Forum > Aqeedah

Petikan Kitab Durrun Nafis

<< < (2/8) > >>

hasin:
kata sheikh abdul ghani al-nablusi (q.s) di dalam syarah fusus: maka adalah ruh segala jasad itu satu jua. hanya sanya yang berbilang itu nafsu jua. dan nafsu itulah yang mati.

bermula ruh itu tiada ia mati kerana berdirinya dengan Haq Taala pada sekalian pekerjaanNya. INTAHA.

Tetapi adalah nabi kita Muhammad s.a.w. bapa segala dalam dan segala asy-ya' dan hayat kehidupan keduanya kerana ia asal kejadian sekalian alam ini. maka mesralah ia pada sekalian alam ini seperti mesra air dengan tumbuhan. FAFHAM FAINNAHU MUHIMMUN. Itulah isyarat.

Kata Sheikh Masyayikhina Qutbuz zaman Maulana Sheikh Muhammad bin Abdul Karim As-Samman r.a. di dalam selawatnya yang bernama Al-Minhah Al-Muhammadiyah. (TEKS ARAB) Ertinya: Yakni adalah nama nabi kita Muhammad s.a.w. AHMAD. Bermula ALIF nya itu menunjukkan atas mesra rahsia zatnya itu pada tiap2 zarah segala alam ini. dan HA nya itu menunjukkan ia atas keadaannya itu hayat dan kehidupan segala alam yang daripadanya jua permulaannya dan kepadanya jua kembalinya. INTAHA.

hasin:
dan yang kedua daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat WAHDAH namanya. Iaitu zahir daripadanya segala sifat dan asma' dengan ijmal yakni perhimpunan iaitulah hakikat nabi kita Muhammad s.a.w. yang iaitu asal daripada segala yang maujud dan hayatnya. Maka adalah nabi kita Muhammad s.a.w. iaitulah huwiyyatul 'alam ertinya hakikat alam dan asal segala asy-ya' kerana bahawasanya segala asy-ya' itu dijadikan daripada nur nabi kita Muhammad s.a.w. seperti sabdanya s.a.w. bagi saidina jabir r.a. demikian bunyinya:

(AWWALU MA KHALAQOLLAHU NURA NABIYYIKA YA JABIR. FA KHALAQO MINHUL ASY-YA'. WA ANTA MIN TILKAL ASY-YA')

ertinya: bermula-mula yang dijadikan Allah Taala itu cahaya nabimu hai Jabir. Maka dijadikan daripadanya itu akan segala asy-ya.
kemudian maka bersabda pula ia bagi Jabir itu: bermula engkau itu setengah daripada segala asy-ya.

Bermula makna dijadikan itu dizahirkan.

Dan pada hadis yang lain, sabda Nabi s.a.w.: (ANA MINALLAHI WAL MUKMINUNA MINNI).

ertinya: Aku daripada Allah dan segala mukmin itu daripadaku.

Dan lagi sabda nabi s.a.w.: (INNALLAHA KHALAQO RUHANNABIYYI S.A.W. MIN ZATIHI WA KHALAQOL 'ALAMA BI ASRIHI MIN NURI MUHAMMADIN S.A.W.)

ertinya: Bahawasanya Allah Taala telah menjadikan ia akan ruh nabi Muhammad s.a.w. daripada zatNya dan menjadikan ia akan alam sekaliannya daripada Nur Muhammad s.a.w.

hasin:
dan lagi tersebut di dalam hadis riwayat daripada Abdul Razzaq r.a. dengan sabdanya daripada Jabir r.a. berdatang sembah Jabir kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya: Ya Rasulallah! Khabari akan hamba daripada mula-mula suatu yang dijadikan Allah Taala akan dia yang dahulu daripada tiap-tiap Asy-ya'. Maka sabdanya: (YA JABIR. INNALLAHA KHALAQO QABLAL ASY-YA NURA NABIYYIKA MIN NURIHI) AL-HADIS.

ertinya: Hai Jabir! Bahawasanya Allah Taala telah menjadikan ia dahulu daripada segala asy-ya itu akan Nur nabimu iaitu dijadikan ia daripada zatNya.

Maka difahamkan daripada yang demikian itu bahawasanya nabi kita Muhammad s.a.w. daripada Nur zat Allah dan dari kerana yang demikian itu, maka menama Allah Taala akan dia di dalam Quran yang mulia dengan nurnya. Seperti firmanNya yang Maha Tinggi:

(LAQOD JA-AKUM MINALLAHI NURUN)

ertinya: Sanya telah datang akan kamu daripada Allah Taala itu Nur iaitu nabi kita Muhammad s.a.w.

Bermula Nur itu seperti yang diketahui nama zat Allah Taala, maka dinamai akan nabi kita Muhammad s.a.w. itu dengan dia kerana ia tiada lain daripadanya. Seperti matahari maka bahawasanya cahaya matahari itu menunjukkan atas wujudnya tetapi bukan ia dirinya pada i'tibar Shurah dan tiada lain daripadanya pada i'tibar makna. kerana ketiadaan cahaya matahari itu sebab ketiadaan wujud matahari. Maka dengan perkara ini tiada cahaya itu diri matahari dan tiada lain daripadanya.

Dan difaham daripada sini tatkala ada ia seperti makna perkara yang akhir ini iaitu cahaya itu tiada lain daripadanya maka menamai Allah Taala itu akan nabi kita Muhammad s.a.w. itu dengan Haqq (seperti) firmanNya Jalla Wa 'Ala (YA AYYUHAN NASU QOD JA-AKUMUL HAQQU MIN ROBBIKUM):

ertinya: Hai segala manusia! Sanya telah datang akan kamu Haqq daripada Tuhan kamu. (dan) iaitu nabi kita Muhammad s.a.w.

hasin:
Bermula yang pertama-tama daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat AHADIYAH namanya. Maka zahir padanya segala sifat dan asma' tetapi binasa keduanya itu di dalam zat dan iaitu martabat kunhi zat Allah s.w.t. dan tiada di atas martabat itu martabat yang lain. tetapi adalah sekalian martabat yang tersebut itu di bawah martabat ini jua.

hasin:
KHATIMAH FI BAYANI MARATIB TAJALLI AZ-ZAT

Bermula ini suatu khatimah pada menyatakan segala martabat tajalli zat.

Ketahui olehmu hai salik bahawasanya tajalli zat itu atas tujuh martabat kemudian daripada tanazzulnya daripada hadrat as-Sarij iaitu ibarat daripada zat semata-mata daripada tiada i'tibar sifat dan asma' iaitu dibangsakan orang dengan putus daripada isyaratnya.

Kata arif billah sayyid Abdullah bin Ibrahim Ghani (q.s) di dalam kitab yang tersebut itu: (Bermula) wujud Allah itu tiada dapatkan akan ketahuinya pada akal dan hissi yakni segala pancaindera yang lima kerana bahawasanya tiada baginya had dan hingga. Maka barangsiapa menghendaki mendapatkan akan dia dengan jalan ini yakni dengan jalan akal hissi, nescaya berusaha ia di dalam jalan yang mustahil tetapi tiada dapat setengah jua pun daripada yang demikian itu melainkan dengan jalan kasyaf di sana. INTAHA.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version