Sekufu dalam pemilihan Jodoh?

Author Topic: Sekufu dalam pemilihan Jodoh?  (Read 21706 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
08 October, 2009, 06:22:34 PM
  • Publish Di FB

  • Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

    Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

    "Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

    "Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga.

    Menurut ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.

    Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.

    Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.

    Jelas di sini,  bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

    Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

    Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, "Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu". Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

    "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".

    Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

    Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi) .

    Menyedari kepentingan sekufu ini, adalah di sarankan kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

    Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.

    Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

    Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, "Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah." Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban."

    Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.
    « Last Edit: 08 October, 2009, 07:33:47 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #1 08 October, 2009, 06:30:32 PM
  • Publish Di FB

  • "DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua".

    Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.

    Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.

    Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim.

    Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.
    Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Hai manusia, se-sungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (Al-Hujarat: 13)
    « Last Edit: 08 October, 2009, 07:26:51 PM by Sembilu Kasih »

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #2 08 October, 2009, 07:23:09 PM
  • Publish Di FB
  • yg umi citer, sekufu dlm agama, itu sebab org alim, walu tua tua, kadang ada ibubapa, offer anak dara mereka yg muda muda sebagi isteri isteri org alim tu, banyak berlaku dulu laa

    skang ni sekufu, macam sembilu kasih faham, wahaha, nak secocok gitu, sama padan, bagai pinang belah dua.

    perintah bagi lelaki memilih perempuan, 4 kategori, terbaik ialah yg beragama, walaupun ia seorang hamba yg hitam

    ada perawan, rupawan
    ada hartawan

    pilihan terbaik yg beragama....semuga boleh diterima pakai oleh pengendali, pernikahan, iaitu ibubapa, wali wali mujbir, dan perempuan perempuan.

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #3 09 October, 2009, 12:03:55 AM
  • Publish Di FB
  • Macam mana jika perbezaan dari segi pendidikan, kerjaya dan gaya hidup? Perlu tak dipertimbangkan juga dalam konteks sekufu ni?
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 09 October, 2009, 12:13:43 AM
  • Publish Di FB
  • Macam mana jika perbezaan dari segi pendidikan, kerjaya dan gaya hidup? Perlu tak dipertimbangkan juga dalam konteks sekufu ni?

    "Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

    Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #5 09 October, 2009, 12:28:49 AM

    Ummi...

    Jika begitu, bagi diri perempuan...jika dia ingin menilai jodohnya, bagaimana jika pihak lelaki itu lebih rendah tarafnya, dalam situasi sebegitu, macam mana pula menurut pandangan Islam
    « Last Edit: 09 October, 2009, 06:46:11 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 09 October, 2009, 07:13:13 AM
  • Publish Di FB
  • Ummi...
    Jika begitu, bagi diri perempuan...jika dia ingin menilai jodohnya, bagaimana jika pihak lelaki itu lebih rendah tarafnya, dalam situasi sebegitu, macam mana pula menurut pandangan Islam

    Nor, ini pandangan ummi. Memang pada zaman sekarang bukan semua orang perempuan masih mementingkan level pendidikan mesti sama dalam pemilihan jodoh. Mungkin kerana calon telah lama di kenali latar belakang diri dan keluarganya, mungkin merupakan jiran sebelah, saudara jauh, atau sebab-sebab lain pertemuan terjadi dan melahirkan bibit cinta. Tidak semestinya bila cinta datang mengetuk hatinya, dia itu ber'couple'.

    Bila ini berlaku, ada lamaran, berbincang dengan ibu bapa, tiada kontra dari semua pihak , terima saja. Mungkin level pendidikan berbeza, ada sebab -sebab tersendiri kenapa lelaki itu tidak melanjutkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi saya, lelaki yang rendah akhlaknya, ketara dalam mengabaikan pelaksanakan urusan Allah, itu yang di ambil kira dalam maksud sekufu.

    Saya telah melihat sendiri, beberapa pasangan rapat dengan saya yg tidak sekufu dalam pendidikan, mereka tetap boleh bersama dalam sebuah rumahtangga kerana isteri faham kedudukan dirinya.
    Pasangan 1 : Seorang isteri mempunyai degee, suami PMR pun tak ada,
    Pasangan 2 : Isteri mempunyai PhD, suami setakat SPM, dah 20 tahun melayari rumah tangga dengan aman,
    Pasangan 3 : Isteri degree, suami warga asing, (baitul muslim ummi) telah 16 tahun berumah tangga...

    Mereka  masih dapat melalui rumah tangga bahagia kerana ketaatan suami melaksanakan suruhan Allah. Apabila isteri faham dan tahu kedudukan hak suami dalam berumahtangga, dan suami seorang yang taat melaksanakan urusan tuhan, tidak timbullah sifat ego, sombong dalam diri isteri tadi.

    Sebab itu sebelum berkahwin, perempuan boleh menentukan hak dirinya mahu terima atau tidak lelaki yang tidak sama level pendidikan, (tidak sama level pendidikan, of couse tidak sama level pekerjaan) jika itu yang di pandangnya. Ada juga lelaki yg tahap pendidikan agamanya bagus, tetapi tiada sebarang sijil (dah belajar pondok saja, mana nak ada sebarang sijil, melainkan sijil beranak dan kad pengenalan diri). Jadi sebaiknya berbincang dahulu dengan keluarga, dengar pandangan keluarga.

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #7 09 October, 2009, 06:26:26 PM
  • Publish Di FB
  • Terima kasi ummi..

    emoga dapat jadi panduan untuk saya dan muslimah-muslimah lain yang masih mencar ni

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 364
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Jawab #8 09 October, 2009, 07:30:59 PM
  • Publish Di FB
  • Sekufu dalam keimanan adalah menjadi keutamaan manakala sekufu bab lain boleh dibina berperingkat dalam melayari bahtera perkahwinan masing-masing.
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #9 09 October, 2009, 07:51:14 PM
  • Publish Di FB
  • Sekufu dalam keimanan adalah menjadi keutamaan manakala sekufu bab lain boleh dibina berperingkat dalam melayari bahtera perkahwinan masing-masing.

    Apa pandangan shohib pula jika muslimin yang beriman ni, menjadi penyelamat kepada wanita-wanita di luar sana supaya mereka dapat dibimbing? Bila dah dijadikan isteri, boleh dibimbing dan dididik dengan jiwa Islam. Kiranya ini tak sekufu dari segi keimanan

    Sebab saya perhatikan, wanita ni mudah terpengaruh dengan lelaki yang kurang beragama dan mereka pun jadi terus hanyut.

    embunNISA

    • *
    • Posts: 70
    • keadilan mutlak pada yang berhak
      • View Profile
    Jawab #10 27 October, 2009, 05:36:36 PM
  • Publish Di FB
  • yg umi citer, sekufu dlm agama, itu sebab org alim, walu tua tua, kadang ada ibubapa, offer anak dara mereka yg muda muda sebagi isteri isteri org alim tu, banyak berlaku dulu laa

    skang ni sekufu, macam sembilu kasih faham, wahaha, nak secocok gitu, sama padan, bagai pinang belah dua.

    perintah bagi lelaki memilih perempuan, 4 kategori, terbaik ialah yg beragama, walaupun ia seorang hamba yg hitam

    ada perawan, rupawan
    ada hartawan

    pilihan terbaik yg beragama....semuga boleh diterima pakai oleh pengendali, pernikahan, iaitu ibubapa, wali wali mujbir, dan perempuan perempuan.

    assalamualaikum. nisa tertarik dgn isu ni kerana kebetulan baru2 ni nisa ada buat asaimen pasal isu sekufu untuk subjek family law 1. dlm presentation pun isu sekufu ni dpt pertanyaan ramai dr rakan2 sekelas nisa. berikut adelah isi perbincangannya..:

    KAFA’AH

    Definition

       Kafa’ah came from Arabic word which means equality. The fiqh ulama’ had given a more specific meaning to the word Kafa’ah which is the equality of the husband and the wife in certain aspect matter, to ensure that the wife and her family would not be ashamed of her husband where his status are lower than hers.  It also refer to the similarities between the husband and the wife, where the absent of these similarities can damage the marriage.   

    The position of kafa’ah in marriage

    It is hard to determine the position of Kafa’ah in marriage as different school of law gave different opinion on its position. There are two school of law which gave two different positions. The first consist of al-syafiyyah, hanafiyah, malikiyyah and hanabilah stated that Kafa’ah is one of the factor that are needed to be considered in a marriage while the second school of law which consist of Abu Sufyan al-Thauri, some of the Hanafiyyah Ulama, ibn Hazm and Ahmad bin Hanbal stated that kafa’ah is not an important factor in a marriage, it is enough that the male is Kufu’ with the girl.

    The Jumhur Ulama

    The Jumhur Ulama based on a clear hadith stated that Kafa’ah needs to be considered in a marriage. They also contended that the akad for marriage is for life, the similarities such as natural inclinations and backgrounds of both spouses are needed to ensure the success of a marriage without a great effort and to avoid any breakdown of marriage. The opinion of the Jumhur is more concrete thus it is acceptable that the Kafa’ah need to be considered in a marriage, however the kafa’ah only refers to the rights and duty and not on the personality which based on their ‘urf and customs.

    The criteria in determining Kafa’ah

    the Jumhr Ulama had different opinion on the criteria when determining the Kafa’ah as the Al-Qurn and al-Hadith does not mentioned anything about these criteria.

    The syafi’i school of law stated that there are six criteria which are:
    1.   Nasab
    2.   a free person which is not a slave
    3.   free from any ‘aib that permits Khiyar
    4.   ‘iffah which is a muslim and iltizam with the Islam religion.
    5.   hirfah which is have a career
    6.   the little difference of age between the husband and wife.

    The Hanafi school of law also mentioned six criteria
    1.   Nasab
    2.   islam
    3.   iltizam with the islam religion and teachings
    4.   a free person
    5.   property
    6.   profession

    The maliki school of law mentioned three criteria
    1.   religion
    2.   a free person
    3.   free from any ‘aib that can cause the faskh in the marriage

    The Imam ahmad school of law have two opinion, the first opinion mentioned two criteria
    1.   religion
    2.   the lineage

    While the second opinion stated 5 criteria
    1.   religion
    2.   nasab
    3.   free person
    4.   profession
    5.   wealthy

    Kafa’ah as a condition to the marriage

    The Fuqaha’ ulama’ are of different opinion on the Kafa’ah as the condition of akad nikah whether it is a vital condition where the absent of  kafa’ah will cause the marriage to be not valid, or it is a nafaz condition where even if there is no kafa’ah the marriage is still valid if the girl or his father consented to it, if not consented will cause the akad to be void or fasad, or it is a luzum condition where the marriage is valid if the wife or her father consented to it, but if not, the party have the right to claim for fasakh.
       The hanafi’s have a few opinion based on the words of Riwayat al-Hassan bin Ziyad from Abi Hanifah stated that Kafa’ah is a vital condition, if a woman who is at majority and have a sound mind married a man who is non-kufu’ with her and her father didn’t consented to the married. The marriages would still remain void even if after that her father gave his consent. This is because a marriage that is void will not become valid even after the consent had been given.

    The second source are from the words of Muhamad bin al-hassan which stated that kafa’ah is a nafaz condition, this is where the there is the condition are not fulfill, and the father of the woman gave his consent, then the marriage is valid, if not, the marriage is void. As for the kafa’ah as a luzum condition, if the condition is not fulfilled, the father have the right to issue a claim to the court to separate the woman from the man. But the father’s right will lost that right if he kept silent until the woman have a child.

    The maliki stated that Kafa’ah is a vital condition to a Yatimah woman who is married by a non-mujbir wali, where it is not valid for her to marry a fasiq man. The marriage can be fasakh before they slept together or before 3years of the marriage, o before the woman have a child.

    The syafi’i stated that it is only a luzum condition, as it is the right of the woman and her wali, where they can consent to it or not. The Hambali school of law have two opinion which is Kafa’ah is a vital condition and the second opinion is Kafa’ah is a it is a luzum condition.

    Applicability of the kafa’ah

    Kafaah only applicable to the male part, his means that a man must be of the same kufu’ of his wife but the female party does not have to be of the same kufu’ with his husband, so a party can marry a rich male without any restriction. The reason behind this is the male is considered as he is the leader of the family, and the status of the family and wife followed the husband. if he is of lower status from his wife will cause the wife’s who is from a respected family status to be lowered, thus causes feeling of aib to his wife. can lift the status of his non-kufu’ wife, but if the wife is lower status of his husband, the husband can lift the status of his wife.
    Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #11 27 October, 2009, 07:39:22 PM
  • Publish Di FB
  • Sekufu dalam keimanan adalah menjadi keutamaan manakala sekufu bab lain boleh dibina berperingkat dalam melayari bahtera perkahwinan masing-masing.

    Apa pandangan shohib pula jika muslimin yang beriman ni, menjadi penyelamat kepada wanita-wanita di luar sana supaya mereka dapat dibimbing? Bila dah dijadikan isteri, boleh dibimbing dan dididik dengan jiwa Islam. Kiranya ini tak sekufu dari segi keimanan

    Sebab saya perhatikan, wanita ni mudah terpengaruh dengan lelaki yang kurang beragama dan mereka pun jadi terus hanyut.

    Assalamualaikum wbt...
    Saya sangat setuju dengan wanita ini mudah terpengaruh. Hal ini kerana isu ini berlaku sendiri di depan mata saya. Asalnya niat si wanita ingin membimbing lelaki ke jalan yang Allah redhai. Akhirnya si wanita pula di bawa lelaki itu ke hulur ke hilir sampai sanggup membelakangkan keluarga. Wallahualam...
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 15 December, 2009, 10:16:31 PM
  • Publish Di FB
  • Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud ’sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa
    [box title=izin anak]
        tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju.[/box]

    Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, “minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin dikata.
    [box title=maksud sekufu]
        Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.[/box]

    Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama.

    Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)

    Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa

    [box title=sekufu dalam ketaqwaan]
        Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.: Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia. [/box]

    Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran.

    Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim!

    « Last Edit: 15 December, 2009, 10:18:19 PM by Ummi Munaliza »

    najwa_hamali

    • *
    • Posts: 750
    • ~BIDADARI SYURGA IMPIAN DI HATI~
      • View Profile
    Jawab #13 15 December, 2009, 10:23:33 PM
  • Publish Di FB
  •  :) Ummi, bila najwa besar nantikan, najwa nak sangat seorang suami yang boleh sama-sama berjuang dengan najwa dalam berdakwah. Kiranya sefikrah la. Bina baitul muslim atas dasar yang satu iaitu kerana nak berjuang untuk agama Allah. Hmm boleh ke ummi?
    YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 15 December, 2009, 10:33:27 PM
  • Publish Di FB

  • Cinta, sekufu dan pilihan ibu bapa

    Seorang teman lama yang juga adik sekolej semasa di UM dulu menghubungi saya baru-baru ni. Dia inginkan kesahihan tentang berita yang didengarinya bahawa saya bersuamikan seorang tentera biasa. Memang benar, saya mengakuinya. Saya bahagia mengahwini seorang tentera berpangkat lans koperal dan mempunyai taraf pendidikan yang lebih rendah daripada saya.

    Bila saya ditanyakan, tidakkah hubungan saya ditentang oleh ibu bapa saya kerana saya dan suami tidak sekufu? Saya menjelaskan, tentangan memang ada tetapi hanya pada awalnya dan setelah janji diikat dengan restu orang tua pastinya, tiada lagi perbincangan sama ada sekufu atau tidak kerana sepanjang lebih dua tahun bersama, saya dan suami telah berjaya mengharungi segala pahit getir bersama dan akan sentiasa bersama, InsyaAllah.

    Perbualan demi perbualan, akhirnya saya ketahui, rupa-rupanya hubungan beliau dihalang kedua ibu bapa lantaran pasangannya dikatakan tidak sekufu, sekadar mempunyai diploma sedangkan beliau bakal menamatkan ijazah kedua.

    Saya tidak pelik…bukan seorang dua yang menghadapi masalah sebegini. Masalah halangan keluarga kerana kononnya pilihan si anak tidak sekufu bukanlah cerita baru…malah telah berkurun lamanya. Sejak negara tiada kemajuan hinggalah sekarang berbagai bangunan pencakar langit terjulang.

    Insan yang menilai masalah tidak sekufu ini bukannya calang-calang orang…rata-ratanya berpendidikan. Yang peliknya, jika ditinjau dan diteliti, banyak perkahwinan antara pasangan yang dikatakan tidak sekufu ini, hidup aman dan bahagia.

    Sebaliknya, kebanyakan perkahwinan yang terhasil daripada pasangan yang dikategorikan sebagai sekufu dan sama darjat pula, berakhir dengan perpisahan. Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa perpisahan berlaku? Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa rumahtangga masih berantakan, sukar sekali mencapai keharmonian?

    Lantas, kita perlu memahami, apakah maksud sebenar sekufu seperti yang dianjurkan di dalam Islam? Kembali kepada maksud firman Allah yang menyatakan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Inilah maksud sekufu yang dikehendaki dan patut serta perlu diamalkan sebenarnya.

    Bukannya sekufu itu bermaksud seorang lelaki atau perempuan perlu mempunyai tahap pendidikan yang sama atau berharta dan mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bakal pasangannya. Apabila salah seorang sama ada perempuan atau lelaki mempunyai pendidikan yang lebih tinggi berbanding pasangannya ataupun memiliki harta yang lebih berbanding pasangannya tetapi mereka mempunyai persamaan dari segi ilmu agama dan kecenderungan mengamalkan amalan agamanya, maka lelaki dan perempuan tersebut adalah sekufu.

    Islam telah menetapkan bahawa sesiapa yang mengutamakan ajaran agama akan mendapat keharmonian di dalam hidup. Kepada mereka yang sedang bercinta dan dihalang oleh orang tua kerana dikatakan tidak sekufu tetapi tidak menepati maksud sekufu yang dianjurkan oleh Islam, sekiranya anda yakin pilihan anda adalah pilihan yang terbaik, berdoalah agar pilihan anda memang betul pilihan yang terbaik dan berdoalah juga agar jodoh anda dipermudahkan.

    Walau ibu bapa anda sukar menerima pilihan anda dan masih tetap dengan pendiriannya bahawa pilihan anda itu tidak sekufu dengan anda, berusahalah dan berdoalah agar ibu bapa anda mengubah pendirian mereka. Ingatlah, tidak mudah untuk mendapat apa yang kita hajati tetapi kita boleh berusaha mendapatkannya.

    Paling penting, elakkan perkahwinan tanpa restu orang tua kerana walaupun kita sebagai anak berada di pihak yang benar tetapi apabila kita melukakan hati orang tua, kita juga telah melakukan dosa.

    Ingatlah, setitis air mata ibu yang jatuh ke bumi, tak mungkin tertanggung bebannya di akhirat nanti. Diamnya bapa dengan tindakan kita bukan bererti dia redha tetapi jiwanya menanggung lara yang tidak mampu diluahkan dengan kata. Letakkan kedudukan anda di tempat mereka, apakah yang anda rasa? Ingatlah, redha Allah hanya dengan restu orang tua. Perkahwinan tanpa restu orang tua adalah sukar untuk bahagia kecuali setelah ibu bapa redha dengan perkahwinan tersebut.

    Bersabarlah dan teruskan berusaha dan berdoa, jika sememangnya anda ditakdirkan untuk dirinya, pasti akan bersatu jua. Namun, andai masih ada halangan dan rintangan, itu petanda jodoh antara anda dan dia tiada. Takdir menentukan anda dan dia dipasangkan dengan insan lain yang lebih baik untuk diri masing-masing. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #15 15 December, 2009, 10:38:10 PM
  • Publish Di FB
  • itulah..
    saya pun mahu seorang suami yang ada semangat macam tu najwa..

    an-nisa

    • *
    • Posts: 507
      • View Profile
    Jawab #16 15 December, 2009, 11:31:27 PM
  • Publish Di FB
  • Biarku mantapkan diri ini dahulu..^-^ untuk zaudj yang soleh..cerminan diriku terlalu malap untuk kalian..namun hati kecil masih berbisik dan berharap..semoga yang dijodohkan untukku mampu memimpinku ke pintu syurga..amin..amin..Ya Rabb..
    "keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah.."

    hanimnorlaila

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #17 15 December, 2009, 11:36:24 PM
  • Publish Di FB
  • Biarku mantapkan diri ini dahulu..^-^ untuk zaudj yang soleh..cerminan diriku terlalu malap untuk kalian..namun hati kecil masih berbisik dan berharap..semoga yang dijodohkan untukku mampu memimpinku ke pintu syurga..amin..amin..Ya Rabb..
    Amin.. ustazah dulu cakap..awak ubah diri awak dulu..InsyaAllah ,insan yang awak dapat akan sekufu dgn awak..
    zaman sekaran, x ramai dah fikir pasal sekufu2 nie..dah la wanita skarang memang ramai lagi berpendidikan tinggi daripada lelaki..tapi pada saya,x kisah la kalau lelaki tu setakat spm..asalkan,dia jalankan tanggungjawab dia.. mungkin Allah nak bagi kita x_tra pahala..gaji kita sama2 bantu suami.. boleh la didik diri kita dari sikap kikir..kalau suami kaya..confirm.. kita x kan dapat peluang tu..mungkin.. he3.. segala yang berlaku..mesti ada hikmah.. :)

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Jawab #18 16 December, 2009, 03:19:31 AM
  • Publish Di FB
  • Biarku mantapkan diri ini dahulu..^-^ untuk zaudj yang soleh..cerminan diriku terlalu malap untuk kalian..namun hati kecil masih berbisik dan berharap..semoga yang dijodohkan untukku mampu memimpinku ke pintu syurga..amin..amin..Ya Rabb..

    Ameen...
    ya ukhti...smga bertemu jodoh yang baik2..ameen..

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1330
      • View Profile
    Jawab #19 24 December, 2009, 03:51:30 PM
  • Publish Di FB

  • Cinta, sekufu dan pilihan ibu bapa

    Seorang teman lama yang juga adik sekolej semasa di UM dulu menghubungi saya baru-baru ni. Dia inginkan kesahihan tentang berita yang didengarinya bahawa saya bersuamikan seorang tentera biasa. Memang benar, saya mengakuinya. Saya bahagia mengahwini seorang tentera berpangkat lans koperal dan mempunyai taraf pendidikan yang lebih rendah daripada saya.

    Bila saya ditanyakan, tidakkah hubungan saya ditentang oleh ibu bapa saya kerana saya dan suami tidak sekufu? Saya menjelaskan, tentangan memang ada tetapi hanya pada awalnya dan setelah janji diikat dengan restu orang tua pastinya, tiada lagi perbincangan sama ada sekufu atau tidak kerana sepanjang lebih dua tahun bersama, saya dan suami telah berjaya mengharungi segala pahit getir bersama dan akan sentiasa bersama, InsyaAllah.

    Perbualan demi perbualan, akhirnya saya ketahui, rupa-rupanya hubungan beliau dihalang kedua ibu bapa lantaran pasangannya dikatakan tidak sekufu, sekadar mempunyai diploma sedangkan beliau bakal menamatkan ijazah kedua.

    Saya tidak pelik…bukan seorang dua yang menghadapi masalah sebegini. Masalah halangan keluarga kerana kononnya pilihan si anak tidak sekufu bukanlah cerita baru…malah telah berkurun lamanya. Sejak negara tiada kemajuan hinggalah sekarang berbagai bangunan pencakar langit terjulang.

    Insan yang menilai masalah tidak sekufu ini bukannya calang-calang orang…rata-ratanya berpendidikan. Yang peliknya, jika ditinjau dan diteliti, banyak perkahwinan antara pasangan yang dikatakan tidak sekufu ini, hidup aman dan bahagia.

    Sebaliknya, kebanyakan perkahwinan yang terhasil daripada pasangan yang dikategorikan sebagai sekufu dan sama darjat pula, berakhir dengan perpisahan. Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa perpisahan berlaku? Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa rumahtangga masih berantakan, sukar sekali mencapai keharmonian?

    Lantas, kita perlu memahami, apakah maksud sebenar sekufu seperti yang dianjurkan di dalam Islam? Kembali kepada maksud firman Allah yang menyatakan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Inilah maksud sekufu yang dikehendaki dan patut serta perlu diamalkan sebenarnya.

    Bukannya sekufu itu bermaksud seorang lelaki atau perempuan perlu mempunyai tahap pendidikan yang sama atau berharta dan mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bakal pasangannya. Apabila salah seorang sama ada perempuan atau lelaki mempunyai pendidikan yang lebih tinggi berbanding pasangannya ataupun memiliki harta yang lebih berbanding pasangannya tetapi mereka mempunyai persamaan dari segi ilmu agama dan kecenderungan mengamalkan amalan agamanya, maka lelaki dan perempuan tersebut adalah sekufu.

    Islam telah menetapkan bahawa sesiapa yang mengutamakan ajaran agama akan mendapat keharmonian di dalam hidup. Kepada mereka yang sedang bercinta dan dihalang oleh orang tua kerana dikatakan tidak sekufu tetapi tidak menepati maksud sekufu yang dianjurkan oleh Islam, sekiranya anda yakin pilihan anda adalah pilihan yang terbaik, berdoalah agar pilihan anda memang betul pilihan yang terbaik dan berdoalah juga agar jodoh anda dipermudahkan.

    Walau ibu bapa anda sukar menerima pilihan anda dan masih tetap dengan pendiriannya bahawa pilihan anda itu tidak sekufu dengan anda, berusahalah dan berdoalah agar ibu bapa anda mengubah pendirian mereka. Ingatlah, tidak mudah untuk mendapat apa yang kita hajati tetapi kita boleh berusaha mendapatkannya.

    Paling penting, elakkan perkahwinan tanpa restu orang tua kerana walaupun kita sebagai anak berada di pihak yang benar tetapi apabila kita melukakan hati orang tua, kita juga telah melakukan dosa.

    Ingatlah, setitis air mata ibu yang jatuh ke bumi, tak mungkin tertanggung bebannya di akhirat nanti. Diamnya bapa dengan tindakan kita bukan bererti dia redha tetapi jiwanya menanggung lara yang tidak mampu diluahkan dengan kata. Letakkan kedudukan anda di tempat mereka, apakah yang anda rasa? Ingatlah, redha Allah hanya dengan restu orang tua. Perkahwinan tanpa restu orang tua adalah sukar untuk bahagia kecuali setelah ibu bapa redha dengan perkahwinan tersebut.

    Bersabarlah dan teruskan berusaha dan berdoa, jika sememangnya anda ditakdirkan untuk dirinya, pasti akan bersatu jua. Namun, andai masih ada halangan dan rintangan, itu petanda jodoh antara anda dan dia tiada. Takdir menentukan anda dan dia dipasangkan dengan insan lain yang lebih baik untuk diri masing-masing. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    Penulis ni yang ada kolum dalam Majalah Mingguan Wanita tu ekk?
    Mrs. Ikan Pari

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    49 Replies
    11922 Views
    Last post 30 May, 2012, 01:53:32 PM
    by Nasiha Sakina
    1 Replies
    697 Views
    Last post 28 October, 2012, 11:05:21 AM
    by al_ahibbatu
    4 Replies
    1236 Views
    Last post 25 September, 2013, 02:19:46 PM
    by Haipils