINCANGAN BERDASARKAN BUKU[/u]

    الإيمان والحياة

    Oleh
    Prof.Dr. Yusuf al-Qaradawi

    IMAN YANG KITA KEHENDAKI

    Hakikat Iman
    Isi Kandungan Iman
    Beriman Kepada Allah
    Beriman Kepada Para Rasul
    Beriman Kepada Hari Kiamat





    Hakikat Iman

    Iman bukan hanya
    Disebut dengan lidah
    Dengan melakukan syiar
    Sertakan mengetahui hakikat iman tetapi tidak lahir dalam bentuk tindakan
    Iman: keyakinan yang Larut dalam diri, mengeuasai daya, kehendak dan rasa dalaman manusia
    Perlu wujud pencapaian akal yang mampu menanggapi hakikat sesuatu yang wujud
    Pencapaian akal ini mesti sampai ketahap yakin

    # Kepatuhan ini mersti disertai kepatuhan iradah yang dijemakan dengan ketaatan.

    Kepatuhan ini mesti disertai rasa kepanasan yang meransang jihad di jalan Allah.

    Al-Quraan gambarkan iman dalam
    Akhlak yang hidup
    Amal yang cemerlang

    Ia membezakan mukmin dari yang lain.
    Semua anasir ini membentuk iman yang sebenar.
    Boleh juga disebut akidah yang sebenar
    Tanpa anasir ini tidak berhak disebut iman atau akidah.

    # Ia hanya boleh diistilahkan sebagai idea, teori atau pendapat.

    Tiga istilah ini berbeza dengan iman atau akidah:

    Tiga istilah ini hanya merupakan ilmu
    Yang memberi pendapat hanya failasuf, beranggapan pendapatnya benar tetapi mungkin bercanggah dengan realiti.
    Akidah larut dan mendarah daging dalam diri, otak dan tulang belulang
    Yakin itulah yang benar dan itulah realiti.

    Isi Kandungan Iman

    Kita perlu tahu intipati iman
    Mungkin ada orang salah guna istilah iman
    Beriman kepada faham kebangsaan dll
    Kita tak kesah, yang penting iman yang kita maksudkan bersifat keagamaan.
    Iman yang wujud bersama manusia sejak kecil dan tidak berpisah dengannya hingga keusia tua.
    Kekuatan iman ini mendominasi segala tindak tanduk manusia.
    Iman yang dijasadkan dalam akidah dan dijelmakan dalam rukun iman yang enam

    # akidah ini membolehkan manusia mampu:
        * mentafsirkan hakikat wujud di kelilingnya.

    Mampu menjawab tiga soalan: Dari mana?. Kemana?. Untuk apa?.

    Akidah ini Murni dan menjadi risalah semua para rasul.
    Tetap dan tidak berubah dari dahulu hingga sekarang
    Risalah Islam datang untuk membersihkannya daripada syubhat dan penyelewengan
    Islam hanya memurnikan kembali akidah mengenai uluhiyah, nubuwah, hari akhirat dll
    Anasir akidah yang utama: beriman kepada Allah, para rasul dan hari kiamat.

    Beriman Kepada Allah


    1. Wajib beriman dengan kewujudan Allah
    fenomena alam membuktikan ada pencipta disebalik kewujudan alam.
    Apa pun istilah yang diberikan manusia, bagi al-Qurqqn kuasa agung itu ialah Allah.
    Akal manusia tidak mampu mengetahui hakikat Allah, kerana manusia masih tidak mampu mengetahui hakikat banyak alam dikelilingnya.

    Allah yang maha berkuasa bukan tuhan satu golongan, bangsa, kawasan tertentu di dunia, tetapi tuhan sekelian alam.
    # Banyak ayat sentuh kesyumulan rububiyah Allah:
       *؟ قال : رب السماوات والأرض  وما بينهما  قال فرعون : وما رب العالمين

    Banyak ayat buktikan kewujudan Allah:
    إن فى خلق السماوات والأرض واختلاف الليل والنهار والفلك التى تجرى فى البحر بما ينفع الناس وما أنزل الله من السماء من من ماء فأحيا به الأرض بعد موتها وبث فيها من كل دابة وتصريف الرياح والسحاب المسخر بين السماء والأرض لآيات لقوم يعقلون (بقرة 164 )

    Fitrah manusia terima kewujudan Allah:
    وجحدوا بها واستيقنتها أنفسهم( النمل 14 )

    2. Wajib beriman Allah maha esa

    Esa kewujudan
    قل هو الله أحد ، الله الصمد ، لم يلد ولم يولد ، ولم يكن له كفوا أحد
       
    * Esa rububiyah:
            * لو كان فيهما آلهة إلا الله لفسدتا (انبياء 22)

    Esa uluhiyah:
    يا قوم اعبدوا الله ما لكم من إله غيره ( الأعراف 59 )

    Kalimah لا إله إلا الله adalah pemberontakan Terhadap kuasa zalim dan taghut Terhadap tuhan berhala, dewa dan lainnya.
    Pengisytiharan kemunculan masyarakat baru yang unik tegak di atas manhaj لا إله إلا الله Musibah yang menimpa manusia akibat mengaku tuhan atau mempertuhankan manusia. Akidah tauhid jadikan semua makhluk abdi kepada Allah.

    3. Allah maha sempurna.
    # Terima wujud dan wahdaniyah Allah mesti terima
        Allah maha sempurna.

    Bukti kesempurnaan Allah dapat dilihat pada alam jagat.
    Fitrah manusia menerima dan risalah anbiya’ menjelaskannya.
    Banyak ayat Q buktikan kesempurnaan Allah:
    Sifat asma’ al-Husna bukti Allah maha sempurna.
    Ketuhanan dalam Islam tidak terpisah dari alam.
    Tidak seperti Aristotal yang melihat
    Alam ini azali

       * Tuhan tiada hubungan dengan alam, tidak tadbir, tidak ambil tahu, tidak tahu apa yang berlaku dalam alam.

    Tuhan hanyalah bukan jauhar, bukan sifat, tiada permulaan dan tiada kesudahan, tidak berjuzuk, bukan dalam alam dan bukan diluar alam, tidak berhubung dan tidak berpisah dari alam.

    Semua sifat ini jadikan Allah tidak mempunyai sifat yang berhak ditakuti, ditaati dan diagungkan Islam tidak kenal ketuhanan konsep ini.

    Tuhan dalam konsep Islam: Pencipta, pemilik, penjaga maslahat dan penentu segala.

    Beriman Kepada Rasul


    Setelah beriman kepada Allah dan sifatnya, beriman kepada rasul bukan perkara pelik lagi.
    Beriman kepada rasul natijah dari beriman kepada Allah.

    Sukar diterima setelah Allah ciptakan manusia kemudian membiarkannya tanpa panduan.
    Adalah jadi pelengkap kepada kesempurnaan Allah dia:
    Utuskan rasul dan turunkan wahyu
    Tunjukkan manusia jalan ke akhirat
    Tunjukkan jalan hidup di dunia, sediakan bekalan ruh dan jasad.

    Bukanlah bijak jika Allah biarkan manusia mencari jalan sendiri, sedangkan diri dan kehidupan manusia penuh pertarungan.
    # Yang bijak Allah utuskan rasul pembawa hidayah kepada manusia.

    Kerana itu Allah tidak terima kehairanan musyrikin kenapa Allah utuskan para rasul
    Hidayah dapat dicapai melalui indra, akal, wahyu.
    Namun hidayah melalui wahyu lebih tepat
    Hidayah tidak terbatas kepada manusia, tetapi juga kepada binatang melalui fitrah

    Beriman kepada rasul bererti:
    Beriman kepada kebijaksanaan dan rahmat Allah yang tidak membiarkan manusia tanpa panduan, tidak menyeksa mereka sebelum memberi amaran, tidak dibiarkan berselisih sepanjang hayat tanpa tempat rujukan.

    Beriman bahawa agama bagi Allah hanya satu sepanjang zaman, agama tauhid.

       3. Beriman kepada adialisma (مثالية)paling realistik, pimpinan manusiawi paling cemerlang dan istimewa.
    # Iman ini mampu menjadikan nilai-nilai akhlak, amal soleh dan ketinggian jiwa sebagai satu hakikat yang berlaku di alam nyata.

    Sekalipun para rasul istimewa mereka tetap manusia, tiada hak bersifat dengan sifat ketuhanan dan tidak berhak menerima ubudiyah dari makhluk.

    قالت لهم رسلهم إن نحن إلا بشر مثلكم ولكن الله يمن على من يشاء من عباده ( ابراهيم 11)


    Beriman Kepada Hari Kiamat


    Kehidupan manusia tidak hanya terbatas kepada dilahirkan dan dikebumikan.
    Hati nurani manusia merasakan dia tidak dilahirkan ke dunia semata-mata untuk hidup dan mati, mesti ada rahsia disebalik itu.
    Hati nurani manusia merasakan dia hidup di dunia hanya sementara dan akan dikembalikan semula
    Akal dan jiwa manusia merasakan hidup yang pendek ini bukanlah yang terakhir, ia akan menghadapi satu putaran hidup lain.

    # Mana mungkin hidup ini berakhir begitu sahaja sedangkan dalam dunia banyak yang jahat dan yang baik, tetapi mereka tidak mendapat balasan daripada kejahatan dan kebaikan mereka. Akal manusia merasakan perlu ada satu hari pembalasan bagi mereka yang jahat dan baik Hari pembalasan itu ialah hari akhirat, ia telah dapat dirasakan kewujudannya oleg fitrah manusia.

    Kewujudan hari kiamat telah dibuktikan Quraan:
    أم حسب الذين اجترحوا السيئات أن نجعلهم كالذين آمنوا وعملوا الصالحات سواءً محياهم ومماتهم ، ساء ما يحكمون ، وخلق الله السموات والأرض بالحق ولتجرى كل نفس بما كسبت وهم لا يظلمون ( الجاثية 21-22)

    Membangkitkan semula selepas mati bukan perkara sukar bagi Allah.  Dia berkuasa mengadakan yang tiada, dia juga berkuasa membangkitkan yang pernah ada.

    # Membangkitkan semula setelah mati bukan perkara sukar bagi Allah.
    # Yang berkuasa mengadakan yang tiada mesti berkuasa membangkitkan yang pernah ada.

    Banyak ayat Quraan buktikan hal tersebut:
    هو الذى يبدأ الخلق ثم يعيده وهو أهون عليه ( الروم 27 )

    Syurga disediakan untuk hamba saleh
    Neraka disediakan untuk hamba taleh

    Keistimewaan 
    Akidah Islam
    Akidah jelas
    Akidah fitrah
    Akidah tetap
    Akidah dibuktikan
    Akidah pertengahan

    1. Akidah Islam jelas: tersimpul dalam konsep ada pencipta disebalik kewujidan alam, pentadbir dan pentakdir semua perkara.
       * Pencipta itu ialah allah
       * Akidah ini jelas dan dapat diterima akal
       * Tidak keliru seperti akidah teriniti dan lainnya.

    2. Akidah fitrah:Tidak asing kepada fitrah, dapat diterima

    3. Akidah tetap:tidak berubah, tidak boleh dikurang dan ditambah oleh sesiapa, ajaran akidah sama dalam semua risalah para rasul

    4. Akidah dibuktikan dengan dalil dan hujjah, tidak berpada dengan taklif, tidak hanya berbicara dengan hati, tetapi dibuktikan denan hujjah diterima akal
          * Quraan buktikan isu akidah dengan hujjah dan bukti nyata.

    5. Akidah pertengahan, normal: tidak ada unsur pelampau Pertengahan antara yang menolak metafizika dan mempercayai banyak tuhan, menolah wehdatuluwujud dan tidak bertuhan, syirik dan sabitkan satu tuhan bagi sekelian alam.
    Pertengahan antara yang menafikan semua perkara dari tuhan dan yang menyamakan tuhan dengan makhluk atau menjasadkan tuhan
    Pertengahan antara yang mewarisi bulat-bulataidah datok nenek dan yang cuba mengetahui hakikat tuhan.
    Pertengahan sikap terhadap akiah lain, tidak taasub terhadap akidah samawiyah, lapang dada terhadap akidah yang bertentangan.
          * Menggalak penganut menyeru orang lain.
          * Melarang pandang remeh golongan penentang.

    Pertengahan antara mereka yang mengambil mudah dalam mensabitkan akidah dengan menerima yang syak dan waham dan golongan yang menolak terus persoalan akidah.
    Pertengahan dalam persoalan berkaitan para rasul, tidak letak mereka di makam uluhiyah, tidak letak mereka di kedudukan manusia paling rendah.

    Para nabi manusia istimewa pilihan Allah, disiapkan dengan semua keperluan menjadi rasul.
    Allah tahu unsur baik dan kesediaan yang ada pada mereka.
    Allah turunkan wahyu, jadikan uswah dan maksum.

         * Pertengahan dalam isu iradah insaniah antara jabariyah dan qadariyah, terima takdir tetapi terima fitrah manusia berikhtiar menjana maslahat dan menolak bencana.    

    Pertengahan yang sesuai dengan fitrah dan hakikat manusia yang diberikan daya untuk berusaha dan diberikan kebebasan iradah. Kebebasan iradah suatu yang amat penting agar adil manusia dipertanggungjawabkan keatas perbuatannya menurut pilihan dan kehendaknya sendiri.
    من شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر ( الكهف 29)
    فمن شاء اتخذ إلى ربه سبيلا ( البقرة 44 )
    لا تكلف  نفس إلا وسعها ( البقرة 233 )

    bersambung...
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #1 14 October, 2009, 04:16:13 PM
  • Publish
  • KESAN IMAN DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU

    Mukaddimah

    Iman Dan Kemuliaan Manusia
    Iman dan Kebahagiaan
    Ketenangan Jiwa
    Reda
    Aman Jiwa
    Harapan
    Iman dan Kasih Sayang
    Tetap Pendirian Hadapi Kesukaran


    Mukaddimah

    Dalam kehidupannya manusia mahu:
    Kemanusiaannya dirasai dan dia dihargai.
    Kewujudannya ada matlamat, punya risalah, dikenang dan berbeza dari haiwan.
    Memiliki kemuliaan dan kekuatan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
    Manusia tidak mahu kehidupan yang asing dan ganjil, dizalimi dan menzalimi.
    Iman mempunyai kesan keatas semua perkara ini.

    Iman Dan Kemuliaan Manusia
    1. Manusia Pada Pandangan Materialisme
    2. Manusia Pada Pandangan Mukmin
    3. Kedudukan Manusia Di Sisi Allah
    4. Kedudukan Mnaisia Dikalangan Penghuni Langit
    5. Kedudukan Manusia Pada Alam Jagat
    6. Ungkapan Ulamak Mengenai Kedudukan Manusia
    7. Keagungan Iman Selepas Keagungan Insaniyah
    8. Kesan Nilai-nilai Ini Kepada Perasaan Dan Jiwa
    9. Antara Pandangan Islam Dan Materialisme
    10. Kedudukan Manusia
    11. Tabiat Manusia
    12. Matlamat Manusia.


    1. Manusia Pada Pandangan Materilisme
    Dari sudut kedudukan manusia hanya:
    Seketul tanah, daging, tulang belulang dan urat murat.
    Akal hanya bahan yang duhasilkan otak
    Manusia sama seperti benda-benda hidup yang lain, yang penting dia berkembang melalui peroses evolosi hingga menjadi manusia
    Bumi hanyalah stu daripada jutaan planet.
    Daripada sudut masa manusia tidak punya nilai, kerana bumi hidup ratusan juta tahun sedangkan manusia paling lama hanya hidup ratusan tahun, apa erti ratusan tahun berbanding ratusan juta tahun.

    # Mereke tidak membezakan alam ruh Ilahi dan
       alam satu jiwa yang bertutur, manusia hanya
       lembaga material dan jasad haiwani

    Jasad manusia terditi daripada unsur:

       1. Oksigen 45,000mg.    6. Posporan 700mg. 11. Magnasium 35mg.
       2. Karbon  12,600mg.    7. Belerang 170mg.  12. Besi             4mg.
       3. Haidrogen 7000mg.   8. Potisium   140mg. 13. Tembaga  0.1mg.
       4. Asid          2100mg.   9. Sodium    105mg.  14. Magnet    .02mg.
       5. Kalsium     1050mg.   10. Klorait    105mg.  15. Yud         .03mg.

    Dalam gambaran lain:
       1. Minyak cukup untuk 7 ketul sabun
       2. Karbon cukup untuk 7 batang pensel
       3. Posporan cukup untuk 120 kepala batang jarum
       4. Garam magnasium cukup untuk seteguk minuman berperisa
       5. Besi cukup untuk sebatang paku sederhana besar
       6. Kapur cukup untuk cuci kutu seekor anjing
       7. Air cukup untuk memenuhi bekas muatat 10 gelen

    2. Manusia Pada Pandangan Mukmin
    Manusia makhluk paling mulia, paling baik kejadian, ditiupkan ruh, malaikat sujud kepadanya, Allah permudahkan langit dan bumu untuknya. Semua makhluk dicipta untuk manusia, tetapi manusia dicipta untuk Allah. Manusia kerdil berbanding alam jagat, namun dari sudut maknawi manusia lebih besar. Usia manusia pendek berbanding usia dunia, tetapi mati bukan akhir kehidupan, bagi mukmin dunia hanya perantara untuk satu dunia lain yang kekal abadi dan sarmadi.

    # Inilah kemuliaan manusia.
    # Bagi Islam manusia punya kedudukan istimewa
    # Banyak ayat Q bukti kedudukan manusia istimewa
    3. Kedudukan Manusia Di Sisi Allah
    Manusia hampir dengan Allah
    Kedudukan ini hapuskan wasilah dalam hubungan manusia dengan Allah.
    Banyak ayat nyatakan keudukan dan hubungan tanpa wasilah ini.
    ونحن أقرب اليه من حبل الوريد ( مجادله 7 )  dll
    Hadis Rasulullah perkukuhkan.
    أنا عند ظن عبدى بي وأنا معه إذا ذكرني ..... الخ  dll

    4. Kedudukan Manusia Di Kalangan Penghuni Langit

    Kedudukan manusia di kalangan makhluk alam ruh amat tinggi, tidak mampu dicapai malaikat Manusia jadi khalifah Allah di bumi Allah buktikan kedudukan tinggi ini, perentah malaikat sujud kepada Adam Semua sujud kecuali iblis.

    5.Kedudukam Manusia Dalam Alam Material.

    Manusia pengendali alam jagat. Semua yang di bumi dan di langit dijadikan untuk krmudahan manusia Justifikasi kedudukan ini kerana manusia mempunyai ruh dan akal dan kemampuan mengurus dunia.
    بل الإنسان على نفسه بصيرة ( قيامة 14 )

    Islam iktiraf apa yang ada pada manusia: ruh dan jasad, akal dan hati, iradah dan nurani, naluri dan keinginan, semuanya Islam layan.
    يا أيها الإنسان إنك كدح الى ربك كدحا فملاقيه ( انشقاق 6 )
    يا أيها الإنسان ما غرك بربك الكريم ، الذى خلقك فسواك فعدلك ، فى أى صورة ما شاء ركبك ( انفطار 6-8 )


    # Islam iktiraf apa yang ada pada manusia: ruh dan jasad, akal dan hati, iradah dan nurani, nalori dan keinginan.

    Semuanya dilayani dalam ajaran Islam:
    يا أيها الإنسان إنك كادح غلى ربك كدحا فملاقيه ( انشقاق 6 )
    يا أيها الإنسان ما غرك بربك الكريم ، الذى خلقك فسواك فعدلك ، فى أى صورة ما شاء ركبك ( انفطار 6-7 )


    6.Ungkapan Ulamak Tentang Kedudukan Manusia
    Abu Bakar al-Arabi: tiada bagi Allah makhluk paling baik dari manusia, Allah menciptanya hidup, berilmu, berkuasa, bercakap, mendengar, melihat, mentadbir dan bijaksana.

    Al-Ghazali,(setelah diolah semula) : sebab Allah kasih kepada manusia ada dua; sebab yang boleh disebut dan sebab yang tidak boleh disebut.
    Sebab yang boleh disebut: kesamaan Allah dengan manusia pada (nama) sesetengah sifatnya, seperti sifat ehsan, lemah lembut, berilmu, rahmat dan lainnya, sebeb itu kata orang: “berakhlaklah dengan akhlak Allah”…

    * Khususiat manusia yang tidak boleh disebut oleh manusia tetapi telah disebut al-Quraan seperti:
    Manusia ruh rabbani:
    يسألونك عن الروح قل الروح من أمر ربي ( اسراء 85)
    فإذا سويته ونفخت فيه من روحي ( ص 72 )  dll

    Ibn al-Qaiyim: ketahuailah bahawa Allah telah mengkhususkan keistimewaan makhluk manusia antara makhluknya yang lain dengan memuliakan, memberikan keistimewaan, pernghormatan, Dia ciptakan manusia untuknya, hampir kepadanya, memuliakannya dengan sesuatu yang tidak diberikannya kepada makhluk lain………

    7. Keagungan Iman Setelah Keagungan Insaniah
    Manusia ada izzah lain selain izzah sebagai makhluk paling baik kejadian, izzah kerana:
    Umat paling baik dilahirkan di dunia.Diseiringkan dengan izzah Ilahi.Manusia yang memimpin, bukan dipimpin.Mendapat jaminan sokongan dari Allah.Mendapat pemeliharaan dari Allah.Allah jadikan mereka sebagai neraca penyukat amalan betul dan salah.

    8. Kesan Nilai Maknawi Ini Kepada Jiwa Manusia:
    Merasa bangga dan ada harga diri.Berjiwa besar dan bercita-cita tinggi.Tidak tunduk kepada makhluk, kuasa manusia angkuh dan zalim, harta, kekayaan, kdeagungan.

    Contoh-contoh dalam sejarah:
    Bilal bin Rubah berdepan dengan pemimpin jahiliah Rub`ie bin `Amir sewaktu berhadapan dengan Rustum
    Selogan mukmin: “ Memimpin bumi dan hamba kepada yang maha esa”.

    9. Manusia Antara Pandangan Islam Dan Materialisme.
    Bila manusia merasakan kemuliaan, kedudukan, fungsi sebagai pemimpin dia akan merasa:
    Harga diri, kerana bangga dengan kedudukannya di sisi Allah dan makhluk. Dia hidup dengan bangga diri, mengangkat kepala tidak mudah tunduk, tidak mahu dihina dan dikeji. Jauh dari perasaan rendah diri dan rasa diri tidak berharga, sia-sia dan kosong. Perasaan ini bukan remeh, bukan barang tiruan, tetapi keberuntungan yang besar kepada manusia.
    Perasaan ini membuatkan akidah Islam berbeza dngan pemikiran aliran kebendaan.

    # Neraca pengukur membezakan dua aliran ini ialah:
       1. Kedudukan manusia di dunia
       2. Tabiat fitrah manusia
       3. Matlamat dan peranan manusia dalam kehidupan.

    10. Kedudukan Manusia.

    Akidah Islam telah tentukan kedudukan manusia:
    Khalifah allah, makhluk tersendiri antara makhluk lain, makhluk mulia yang bertindak dengan kehenda Allah.
    Allah menciptakannya dan memberikannya indra
    Dia hanya hamba kepada Allah
    # Manusia pada penilaian materialisme:
         * Bukan makhluk mulia
    Dia hanya tumbuhan yang wujud dari tiada kepada ada.
    Dia adalah haiwan sosial yang dengan ilmu dia mampu mengeuasai alam.
    Dengan ilmu dai boleh maju dan berkembang.
    Dengan ilmu dia mengaku dirinya tuhan
    Pandangan materialisme ini menatijahkan:
    Merasa diri sia-sia dan murah, manusia hanya binatang sahaja.
    Trtipu dengan diri sendiri, angkuh, meangkat diri sebagai tuhan yang boleh melakukan apa sahaja tanpa dipertanggungjawabkan.

    # Materialisma mutakhir menyedari kesilapan
       pandangan ini, banyak penulisan pemgkeritik
       pandangan ini.

    11. Tabiat Manusia.
    Banyak yang keliru tentang hakikat manusia
    Punca kekeliruan ini kerana manusia terdiri daripada berbagai unsur: jasad, ruh dan akal
    Kecelaruan dalam menilai hakikat manusia kerana mengabaikan dua unsur ini atau memisahkannya.
    Islam telah mengehatui hakikat manusia kerana Islam dari Allah, manusia pula dicipta Allah.
    Allah cipta manusia dari ruh dan jasad.

    # Keperluan jasad membawa manusia kebumi
        dengan segala tuntutannya.
    # Keperluan ruh membawa manusia kealam langit.
    Akidah Islam meladeni kedua-dua unsur ini.

    12. Matlamat Manusia.
    Islam telah nyatakan matlamat dan peranan manusia.   
    Dicipta untuk mengenal dirinya, mengenal Allah, mengabdikan diri kepada Allah.
    Menjadi khalifah, memikul amanah taklif, akan menghadapi cubaan, seterusnya akan matang dan bersedia untuk satu dunia lain di akhirat.


    # Manusia hidup bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk ubudiyah dan khilafah.
    # Bagi materialisme manusia hidup untuk diri sendiri, mengecap segala nikmat dunia.
    Sangat jauh beza antara yang hidup untuk dirinya dan yang hidup bukan untuk dirinya.

    bersambung...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    2338 Views
    Last post 17 December, 2009, 08:51:16 AM
    by dya adriza
    11 Replies
    3147 Views
    Last post 21 August, 2009, 05:11:25 PM
    by intizhar
    1 Replies
    1823 Views
    Last post 31 August, 2009, 12:38:45 PM
    by Sehati Sejiwa