Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: Iktibar al-Quran Gempa Bumi Padang  (Dibaca 1490 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
Topic starter
*
Indonesia
Offline
09.12.08 1982

Syukron
Beri: 275 Terima: 214
Paparan Profil WWW
« pada: 06 October, 2009, 03:36:48 PM »



Bismillah
Allahummasolli' alamuhammad wa'alaalimuhammad

Salamun 'alaikum


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim
« Last Edit: 22 October, 2009, 07:55:20 AM oleh Ummi Munaliza »

Ada Apa Dengan Manusia Yang Menolak Parti Islam ?
*
Brunei
Offline
09.07.09 365

Syukron
Beri: 8 Terima: 14
Paparan Profil
« Jawab #1 pada: 06 October, 2009, 03:52:07 PM »



[42:29]Sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan-Nya) ialah kejadian langit dan bumi dan apa yang ditebarkan-Nya pada kedua-Nya dari makhluk yang melata dan Ia berkuasa mengumpulkan mereka apabila dikehendaki-Nya." (maksud ayat 29 S. Asyura)

*
Brunei
Offline
09.07.09 365

Syukron
Beri: 8 Terima: 14
Paparan Profil
« Jawab #2 pada: 06 October, 2009, 04:09:39 PM »


Adakah kita sedar bahawa kita ini sebenarnya umpama telor di hujung tanduk sahaja. kenapa saya kata begitu? Ini kerana , jika kita lihat Struktur Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Teras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaitu teras dalam dan teras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.

 Kerak Bumi  merupakan lapisan luar bumi     paling nipis dan keras,   ketebalan  5-40 km,  sebahagian besarnya terdiri daripada batu granit

Mantel (teras luar)    lapisan yang mengelilingi teras bumi, ketebalannya 2900 km,  terdapat arus perolakan,  suhu 3000°  C

Teras bumi (core) terdiri daripada teras luar dan teras dalam,  suhu 6000° C., kaya dengan nikel dan besi,   tekanan tinggi

Jika kita lihat suhu di dalam bumi serta tekanan yang tinggi, maka sebenarnya di bahagian mana pun kita tinggal, kita tidak selamat. Ibarat telor di hujung tanduk itulah, jika terjatuh, pasti pecah. Kerak bumi itu ibarat kulit telor sahaja jika diukur dengan ketebalan bahagian mantel dan teras.Dalam bumi ini pula arus perolakan sentiasa berlaku dan berusahah mahu bebas menolak lapisan kerak bumi yang tidak stabil lalu terjadi lah gegaran dan gempa bumi.

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Semoga penerangan ini bermanafaat untuk renungan kita, adakah mahu terus leka atau mula untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
*
Selangor
Offline
09.08.09 37

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #3 pada: 06 October, 2009, 05:00:04 PM »

thanks, kongsikan maklumat ni. sama2lah kita bangkit dr lena. dekatkan diri pada Allah. amin..
*
Sabah
Offline
17.07.09 130

Syukron
Beri: 0 Terima: 5
Paparan Profil
« Jawab #4 pada: 06 October, 2009, 08:19:26 PM »

info yang amat menarik. sesungguhnya ia pasti hadir. tinggal lagi kita sedar atau tidak kerana kita dah terhantuk baru terngadah.

http://www.karyacintamuslimah.blogspot.com
-Berjuang Memanusiakan Manusia-
*
Selangor
Offline
14.08.09 101

Syukron
Beri: 7 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #5 pada: 06 October, 2009, 08:31:04 PM »

 msya

adakah ia sekadar kebetulan atau ia menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang mahu berfikir?tepuk dada tanya iman...sesungguhnya al-quran itu adalah khabar masa lalu, sekarang n akan datang...ia bukan cerita dongeng...kalau kita kaji apa yang tersirat dari yang tersurat, pasti banyak lagi rahisa al-quran yang akan kita temui...

tiada daya n kekuatan melainkan dengan bantuan Allah...wallahua'lam...

Topic starter
*
Indonesia
Offline
09.12.08 1982

Syukron
Beri: 275 Terima: 214
Paparan Profil WWW
« Jawab #6 pada: 06 October, 2009, 09:24:17 PM »

 msya

Bagus sungguh laporan sembilu kasih.
*
Brunei
Offline
09.07.09 365

Syukron
Beri: 8 Terima: 14
Paparan Profil
« Jawab #7 pada: 06 October, 2009, 09:30:29 PM »

msya
Bagus sungguh laporan sembilu kasih.

Sekadar renungan bersama, mengungkap ilmu yang ada berkaitan fakta bumi. Tak ingatkah masa belajar geografi  dan Sains tingkatan 3?
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #8 pada: 06 October, 2009, 09:32:44 PM »

ALLAH itu Maha Sempurna segala kekuasaanNya.. Maka Setiap perkara diaturNya tidaklah sia-sia.. Maka beruntunglah kepada mereka yg YANG BERTAKWA,YANG BERFIKIR,YANG BERAKAL dan YANG MENGETAHUI,InsyaALLAH.

"..DEMI ALLAH,Malah lebih dari itu pun aku percaya.Aku percaya akan berita dari langit yg dikhabarkan oleh Muhammad baik pada waktu siang mahupun waktu malam.."

"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
Http://cahayarabbani.blogspot.com
Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
assiddiq@ymail.com
*
Perak
Offline
19.08.09 167

Syukron
Beri: 2 Terima: 12
Paparan Profil WWW
« Jawab #9 pada: 19 October, 2009, 12:46:22 PM »

Assalamualaikum,

Sebab itu kalau kita baca di dalam al-Quran banyak ayat yang berbentuk pertanyaan Allah kepada kita iaitu "apakah kamu tidak berfikir."

Sebenarnya segala kejadian yang berlaku samada yang baik atau buruk sepatutnya akan menjadikan manusia semakin hampirkan diri kepada Allah. Sepatutnya manusia patut sedar bahawa mereka masih dapat bernafas hanya kerana rahmat Allah yang masih mengizinkan mereka bernafas.

Itupun masih ramai manusia yang masih tunjuk sombong kepada Allah, merasakan dirinya serba cukup dan serba hebat. Itu kerana Allah menguji dengan diberi sedikit kuasa dan harta, manusia mula merasa bongkak. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita antara hamba-hamba yang mendapat rahmat-Nya. Ingatlah tanpa rahmat-Nya syurga tidak layak untuk kita.

RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
http://abdullahidris.com
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #10 pada: 22 October, 2009, 07:51:10 AM »


Iktibar al-Quran Gempa Bumi Padang

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru – baru ini cukup memilukan .
2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .
3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah swt .
4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .
5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa’ sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

Seperti di permulaan topik...



« Last Edit: 22 October, 2009, 07:53:37 AM oleh Ummi Munaliza »

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim

*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #11 pada: 22 October, 2009, 07:54:18 AM »


Iktibar al-Quran Gempa Bumi Padang
Ayat – ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

Ayat – ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila – bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

3 ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri mengikut keimanan dan ketaatan mereka kepada Allah. Pertama mereka yang melakukan maksiat, degil serta ingkar perintah Allah SWT yang mendapat dua kali pembalasan azab iaitu di dunia dan di akhirat. Kedua, orang baik dan membiarkan kejahatan berlaku yang akan dibalas di dunia serta akhirat kerana tidak menjalankan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan, melarang perbuatan mungkar. Ketiga ialah orang soleh yang melakukan amal ibadat dengan tekun tetapi turut berdepan dengan musibah di dunia dan mereka ini akan mendapat pelepasan di akhirat atas kesabaran ketika menerima ujian Allah SWT itu.

Oleh itu ada orang yang ditimpa musibah menjadi orang yang dikasihi oleh Allah jika ia mampu dihadapi dengan tabah kerana golongan yang paling banyak dan teruk dikenakan bala atau ujian oleh Allah ialah para nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Mas’ab bin Sa’ad daripada ayahnya:

 قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً؟ قَالَ : الأنْبِيَاءُ ثُمَّ الأمْثَلُ فَالأمْثَلُ . يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْباً اِشْتَدَّ بَلاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً اُبْتُلِىَ عَلَى قَدَرِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ البَلاءُ بِالعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأرْضِ وَمَاعَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ


Maksudnya : Aku bertanya : wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya? Sabdanya : Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya.
*
Selangor
Offline
03.01.10 27

Syukron
Beri: 0 Terima: 5
Paparan Profil
« Jawab #12 pada: 07 January, 2010, 12:58:53 AM »


Gempa di Padang: Kaitan Waktu Dengan Ayat Al-Quran

oleh Abu Umair


Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52.

Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang direkodkan ialah 7.6 skala Richter. Hingga kini, angka korban yang dicatatkan menghampiri 1000 orang, dan beberapa buah kampung sudah diisytiharkan sebagai tanah perkuburan besar selepas operasi mencari mangsa yang tertimbus dihentikan.

Beberapa hari selepas tragedi gempa tersebut, tersebar melalui email dan SMS satu andaian mengaitkan waktu-waktu gempa dengan beberapa ayat Al-Quran. Berikut adalah contoh tulisan yang tersebar:

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya
.

Persoalannya, bolehkah mengaitkan secara langsung tiga ayat Al-Quran di atas dengan tiga gegaran gempa bumi baru-baru ini berdasarkan persamaan antara waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran?

Saya cuba membawakan beberapa fakta yang mempertikaikan kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan nombor surah dan ayat Al-Quran.

1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16, 17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.

Ini bermakna teori mengaitkan waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.

2- Teori mengaitkan waktu peristiwa dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. Ia juga terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan. Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam mempunyai 60 minit.

Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24 surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan kaedah ini.

3- Mengikut teori ini, angka jam dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17 iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.

Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?

4- Jika teori ini benar dan bukannya kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.

Atau sekurang-kurangnya dengan mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.

Tetapi selepas membuat beberapa padanan terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat. Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan antara ayat berkenaan dengan kejadian.

5- Kaedah-kaedah memadankan angka samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.

Perlu difahami, ini bukan bermakna dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran. Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.

Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.

Jika diikutkan teori mereka, sampai bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu hanya mempunyai 24 jam sahaja.

Kesimpulannya, ambil lah iktibar daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara waktu dan nombor ayat Al-Quran.

Sekian.
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #13 pada: 07 January, 2010, 01:23:46 AM »

Betul juga tu. Tp setiap apa yg terjadi ada hikmahNya. ALlah itu maha sempurna segala kekuasaanNya..

Semua terjadi kerana perbuatan kita. Maka segera lah kita bertaubat kepadaNya. Kembali kepada ISLAM keseluruhan..

AGAMA yg diredhaiNya..

Rujuk pada Alquran dan Sunnah bukan rujuk pada "ORG KAFIR" ..

Wallahualam
 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
Amalan yang dianjurkan ketika gempa bumi. Artikel Agama halawah 4 723 Kiriman Terakhir 11 December, 2008, 12:43:55 PM
oleh tasniem
KISAH DI SEBALIK GEMPA BUMI DI TASIK MALAYA DAN DI PADANG SUMATRA. Kisah nilabiru 6 698 Kiriman Terakhir 11 March, 2010, 02:52:00 PM
oleh KeTabahanku
Foto Gempa Bumi 8.8 Skala Richter di Chile Fotografi nilabiru 17 378 Kiriman Terakhir 03 March, 2010, 04:27:35 PM
oleh Ameeen