Perbezaan IJMAK ULAMAK dan JUMHUR ULAMAK

Author Topic: Perbezaan IJMAK ULAMAK dan JUMHUR ULAMAK  (Read 4461 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1294
    • View Profile
11 October, 2009, 03:55:03 PM
  • Publish Di FB

  • Soalan :
    Kenapa dok turut pendapat syaukani sedangkan JUMHUR kita kebelakang kan.Apa kita ingt alasan2 yg didatang olh syaukani JUMHUR tak tahu.Kemudian,kesemua ulama 4 tu adlh mujtahid mutlak,manakala syaukani?,,,Kita bukan merendah2kan beliau sbg yg jg sebagai ulama,tetapi siapa dia berbanding dengan JUMHUR.

    Jawapan :

    Yang menjadi hujjah dalam Islam ialah Ijmak ulamak, bukan jumhur ulamak. Ijmak tidak boleh dipertikai, tetapi jumhur masih harus dipertikai. Tidak semestinya pandangan jumhur yang rajih. Adakalanya yang rajih ialah pandangan yang bukan jumhur. Ukuran rajih bukan terletak pada pandangan itu dari jumhur (majoriti) atau dari bukan jumhur, tetapi terletak pada dalil yang dikemukakan. Bukan sahaja Imam Syaukani yang pernah menyalahi jumhur, malah ulamak-ulamak besar sebelumnya juga pernah menyalahi jumhur. Mereka bukan sengaja nak tunjuk diri hebat, tetapi itulah kejujuran mereka dalam memberi pandangan. Walaupun menyedari akan ada orang akan menghina atau mengutuk mereka -khusus oleh golongan taksub mazhab- kerana menyalahi jumhur, namun yang menjadi penilaian mereka bukan keredhaan manusia tetapi keredhaan Allah. Ulamak hari ini makan gaji. Kalau tak makan gaji pun, bagi kuliah dapat saguhati. Ulamak dulu, berkhidmat tanpa gaji. Mengajar pula, tiada saguhati. Ulamak hari ini tulis buku dapat royalti. Ulamak dulu tulis buku hanya mengharap pahala dari Allah (royalti di akhirat). Imam Syaukani salah seorang dari ulamak mukhlisin tersebut. Beliau telah menghasilkan karya yang cukup hebat iaitulah Nailul-Autar yang menjadi rujukan oleh ulamak-ulamak Timur Tengah termasuk ulamak-ulamak al-Azhar khusus dalam Muqaranah al-Mazahib.

    Contoh pandangan-pandangan yang menyalahi jumhur;

    1. Pandangan Imam Syafi'ie; menyentuh wanita bukan mahram membatalkan wudhuk. Jumhur ulamak kata tidak batal. Adakah jumhur tak tahu dalil Imam Syafi'ie? Dan adakah Imam Syafi'ie pula tidak tahu dalil jumhur? Di antara yang bersama jumhur ialah Imam Ahmad (murid Imam Syafi'ie). Adakah Imam Ahmad tidak tahu dalil Imam Syafi'ie?

    2. Pandangan Imam Abu Hanifah; bacaan al-Fatihah tidak wajib. Sedangkan jumhur ulamak berkata; wajib. Adakah Imam Abu Hanifah tidak mengetahui dalil jumhur hingga beliau menyalahinya?

    3. Banyak lagi contoh jika hendak dikemukakan.

    Dalam sejarah dunia Islam sejak dari Nabi Muhammad dibangkitkan hingga ke hari ini belum ada seorang ulamak pun yang diizinkan Allah untuk menghimpun kaum muslimin di bawah pandangan/mazhabnya. Sehebat-hebat Imam Malik, banyak pandangannya tidak dipersetujui oleh muridnya Imam Syafiie hingga muncul selepasnya mazhab Syafi'ie. Sehebat-hebat Imam Syafi'ie, banyak juga pandangannya tidak dipersetujui oleh muridnya Imam Ahmad hingga timbul selepasnya mazhab Hanbali.

    Begitulah kehendak Allah. Allah ingin agar ada kepelbagaian pandangan di kalangan umat Islam kerana banyak hikmahnya, antaranya untuk memberi kemudahan kepada kaum muslimin. Kerana itu dikatakan;
    Quote
    "Perbezaan pandangan di antara ulamak adalah rahmat bagi umat".


    Kita yang hidup di akhir zaman ini perlu berterima kasih kepada ulamak-ulamak terdahulu. Mereka bukan maksum, tetapi mereka telah melakukan sesuatu untuk umat yang datang selepas mereka. Kalau tidak kerana kejujuran mereka sudah tentu tidak akan ada perbezaan pandangan -kerana orang hidup bermuka-muka atau untuk mengambil hati orang lain ia tidak akan berani untuk memberi pandangan menyalahi orang lain walaupun hatinya menghendaki sebaliknya-. Begitu juga, kalau tidak kerana mereka yang gigih menulis dan merekodkan pandangan ulamak-ulamak sebelum mereka, nescaya teraba-rabalah orang hari ini mencari pendapat dan pandangan.

    Kita yang hidup hari ini jangan sekali-kali berkata; "siapa Syaukani....(atau mana-mana ulamak yang lain)", tetapi lebih baik kita berkata; "siapalah saya nak mengkritik Syaukani...(atau mana-mana ulamak yang lain)". Dia telah menghasil karya/penulisan yang ribuan/puluhan/ratusan ribu ulamak telah membaca dan mengambil manfaat darinya, sedangkan kita belum tahu apa yang akan kita tinggalkan untuk umat selepas kita.

    Quote
    "Umat tersebut telah berlalu (sejarah mereka). Bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan"
    (al-Baqarah; 141).

    Taman yang indah ialah yang dihiasi dengan pelbagai bunga. Jika hanya satu jenis bunga, tidak berseri taman. Begitu lah indahnya Fiqh Islam dengan kepelbagaian pandangannya. Terserah kepada kitalah untuk memetik mana satu bunga pilihan kita. Yang tidak kita petik, jadikan ia hiasan mata kita. Itu pun jika kita mampu memetik. Jika tidak mampu memetik, jadikan ke semuanya sebagai hiasan mata.
    Wallahu a'lam.
    « Last Edit: 11 October, 2009, 03:57:10 PM by IbnuNafis »

    uwis_qarni

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Jawab #1 15 March, 2010, 07:44:38 PM
  • Publish Di FB
  • anda seolah2 ahmpir mndekati kpd pandangan wahabi, hanya  saja anda masih menghormati pendapat ulama dahulu tidak seperti si Wahabi dekil

    uwis_qarni

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Jawab #2 15 March, 2010, 07:46:40 PM
  • Publish Di FB
  • kitab Nailul Authar itu tdk boleh sembarang dibaca kerana ianya itu buth kpeda syrahan dan ilmu hadits

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #3 15 March, 2010, 08:14:18 PM
  • Publish Di FB
  • anda seolah2 ahmpir mndekati kpd pandangan wahabi, hanya  saja anda masih menghormati pendapat ulama dahulu tidak seperti si Wahabi dekil

    Maaf akhi...sebenarnya IbnuNafis lah orang yang paling kuat membantai wahabi di halaqah ini....mungkin beliau memasukkan thread ini dgn tujuan lain...mohon baca dan faham lagi tulisan tersebut...ia diambil dari blog..

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #4 15 March, 2010, 09:52:49 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamu'alaikum tuan uwais,

    tujuan saya poskan artikel di atas (dari blog Ustaz Ahmad Adnan Fadhil) untuk membezakan di antara ijmak dan jumhur ulamak. Sekiranya tuan ada penjelasan yang lebih jelas dan mantap harap dapat diutarakan. Lagipula jika dilihat pada fahaman wahhabi, mereka jarang menerimaperbezaan pendapat (kerana bagi golongan mereka sahajalah yang benar). Bahkan adakalanya akan dihunjam dengan hukuman sesat. Dan bolehlah diperbaiki lagi penjelasan yang diberikan sekiranya ada kekurangan. WaLLahua'lam.

    Harap dapat membantu ya.JazakaLlah ^_^
    « Last Edit: 15 March, 2010, 09:54:43 PM by IbnuNafis »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #5 04 July, 2010, 09:14:56 AM
  • Publish Di FB
  • Dalam bab (sebagai contoh) menyentuh wanita bukan mahram, saya teramat yakin, batal wuduk. Pengecualian, sewaktu tawaf kerana sebab-sebab tertentu.

    Sepenuh-penuh iman itu yakin. Antara jumhur dan ijmak, malah ijtihad ulama' atau pendapat peribadi orang 'alim, ambil mana yang teramat diyakini hati. Pegang ia sekukuh-kukuhnya.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #6 04 July, 2010, 09:30:24 AM
  • Publish Di FB
  • kita faham idak, amalan tergantung niat

    mudah lah kan nak jaga diri, niat dalam diri sendiri, hukumkan atas diri sendiri lah kan

    jika kita nak menilai orang, nampak dia sentuh wanita, kita kata batal......................diam diam sudahlah, tak ada hak kita nak bantai dia. Allah kita tu tahu, apa terkandung di hati mu

    Ilmu yang di paparkan, berguna kepada mukmin, inshallah

    ingat ya, niat menentukan amalan
    kenalah tahu, baru senang, inshallah


    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Jawab #7 06 December, 2011, 01:23:36 PM
  • Publish Di FB
  • kita faham idak, amalan tergantung niat


    ingat ya, niat menentukan amalan



    tapi macam mana pula..'niat tak menghalalkan cara'?

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #8 06 December, 2011, 05:20:03 PM
  • Publish Di FB
  • kita faham idak, amalan tergantung niat


    ingat ya, niat menentukan amalan



    tapi macam mana pula..'niat tak menghalalkan cara'?

    hahh?? kalau camtu, Tanggung sendiri ler... saper suruh niat tak halal? dah tahu lagi mau buat ka? isk isk isk.. ini macam orang juga ada..?

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #9 06 December, 2011, 05:27:53 PM
  • Publish Di FB
  • kita faham idak, amalan tergantung niat


    ingat ya, niat menentukan amalan



    tapi macam mana pula..'niat tak menghalalkan cara'?
    Salam,Ada pon niat tu baik,perbuatan tu tak kena dengan niat.
    Mencuri,membohong Dan yang berkaitan.

    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Jawab #10 06 December, 2011, 05:36:49 PM
  • Publish Di FB
  • haa..ya..niat yang baik..tapi cara pulak tak kena...

    amalan tergantung niat....niat menentukan amalan..niat tak menghalalkan cara...

    ada contoh terbaik tak?

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #11 06 December, 2011, 05:51:59 PM
  • Publish Di FB
  • Kemudian kami jadikan kamu berada di atas satu syariat(peraturan)dari
    urusan(agama itu)maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa
    nafsu orang orang yang tidak mengetahui.
    Al Jathiya:18


    Jangan main tibai

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1365
      • View Profile
    Jawab #12 06 December, 2011, 06:12:55 PM
  • Publish Di FB
  • Manusia mendapat kebaikan atas apa yg di usahakan
    manusia mendapat keburukan dari apa yg dikerjakan

    kalau hidup atas sekadar usaha . . . Tak menjadi takpe
    tapiiii kalau terlupa yg  setiap diri diuji . . .  jgn marah la ye . . .   

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #13 06 December, 2011, 06:50:57 PM
  • Publish Di FB
  • Jawab #6 tu, baca sebahagian atau baca semua, harap dapatlah Faham berkaitan apa di ceritakan ya

    akibat selalu melihat TV< quote tertentu saja di siarkan, maka kesesatan mudah masuk ke diri orang awam

    begitulah dunia hari ini

    silakan amati atas perkara apakah di bicarakan, semuga dapat kefahaman,

    inshallah ya

    norsam

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #14 27 March, 2012, 11:59:30 AM
  • Publish Di FB
  • Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang

    Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan dan didiskusikan oleh pemikir-pemikir dan ilmuan Islam pada masa sekarang. Pembahasan ini tidak hanya terbatas kepada tafsiran makna dari tajdid ini atau dari segi siapakah dia yang disebutkan mujaddid?

    Bahkan, ketika ada seorang ilmuan yang pemikirannya ternyata sedikit menyeberangi arus perdana berpendapat bahwa pemikirannya tidak lain adalah kerana memang tajdid di dalam Islam adalah dituntut. Ini tidak lain adalah disebabkan ada sebuah hadis Sahih Nabi Muhammad SAW yang berbunyi: "إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها"[1]  (Sesungguhnya Allah mengutus bagi umat ini pada setiap awal seratus tahun orang yang akan memperbaharui bagi umat ini akan agamanya).

    Disebabkan oleh janji Rasulullah SAW melalui sabdanya tadi, perebutan title sebagai mujaddid menjadi marak. Entah dari mana sahaja golongan, bahkan sampai kepada puak liberal sekalipun berani berkata bahwa merekalah mujaddid @ pembaharu Islam pada masa kini, walaupun banyak pendapat mereka sebenarnya menolak hadis-hadis sahih itu sendiri atau bahkan al-Qur'an sekalipun dengan alasan kebebasan berfikir (liberalism).

    Ulama-ulama terdahulu sudah membahas siapakah sebenarnya mujaddid menurut penafsiran mereka. Semisal, Imam al-Suyuthi sendiri mengarang bait-bait bahar rajaz yang diberi nama "تحفة المهتدين بأخبار المجددين"[2]. Di dalam bait-bait tersebut, terdapat nama-nama mengikut urutan siapakah mujaddid menurut persepsi beliau sendiri. Bahkan, Imam Suyuthi sendiri mencantumkan Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Fakhruddin al-Razi sebagai mujaddid. Beliau juga tidak lupa berdoa agar menjadi mujaddid pada zamannya yaitu kurun ke 9 yang lalu.

    Penulis sendiri sudah membaca banyak kajian tentang tajdid ini, akan tetapi sesuatu yang penulis ingin berkongsi bersama dengan para pembaca adalah tidak lain mujaddid menurut KH. Maimun Zubair, Pengasuh Pondok Pesantren al-Anwar, Sarang.[3]

     KH. Maimun Zubair atau akrab dengan panggilan "Mbah Maimun" telah mengarang sebuah kitab kecil tapi sangat berharga bagi umat Islam. Kitab tersebut berjudul: "العلماء المجددون رحمهم الله تعالى ومجال تجديدهم واجتهادهم". Kyai yang pernah menziarahi Pondok al-Jendrami, Malaysia ini memulai kitabnya dengan menjelaskan siapa sahaja mujaddid tersebut menurut perspektif beliau dan diteruskan dengan masail fiqhiyyah kontemporer yang memerlukan ijtihad baru.
    Ketika masuk pada kurun ke 14 Hijriyyah ini, KH Maimun Zubair memberi beberapa nama ulama yang masyhur serta diakui dunia kealimannya sebagai mujaddid. Bagi mereka yang masih hidup ……………………………………………………………………………………………… Prof. Dr. Abd al-Latif Farfur yang keduanya merupakan anak kepada Syaikh Shalih al-Farfuri al-Hasani RH. (Merupakan penasihat kepada pondok padang temu , Melaka …www.pmkt.com.my)

    http://otam67.blogspot.com/

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    72 Replies
    15431 Views
    Last post 08 April, 2014, 05:41:18 PM
    by ZakiaAliaMedina
    8 Replies
    2981 Views
    Last post 25 September, 2010, 11:23:03 PM
    by qaseh2003
    2 Replies
    1786 Views
    Last post 24 December, 2009, 08:12:26 PM
    by IbnuNafis