Bersangka Baik Sesama Insan

Author Topic: Bersangka Baik Sesama Insan  (Read 8398 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SNF

  • *
  • Posts: 906
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
09 October, 2009, 06:24:19 PM
  • Publish Di FB
  • Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
    Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

    Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
    "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

    Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
    "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

    Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
    "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

    Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
    "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

    Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
    "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
    Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

    Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
    "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

    Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.
    « Last Edit: 09 October, 2009, 06:31:21 PM by SNF »

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #1 09 October, 2009, 08:16:53 PM
  • Publish Di FB
  • Bila bersangka baik, hati pun tenag..hidup happy dan ceria
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #2 09 October, 2009, 09:10:55 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah..ilmu manfaat~

    Cik Fitri.. Ade buku pasal ni ke? sy minat jugak dengan Syeikh Qadir ni.. Tp xjumpe2 bukunya... boleh langgan ngan Cik Fitri?
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #3 09 October, 2009, 09:12:10 PM
  • Publish Di FB
  • Antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahawa arab dipanggil husnuzzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.

    bersangka baik ini perlu kerana :
    - dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
    - dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
    - elakkan dari permusuhan sesama manusia
    - jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
    - menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
    - semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya

    Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?

    contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita,
    mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,
     menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam,
    selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.


    Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
    - Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
    - cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
    - sentiasa memaafkan orang lain.
    - anggap semua orang sayangkan kita.
    - anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
    - ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
    - banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
    - cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
    - kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
    - pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
    - ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.



    « Last Edit: 09 October, 2009, 10:51:43 PM by Awit1910 »

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #4 09 October, 2009, 11:49:24 PM
  • Publish Di FB
  • sentiasa dan senantiasa la bersangka baik dengan hati yang ikhlas...sangka baik kalau hati atau niat kita terpaksa susah juga kan...

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #5 09 October, 2009, 11:57:51 PM
  • Publish Di FB
  • camana contoh bersangka baik kalau hati dan niat terpaksa?

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #6 10 October, 2009, 12:08:09 AM
  • Publish Di FB
  • keadaan terpaksa bersangka baik kerana takut buruk yg terjadi....keadaan akan aman dan damai...niat kita untuk kebaikan...supaya orang tidak akan sangka buruk sama kita...terpaksa bukan kerana main2...ok kalau kita tidak bersangka baik pasti di cakap yg bukan2 juga...tapi niat tu kerana Allah s.w.t....

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #7 10 October, 2009, 12:13:03 AM
  • Publish Di FB
  • walaupun kita terpaksa kita kena juga bersangka baik demi kebaikan kita bersama...Allah lebih mengetahui apa yang kita  niatkan walaupun terpaksa...

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #8 10 October, 2009, 10:27:36 AM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah..ilmu manfaat~

    Cik Fitri.. Ade buku pasal ni ke? sy minat jugak dengan Syeikh Qadir ni.. Tp xjumpe2 bukunya... boleh langgan ngan Cik Fitri?

    memang ada buku mengenai Syeikh Qadir ni. Tapi yang ana thu buku Wasiat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
    Dimana buku tu mengenai adalah sebagai pengajaran kita dalam mengharungi seharian..klu nak langgan ana takde,tapi cuba assiddiq link website ni..
    http://www.jahabersa.com.my/en/kisah-kisah-teladan/wasiat-syeikh-abdul-qadir-jailani
    Waallahuaalam..

    taalidi

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #9 20 November, 2009, 11:03:54 PM
  • Publish Di FB

  • Husnuzzon atau Bersangkabaik atau Berfikiran Positive merupakan asas kepada Hukum Tarikan (Law of Attraction) dari sudut Ilmu Fizik Quantum
    Husnuzzon dan Hukum Tarikan berkaitrapat antara satu sama lain. Dibawah ini diterangkan secara ringkas tentang Hukum Tarikan.

    Hukum Tarikan (Law of Attraction) merupakan satu hukum alam dari sudut Quantum Fizik. Kita umumnya pernah mempelajari tentang Hukum Graviti (Law Of Gravity) yang merupakan salah satu dari Hukum Alam yang diperakui dari segi sains dan diterima oleh Islam sebagai salah satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, pencipta alam semesta. Didalam Hukum Graviti, apa jua akan tertarik kebumi oleh tarikan graviti. Tidak kira siapa kita, bangsa apa dan ugama apa, baik atau jahat, sekiranya anda terjun dari tingkat 10 menara KLCC, anda sudah pasti akan jatuh ke bumi. Ini adalah kerana Hukum Graviti sentiasa berlaku dan tidak pernah gagal menjalankan sistemnya yang telah ditetapkan oleh Allah. Kecuali didalam beberapa kes tertentu atas kehendak Allah, hukum graviti tidak berlaku seperti dalam peristiwa isra' dan mi'raj Rasulullah S.A.W ada diriwayatkan sebuah batu ingin mengikut Nabi ke langit, tetapi tidak diizinkan Allah, maka batu yang baru naik beberapa meter ke udara itu terhenti dan tidak jatuh kebumi semula. Ianya tetap disitu seolah-olah tergantung sehingga kini. Dari segi sains, jisim batu tersebut sudah terkeluar dari sistem tarikan graviti maka ianya logik untuk tergantung sehinggalah pada batas waktu yang ditetapkan Allah.

    Manakala didalam Hukum Tarikan pula, prinsipnya ialah suatu cetusan fikiran akan menarik perkara yang sama dengan sesebuah cetusan fikiran itu. Dalam ertikata lain ianya boleh dimengertikan dengan tiga perkataan iaitu: Fikiran Menjadi Kenyataan (Thoughts Becomes Things). Para pengkaji Hukum Tarikan telah menyenaraikan banyak terjemahan pada prinsip ini seperti You Are What You Think You Are ( Diri anda merupakan apa yang anda fikirkan tentang anda), If You can See It In Your Mind, You Can Hold It In Your Hand (Jika anda boleh melihatnya didalam fikiran anda, tidak mustahil untuk anda memilikinya).

    Umumnya, setiap hari manusia pasti akan berfikir, samada tentang masa lalu, masakini, masa depan, tentang urusan-urusan harian dan sebagainya. Terdapat pelbagai cetusan fikiran setiap hari yang dicetuskan oleh minda kita dari pelbagai arah tentang pelbagai perkara. Dari segi sains, otak normal seseorang manusia mampu mencetuskan lebih kurang 60,000 cetusan fikiran sehari. Menurut kajian fizik kuantum, setiap cetusan fikiran mempunyai gelombang (frekuensi). Otak manusia mengeluarkan frekuensi setiap kali manusia itu berfikir. Anda tidak dapat melihat frekuensi dari gelombang otak tetapi anda boleh mengambil contoh frekuensi telefon bimbit anda, atau frekuensi radio, yang mana juga tidak dapat dilihat oleh kita, tetapi kita amat menikmati faedah dari gelombang-gelombang radio dan telefon bimbit kita setiap hari. Bagaimanakah frekuensi telefon bimbit anda berfungsi?  Ramai juga yang tidak tahu tentangnya tetapi amat bergantung pada penggunaannya. Apa yang kita tahu, jika kita dial nombor telefon rakan kita, satu frekuensi akan dihantar ke satelit dan satelit akan mengenal pasti nombor penerima dan menghantarkan isyarat pada telefon rakan kita dan dalam masa beberapa saat, anda sudah dapat berbual dengan rakan anda walaupun jaraknya beratus batu dari anda. Kesimpulannya, setiap frekuensi mempunyai isyarat untuk dihantar dan mampu diterima oleh sistem penerimaan yang tepat.

    Persoalannya, kemanakah pula frekuensi yang dihantar oleh otak kita dan jenis frekuensi apakah yang kita hantarkan? Sebelum membincangkan hal ini dengan lebih mendalam, kita perlu memahami tentang kewujudan alam semesta ini.

    Kita semua memahami bahawa setiap apa jua diseluruh alam semesta ini terdiri daripada tenaga yang dikenali dengan nama atom. Didalam alam semesta terdapat galaksi-galaksi, dan salah satunya adalah galaksi Bima Sakti dimana terdapat sistem suria kita, didalam sistem suria kita terdapat 9 planet  didalam sistem orbit yang tersendiri dan salah sebuahnya adalah planet kita iaitu Bumi. Maka dibumi ini lah manusia ditempatkan dimana manusia pula terdiri daripada tubuh badan fizikal yang mempunyai sistem organ tubuh yang terdiri dari sel-sel badan, dimana sel-sel badan ini terdiri dari atom dan jelas sekali atom merupakan tenaga yang bergetar.Hakikatnya seluruh alam semesta ini adalah berasaskan atom atau tenaga. Oleh itu, sedar atau tidak, kita semua adalah berhubungan antara satu sama lain dalam bentuk tenaga. Kita bukanlah hanya terdiri dari daging, darah dan nyawa, tetapi melebihi dari itu. Manusia adalah penciptaan Allah yang sangat hebat.

    Firman Allah: Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.

    Oleh itu, seluruh alam semesta ini terdapat banyak tenaga. Berbalik kepada persoalan kita tadi, frekuensi yang dikeluarkan oleh otak manusia akan terpancar keseluruh alam semesta dan akan menarik tenaga yang ada dipersekitaran ruanglingkup alam balik kepada penghantar isyarat frekuensi tadi iaitu manusia yang berfikir tadi. Jenis tenaga yang ditarik bergantung kepada jenis frekuensi yang dihantar. Mengikut kajian sains, hanya terdapat 2 jenis frekuensi yang dikeluarkan oleh otak iaitu:

    1. Frekuensi Positif

    2. Frekuensi Negatif

    Oleh yang demikian, tenaga yang ditarik juga adalah dalam bentuk Tenaga Positif atau Tenaga Negatif. Jika kita mengeluarkan frekuensi negatif, maka yang tertarik kepada kita adalah perkara-perkara negatif juga sebagai contoh, pada pagi anda bangun tidur, anda bangun dengan marah-marah kerana lewat bangun dan maki hamun ahli keluarga atau rakan yang tidak bangunkan anda dari tidur, di sini anda telah mengeluarkan frekuensi negatif, apabila frekuensi ini telah terpancar dari anda sendiri sebagai pemancarnya, maka, selepas itu akan berlaku lagi perkara-perkara negatif yang lain seperti tertinggal bas, di marahi bos, di rompak dalam perjalanan ke tempat kerja atau yang lebih dahsyat lagi mungkin di buang kerja. Jika anda bangun pagi dalam keadaan yang tenang dan positif walaupun lewat, anda akan menarik tenaga-tenaga positif kepada anda, anda mungkin tidak akan di marahi bos, dapat sampai ke pejabat tepat pada waktunya, tidak tertinggal bas dan sebagainya.

    Sekarang kita telah memahami konsep hukum tarikan itu sendiri dan bagaimana tenaga itu akan di manesfeatasikan kepada kita dan tenaga apa yang akan di pantulkan kepada kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita juga kadang-kadang tidak sedar yang fikiran kita telah mengeluarkan tenaga positif dan negatif. Ini kerana fikiran itu tercetus di luar kawalan kita dan lama-kelamaan fikiran itu menjadi dominan di dalam benak kita. Fikiran yang dominant ini akan menghasilkan tenaga yang sangat kuat dan akan menarik fikiran dominant itu kepada kita. Sebagai contoh, di dalam benak anda, selalu terlintas di dalam benak tanpa kawalan anda yang anda tidak mahu gagal.Apabila, anda selalu mengatakan yang anda tidak mahu gagal berulang-ulang kali di dalam benak anda, maka apa yang akan terjadi?Apa yang akan anda tarik kepada anda? Mesti anda akan mengatakan yang anda tidak akan gagal,kan? Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Kenapa? Ini juga anda harus ingat dan faham. Anda harus mengatakan yang anda ingin berjaya dan bukanlah tidak mahu gagal kerana perkataan gagal itu sendiri adalah negative dan anda sebenarnya mengeluarkan frekuensi negative.Jika anda mengatakan anda ingin berjaya, anda telah menghasilkan pemikiran positif yang sangat dominant dan berkuasa di dalam minda anda.

    Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam penggunaan perkataan yang sesuai atau yang lebih tepat lagi jika ingin sesuatu yang positif, maka perkataan-perkataan yang positif harus digunakan.

    Demikianlah hukum tarik-menarik berkerja seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:

    Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
    Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a
    (rowahu Thobarani wal hakam)
    Artinya:
    Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia
    berprasangka dengan apa yang ia inginkan ( penulis:
    yang ia risaukan atau hawatirkan) (Thobarani wal hakam).

    Maka jika kita berprasangka baik atau positif, Allah jua akan bersangka baik pada kita, sama juga jika kita berfikiran positif, maka yang positif jua datang kepada kita, ini kerana yang positif itu adalah sangkaan positif Allah pada kita. Hukum tarikan ini adalah mencerminkan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang lagi Maha Memakbulkan permintaan dan doa umatNYa. Allah telah menciptakan tubuh badan kita yang terdiri daripada sel-sel dan kemudiannya menjadi molekul-molekul yang akhirnya membentuk tenaga yang akan kita pancarkan kepada alam semesta. Sebab itu kita mampu memancarkan tenaga positif dan tenaga negatif seta menarik tenaga-tenaga tersebut.Inilah hukumnya.


    Wallahuaklamubissawab

    taalidi@yahoo.com




    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #10 02 January, 2010, 06:05:28 PM
  • Publish Di FB
  • Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan.

    Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
    Q.S Al-Hujuraat : 6.

    Sumber rujukan:Taman2Syurga@yahoogroups.com

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #11 02 January, 2010, 06:09:42 PM
  • Publish Di FB

  • Manfaat Berbaik Sangka

    Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

    Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

    Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

    Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

    Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

    Sumber rujukan:Taman2Syurga@yahoogroups.com

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #12 02 January, 2010, 06:15:47 PM
  • Publish Di FB
  • Ruginya Berburuk Sangka

    Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

    Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya:

    Quote
    "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.

    Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:

    Quote
    "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.

    Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:

    Quote
    "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.

    Sumber rujukan:Taman2Syurga@yahoogroups.com

    Durratul Hikmah

    • *
    • Posts: 121
      • View Profile
    Jawab #13 14 July, 2011, 10:46:02 PM
  • Publish Di FB
  • Rambut sama hitam hati lain2 


    :)
    Masih boleh digunakan ke peribahasa tu. Subhanallah. Apa yang kita fikir dan maksudkan tak semestinya sama dengan apa yang orang lain fikir dan maksudkan. Sedihnya. Hati kita milik Allah, hanya dia yang mengetahui keikhlasan hati. Maaflah sekiranya di salah erti. Ada sesetengah hanya boleh meneka pergerakan tubuh dan perubahan wajah seseorang tapi hati kita tetap Allah yang miliki.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    9134 Views
    Last post 23 June, 2011, 02:47:43 PM
    by mr maliki
    17 Replies
    3620 Views
    Last post 27 December, 2012, 07:18:04 AM
    by Iffah Rezali
    5 Replies
    1468 Views
    Last post 16 October, 2012, 09:23:54 PM
    by Sejadah_Usang