Petikan Kitab Durrun Nafis

Author Topic: Petikan Kitab Durrun Nafis  (Read 7804 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hasin

  • *
  • Posts: 875
    • View Profile
13 October, 2009, 05:29:27 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Pengarang kitab Durrun Nafis ialah Maulana Al-'Allamah Al-Fahhamah Al-Mursyid Ila Thoriqus Salamah, Sheikh Muhammad Nafis bin Idris Al-Banjari (r.h.).

    Maulana - Tuan kami, Al-'Allamah - Yang Alim, Al-Fahhamah - Yang Memahami, Al-Mursyid - Yang menunjuk jalan, Ila Thoriqus Salamah - Ke jalan Keselamatan.

    Tajuk Asal kitab Durrun Nafis ialah Ad-Dur An-Nafis Fi Bayan Wahidah Al-Af'al wa Al-Asma' wa As-Sifat wa Az-Zat Zat At-Taqdis.

    Ad-Dur - Permata, An-Nafis - Yang bernilai, Fi Bayan - Pada menerangkan, Wahidah - Keesaan, Al-Af'al - Perbuatan-perbuatan, wa - dan, Al-Asma' - Nama-nama, As-Sifat - sifat-sifat, Az-Zat - Zat, At-Taqdis - Yang disucikan.

    Tarikh kitab ini ditulis - tahun hijrah 1200.

    Saya (Hasin) belajar kitab ini daripada Ustaz Tuan Besar, cicit kepada wali Allah, Tokku Paloh, di Masjid Tokku Paloh (Syed Abdul Rahman Al-Idrus), Kuala Terengganu (di belakang Muzium Negeri Terengganu) pada kuliah maghrib setiap malam Rabu.


    Dan yg ketujuh itu daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat yang menghimpunkan bagi segala martabat yang enam dahulu itu dan iaitu martabat tajalli dan libas yang akhir dan iaitu martabat INSAN namanya maka inilah tujuh martabat.

    Sila baca komentar saya pada Jawab # 20 (ms 3).
    « Last Edit: 16 October, 2009, 10:00:04 AM by hasin »

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #1 13 October, 2009, 05:34:51 PM
  • Publish Di FB
  • dan yang keenam daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat alam AL-AJSAD namanya ertinya iaitu segala perkara yang dijadikan berupa lagi kasar yang menerima bahagi.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #2 13 October, 2009, 05:37:00 PM
  • Publish Di FB
  • dan yang kelima daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat alam AL-MISAL namanya artinya iaitu segala perkara yang dijadikannya berupa yang halus yang tiada menerima bahagi.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #3 13 October, 2009, 05:40:14 PM
  • Publish Di FB
  • dan yang keempat daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat alam AL-ARWAH namanya iaitu sunyi daripada bersusun lagi keadaannya itu terhampar luas iaitulah hakikat segala ruh yang zahir ia atas segala zatnya dan seumpamanya.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #4 13 October, 2009, 05:59:05 PM
  • Publish Di FB
  • dan yang ketiga daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat WAHIDIYAH namanya itu zahir padanya segala sifat dan asma' dengan mentafsilkan akan barang yang ada ia mujmal pada hadrat WAHDAH dan pada hadrat WAHIDIYAH ini hasillah khitob dengan ini daripada Allah Taala itu firmannya: INNAHU ANALLAH ertinya bahawasanya Aku Allah.

    Bermula sebab peroleh khitob dengan kalam yang qadim pada hadrat WAHIDIYAH itu kerana diperoleh yang dikhitob dengan dia iaitu alam sifat dan asma'.

    Bermula segala martabat yang tiga yang telah terdahulu itu sekaliannya qadim.

    Bermula dikehendaki dengan tanazzul zat yakni terdahulu dan terkemudian itu dengan dibangsakan kepada akal jua iaitu amrun i'tibari bukan dengan dibangsakan kepada zaman.

    Syahdan maka nyatalah daripada alam Asma' dan Sifat itu ruh nabi kita Muhammad s.a.w. yang ia mujmal pada hadrat WAHDAH dan mufassol pada hadrat WAHIDIYAH kepada alam syahadah ini  ialah awal daripada segala mumkinat yang dizahir daripada hadrat Mahabbah.

    Seperti firman Allah Taala di dalam hadis qudsi: KUNTU KANZAN MAKHFIYYAN FA AHBABTU AN U'RAFA FA KHOLAQTUL KHALQA LI YA'RIFANI ertinya adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka kasih Aku akan dikenal orang akan Daku maka Ku jadikan akan makhluk iaitu nabi kita Muhammad s.a.w. supaya mengenal ia akan Daku.

    Maka murad dengan dijadikan itu zahirkan maka tatkala sempurnalah kejadian nabi kita Muhammad s.a.w. itu kepada alam syahadah ini maka dijadikanlah daripadanya itu akan segala alam yang lain maka adalah ruh nabi kita Muhammad s.a.w. itu bapa segala arwah seperti nabi Allah Adam a.s. bapa segala tubuh.

    Seperti sabda nabi s.a.w. (ANA ABUL ARWAH WA ADAM ABUL BASYAR) ertinya aku bapa segala ruh dan nabi Allah Adam itu bapa segala tubuh.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #5 13 October, 2009, 08:11:23 PM
  • Publish Di FB
  • kata sheikh abdul ghani al-nablusi (q.s) di dalam syarah fusus: maka adalah ruh segala jasad itu satu jua. hanya sanya yang berbilang itu nafsu jua. dan nafsu itulah yang mati.

    bermula ruh itu tiada ia mati kerana berdirinya dengan Haq Taala pada sekalian pekerjaanNya. INTAHA.

    Tetapi adalah nabi kita Muhammad s.a.w. bapa segala dalam dan segala asy-ya' dan hayat kehidupan keduanya kerana ia asal kejadian sekalian alam ini. maka mesralah ia pada sekalian alam ini seperti mesra air dengan tumbuhan. FAFHAM FAINNAHU MUHIMMUN. Itulah isyarat.

    Kata Sheikh Masyayikhina Qutbuz zaman Maulana Sheikh Muhammad bin Abdul Karim As-Samman r.a. di dalam selawatnya yang bernama Al-Minhah Al-Muhammadiyah. (TEKS ARAB) Ertinya: Yakni adalah nama nabi kita Muhammad s.a.w. AHMAD. Bermula ALIF nya itu menunjukkan atas mesra rahsia zatnya itu pada tiap2 zarah segala alam ini. dan HA nya itu menunjukkan ia atas keadaannya itu hayat dan kehidupan segala alam yang daripadanya jua permulaannya dan kepadanya jua kembalinya. INTAHA.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #6 13 October, 2009, 08:49:09 PM
  • Publish Di FB
  • dan yang kedua daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat WAHDAH namanya. Iaitu zahir daripadanya segala sifat dan asma' dengan ijmal yakni perhimpunan iaitulah hakikat nabi kita Muhammad s.a.w. yang iaitu asal daripada segala yang maujud dan hayatnya. Maka adalah nabi kita Muhammad s.a.w. iaitulah huwiyyatul 'alam ertinya hakikat alam dan asal segala asy-ya' kerana bahawasanya segala asy-ya' itu dijadikan daripada nur nabi kita Muhammad s.a.w. seperti sabdanya s.a.w. bagi saidina jabir r.a. demikian bunyinya:

    (AWWALU MA KHALAQOLLAHU NURA NABIYYIKA YA JABIR. FA KHALAQO MINHUL ASY-YA'. WA ANTA MIN TILKAL ASY-YA')

    ertinya: bermula-mula yang dijadikan Allah Taala itu cahaya nabimu hai Jabir. Maka dijadikan daripadanya itu akan segala asy-ya.
    kemudian maka bersabda pula ia bagi Jabir itu: bermula engkau itu setengah daripada segala asy-ya.

    Bermula makna dijadikan itu dizahirkan.

    Dan pada hadis yang lain, sabda Nabi s.a.w.: (ANA MINALLAHI WAL MUKMINUNA MINNI).

    ertinya: Aku daripada Allah dan segala mukmin itu daripadaku.

    Dan lagi sabda nabi s.a.w.: (INNALLAHA KHALAQO RUHANNABIYYI S.A.W. MIN ZATIHI WA KHALAQOL 'ALAMA BI ASRIHI MIN NURI MUHAMMADIN S.A.W.)

    ertinya: Bahawasanya Allah Taala telah menjadikan ia akan ruh nabi Muhammad s.a.w. daripada zatNya dan menjadikan ia akan alam sekaliannya daripada Nur Muhammad s.a.w.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #7 13 October, 2009, 09:15:58 PM
  • Publish Di FB
  • dan lagi tersebut di dalam hadis riwayat daripada Abdul Razzaq r.a. dengan sabdanya daripada Jabir r.a. berdatang sembah Jabir kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya: Ya Rasulallah! Khabari akan hamba daripada mula-mula suatu yang dijadikan Allah Taala akan dia yang dahulu daripada tiap-tiap Asy-ya'. Maka sabdanya: (YA JABIR. INNALLAHA KHALAQO QABLAL ASY-YA NURA NABIYYIKA MIN NURIHI) AL-HADIS.

    ertinya: Hai Jabir! Bahawasanya Allah Taala telah menjadikan ia dahulu daripada segala asy-ya itu akan Nur nabimu iaitu dijadikan ia daripada zatNya.

    Maka difahamkan daripada yang demikian itu bahawasanya nabi kita Muhammad s.a.w. daripada Nur zat Allah dan dari kerana yang demikian itu, maka menama Allah Taala akan dia di dalam Quran yang mulia dengan nurnya. Seperti firmanNya yang Maha Tinggi:

    (LAQOD JA-AKUM MINALLAHI NURUN)

    ertinya: Sanya telah datang akan kamu daripada Allah Taala itu Nur iaitu nabi kita Muhammad s.a.w.

    Bermula Nur itu seperti yang diketahui nama zat Allah Taala, maka dinamai akan nabi kita Muhammad s.a.w. itu dengan dia kerana ia tiada lain daripadanya. Seperti matahari maka bahawasanya cahaya matahari itu menunjukkan atas wujudnya tetapi bukan ia dirinya pada i'tibar Shurah dan tiada lain daripadanya pada i'tibar makna. kerana ketiadaan cahaya matahari itu sebab ketiadaan wujud matahari. Maka dengan perkara ini tiada cahaya itu diri matahari dan tiada lain daripadanya.

    Dan difaham daripada sini tatkala ada ia seperti makna perkara yang akhir ini iaitu cahaya itu tiada lain daripadanya maka menamai Allah Taala itu akan nabi kita Muhammad s.a.w. itu dengan Haqq (seperti) firmanNya Jalla Wa 'Ala (YA AYYUHAN NASU QOD JA-AKUMUL HAQQU MIN ROBBIKUM):

    ertinya: Hai segala manusia! Sanya telah datang akan kamu Haqq daripada Tuhan kamu. (dan) iaitu nabi kita Muhammad s.a.w.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #8 13 October, 2009, 10:55:56 PM
  • Publish Di FB
  • Bermula yang pertama-tama daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat AHADIYAH namanya. Maka zahir padanya segala sifat dan asma' tetapi binasa keduanya itu di dalam zat dan iaitu martabat kunhi zat Allah s.w.t. dan tiada di atas martabat itu martabat yang lain. tetapi adalah sekalian martabat yang tersebut itu di bawah martabat ini jua.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #9 14 October, 2009, 06:31:05 AM
  • Publish Di FB
  • KHATIMAH FI BAYANI MARATIB TAJALLI AZ-ZAT

    Bermula ini suatu khatimah pada menyatakan segala martabat tajalli zat.

    Ketahui olehmu hai salik bahawasanya tajalli zat itu atas tujuh martabat kemudian daripada tanazzulnya daripada hadrat as-Sarij iaitu ibarat daripada zat semata-mata daripada tiada i'tibar sifat dan asma' iaitu dibangsakan orang dengan putus daripada isyaratnya.

    Kata arif billah sayyid Abdullah bin Ibrahim Ghani (q.s) di dalam kitab yang tersebut itu: (Bermula) wujud Allah itu tiada dapatkan akan ketahuinya pada akal dan hissi yakni segala pancaindera yang lima kerana bahawasanya tiada baginya had dan hingga. Maka barangsiapa menghendaki mendapatkan akan dia dengan jalan ini yakni dengan jalan akal hissi, nescaya berusaha ia di dalam jalan yang mustahil tetapi tiada dapat setengah jua pun daripada yang demikian itu melainkan dengan jalan kasyaf di sana. INTAHA.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #10 14 October, 2009, 06:39:53 AM
  • Publish Di FB
  • Bermula yang pertama daripadanya itu iaitu yang tiada zhuhur dan yang enam tinggal daripadanya itu iaitu martabat zhuhur.

    Dan adalah martabat yang ketujuh ini apabila naik makrifat orang yang mempunyai martabat yang ketujuh ini dan zahir padanya sekalian martabat yang enam dahulu itu serta luas makrifatnya, maka dikata akan dia INSAN yang KAMIL yakni manusia yang sempurna, melainkan bagi orang yang menghimpunkan akan sifat Jalal dan Jamal dan iaitu nabi kita Muhammad s.a.w. dan kerana inilah menyudahi ia daripada segala nabi.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #11 14 October, 2009, 06:55:30 AM
  • Publish Di FB
  • (NUKTAH) ertinya ini suatu perkataan yang dimaksudkan dalamnya.

    Setelah sudah engkau ketahui daripada sekalian yang tersebut itu, yakni: daripada bahawasanya segala perbuatan ini perbuatan Allah Taala dan tiada bagi hamba itu sekali-kali pun perbuatan dan segala asma' itu sekaliannya asma' Allah dan segala sifat itu sekaliannya sifat Allah Taala jua, hanya yang ada makhluk ini mazhar wujudnya jua dan bahawasanya nabi kita Muhammad s.a.w. itu dijadikan ia daripada nur zat Allah Taala dan sekalian makhluk ini dijadikan daripadanya, ia lah asal kejadian dan hayat kehidupan segala makhluk ini sekaliannya,

    maka sayugianya bagi orang yang menghendaki ia akan bahawasanya hasil baginya perbendaharaan anwar ilahiyah dan segala khazanah rabbaniyah yang ia tertaruh di dalam khazanah hati, bahawa bimbang ia dengan zikir mentauhidkan Allah s.w.t. dan dengan membaca selawat atas nabi s.a.w. supaya membukakan Allah Taala atasnya akan segala perbendaharaan makrifat pada masa yang sedikit dan waktu yang singkat.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #12 14 October, 2009, 12:40:39 PM
  • Publish Di FB
  • Dan setengah daripada yang menyampaikan kepada Allah Taala itu membaca selawat atas nabi s.a.w.

    seperti kata sheikhuna Malawi r.h.: Barangsiapa mengekali membaca selawat ini atas nabi s.a.w. sepuluh ribu pada tiap-tiap malam, nescaya sampai ia kepada Allah Taala di dalam dua tahun.

    Bermula lafaznya yang terlebih afdhal daripada segala yang dibaca itu iaitu (ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMADIN AL-NABIYYI AL-UMMIYYI WA 'ALA AALIHI WA SOHBIHI WA SALLIM).

    Tetapi jangan diniatkan yang demikian itu bahawa yakin akan sampaikan kepada Allah Taala kerana tiada sampai seorang itu kepada Allah Taala pada hal ada di dalam hatinya itu ingin akan sampai kepada Allah Taala. INTAHA TAQRIR SHEIKHINA AL-JAUHARI FI DARSIHI.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #13 14 October, 2009, 04:28:22 PM
  • Publish Di FB
  • (komentar hasin)

    Kitab Durrun Nafis adalah sebuah kitab tauhid yang menerangkan tentang 3 perkara:

    1- 4 kategori sifat Allah: Nafsiah, Salbiyah, Ma'ani dan Maknawiyah.
    2-4 jenis tauhid: Tauhid Af'al, Tauhid Asma', Tauhid Sifat dan Tauhid Zat.
    3- 7 martabat : Ahadiah, Wahdah, Wahidiah, alam arwah, alam misal, alam ajsad dan alam insan.
    « Last Edit: 07 February, 2010, 11:57:22 PM by hasin »

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #14 15 October, 2009, 09:47:26 AM
  • Publish Di FB
  • (AL-FASLU  ATS-TSANI FI BAYAN TAUHID AL-ASMA')

    Bermula fasal yang kedua pada menyatakan Tauhid Al-Asma' ertinya mengesakan Allah Taala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan.

    (Syahdan) bermula kaifiat mengesakan Allah Taala pada segala Asma'Nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu bahawa segala Asma' itu sekaliannya kembali ia kepada Asma' Allah Taala yakni segala yang bernama di dalam alam ini sekaliannya Mazhar Asma' itu menuntut ia akan wujud Musamma. Maka tiada yang Maujud itu pada hakikat hanya Allah Taala sendirinya jua dan wujud segala alam ini hanya Khayali dan Waham jua dengan dinisbahkan kepada wujud Allah Taala.

    Maka sebab itulah kembali segala Asma' itu kepada yang Maujud itu Allah Taala s.w.t. Dan wujud Allah itu Qaim ia pada segala Asma'. Dan zahir ia dengan dia itu satu jua. Yakni bahawasanya segala Asy-ya' itu kezahiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua. Dan yang zahir dengan segala Asy-ya' itu satu jua daripada tiada Ittihad dan Hulul. Maha Tinggi Allah Taala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar. Sebab pun dibuat misal oleh setengah daripada segala arif Billah itu kerana menghampirkan kepada faham jua.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #15 15 October, 2009, 08:10:41 PM
  • Publish Di FB
  • (AL-FASLU AR-RABI' FI BAYANI TAUHID AZ-ZAT)

    Bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid az-zat. Ertinya mengesakan Allah Taala pada zat. Dan maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam. Tiada lagi di atasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya. Dan kepadanya kesudah-sudahan Musyahadah dan pandang segala orang yang Arif dan kepadanya lah perhentian perjalanan mereka itu. Dan kepadanya lah diperolehnya lazat yang terlintas pada hati manusia. Dan kepadanya lah sehingga-hingga dan sehabis-habis sampai pengetahuan segala makhluk. Dan kepada maqam yang di atasnya daripada ini, tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga Nabi Mursal dan Malaikat yang Muqarrabin sekalipun, tiada sampai kepadanya, iaitu maqam Kunhi zat Allah Taala.

    Seperti firman Allah Taala: (WA YUHAZZIRU KUMULLAHU NAFSAHU) yakni: Dipertakuti Allah Taala daripada sampai Makrifatmu akan kunhi zatNya.

    (Dan lagi) sabda Nabi s.a.w.: (KULLUKUM FI ZATILLAHI AHMAQU) yakni: Sekalian kamu mendapat akan kunhi zat Allah Taala Ahmaq. Ertinya: tiada mendapat kepada kunhi zatNya sekali-kali.

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #16 15 October, 2009, 08:38:30 PM
  • Publish Di FB
  • (Kata) sheikh abdul wahab as-sya'rani (q.s.) di dalam kitab al-jawahir wa ad-durar daripada menterjemahkan kata sheikhnya sayyidi ali al-khawwas r.a. (Bermula) pengetahuan akan zat Haqq Taala itu tiada merasai dan mendapat akan dia oleh seorang jua pun daripada segala makhluknya. kerana bahawasanya Allah Taala itu bukan ia 'Ain yang dihukumkan akan dia oleh akal. Dan bukan ia 'Ain yang dihukumkan akan dia oleh Syuhud hati. Dan tetapi adalah ia itu di balik yang demikian itu. Maka bukan ia 'Ain yang dikenal oleh mereka itu akan dia. Dan bukan ia 'Ain yang dijahilkan oleh mereka itu akan dia.

    (Dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu, maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghaib iaitulah 'Ain yang disyuhud dan iaitulah ibadat yang sempurna ibadat. WALLAHU A'LAM. IH.

    (Syahdan) Tiada yang sampai kepada maqam Tauhid Az-Zat ini melainkan nabi kita Muhammad s.a.w. jua dan barang yang ada daripada segala Anbiya' dan Auliya' yang di bawah qadamnya. Kerana tiada dijadikan Allah Taala dengan zatNya itu hanya nabi kita Muhammad s.a.w. jua. Seperti yang tersebut di dalam hadis Jabir r.a. yang lagi akan datang pada Khatimah.

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Jawab #17 15 October, 2009, 11:45:08 PM
  • Publish Di FB
  • Hasin, diharap dapat memberikan pendahuluan yang lebih jelas mengenai apa yang ditulis di sini. Apatah lagi petikannya menggunakan bahasa melayu lama; yang sebaiknya dipelajari dengan guru secara berdepan di dunia realiti.

    Allahu'alam
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #18 15 October, 2009, 11:55:48 PM
  • Publish Di FB
  • (Komentar Hasin)

    Terimakasih kepada sesiapa yang sudi membaca tajuk saya ini.

    Tujuan saya merumikan kitab jawi ini ialah untuk berkongsi kegembiraan saya kini seolah-olah sudah mendapat Hasanah di dunia. Sebabnya ialah saya kini sedar rupa-rupanya diri saya adalah martabat ke-7 dari tanazzul tajalli zat.

    Jika ditanya, apa itu tanazzul tajalli zat? Maka terjemahan harfiyyahnya ialah Penurunan Penjelmaan Zat. Jika diminta terangkan, maka makna Penurunan Penjelmaan Zat, maka perlu hati-hati untuk menjawabnya. Kebanyakan guru akan mengatakan ia adalah rahsia.

    Jika dibiarkan rahsia terus menjadi rahsia, maka akan memakan masa hingga bertahun untuk mengetahui hakikat diri sendiri. Macamana nak mencapai Hasanah jika rahsia diri sendiri tidak terbongkar?

    hasin

    • *
    • Posts: 875
      • View Profile
    Jawab #19 16 October, 2009, 12:07:13 AM
  • Publish Di FB
  • :)



    Dan yg ketujuh itu daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat yang menghimpunkan bagi segala martabat yang enam dahulu itu dan iaitu martabat tajalli dan libas yang akhir dan iaitu martabat INSAN namanya maka inilah tujuh martabat.

    (Komentar Hasin)

    Saya mulakan tajuk saya dengan martabat ke-7 dahulu. Sedangkan penulis memulakan dengan martabat ke-1 dulu. Sebabnya saya menganggap akal kita lebih mudah untuk memahami keadaan kita dulu yang ada sekarang berbanding memikirkan asal-usul kita yang perlu difahami dengan memerah otak.

    Bahasa mudah untuk petikan di atas:

    Martabat ketujuh yang merupakan martabat terakhir dalam Martabat Tajalli Zat ialah martabat INSAN. Martabat INSAN ini menghimpunkan keenam-enam martabat yang terdahulu (yang saya akhirkan teksnya kerana sebab yang saya sebutkan dahulu).

    Martabat INSAN ialah Martabat Penjelmaan dan Pakaian Terakhir kepada Proses Tingkat-tingkat Penjelmaan Zat.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    3694 Views
    Last post 13 May, 2009, 05:17:54 PM
    by cokodok08
    0 Replies
    994 Views
    Last post 30 January, 2012, 02:21:30 AM
    by Cordoba Academy
    9 Replies
    827 Views
    Last post 10 June, 2013, 07:44:12 PM
    by hasin