Pencemaran Kisah Perkahwinan Rasulullah dengan Zainab Bt Jahsyi

Author Topic: Pencemaran Kisah Perkahwinan Rasulullah dengan Zainab Bt Jahsyi  (Read 4495 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14507
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
07 October, 2009, 10:56:20 AM
  • Publish Di FB

  • Penyelewengan fakta sirah:


    1) Rasulullah SAW sebenarnya menaruh perasaan cinta terhadap Zainab walaupun ketika itu Zainab bersuamikan Zaid. Kononnya Rasulullah SAW pernah berkunjung ke rumah Zaid dan secara tak sengaja telah terlihat Zainab dalam keadaan terbuka rambutnya di kamarnya tatkala angin meniup hingga menyelak langsir yang terdapat di situ. Baginda amat kagum dengan kecantikan Zainab sehingga terkeluar dari mulut Baginda ungkapan “Subhanaka Maqlubul Quluub” (Maha Suci Tuhan yang telah membalik-balikkan hati).

    Namun Baginda menyembunyikan isi hati Baginda, Perkahwinan Zainab dan Zaid sebenarnya tidak bahagia kerana Zainab tidak menyukai Zaid. Apabila Zaid menceritakan masalah yang sedang dihadapi dalam perkahwinannya bersama Zainab, Baginda tetap menyembunyikan kecintaan Baginda kepada Zainab dan tetap memerintahkan Zaid supaya tidak menceraikan Zainab dan bertaqwa kepada Allah SWT. Kononnya Allah SWT telah menegur sikap baginda ini menerusi firmanNya : “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya).”(Surah Al-Ahzaab, Ayat 37)

    2) Muhammad SAW melihat dengan tidak sengaja isteri anak angkatnya sendiri (Zaid) yang ketika itu tidak lengkap berpakaian, lantas timbul rasa cinta dalam hatinya kepada isteri anak angkatnya itu. Suaminya Zaid terpaksa menceraikan Zainab untuk dikahwini oleh Muhammad. Orang-orang Islam sangat sedih mengenang peristiwa yang berlaku ini. Tuhan telah mewahyukan kepada Muhammad melalui perantaraan Jibril yang datang setiap hari bertemu Baginda ayat-ayat yang mengharuskan Baginda berbuat demikian. Setelah turunnya ayat-ayat tersebut, orang-orang Islam tidak berani bercakap lagi tentang isu tersebut.

    ——————————————–

    Tradisi Masyarakat Arab Quraisy zaman itu.

    1)Golongan Arab Quraisy ketika itu melarang perkahwinan antara perempuannya dengan lelaki yang berketurunan lain walaupun lelaki tersebut memiliki kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Semangat Assabiyah (perkauman) masih menjalar dalam masyarakat Arab pada masa itu.

    2)Jika terjadi perkahwinan yang dilarang itu maka sekiranya perempuan Quraisy tersebut diceraikan oleh suaminya, ketika itu dia akan dihina oleh masyarakat dan tidak akan ada sesiapa yang akan sudi berkahwin dengannya.

    3)Status anak angkat disamakan dengan anak kandung. Jika anak angkat seseorang itu menceraikan isterinya, maka bapa angkatnya diharamkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya tersebut.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 07 October, 2009, 11:03:54 AM
  • Publish Di FB

  • Sirah sebenar:


    Demi memecahkan tradisi jahiliyah tersebut, Allah SWT memerintahkan perkahwinan Zaid bin Haritsah RA (anak angkat Rasulullah yang juga bekas hamba baginda yang telah dimerdekakan) dengan Zainab binti Jahsyi RA (sepupu baginda). Pada masa yang sama, Allah juga telah mewahyukan bahawa perkahwinan tersebut akan berakhir dengan penceraian dan Zainab akan menjadi isteri Rasulullah akhirnya.

    Ternyata perkahwinan yang dicadangkan oleh Baginda pada Zainab dan ahli keluarganya tidak dipersetujui kerana terpengaruh dengan tradisi seperti yang telah disebutkan. Rasulullah membaca Firman Allah SWT : “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah Al-Ahzaab, Ayat 36).

    Maka berlangsunglah perkahwinan Zaid dan Zainab walaupun Zainab asalnya hanya setuju di atas dasar taat kepada perintah Rasulullah. Zainab tetap tidak gembira dengan perkahwinan tersebut dan sikap dinginnya ini disedari oleh Zaid. Zaid mengadu kepada Rasulullah tentang masalah rumahtangga yang sedang dihadapinya namun Rasulullah bersabda : “Jangan ceraikan isteri anda itu dan bertaqwalah kepada Allah.”

    Begitulah jawapan baginda setiap kali Zaid menggambarkan perkahwinannya dengan Zainab menuju kehancuran kerana Baginda tahu setelah terjadi penceraian tersebut, Zainab akan menjadi isterinya dan baginda khuatir cemuhan yang bakal menimpa diri baginda kerana amalan ini bertentangan dengan budaya tradisi bangsa Arab Quraisy pada masa itu. Lantaran itu, maka turunlah firman Allah SWT : “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya).“(Surah Al-Ahzaab, Ayat 37)

    Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani berkata: “Sebenarnya apa yang disembunyikan oleh Rasulullah SAW ialah berita yang diberita oleh Allah kepada baginda yang Zainab akan menjadi salah seorang isterinya.”

    Setelah turunnya ayat tersebut, Zaid menceraikan Zainab lalu baginda melamarnya untuk dijadikan isteri baginda.

    Lantaran itu dua lagi budaya jahiliyah berjaya dihappuskan. Perkahwinan baginda dengan Zainab telah menaikkan martabat Zainab yang pada mulanya telah berkahwin dengan seorang hamba dari keturunan bukan Arab Quraisy. Lazimnya jika terjadi penceraian perempuan seperti Zainab ini, makan tiada siapa yang akan mengahwininya selepas itu. Maka sekali lagi terjadi anjakan paradigma bagi masyarakat Arab dan martabat wanita dimuliakan.

    Seterusnya, perkahwinan baginda dengan Zainab membatalkan budaya Arab Quraisy yang menyamakan status anak angkat dan anak sendiri. Ini merupakan objektif utama perkahwinan baginada dengan Zainab. Mari kita lihat sambungan surah Al-Ahzaab ayat 37 yang sering dinaqal secara separa oleh musuh-musuh Islam : “Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.“

    Hal ini secara tidak langsung merealisasikan firman Allah SWT dalam membezakan anak angkat dan anak kandung sebagaimana berikut : “….. dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.” (Surah Al-Ahzaab, Ayat 4)

    Berbeza dengan kisah palsu yang menjatuhkan maruah Rasulullah SAW, kisah sahih ini menyerlahkan ketinggian akhlak serta peribadi Rasulullah sejajar dengan status enabian Baginda sebagai contoh terbaik bagi sekalian manusia. Firman Allah SWT : “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”(Surah Al-Qalam, Ayat 4)

    Sumber : Majalah i keluaran 58
    Rujuk juga : buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu DIperbetulkan Semula – Profesor Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu 2005, ms. 75.

    Alfiqah_Annajiy

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Jawab #2 07 October, 2009, 11:10:14 AM
  • Publish Di FB
  • salam...ble x bagi cite Rasulullah saw yg myayat hati yg x d ketahui umum?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 07 October, 2009, 11:15:16 AM
  • Publish Di FB
  • salam...ble x bagi cite Rasulullah saw yg myayat hati yg x d ketahui umum?


    Alfiyah ada ke ceriat tu? kalau ada post lah  di sini.

    sarai

    • *
    • Posts: 38
      • View Profile
    Jawab #4 11 January, 2011, 09:09:47 AM
  • Publish Di FB
  • ummi,nanti terangkan sikitr pasal israiliyat bleh?

    MANMAN

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #5 14 January, 2011, 09:04:46 PM
  • Publish Di FB
  • Salam ummi,
     Alhamdulillah ada juga cerita yang lengkap tentang perkara ini. Saya ada sentuh perkara ini dgn ringkas dalam reply saya pada post Suami nak kahwin  lagi isteri minta cerai', tentang rasulullah poligami atas perintah Allah dan wanita muslimah yang baik, minta cerai secara baik mengikut hukum kerana telah takdir si isteri tidak dapat bahagia dgn suaminya atas sebab di luar kawalan si isteri, dan dicerai dgn baik ( dalam sejarah Zainab, Zaid yang ceraikan selepas turun ayat. Apapun Zainab selama kahwin telah protes  secara diam) Bagaimanapun  Allah tetap muliakan wanita itu seperti muslimah lain yang diceraikan atas kemahuan suami sendiri atau kematian suami. Yang dikatakan 'meeggegarkan tiang arasy' setahu saya adalah permintaan cerai oleh isteri yang ada kekasih lain/curang atau sebab malu suaminya miskin/ cacat /sakit sedangkan suaminya beriman dan memenuhi tugas seperti ditetapkan syarak dan tidak menzalimi/menganiaya/mengabaikan isteri dan anak2. Terima kasih ummi. Harap dapat siarkan lagi kisah rasulullah mendidk para sahabat mengenai cara menjadi suami yang bertanggungjawab dalam islam untuk diulang baca oleh semua. Kebanyakan manusia (walaupun yang lahir sebelum merdeka)  sekarang ramai keliru/lupa tugas ketua keluarga yang baik kerana media masa banyak menekankan gaya pasangan 'liberal' / 'persamaan hak dalam cari/pakai duit tapi bukan dalam hal rumahtangga yang lain' yang bertentangan dengan sunah rasulullah. Kerana itu, walaupun makin ramai wanita belajar tinggi, kerja tinggi, gaji tinggi, tapi masih dianggap tak berharga bila di rumah, walaupun oleh kaum wanita sendiri (biasanya emak & adik beradik perempuan si suami). Bila dah kahwin, Kebanyakn para suami dikaburi oleh syaitan dan akan melihat wanita bukan muhrim di luar rumah itu yang lebih baik dan menyedapkan mata mereka dari isteri mereka walaupun sebelum kahwin, si isteri itulah  perempuan yang mereka cuba dapatkan dengan segala daya.

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Jawab #6 14 January, 2011, 10:13:12 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:

    terima kasih ummi...bertapa pentingnya mencari ilmu ...supaya kita dapat mengetahui yang benar dan yang salah
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1283
      • View Profile
    Jawab #7 14 January, 2011, 10:16:48 PM
  • Publish Di FB
  • Sejahtera ke atas kalian ....

    bukan hamba pada Rasulullah ...lebih mulia didengar sebagai pembantu Rasulullah ....

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 479
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Jawab #8 14 January, 2011, 11:34:27 PM
  • Publish Di FB
  • ya allah..takutnya kalau kita kurang ilmu ni..
    Bukan apa, kalau tiada penjelasan yang menyeluruh seperti ini, pasti insan-insan yang lemah di luar sana dengan mudah menerima seadanya apa yang mereka dapat.
    Mungkin mereka ingatkan ianya benar-benar belaka tetapi disebaliknya semua itu adalah propaganda yang direka-reka oleh musuh islam dlam usaha menjatuh dan memburukkan nama baik rasullulah..masya-allah, semoga kita terhindar daripada golongan yang sedemikian..amin..
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 255
      • View Profile
    Jawab #9 15 January, 2011, 12:36:17 AM
  • Publish Di FB
  • tulah.. angkara musuh2 Islamlah sejarah dicabuli sedemikian rupa. melibatkan maruah Rasul junjungan.

    Perhatikan statement yang popular dalam silibus subjek sejarah SPM ini:

    "Nabi Muhammad s.a.w menakluk kota Mekah pada..."

    dan

    "Francis Light membuka Pulau Pinang pada...."

    nampak tak siapa yang baik dan siapa yang kurang baik dalam pelajaran sejarah ini??

    menakluk itu negative bunyinya.. seolah2 secara paksa, berbeza dengan "membuka" ia sesuatu yang dialu2kan.. ia sesuatu yang positif.

    Muslihat musuh2 Islam datang dari berbagai arah. Sangatlah halus. Sebab tu Ummat Islam Fardhu Kifayah punyai Ahli Sejarah, Ahli itu dan ini dalam pelbagai bidang. Jika tiada Islam yang ahli dalam bidang tertentu, maka ia menjadi WAJIB ke atas setiap dari kita mendalaminya.

    siapakah orang2 yang diberi tanggungjawab itu?? kitalah orangnya! saya dan anda yang sedang membaca sekarang!
    Wallahua'alam

    « Last Edit: 15 January, 2011, 12:45:02 AM by ana_muna141 »

    hafiz asy-syaa

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #10 15 January, 2011, 03:20:07 AM
  • Publish Di FB
  • salam..ana ada terbaca dari laman blog murtadin indon. memang amat memalukan.. tuduhan demi tuduhan dibuat tanpa merujuk kepada cerita sebenar.
    meraka memang xpercaya pada muhammad adalah rasul. bahkan allah tidak diyakini sama sekali. lupa da pe laman web dia. tak silap ana, trulymuslim.blogspot.dom..kalau xdapat maaf la..ana xpasti yang mana  satu

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    2302 Views
    Last post 26 November, 2010, 12:05:21 PM
    by Ummi Munaliza
    13 Replies
    11159 Views
    Last post 21 January, 2010, 12:47:31 PM
    by ummi@uli@09
    2 Replies
    1564 Views
    Last post 05 May, 2011, 08:26:58 PM
    by faa zahra