Serban atau Turban?

Author Topic: Serban atau Turban?  (Read 6567 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
10 October, 2009, 09:54:23 AM
  • Publish Di FB


  • Ini ada yang terpost ke inbox ummi lagi...
    Jom lah bincang topik ini, buat renungan bersama.

    :) 
    Mana lebih mulia serban atau turban orang sikh? Dalam undang undang meluluskan memakai serban atau turban tetapi kita lihat orang islam didenda kerana tidak memakai topi keledar dan tidak pernah kita dengar orang sikh didenda kerna tidak memakai topi kaledar kerana turbannya . Dan lihat lagi kalau dalam polis, mereka hebat dengan turbannya tetapi kenapa yang muslim ditegah memakaiserban  bahkan berjanggut juga tidak boleh didalam polis kecuali orang singh.  Kemana pergi maruah islam sampai janggut tak boleh  sedangkan Malaysia negara islam, ada  islam hadhari pulak tu...Kita lihat bangsa lain mendapat kemuliaan lebih dari melayu islam sendiri di Tanah Melayu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Jibrail_08

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #1 10 October, 2009, 11:49:47 AM
  • Publish Di FB
  • ye.ini juga sekaca kasar dilihat sebagai ketidakadilan.walau apa pun bagi saya lebih baik pakai helmet.ini untuk keselamatan diri kita.itu lebih penting.ye kita semua tahu serban sunnah nabi.tapi pemakaiannya perlu ikut situasi.nabi juga pernah pakai pakaian bangsa lain selagi ia tidak bertentangan dengan islam.jadi disini yg peting tengok keadaan.jika nak selamat kat jalan raya pakailah helmet.kat tempat saya, saya tengok ramai anak muda dah ambik mudah hal ini.g solat jumaat tak pakai helmet.malah ada yang tak pakai apa2 pelindung kepala walaupun serban atau kepiah.berani betul.

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #2 10 October, 2009, 12:43:32 PM
  • Publish Di FB

  • Nasib serban di tangan Hakim Mahkamah Persekutuan
    Fri | Jul 14, 06 | 5:09:10 pm MYT


    Mahkamah Persekutuan sebulat suara dan dengan berani menyalahkan keluarga 3 pelajar yang beserban ke sekolah di Negeri Sembilan, seterusnya menyokong tindakan pihak sekolah menyingkir mereka dari sekolah semata-mata memakai serban.

    Sayugia diingat, ketiga-tiga pelajar terlibat adalah beragama Islam bukan dari agama Sikh yang juga banyak berserban. Saya tidak tahu samada agama Sikh menghukum `sunat atau harus atau pun wajib' kepada penganut-penganutnya. Tetapi, bagaimana dengan pemakaian serban oleh umat Islam? Apakah hukumnya? Apakah kerana tidak ada ustaz atau mufti di negara ini yang memakai serban, maka hukumnya berubah? Apa kata jika ada ustaz, tok-tok imam atau mufti yang melakukan zina atau minum arak, maka zina dan arak menjadi halal?

    Memang benar seperti kata hakim tersebut, Islam bukan sahaja pada serban dan janggut, tetapi serban juga adalah sebahagian daripada Islam malahan ia diberi pahala memakainya sekiranya mengikut cara pemakaian yang diajar oleh Rasullullah S.A.W.

    Memang tidak berdosa jika tidak memakai serban, tetapi perbuatan melarang, menghina malahan menghukum orang yang ingin memelihara sunah Nabi dan syiar Islam itu amat zalim, bukan sahaja berdosa malahan boleh mengakibatkan kerosakan akidah. Saya tidak tahu apakah pendapat Dr Masitah dan Ustaz Firdaus dalam hal ini.

    Mengapa perlu menyamakan jubah dan serban Abu Jahal dengan jubah dan serban Nabi Muhammad S.A.W? Tidakkah beradap dan kurang ajar kita dengan kekasih Allah itu? Mengapa perlu dikaitkan Nabi menaiki unta, maka kita menaiki kapal terbang menjadikan kita tidak mengikut Nabi? Adakah itu hujah yang boleh menunjukkan bahawa kita ini cerdik, berakal dan berilmu?

    Saya tidak percaya orang yang berkata begitu terlalu jahil tentang agama, atau sememangnya tidak beragama. Bukankah itu andaian yang mempersendakan Nabi? Mengapa di zaman Islam Hadhari serban menjadi `musuh' di sekolah? Apakah serban boleh mengganggu pembelajaran atau boleh menyebabkan gangguan pada pelajar-pelajar lain?

    Di saat moral pelajar-pelajar di negara kita sekarang bertambah buruk, kita kelihatan semakin jauh dari Islam. Siapa di sebalik semua ini? Saya khuatir ada agenda terancang untuk menyekat kebangkitan dan syiar Islam di negara kita. Setelah Sekolah Agama Rakyat dipinggirkan, kini amalan yang berunsurkan keagamaan sedikit demi sedikit mulai disekat dan diganggu di peringkat sekolah lagi.

    Saya tidak yakin Majlis Fatwa berani membincangkan apakah hukum 'orang yang menghukum dan menzalimi orang yang ingin menghidupkan sunah Nabi'. Andainya mereka tidak berani, kita serahkan perkara ini untuk dikomen oleh ulamak terkenal Islam Hadhari iaitu Ustazah Dr Masitah dan Ustaz Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara).

    Semoga isu ini mendapat perhatian oleh golongan mereka yang berjuang untuk agama. Kesalahan menghina dan memperlekehkan pemakaian Nabi pada saya tentu lebih besar kesannya dari sekadar melukis karikatur Nabi yang kita kasihi itu. Semoga Allah sahaja yang berhak menghukum mereka-mereka ini.

    Kepada keluarga yang malang tersebut, anda sebenarnya telah berjuang dan berjihad demi syiar Islam dan hikmahnya besar iaitu sekurang-kurangnya umat Islam di negara ini semakin jelas melihat apakah yang dikatakan `Islam Hadhari' itu.


    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #3 10 October, 2009, 12:46:27 PM
  • Publish Di FB

  • Beza serban Nabi , serban Abu Jahal
    Tue | Jul 18, 06 | 1:01:36 pm MYT


    Saya amat tersentuh hati apabila ada orang memperlekehkan serban nabi dan sunah nabi dan sanggup membandingkan dengan serban Abu Jahal.

    Saya rasa makhluk tuhan tersebut mungkin terasa amat bijak dan besar darjatnya disisi tuhan sehingga sampai hati memperlekehkan sunah nabi, kekasih Allah. Mungkin beliau tidak tahu beza antara serban nabi dan serban abu jahal.

    Untuk makluman, serban nabi itu akan digunakan untuk memberi syafaat kepada orang yang kehendakinya di padang mahsyar esok manakala serban Abu Jahal, dimasukkan ke neraka dengan tuannya sekali.

    Sanggup kita mempermainkan sunah nabi sedangkan di padang mahsyar kita akan terdesak mengharapkan syafaat nabi. Sekiranya kita mempermainkan dan memperlekehkan sunahnya dengan kata contohnya 'zaman nabi takder pisau cukur Gillete, pakai serban nak tutup kepala botak sebab cahaya panas' dan sebagainya. Sila tepuk dada Tanya selera, adakah kita layak menerima syafaat nabi esok? Sedangkan nabi telah memberitahu umatnya, barangsiapa mengikut sunahku di akhir zaman berpuluh ribu pahala akan diganjarkan.

    Jadi, apa pun jua kita buat adalah dengan niat, sekiranya kita memakai serban yang salah satu dari sunah itu kerana mengikut sunah nabi insyaallah dapat pahala. Sekiranya niatnya mengikut abu jahal tidak dapat apa-apa pun. Begitu juga bagi hakim yang memakai 'sabut kelapa putih' di atas kepala semasa perbicaraan satu sen pun tak dapat pahala kerana itu tidak termasuk dalam kategori sunah dan niat memakainya pun bukan mengikut sunah nabi.

    Akhir sekali, untuk menjadi kufur adalah dengan cara tiga perkara samada perbuatan, perkataan ( dengan sengaja atau tidak sengaja ) dan keizinan.

    p/s: Sesiapa yang pakai songkok pun kena buang sekolah juga sebab bukan pakaian sekolah

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #4 10 October, 2009, 12:59:44 PM
  • Publish Di FB


  • Antara serban,lebai,polis dan undang2

    « on: June 25, 2008, 12:05:37 PM »
       

    KOTA BHARU: “Orang Kena Saman (OKS) beritahu saya, dia pelajar pondok dan pada pemahaman saya dia masih lagi seorang pelajar,” kata seorang anggota polis dalamperbicaraan terhadap seorang pelajar pondok berserban yang didakwa melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

    Saksi pendakwa yang bertugas sebagai anggota Unit Peronda, Konstabel Che Sidek Omar Mat Hassan, berkata pelajar terbabit ketika ditahan memberitahu statusnya sebagai pelajar pondok, maka tindakan saman boleh diambil kerana pelajar terbabit belum layak dianggap lebai kerana masih belajar.

    Menurutnya, dia memahami Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 menyatakan pengecualian saman hanya untuk seseorang bergelar haji, hajah, Sikh dan lebai.

    Prosiding itu berlangsung di hadapan Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra selepas pelajar Madrasah al-Diniah al-Bakriah, Pusat Pengajian Islam Pondok, dekat Pasir Tumboh, Ahmad Nasir Darus, 27, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar di Jalan Pasir Tumboh di sini, jam 6.30 petang pada 20 September 2007.

    Pemuda itu didakwa mengikut Kaedah 4 Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta sama.


    Jika disabitkan kesalahan boleh menyebabkan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat, manakala Ahmad Nasir selaku OKS diwakili peguam, Ahmad Rizal Affande Zainol.

    Menurut Che Sidek, pelajar terbabit tidak memakai topi keledar, sebaliknya berserban dengan ikatan kemas dan pada masa sama tidak menunjukkan sebarang dokumen menyatakan dia dikecualikan memakai topi keledar.

    Terdahulu, saksi itu turut disoal Ahmad Rizal mengenai pemahamannya terhadap peruntukan Kaedah Motosikal yang menyebut pengecualian saman.

    Ahmad Rizal merujuk maksud lebai dipetik dari Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bermaksud orang yang tahu tentang agama, orang yang melakukan kerja bersangkutan agama dan gelaran kepada orang yang tahu hal ehwal atau taat kepada agama.

    Che Sidek yang sudah enam tahun bertugas sebagai anggota polis, memberitahu dia mendapati Ahmad Nasir itu mempunyai ciri seorang lebai, tetapi tidak bersetuju cadangan Ahmad Rizal saman terhadap pelajar berkenaan menyalahi Pemberitahuan Pengecualian 1975 bagi Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar Keselamatan) 1973.

    Ketika prosiding, Ahmad Rizal turut meminta saksi pendakwa menunjukkan bukti dirinya beragama Islam kepada mahkamah, sebelum Che Sidek bersetuju mengucap dua kalimah syahadah serta menyatakan maksudnya di hadapan majistret bagi membuktikan kepada mahkamah dia beragama Islam.

    Kemudiannya, Tengku Amalin menetapkan 21 Julai nanti sebagai tarikh hujahan bertulis kedua-dua pihak, diikuti hujahan balas peguam bela dan hujahan pihak pendakwa masing-masing pada 4 dan 18 Ogos ini, sebelum keputusan kes ditetapkan pada 15 September depan.

    Selesai prosiding berkenaan, Ahmad Nasir disambut dan diiringi kira-kira 100 pelajar pondok tempat dia belajar yang juga hadir dengan berserban dan berjubah.

    Sebaik Ahmad Nasir keluar dari dewan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari, mereka berkumpul dan mengamimkan doa dibacakan seorang daripada rakannya.


    APA KATA ANDA?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 10 October, 2009, 01:16:00 PM
  • Publish Di FB


  • Keldai Yang Memakai Serban
    Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan menunggang seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin berehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.

    Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya. "Assalamualaikum orang alim," sapa seorang lelaki. "Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain. Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung tentang kedatangan ahli hikmah itu. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

    "Tolong ajarkan kami... ," pinta mereka. "Jadilah guru kepada kami semua." "Syukur tuan datang. Jika tidak, jahillah kami." Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?" Orang-orang kampung itu pun menjawab hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolong ajarlah kami."

    Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya. "Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar. Sila kamu semua belajar daripadanya."

    Orang-orang kampung tercengang dengan jawapan ahli hikmah itu. Tidak sangka mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali. Ya, pengajaran adakalanya pahit sedikit untuk diterima.

    Pengajarannya: Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang itu, namun sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material adalah tidak tepat. Pakaian, hanyalah seumpama "topeng" yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai...
    __________________

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 10 October, 2009, 01:27:29 PM
  • Publish Di FB

  • Memakai serban dan kopiah adalah sebahagian daripada Sunnah Nabi, ini berdasarkan sabdanya:

    Sabda Rasulullah SAW:

    دخل النبي صلى الله عليه وسلم مكة يوم الفتح و عليه عمامة سوداء

    Maksud: “Nabi SAW memasuki Kota Mekah sewaktu pembebasan Mekah, baginda memakai serban hitam”.

    Pemakaian serban dan kopiah sudah sinonim dalam masyarakat Islam di seluruh dunia dan ia juga telah dijadikan amalan seharian masyarakat walaupun di luar urusan ibadah terhadap Allah. Justeru itu, adalah sukar bagi sesetengah individu untuk menukar pemakaian serban dan kopiah kepada pemakaian songkok seperti yang biasa dipakai oleh segelintir masyarakat Melayu.

    Telah menjadi budaya masyarakat Islam setempat mengamalkan cara pemakaian songkok atau kopiah mengikut tempat :
    a.   masyarakat Melayu Islam sebelah Pantai Timur memakai kopiah putih dan serban.
    b.   masyarakat Melayu Islam sebelah Pantai Barat memakai songkok hitam.

    Pada asalnya, kopiah dan songkok itu adalah sama dari segi rupa, bentuk dan warna (berwarna putih atau hitam). Sementara serban pula dipakai bersama dengan kopiah mengikut amalan Rasulullah S.A.W. Setelah perubahan zaman sehingga Zaman Uthmaniyah, bentuk songkok diubahsuai menjadi tarbus. Kini, songkok dalam budaya Melayu difahami dengan rupa hitam dan keras. Manakala, kopiah difahami dengan warna putih dan lembut.

    3    PANDANGAN ULAMA’

    3.1   PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP SERBAN & KOPIAH

    Firman Allah Taala dalam Surah Al-A’raf ayat 31

    Bermaksud :
    “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah ( atau mengerjakan sembahyang ) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”.                                                 

    Menurut Imam al-Mawardi, maksud berhias di dalam sembahyang ialah memakai secantik-cantik pakaian . Manakala menurut pendapat Imam Abu Hayyan, zahir ayat di atas menunjukkan bahawa berhias dengan secantik-secantik pakaian (termasuklah memakai songkok dan berserban) bukan sahaja dituntut di dalam sembahyang bahkan di luar waktu sembahyang (setiap masa dan ketika) .

    Menurut Sheikh Mahmud Syaltut, ketika memberi jawapan kepada soalan berhubung dengan sembahyang tanpa serban, kopiah atau songkok di kepala, beliau berpendapat tidaklah menjadi syarat sah sembahyang dengan menutup kepala atau tidak dan tidak pula disyaratkan jikalau untuk menutup kepala mesti dengan penutup khas. Walaupun begitu, bagi seseorang Islam eloklah dia bersembahyang dengan memakai serban, kopiah atau songkok dengan syarat tidak menutup dahi ketika sujud.

    At- Tarmizi dan Muslim meriwayatkan daripada Ja’far bin ‘Amrin bin Huraith, daripada bapanya katanya:

    رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وعليه عمامة سوداء قد أرخى طرفيها بين كتفيه

    Maksud: “Aku melihat Rasulullah SAW di yang memakai serban hitam di mana Baginda melabuhkan kedua hujungnya di antara dua bahunya”.

    Berkata pengarang kitab Al-Mishbah :  Hassan bin Ali dan Ibnu Zubair pernah memakai serban hitam ketika berkhutbah dan begitu juga Anas, Muawiyah, Ammar dan lain-lain lagi. Dan adalah Sa’id bin Musayyib memakai serban hitam pada hari raya puasa dan haji.

    Berdasarkan yang demikian, sebahagian ulama berpendapat tidak perlu mengkhususkan dirinya dengan memakai serban hitam sama ada hari Jumaat atau hari-hari yang lain.

    Berkata Imam Nawawi : “Memakai warna putih adalah lebih utama. Dan serban putih adalah lebih sesuai sebagai perhiasan para ulama’ pada zaman ini”.

    Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jabir R.A. katanya :

    إن النبي صلى الله عليه وسلم دخل مكة وعليه عمامة سوداء

    Maksud : “Bahawasanya Nabi S.A.W. memasuki kota Makkah dengan memakai serban hitam.

    Dalam hadis Jabir R.A. di atas, Rasulullah SAW memasuki kota Makkah dengan memakai serban hitam dan hadis ini tidak pula menyebutkan adanya ekor serban di antara kedia-dua bahu baginda.

    Berkata Ibnu Qayyum : Hadis Jabir ini menunjukkan Baginda SAW tidak selamanya menjuntaikan ekor serban baginda.  Selain daripada itu, Baginda juga terkadang melilitkan sebahagian serban itu ke bawah dagu, yang di antara tujuannya ialah menjaga supaya serban itu tidak jatuh dari kepala. Dan tercapailah tujuan memakai serban itu dengan mana-mana cara sekalipun.

    Menurut Sheikh Muhammad Rasyid Reda, erti serban sebagaimana yang telah disebutkan oleh sesetengah orang ialah setiap apa yang diikat di kepala sama ada di bawah kopiah, atau di atas songkok, atau yang dililitkan ke atas kopiah, atau sebagainya.

    Sheikh Muhammad Rasyid Reda pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah rasulullah SAW dan adakah orang yang memakai serban itu mendapat pahala. Untuk menjawab soalan itu, beliau memberikan jawapan berikut :
    ”Telah tsabit dalam hadith bahawa Nabi SAW terkadang :
    1.   memakai serban di atas kopiah, dan inilah sering berlaku
    2.    memakai serban tanpa kopiah
    3.   memakai kopiah tanpa serban
    Di akhir jawapannya, beliau berkata:  Walaupun tidak ada datang perintah atau sumber hukum (yang kuat) supaya mewajibkan memakai serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama dan syariat, tetapi barangsiapa yang memakainya dengan niat menyerupai cara Rasulullah SAW berpakaian dan sebagai tanda kasih kepada Baginda SAW, tentulah niat ini mendapat ganjaran pahala.”

     Sabda Rasulullah SAW:

    كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس العمامة على القلانس

    Maksud : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai serban bersama kopiah”.

    Imam Sayuti Rahimahullah berkata : “Apa yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah. Kalimat Kopiah yang disebutkan pula menunjukkan bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan bulu.

    Al-Baihaqi pernah meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW memakai kopiah putih. Ini menjelaskan bahawa pemakaian kopiah juga adalah sunnah Rasulullah SAW.

    Kesimpulannya Sesungguhnya menurut kajian para ahli dan pentahqiq hadith, tidak ada satupun hadith yang sahih mahupun hassan mengenai KEUTAMAAN/KELEBIHAN memakai serban melainkan disebut di dalam hadith-hadith bahawa Rasulullah memakainya.Dan sifat hadith-hadith yang disebutkan di atas bertentangan dengan hadith mutawatir yang lain.
     
    3.2   PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP SONGKOK

    Songkok harus dipakai kerana tidak bertentangan dengan Islam dan ia merupakan pakaian kebiasaan yang dipakai oleh masyarakat Melayu terutama semasa solat dan dipakaikan bersama Baju Melayu. Asasnya kerana ia berkonsepkan sebagai penutup kepala. Perbuatan menutup kepala bagi lelaki adalah Sunnah Nabi berdasarkan mafhum hujah berikut:

    Menurut Imam As-Sayuti yang diringkaskan dari buku ”Al-Hawi”nya (2:111-112) : Berdasarkan keterangan lalu, Nabi Muhammad SAW pernah memakai kopiah putih dan begitu juga Anas bin Malik RA. Dipadankan juga daripadanya bahawa sekiranya serban atau kopiah tidak ada, Nabi SAW tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja, akan tetapi Baginda akan membalutnya sehingga sampai ke dahi”.

    Berdasarkan pendapat Imam Sayuti di atas, pemakaian songkok adalah diharuskan sebagai satu konsep menutup kepala sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja tanpa penutup kepala.

    Berdasarkan kepada hujah Imam Sayuti sebelum ini berkenaan dengan maksud Qalansuah (bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan bulu), songkok juga boleh dikategorikan sebagai Qalansuah.


    5    RUMUSAN / KESIMPULAN ISU

    Berdasarkan kepada hujah-hujah atau dalil-dalil di atas jelaslah bahawa pemakaian serban dan kopiah adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ia perlu dihayati setiap masa sama ada di dalam atau di luar solat. Di samping ianya menunjukkan ketaqwaan, kehebatan, kewibawaan, keilmuan si pemakainya.

    Berdasarkan fakta di atas juga pemakaian songkok juga diharuskan kerana  tidak ada sebarang percanggahan dengan hukum Islam dan ianya berkonsepkan penutup kepala seperti serban dan kopiah. Ia merupakan budaya masyarakat setempat di mana mereka memakai songkok ketika beribadah dan ketika menyambut hari-hari kebesaran Islam.

    Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2001 (Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah bertarikh 7hb Jun 2001), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan pemakaian songkok untuk menunjukkan keseragaman dalam berpakaian kepada penjawat awam semasa bertugas atau menjalankan urusan rasmi.

    Adalah diharapkan pegawai & kakitangan KPM mematuhi pekeliling dengan menyeragamkan pemakaian songkok kerana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam disamping mentaati dan mematuhi Ulil Amri

    Walaubagaimanapun sekiranya pegawai & kakitangan KPM ingin memakai serban dan kopiah , bolehlah berbuat demikian di luar tugas rasmi.

    Sekiranya individu muslim itu tidak memakai songkok,ianya tidak menjejaskan keimanan, ketaqwaan , kehebatan dan kelimuan individu tersebut. Namun, pemakaiannya adalah lebih baik.

    Pemakaian songkok juga diharuskan dengan syarat ia bersih dari sebarang kekotoran dan najis. Ciri-ciri utama pakaian Rasulullah S.A.W ialah menutup aurat, tidak bermegah-megah, tidak tasyabbuh (menyerupai) pakaian agama lain disertai dengan iman, ihsan dan taqwa. Itulah pakaian Islam. Tidak tertakhluk kepada jubah atau  serban sahaja.

    Mengenai alasan songkok tidak boleh dibasuh apabila terkena najis, itu bergantung kepada penjagaan seseorang. Manakala alasan songkok yang lama tidak dibasuh adalah najis adalah disandarkan kepada syak dan waham semata-mata. Sedangkan kaedah sebenar usul fiqh “keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak”.

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #7 10 October, 2009, 01:32:55 PM
  • Publish Di FB

  • Apa bezanya Serban Singh Dengan Serban Anak Pondok..?

    KEMARIN seorang anak pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, Ahmad Nasir Darus 28 tahun telah dijatuhi hukum denda sebanyak RM90 atau penjara dua hari oleh Majistret Kota Bahru kerana kesalahaan tidak memakai topi keledar semasa menunggang motisikal tahun lalu.

    Hukuman itu dijatuhi oleh Majistret, Tengku Amalin A’Ishah Puteri Sultan Ismail.

    Ahmad Nasir tidak membayar denda berkenaan sebaliknya memilih untuk dipenjara. Alasan beliau ialah kerana ingin menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam ‘kepercayaan’nya serban itu ialah pakaian Rasulullah dan tidak menjadi kesalahan malah wajib baginya mempertahankan pakaian berkenaan.
    Sekali pandang hukuman ke atas Ahmad Nasir itu seperti zalim dan tidak menghormati sunnah Rasulullah seperti mana diyakini oleh anak pondok berkenaan. Ia juga menggambarkan Majistret itu lurus dan menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada tanpa langsung menggunakan budibicaranya sebagai seorang Islam. Mungkin itulah tanggapan ringkas.

    Tetapi apa yang perlu disedari, Majistret atau hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan menggunakan perundangan yang ada. Kebenaran hakikat bagi mereka bukan perhitungan. Mereka tidak dapat melencong jauh dari itu. Soal budibicara, sentimen tidak merupakan keutamaan dalam membuat sesutau keputusan.

    Jadi Majistret bukan bersalah dalam hal ini kerana beliau menuruti dan mematuhi undang-undang yang tersedia.

    Manakala dari pihak Ahmad Nasir menerima hukuman itu sebagai satu penganiayaan dan keputusan yang tidak menghormati sunnah yang diyakininya itu. Sebagai seorang muslim beliau berhak mempertahankan pakaian Rasulullah atas kepercayaan sesiapa mempertahankan pakaian Rasulullah ia akan mendapat rahmat dan keberkatan.

    Sebab itulah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan para ustaz, alim ulama mempertahankan pakaian serban dan sering mengenakan jubah dalam kehidupan seharian mereka.

    Apakah kita boleh mengatakan kata-kata (keyakinan) Ahmad Nasir itu karut? Bahawa serban itu tidak ada kena mengena dengan Rasulullah? Kalau Ahmad Nasir karut maka karut dan kurafatlah sekalian orang yang pakai serba dan jubah atas alasan kerana mempertahankan sunnah Rasulullah?

    Di sini apa yang menjadi masalah kerana undang-undang yang digunakan pakai dalam mahkamah jahil terhadap apa itu sunnah? Mungkin juga undang-undang kita tidak memandang dan melihat ada apa-apa nilai pun ke atas pakaian berkenaan. Dalam kata-kata lain sunnah bukan sesuatu yang perlu dipertahankan. Sebaliknya mahkamah kita lebih menghormati turban (serban Singh) daripada serban anak pondok.

    Dalam kes Ahmad Nasir tadi Majistret memberi alasan dia tidak menemui apakah ciri-ciri menandakan Ahmad Nasir sebagai lebai. Pihak pembelaan mungkin gagal mengemukakan bukti menunjukkan Ahmad Nasir seorang lebai. Sebab kalau Ahmad Nasir lebai dia dikecualikan daripada mengenakan pakaian serban. Begitulah peraturan dan penilaian perundangan kita.

    Jika hendak dikira soal lebai ini pun subjektif. Tidak ada tanda-tanda khusus kepada seseorang yang boleh dikatakan lebai. Dalam istilah lebai itu ia berasal daripada perkataan ‘la’baik’ iaini baik atau mulia. Di sini boleh difahamkan lebai itu orang yang baik dan mulia. Baik kerana dia mengamal hukum Allah dan menuruti ajaran Rasulullah. Dan orang yang begitu ia dianggap mulia.

    Jadi kerana polis yang menyaman Ahmad Nasir itu tidak nampak tanda yang beliau baik atau mulia maka beliau tidak kdianggap lebai. Kalau Ahmad Nasir dilihat lebai pasti dia tidak akan disaman dan dibawa ke mahkamah sehingga Majastret membuat penghukuman Ahmad Nasir tidak seorang lebai maka beliau tertakluk dengan undang-undang yang sedia ada itu.

    Soalnya di sini apakah setiap warganegara singh negara ini yang mengenakan turbannya itu adalah orang yang secara automatik lebai ataupun ada istilah lain untuk singh maka mereka tidak berani disaman oleh polis..?

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #8 10 October, 2009, 01:38:58 PM
  • Publish Di FB

  • Hmm.. pengecualian pemakaian topi keledar bagi mereka yang berserban memang sudah menjadi satu isu lama. Kita pun tak tau sama wujud atau tidak undang-undang pengecualian ini.

    Yang pasti, bagi mereka yang berketurunan Punjabi, mereka memang dikecualikan daripada memakai helmet kerana memakai turban merupakan salah satu daripada tuntutan agama mereka. Tapi bagi yang sengaja ingin berserban ni.. patutkah kita mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka?

    Kita paham yang pihak polis cuma ingin memastikan keselamatan budak-budak ini terjamin. Kita juga paham tindakan budak-budak ni memakai serban adalah sebahagian daripada perkara yang digalakkan dalam Islam. Jadi pada pendapat korang sendiri la, bagaimana kita nak mengatasi perkara ini? Nak beri pengecualian atau tidak?

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #9 10 October, 2009, 02:03:11 PM
  • Publish Di FB



  • TURBAN kalis peluru mungkin akan menjadi realiti jika saintis berjaya menciptanya.

    LONDON - Sekumpulan saintis di United Kingdom sedang mencipta turban kalis peluru bagi kegunaan anggota-anggota polis lelaki berbangsa Sikh, lapor sebuah akhbar semalam.

    Jika turban kalis peluru itu berjaya dicipta, anggota-anggota polis Sikh akan dibenarkan untuk membawa senjata api.

    Ketika ini, anggota polis Sikh dilarang menyertai pasukan penembak dan pasukan pencegah rusuhan kerana kepercayaan agama mereka melarang penganutnya menanggalkan turban untuk memakai topi kalis peluru.

    Turban kalis peluru itu akan diperbuat daripada bahan Kevlar.

    Penciptaan turban kalis peluru itu menjadi keutamaan kerana terdapat lebih 2,000 pegawai Sikh dan kakitangan polis di Britain.

    Naib Pengerusi Persatuan Polis Sikh, Inspektor Gian Singh berkata, bahagian penyelidikan polis sudah memulakan usaha bagi mencari bahan yang sesuai untuk mencipta turban kalis. - Agensi
    « Last Edit: 10 October, 2009, 02:04:54 PM by Sembilu Kasih »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 13 October, 2009, 11:06:26 PM
  • Publish Di FB

  • Turban = Serban Orang Sikh

    Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal , lonjong dan seragam bentuknya. Di sesetengah tempat , serban yang dipakai oleh penganut Sikh / Punjabi dipanggil turban atau dastar.

    Kain serban yang dipakai sepanjang 5 meter. Di Amerika Syarikat, Kanada , Eropah dan lain-lain, mereka yang memakai serban dianggap sebagai penganut agama Sikh. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .

    Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama rambut yang panjang mudah diurus. Tetapi orang prempuan tidak perlu memakai serban.

    Di Rajasthan, India ada banyak gaya memakai serban . Setiap 15 km perjalanan, anda akan dapati bentuk serban yang berbeza.

        * Pada 27 Ogos 2007, pihak pentadbir keselamatan lapangan terbang di Amerika Syarikat (TSA) mengenakan peraturan pemeriksaan menyeluruh dan terpeinci ke atas serban atau penutup kepala penganut agama Sikh biarpun sudah melepasi mesin imbasan pengesan besi. Dasar ini berkuatkuasa sejak 4 Ogos 2007 . Semua anggota keselamatan di 450 lapangan terbang dan stesen kereta api, pelabuhan dan sistem transit aliran ringan akan melaksanakan semua prosedur yang ditetapkan.

    Sementara itu pihak Gabungan Sikh (SC) mengecam tindakan itu kerana bertentangan dengan semangat kepelbagaian agama yang menjadi antara asas penubuhan Amerika Syarikat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 13 October, 2009, 11:07:23 PM
  • Publish Di FB

  • Serban ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala . Di Turki dipanggil tülbent .

    Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Di Malaysia , kebiasaannya ia hanya dipakai oleh mereka yang baru balik mengerjakan haji . Namun dekad terakhir ini ramai kelompok dari Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban,

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 13 October, 2009, 11:08:24 PM
  • Publish Di FB

  • Serban bagi orang Islam

    Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, tapi tak boleh ketika dalam ihram. Salah satu cara menutup kepala adalah dengan memakai serban bagi kaum lelaki, yang juga merupakan pakaian Sunnah yg khusus. Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada "kopiah". Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yg lain. Tapi Nabi saw membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah. (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti)

    Pada zaman rasullulah, ahklak-nya, cara makan-minum, pergaulan-nya, pakaian-nya menjadi ikutan para sahabat-sahabat, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini.

    Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang/saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab2 lain seperti yang telah dikeluarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E.Bemat.

    Berdasarkan kisah-kisah Nabi Muhammad, memang ada mengisahkan Nabi memakai serban. Antaranya ketika Nabi Muhammad pulang ke rumah dan mengetuk pintu memberi salam sebanyak 3 kali, tetapi isteri baginda iaitu Aisyah tidak menjawab salam, lalu baginda tidur diluar rumah dengan berbantalkan serbannya. Keesokan hari Aisyah terkejut dengan Rasulullah yang tidur di luar rumah..

    Kisah lain, ada seekor kucing tidur di atas serban Rasulullah tetapi Nabi tak rentap serban itu kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur itu. Malah baginda memotong serbannya itu.

    Mereka yang melarang atau menghalang seseorang itu daripada mengamalkan sesuatu sunnah Rasullullah SAW, seperti memakai serban itu dengan rela hatinya, tanpa apa-apa tekanan, ancaman atau paksaan, bolehlah dianggap sebagai membencinya. Dan dalam satu hadis, Rasullullah menyingkirkan mereka yang membenci sunnahnya daripada golongan yang mengikuti Rasullullah dengan perkataan ".. maka bukanlah ia dari golonganKu."

    Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa mereka yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah Rasullullah dianggap kafir.

    Bentuk serban yang dipakai oleh orang Islam tidak seragam. Serban yang dipakai oleh orang Afghanistan lebih besar dan tebal berbanding dengan orang Islam di Malaysia. Antara lain ini mungkin disebabkan faktor cuaca.

    Jibrail_08

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #13 14 October, 2009, 01:49:26 AM
  • Publish Di FB

  • Hmm.. pengecualian pemakaian topi keledar bagi mereka yang berserban memang sudah menjadi satu isu lama. Kita pun tak tau sama wujud atau tidak undang-undang pengecualian ini.

    Yang pasti, bagi mereka yang berketurunan Punjabi, mereka memang dikecualikan daripada memakai helmet kerana memakai turban merupakan salah satu daripada tuntutan agama mereka. Tapi bagi yang sengaja ingin berserban ni.. patutkah kita mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka?

    Kita paham yang pihak polis cuma ingin memastikan keselamatan budak-budak ini terjamin. Kita juga paham tindakan budak-budak ni memakai serban adalah sebahagian daripada perkara yang digalakkan dalam Islam. Jadi pada pendapat korang sendiri la, bagaimana kita nak mengatasi perkara ini? Nak beri pengecualian atau tidak?



    sepertimana saya katakan sebelum ini, undang2 pemakaian topi keledar di jalan raya tak salah. nak pakai serban kene ikut tempat lah. kalau kat jalan raya pakai lah helmet. ini untuk keselamatan diri juga. menjaga keselamatan diri itu lebih utama malah wajib berbanding memakai serban sunnah. jadi di sini yang perlu dibetulkan ialah jangan bagi pengecualian kepada sesiapa samada sikh atau orang islam. ini barulah adil.  :ins:

    fakir_sufi

    • *
    • Posts: 6
    • assalamualaikum
      • View Profile
    Jawab #14 14 October, 2009, 10:49:57 PM
  • Publish Di FB
  • sesungguhnya islam itu agama yang syumul

    hawa84

    • *
    • Posts: 357
      • View Profile
    Jawab #15 07 December, 2010, 02:14:15 PM
  • Publish Di FB
  • lelaki segak berserban atau berkopiah....mase nak solat
    « Last Edit: 07 December, 2010, 03:59:23 PM by hawa84 »

    walisonggo

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #16 10 January, 2011, 11:36:20 AM
  • Publish Di FB
  • serban@kopiah adalah sunat,tapi aku pilih serban...

    kasihiro

    • *
    • Posts: 568
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Jawab #17 12 January, 2011, 03:56:25 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    ana salesa berserban..
    takkan nak pakai helmet kemasjid atau surau kalau dekat ja....
    Memakai serban bukan untuk lari daripada peraturan tapi untuk memudahkan..

    insyaAllah ^__^

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 479
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Jawab #18 12 January, 2011, 07:52:30 PM
  • Publish Di FB

  • Hmm.. pengecualian pemakaian topi keledar bagi mereka yang berserban memang sudah menjadi satu isu lama. Kita pun tak tau sama wujud atau tidak undang-undang pengecualian ini.

    Yang pasti, bagi mereka yang berketurunan Punjabi, mereka memang dikecualikan daripada memakai helmet kerana memakai turban merupakan salah satu daripada tuntutan agama mereka. Tapi bagi yang sengaja ingin berserban ni.. patutkah kita mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka?

    Kita paham yang pihak polis cuma ingin memastikan keselamatan budak-budak ini terjamin. Kita juga paham tindakan budak-budak ni memakai serban adalah sebahagian daripada perkara yang digalakkan dalam Islam. Jadi pada pendapat korang sendiri la, bagaimana kita nak mengatasi perkara ini? Nak beri pengecualian atau tidak?

    aini setuju tu..serban bukan alasan untuk kita melanggar undang-undang negara. Islam tidak pernah mengajar atau mengarahkan sesuatu suruhannya yang akan menyusahkan umat nya. dan Bukan jugak kita mendahulukan dunia daripada akhirat..

    serban atau kupiah tidak sukar pun untuk di guna pakai. Jadi ia juga tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk memperindahkan ia di atas kepala. sesungguhnya tidak salah sekiranya kita masih lagi memakai helmet terlebih dahulu semasa menunggang motosikal, dan kemudian bersiap untuk menggunakan serban sebaik sahaja sampai di masjid..

    Sedikit sebanyak ia tetap menggambar imej positif tentang umat islam di mata masyarakat di luar sana. Mudah-mudahan islam tetap indah di mata dunia..insya-allah..
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    kasihiro

    • *
    • Posts: 568
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Jawab #19 12 January, 2011, 10:54:54 PM
  • Publish Di FB

  • Hmm.. pengecualian pemakaian topi keledar bagi mereka yang berserban memang sudah menjadi satu isu lama. Kita pun tak tau sama wujud atau tidak undang-undang pengecualian ini.

    Yang pasti, bagi mereka yang berketurunan Punjabi, mereka memang dikecualikan daripada memakai helmet kerana memakai turban merupakan salah satu daripada tuntutan agama mereka. Tapi bagi yang sengaja ingin berserban ni.. patutkah kita mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka?

    Kita paham yang pihak polis cuma ingin memastikan keselamatan budak-budak ini terjamin. Kita juga paham tindakan budak-budak ni memakai serban adalah sebahagian daripada perkara yang digalakkan dalam Islam. Jadi pada pendapat korang sendiri la, bagaimana kita nak mengatasi perkara ini? Nak beri pengecualian atau tidak?




    aini setuju tu..serban bukan alasan untuk kita melanggar undang-undang negara. Islam tidak pernah mengajar atau mengarahkan sesuatu suruhannya yang akan menyusahkan umat nya. dan Bukan jugak kita mendahulukan dunia daripada akhirat..

    serban atau kupiah tidak sukar pun untuk di guna pakai. Jadi ia juga tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk memperindahkan ia di atas kepala. sesungguhnya tidak salah sekiranya kita masih lagi memakai helmet terlebih dahulu semasa menunggang motosikal, dan kemudian bersiap untuk menggunakan serban sebaik sahaja sampai di masjid..

    Sedikit sebanyak ia tetap menggambar imej positif tentang umat islam di mata masyarakat di luar sana. Mudah-mudahan islam tetap indah di mata dunia..insya-allah..

    emm...

    bagi ana....tidak menjadi 'ISU' bagi sesiapa yang memakai '''''SONGKOK'''ketika menaiki motosikal..kenapa memakai serban mnjadi ISU yang besar??..hemm

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    SERBAN

    Started by adil Al-Hadeeth

    8 Replies
    4372 Views
    Last post 31 January, 2010, 05:26:18 PM
    by naim_mahmood
    21 Replies
    5373 Views
    Last post 24 October, 2009, 03:46:59 PM
    by rich_km
    22 Replies
    12147 Views
    Last post 28 June, 2012, 12:15:21 PM
    by rabbitah