Dosa Mengumpat

*

Author Topic: Dosa Mengumpat  (Read 20166 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

12 October, 2009, 12:29:28 PM
  • Publish
  • DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

    Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

    Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud :
    "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

    Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

    Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

    Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

    Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

    Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

    Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


    Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

    Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
    yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

    Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

    Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

    Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
    « Last Edit: 12 October, 2009, 12:31:28 PM by hakim114 »
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    Reply #1 29 November, 2009, 08:59:27 PM
  • Publish
  • ana nak tanya pendapat..
    malam tu kat halaqah,ada sahabat buat keluar citer mengenai sorang sahabat lain`rahsia` ttg ada la kisah nyer..
    tapi citer tu untuk amik pengajaran ttg keberkatan dan keberkesanan doa yg sahabat tu baca..
    tapi citer tu agak aib la
    cuma kami mmg x tahu sape..dan x ditanya pun..
    tapi,sebelum citer tu habis..ada kakak senior,masuk halaqah dan nak bincang pasal
    hadis..kami adik2..ikut je..
    ana teringin nak tahu,ape doa yang dibaca dan kisah sebenar2nya.
    adakah khabar angin or ape?
    coz agak menekutkan la bagi kami kaum wanita..he3

    ana tanya pada sorang kakak senior tahun akhir ttg citer
    betol ke ada kisah .................kat maktab kita nie,dan dia baca doa
    jadi terus mcam nie...................
    kakak u cakap...betul... kisah tu bbrapa tahun lepas
    orang yang kena tu
    ..................................
    kakak tu terbagitahu name..
    ana x tanya pun.
    ana sgt terkejut.
    ana rasa ana xperlu tahu aib kakak tu
    coz ana teramat2 menghormait dia..
    lagi malang/\..ada 2 sahabt lain juga disitu..
    ana x expexct akak tu ajan bgthu nama..niat ana,
    nak pastikan citer tu betul ke x
    dan doa apa yang orang tu baca.
    atlast.
    tertahu aib orang pula.
    ana nak tanya
    patut ke ana mintak maaf dgn tuan punya badan?
    tapi ana xda niat lgsg nak bercakap ttg aib org..
    mmg ape yg ana tny ttg aib org pun malam tu
    tapi,ana bermaksd pada pengajaran
    sape yg terlibat.ana
     x nak tahu..
    tapi tu pula yang ana dapat tahu..
    apa harus ana buat??

    Reply #2 29 March, 2010, 12:32:53 PM
  • Publish
  • salam..kalo kite dpt tau org y umpat kte tu dr org lain dan org y cite kat kte tu pun cite blik keburukan die adakah itu dikira mengumpat?

    Reply #3 29 March, 2010, 12:48:19 PM
  • Publish
  • ana nak tanya pendapat..
    malam tu kat halaqah,ada sahabat buat keluar citer mengenai sorang sahabat lain`rahsia` ttg ada la kisah nyer..
    tapi citer tu untuk amik pengajaran ttg keberkatan dan keberkesanan doa yg sahabat tu baca..
    tapi citer tu agak aib la
    cuma kami mmg x tahu sape..dan x ditanya pun..
    tapi,sebelum citer tu habis..ada kakak senior,masuk halaqah dan nak bincang pasal
    hadis..kami adik2..ikut je..
    ana teringin nak tahu,ape doa yang dibaca dan kisah sebenar2nya.
    adakah khabar angin or ape?
    coz agak menekutkan la bagi kami kaum wanita..he3

    ana tanya pada sorang kakak senior tahun akhir ttg citer
    betol ke ada kisah .................kat maktab kita nie,dan dia baca doa
    jadi terus mcam nie...................
    kakak u cakap...betul... kisah tu bbrapa tahun lepas
    orang yang kena tu
    ..................................
    kakak tu terbagitahu name..
    ana x tanya pun.
    ana sgt terkejut.
    ana rasa ana xperlu tahu aib kakak tu
    coz ana teramat2 menghormait dia..
    lagi malang/\..ada 2 sahabt lain juga disitu..
    ana x expexct akak tu ajan bgthu nama..niat ana,
    nak pastikan citer tu betul ke x
    dan doa apa yang orang tu baca.
    atlast.
    tertahu aib orang pula.
    ana nak tanya
    patut ke ana mintak maaf dgn tuan punya badan?
    tapi ana xda niat lgsg nak bercakap ttg aib org..
    mmg ape yg ana tny ttg aib org pun malam tu
    tapi,ana bermaksd pada pengajaran
    sape yg terlibat.ana
     x nak tahu..
    tapi tu pula yang ana dapat tahu..
    apa harus ana buat??



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Merpati_Putih dah lama terbang di laman HALAQAH!   Tentu banyak pengalaman dan banyak pengetahuan.  Tak boleh ke guna tulisan penuh?  Singkatan yang berlebihan sehingga menyusahkan orang lain membaca adalah menyakitkan!

    Teguran ini sudah banyak kali dibuat oleh pentadbir2 HALAQAH, tapi masih ramai lagi ulangi kesalahan ini.  Kita di sini adalah orang2 terpelajar dan berpengetahuan dan bijak.    Orang yang bijak sekali cakap saja sudah faham!    senyum*

    Semoga tidak berulang lagi!

    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    Reply #4 29 March, 2010, 01:48:05 PM
  • Publish
  • mengumpat adalah asam garam dalam masyarakat,ada yang mengatakan mengumpat tentang benda betul itu tidak mengapa,sedangkan mengumpat itu tetap mengumpat.atau bagaimana istilah mengumpat itu hendak diterjemahkan





    http://kedaisauda.blogspot.com
    YM: Tok_janggut_85@yahoo.com

    Reply #5 06 April, 2010, 07:33:15 AM
  • Publish
  • salam...mcm mana kita nk minta maaf kt orang jika orang yang kita unpatkan itu berada jauh dari kita..dan kita tidak mampu untuk pergi ke tempatnya?

    tepon..
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    Reply #6 06 April, 2010, 04:30:46 PM
  • Publish
  • salam...mcm mana kita nk minta maaf kt orang jika orang yang kita unpatkan itu berada jauh dari kita..dan kita tidak mampu untuk pergi ke tempatnya?

    kalau malu nak tepon, sms atau emel pun boleh..
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Reply #7 06 April, 2010, 05:01:24 PM
  • Publish
  • salam...mcm mana kita nk minta maaf kt orang jika orang yang kita unpatkan itu berada jauh dari kita..dan kita tidak mampu untuk pergi ke tempatnya?

    kalau malu nak tepon, sms atau emel pun boleh..

    kalau tak tau e-mel atau number telefon..dalam erti kata lain terputus perhubungan..kena berusaha sedaya upaya berhubung semula..kerana ia seperti hutang selagi tak dibayar selagi tu menanggung dosa.tapi,kalau tak dapat juga apa kan daya.kita makluk yang lemah..mohonlah bantuan dari yang Esa semoga kita dimaafkan.tawakkal setelah berusaha.InsyaAllah,beroleh ketenangan..Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Banyakkan berdoa untuk orang yang kita burukkan..Semoga beroleh kemaafan. :aamiin:

    Reply #8 28 April, 2010, 09:08:04 PM
  • Publish
  • Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah.

    Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat.


    Definisi Ghibah


    Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah yang berikut:

    “Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah  menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

    Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

    ” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)


    Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.


    Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

    1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
    Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

    “Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

    Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan berkuasa untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

    Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

    “Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

    2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbezaan antara yang haq dan yang bathil.

    3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
    Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih dari itu.

    4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

    a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

    b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

    c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

    5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya, supaya masyarakat dapat mengelak diri daripada gangguannya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

    6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain dapat mengenalinya dengan mudah. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

    wallahua'lam

    sumber: http://hikmatun.wordpress.com/2007/11/05/ghibah-mengumpat-yang-dibenarkan/

    ___________________________________________________________________________________________

    Mudah-mudahan kita semua menjauhkan diri daripada perkara ghibah yang bertujuan memburukkan-burukkan muslim yang lain, kerana jalan ke arah itu mungkin terbentang luas. Takutlah kepada dosa mengumpat yang hanya-sanya boleh dimaafkan oleh si mangsa. Jangan ditambah dosa kita yang sudah sedia banyaknya.
    « Last Edit: 28 April, 2010, 09:24:35 PM by hurulain01 »
    Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna, Al-Quranu Dusturuna
    http://hurulain01.blogspot.com

    Reply #9 28 April, 2010, 10:10:04 PM
  • Publish
  • assalammualaikum, memang dosa besar kepada orang yang suka mengumpat kan? di tempat kerja saya memang banyak orang yang suka mengumpat ni. kadang2 tanpa di sedari saya pun terlibat sama. sekarang ni saya ingin berhenti keje di sebabkan banyak sungguh orang yang suka mengumpat, hasad dengki dan macam2 lagi.

    Reply #10 28 April, 2010, 10:51:05 PM
  • Publish

  •  berisalam
    Ustazah saya cakap, bukan setakat orang yang mengumpat ja dapat 'saham' di akhirat,
    tetapi yang tumpang mendengar pun dapat dividennya.
    Jadi berhati-hatilah kalau berbualbicara dengan rakan-rakan. Kalau ada unsur-unsur mengumpat beredarlah dari situ.
     (peringatan untuk diri sendiri )

    Sabda Rasulullah s.a.w. " Bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri,
     daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain"

    WALLAHu'alam
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    Reply #11 25 May, 2010, 09:59:49 AM
  • Publish
  •  berisalam

    Dosa mengumpat

    Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
    seseorang kepada orang lain.

    Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya
    bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu
    dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

    Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
    apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
    pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

    Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia boleh disamakan
    seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup
    memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

    Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
    diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

    Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
    Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal
    dan menerima pembalasannya diakhirat.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana
    mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
    zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

    "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
    sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
    dan Ibnu Hibbad)


    Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
    sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

    Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
    diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
    perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

    Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
    beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan
    lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip
    keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
    dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
    (Hadis riwayat Abu Daud)

    Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
    rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
    "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

    Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
    mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

    Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar
    apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
    didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
    datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
    melakukannya".

    Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat
    engkau tanpa engkau ketahui".

    Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
    diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
    dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis
    diakhirat nanti.

    Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
    mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir
    supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
    Hanya padaMu diri hambamu ini bersyukur...

    Reply #12 25 May, 2010, 02:01:25 PM
  • Publish
  • assalamualikum...

    alhamdulillah..banyk kali ana baca atikal nie..tp bila di baca berulang2 kali..ana rasa takt..tkut..
    ana selalu dgr org mengata..ana sedih..adakah ana turut bersubahat..ana selalu marah sapa2 yg suka mengata..
    tp bila tegor..mst dia org cakp..ala benda betol la...:sedihnya:...
    sedihnyaaaaaaaaaaa...

    moga ALLAH lindungi kita...amin..inyaALLAH
    Ya- Allah..Ya- Rahman.. Ya-Rahim..
    ampunilah dosa ku..

    Ya- Allah..Ya-Robi..
    Kasihilah dan redhailah daku...

    Reply #13 25 May, 2010, 02:29:49 PM
  • Publish
  • SALAM..
    kadang kal kta dah cuba jauhkan tabiat mengumpat..tp bila dah jumpa kawan yang hobi kuat mengumpat kita pun tersangkut..dan ikut dengar..
    huhuu..heemm..jauhilah tabiat mengumpat..

    Reply #14 25 May, 2010, 04:37:00 PM
  • Publish
  • Asslamualaikum...
    Mengumpat nie kadang2  dah jadi macam satu hobi pulak....Dalam satu ari kalau tak mengumpat bagi diorang macam tak leh hidup lak ,macam best lak mengumpat...Pergi jer mana2 kalau tak mengumpat macam tak syok,wajib gak bual bicara di mulakan ngan mengumpat orang......
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    Reply #15 25 May, 2010, 04:47:24 PM
  • Publish
  • Asslamualaikum...
    Mengumpat nie kadang2  dah jadi macam satu hobi pulak....Dalam satu ari kalau tak mengumpat bagi diorang macam tak leh hidup lak ,macam best lak mengumpat...Pergi jer mana2 kalau tak mengumpat macam tak syok,wajib gak bual bicara di mulakan ngan mengumpat orang......

    tu la pasal :senyum:...kadang2 bila ada kawan yang suka mengumpat ni, apa g mula la join... lepas tu kata bukan ngumpat, tapi cakap je :senyum:
    renung2kan dan selamat beramal... oklahtu*

    Reply #16 25 May, 2010, 04:53:32 PM
  • Publish
  • Asslamualaikum...
    Mengumpat nie kadang2  dah jadi macam satu hobi pulak....Dalam satu ari kalau tak mengumpat bagi diorang macam tak leh hidup lak ,macam best lak mengumpat...Pergi jer mana2 kalau tak mengumpat macam tak syok,wajib gak bual bicara di mulakan ngan mengumpat orang......

    tu la pasal :senyum:...kadang2 bila ada kawan yang suka mengumpat ni, apa g mula la join... lepas tu kata bukan ngumpat, tapi cakap je :senyum:
    renung2kan dan selamat beramal... oklahtu*

    tu le pasal..

    Reply #17 25 May, 2010, 06:11:37 PM
  • Publish
  • "Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammadinin Nabiyil Ummiyyi Wa 'ala Alihi Wasohbihi Wasallim" ..
    "Allahumma Solli WaSallim WaBarikh 'Alaihi Wa'ala alih "

    Yupp ...

    Mengumpat ini HEBAT!
    Sebelum Dia jadikan 7 petala Langgit dan 7 petala Bumi
    Allah jadikan malaikatNya yang mengawasi setiap Langgit2 ini
    untuk menilik dan menapis amal ibadah anak Adam yang "naik" ke Hadrat Allah Taala ..

    Maka naiklah amalan-amalan yang terang lagi bercahaya laksana matahari tetapi dilemparkan
    semula kepada yang empunya amal oleh malaikat yang menjaga langgit pertama itu kerana bercampurnya amalan
    itu di dalamnya mengUMPAT ..


    Sebab itu amatlah penting bagi mereka yang berjalan menuju kepada Allah Taala seperti yang dipesan
    oleh auliya'Nya  agar dapat diri insani itu mengosongkan (Taqalli) hatinya dan ruhaninya dari sifat tercela (Mazmumah) ini 
    dan dihiasi ( Tahalli ) pula dengan sifat2 yang terpuji ( Mahmudah ) kerana MUSTAHIL sesuatu yang berlawanan itu berSATU.
    Untuk apa  pengosongan dan penghiasan ini  ...
    Kelak Dia menghiasi ruhani dan hatimu dengan keAgunganNya  keMulianNya keSempurnaanNya keSucianNya hingga dirimu
    agar dapat  kamu menerima dan menyimpan kenyataan-kenyataanNya ( Tajali) yakni
    Tajalli AfaalNya , Tajalli AsmaNya , Tajalli  Sifat-SifatNya dan Tajalli DiriNya ..

    Akan tetapi bagaimana mungkin berlaku kenyataan-kenyataan keAgunganNya  keMuliaanNya keSempurnaanNya keSucianNya  tanpa
    pengosongan dan perhiasan sifat kehambaan yang Dzulmat masih memerintah Hati dan Rohani diri....
    Maka sewajarnya diri yang berjalan menuju  kepada Allah Taala membersihkan hati dan menyucikan ruhaninya  ..
    agar dapat hati dan ruhaninya memerintah tubuh jasmaninya di dunia ini kepada MutlakNya ketaatan yang bukannya sekadar lakonan ketaatan ..

    Inilah sifirnya 3 tha ( Taqalli , Tahalli dan Tajalli ) yang biasa didendangkan buat anak-anak oleh si ayah ..
    mengosongkan hati anaknya yang telah terbit Mazmumah - mengumpat dan sebagainya yang non-halal ini
    pada makanan rohani anaknya kepada perhiasan Mahmudah tasbih tahmid takbir kepadaNya ..

    Allahumma Amin ya Lathiff ...
    Mudah2an Allah permudahkan ...





    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    Reply #18 25 May, 2010, 06:39:25 PM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum

    Jelaslah pada kita bahawa perbuatan mengumpat ini haram dan berdosa.

    Dari riwayat Muslim, sabda Rasulullah s.aw. :" Setiap orang Islam atas orang Islam lainnya itu haramlah darahnya ( tidak boleh membunuhnya) Haram pula hartanya ( tidak boleh merampasnya) dan haram pula kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya)"

    Agar kita sentiasa memelihara lidah kita dari terlepas kata-kata mengumpat.
    Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

    wALLAHU'alam

    Reply #19 29 November, 2010, 05:43:08 PM
  • Publish
  • 6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali

    SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.

    Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

    Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

    Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
    sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
    yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
    beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

    Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

    1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
    dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

    2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

    3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

    4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

    5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

    6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

    Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

    Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

    #Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan

    #Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    5507 Views
    Last post 28 June, 2012, 05:28:54 PM
    by misz_sha
    38 Replies
    5934 Views
    Last post 07 July, 2011, 04:33:36 PM
    by flowerpink
    2 Replies
    1450 Views
    Last post 06 September, 2012, 07:41:33 PM
    by al_ahibbatu