Sikap Gadis Melayu Usia Awal 20an

Author Topic: Sikap Gadis Melayu Usia Awal 20an  (Read 18040 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nurqaseh

  • *
  • http://nurqaseh2010.blogspot.com
    • View Profile
Reply #20 25 November, 2009, 07:46:23 PM
InsyaAllah ..Semoga akhi n warga halaqah dipertemukan dengan orang yang soleh dan solehah.Amin

Reply #21 29 November, 2009, 01:58:48 PM
kalau perempuan yg berusia 20 kawin gn laki yg dh bkahwin....
laki berusia 20 nak kahwin gan sape????

sungguh x matang permikiran anak muda mudi skaang yg memandang harta dan kesenangan sahaja....

Ya Allah....jauhkan aku dari golongan  ini...

Reply #22 29 November, 2009, 02:10:12 PM
perempuan skarang x bnyk yg bfikir pnjang...buat ikowt nafsu je...jauhkanlh aq dri prkara yg melalaikn ya allah..
 :aamiin:

Reply #23 29 November, 2009, 04:15:21 PM
bila nafsu merajai jiwa, iman di dada sudah hilang..maka bergembiralah syaitan kerana telah menyesatkan anak adam..fenomena ini berlaku kerana tiada lagi nilai2 islam di dalam jiwa anak muda sekarang. nafsu menjadi tuan maka longlailah iman
Ya Tuhanku. Tengelamkanlah aku di dalam kecintaan-MU supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-MU

minaina

  • *
  • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
    • View Profile
Reply #24 29 November, 2009, 05:02:48 PM
salah siapa bila anak gadis jadi sepeti itu?..ibu bapa kah?..dri sendri kah?..atau orang sekeliling?.
cuba cari jawapannye..
bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

Riot_heroes

  • *
  • IMMORTALITY
    • View Profile
Reply #25 29 November, 2009, 05:26:41 PM

  Sikap Gadis Melayu Usia Awal 20an






Buat suami orang pula boleh tahan ke dengan godaan dan rayuan mereka-mereka ini. Manusia Lelaki kalau disajikan dengan benda-benda haram dan mengiurkan tidak ada siapa boleh tahan. Kucing jumpa ikan mustahil dilepaskan. Kalau ini dah terjadi macamana dengan keluarganya dan bagaimana perasaan isterinya.



p/s: Siapa yang hendak di salahkan? Ibu bapa, guru, masyarakat, persekitaran, pemerintah?


Huhuhuhu.... rilex..... kaum wanita jangan cepat melatah.... Tak semua lelaki dalam dunia camtu. Banyak lagi yang Taqwa dalam dunia ni.
Ada sebilangan je lelaki yang salah bukan kesemua lelaki.... :)
You'll Never Walk Alone

 Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

Reply #26 29 November, 2009, 06:31:57 PM
salam....

kalau kite sebut je ramaje....sudah tentu kita nak remaja yang berkualiti kan,yang berkepimpinan kan dan bukan remaja jalanan kan...
spt mana hadith nabi yang lebih kurang maknanya : "Remaja adalah pemimpin akan datang, kalau nak tengok baik mana pemimpin akan datang  maka tengok lah remaja sekarang"....wallahua'lam.....

jadi kalau kita berbalik kepada hadith nabi....sejauh mana sikap remaja sekarang....kalau sebut remaja ia tak kira lelaki atau pun perempuan....
usia remaja adalah usia yang sangat berbeza daripada usia tua...di mana usia remaja ni lah semagat yang tinggi ade pada remaja...dan usia remaja jugalah usia d mana nak kan segala2nya....

jadi kita sama2lah hargai usia remaja ini dengan melakukan perkara yang bermanfaat untuk ummat dan bukan perkara yang boleh merosakkan dan menyusahkan ummat...

bagi yang dah tua dan memiliki anak usia remaja maka didiklah mereka dengan baik....
mudah2n kita tergolong remaja yang baik dan pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang...insyaALLAH....

Wallaua'lam

aku kecil

  • *
  • islam itu indah.
    • View Profile
Reply #27 29 November, 2009, 06:51:54 PM
Assalamualaikum..
memang susah nak bincang bab2 ni..kalau orang dulu,anak-anak dikawal sehingga tak dibenarkan keluar rumah..
sekarang ni,ibu bapa pown dah tak kisah anak mereka nak keluar mana,ikot jantan mana dan lain-lain lagi..biasalah,zaman sekarang..kerja lebih penting untuk tanggung keluarga..tapi masalahnya,ibu bapa bukanlah punca kepada permasalahan ni..semuanya dari diri masing2..masing2 sudah diberi  didikan agama yang cukup..lagi2 ketika di bangku sekolah..pe gunanya ustazah dan ustaz mengajar??
bagi ana,pengaruh luar banyak mempengaruhi mereka..lagi2 media massa..kalai nak ikutkan,orang2 tua dulu tak pernah amalkan kahwin ngan orang yang dah kahwin mahupun yang dah berusia..remaja zaman sekarang je yang lebih2..ana pown tak tau nak cakap camne..pape,kita muhasabah diri kita sendiri..jangan terjebak,sudah..

NoorAfzan

  • *
  • salam ukhuwah daripada saya.
    • View Profile
Reply #28 29 November, 2009, 08:26:41 PM
salam.
apa yang berlaku sekarang bukan sahaja berpunca daripada ibu-bapa, tapi pengaruh rakan sebaya..pengaruh persekitaran yang terlalu terikut dengan budaya barat..TV, Radio dah terlalu sikit memainkan peranan mendidk anak bangsa ke arah kebaikan..
semuanya mengajar untuk mengejar kekayaan, mengejar populariti, mengikut nafsu tanpa mengenal cara baik ataupun tidak..
ada yang di rumah dah diberikan didikan secukupnya tetapi bila keluar mudah terpengaruh..kejutan budaya..
dan seterusnya hanyut..
apa yang penting diri sendiri..imbangi nafsu dengan akal..

Reply #29 29 November, 2009, 08:41:34 PM
apa yang penting..diri sediri..
tapi persiapan diri sendiri tu x kan berlaku tampa pengaruh
keluarga,kawan2 dan masyarakat..
dapat satu faktor bimbing dorang pun da kira ok..
masa kecil,paling bertanggungjawab keluarga
dah remaja
kawan2 yang akan pengaruhi kita
dah besar sikit..
keadaan masyarakat
dan time tu lah..
tindakan dari kehendak diri kita dituntut sengat
berbekalkan persediaan daripada ibubapa dan rakan2 tu..
tapi x bermakna kurang 1 faktor,kita akan terjebak//
tepuk dada tanya iman..
sebabtu la pentingnya kita merasa hubungan bertuhAN tu.
supaya bila x da sape dapat tolong kita
kita masih kuat dgn kita yakin adanya Allah untuk bantu kita..
kalau ana salah..tegur lah..
saya budak baru belaja..

najwa_hamali

  • *
  • ~BIDADARI SYURGA IMPIAN DI HATI~
    • View Profile
Reply #30 01 December, 2009, 12:25:24 PM
 :) Masing-masing ada peranan masing-masing. Si anak peranannya menjaga diri sendiri dan membenteng diri sendiri. Kena pandai memilih kawan. Ibu bapa pula selagi anak itu masih belum berkahwin maka tanggungjawab ke atas anak itu masih di bawah mereka. Jika masin-masing tahu peranan masing-masing insyaAllah benda ni dapat dibendung. <img src=http://www.laymark.com/i/o/02.gif alt=MySpace Emoticons border=0>
YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

anasameen

  • *
  • free al-Quds!!!
    • View Profile
Reply #31 01 December, 2009, 12:53:43 PM
Salam...
Apapun, diri sendiri juga yang kena ambil peranan...
Kalau usaha yang elok dibuat tapi diri sendiri buat tak nampak, macam mana nak terlaksana usaha baik tu?
Kadang-kadang diri sendiri dah tahu buruknya sesuatu perkara tapi nak juga buat...
Saya budak baru belajar...
:: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

Reply #32 01 December, 2009, 01:40:16 PM
Masyarakat Islam ari nie lebih tertumpu pada hal-hal duniawi sahaja tanpa mengira soal-soal agama. Mereka lupa bahawasanya kita semua telah dipermainkan dan diperdayakan oleh musuh-musuh Islam. Terlalu terpengaruh dengan gaya hidup barat yang menampilkan kepuasan duniawi semata-mata tanpa ade had dan batas-batas menjadikan remaja sekarang makin leka dan lalai dlm menjalankan tanggung jawab sebagai seorang muslim. Remaja lupe bahawasanya kita akan menjadi lemah untuk berhadapan denagn musuh-musuh Islam bila mane kita mengadaikan agama, iman dan taqwa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Reply #33 01 December, 2009, 01:59:27 PM
Assalamualaikum wbt...
Bagi saya perubahan sikap dan corak pemikiran remaja perempuan awal 20 an berkait rapat dengan pengalaman masa lampau yang dia pernah alami. Hal ini kerana sikap kita sendiri terbentuk dari pengalaman yang kita alami. Contohnya, kenapa kita takut mandi sungai? Mungkin kerana sebelum ini kita pernah hampir-hampir lemas. Kenapa remaja perempuan pilih lelaki yang sudah berumah tangga? Kerana dia pernah kecewa dengan lelaki seusia yang jelas masa itu tidak matang dalam perhubungan. Hasil pengalaman itu, remaja ini mengeneralisasikan yang lelaki seusia dia tidak matang. Nampak tak perkaitan antara cara berfikir dan pengalaman masa lalu? Kita jangan menyalahkan remaja yang terlanjur ini, tiada manusia yang suka dirinya terhina tetapi kadang kala dengan melakukan tingkah laku negatif itu mereka merasa puas kerana mereka mendapat perhatian. Dan manusia sifatnya memang mahukan perhatian daripada individu yang signifikan. Dan masalah utama manusia adalah kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada orang di sekeliling dia. Wallahualam...
Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

Reply #34 01 December, 2009, 01:59:56 PM
menagis setiap ary melihat kesilapan yang dilakukan cucu cicit kaum adam...

Reply #35 01 December, 2009, 02:22:15 PM
sikap gardis melayu usia awal 20an
1) bagi seorg gardis yg taat kepada ibu bapa sikap mereka terbentuk dengan didikan ibu bapa mereka, setiap perbuatan dan perilaku ibubapa akan merka jadikan contoh, dan setiap kata2 ibubapa akan jdikan pegangan mereka
2) bagi gardis yg tinggl di asrama
sikap mereka ini lebih berbentuk berdikari serta ikutkan kawan..oleh kerana bnyk masa dihabiskan bersama rakan-rakan.. maka berkemugkinan tinggi sikap mereka ini akan dipengaruhi oleh rakan-rakan
3) bagi gadis yg lebih bayak menonotn Tv. sikap mereka ini lebih banyak meniru TV. kalau ada peredaran fesyen melalu rancangan TV mereka lebih bnyk mengikuti fesyen dr Tv
4) sikap gardis yg mak n ayah sibuk berkerja
gadis seperti ini banyak menghabiskan masa denhan kawan2, TV, majalah2.. jadi sikap mereka lebih banyak terikut2 dengan majalah, tv, kawan2.
masih tercari-cari
untuk menggapai kebenaran
supaya mardhatillah

nurqaseh

  • *
  • http://nurqaseh2010.blogspot.com
    • View Profile
Reply #36 01 December, 2009, 06:03:17 PM
Lagu ni khas wat diri ini  n semua puteri halaqah

Puteri Ku Sayang
Artist: Hijjaz

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Reply #37 06 March, 2010, 05:34:55 PM
salam..fikirlah antum sekalian....klu peribadi kita,djaga,dpelihara...insyaallah generasi yg dilahirkan baik n soleh belaka

Ixora_skru

  • *
  • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
    • View Profile
Reply #38 06 March, 2010, 06:50:23 PM
:) Sedih baca berita nih ummi..Apa nak jadi sekarang ni..Moga2 diri ni dilindungi Allah dari perkara-perkara terkutuk.
Duhai kaum muslimatku...
apakah perasaan kamu...
tika mendapat khabar berita begini..

tidakkah wujud rasa malu dalam dirimu..
apakah perasaan mu??

perasaan saya?? mmm... malu... geram...  marah... sedih.,..pelik...takut...
semuanya bercampur campur... sedih melihatkan generasi yang akan datang... rakan rakan sebaya dan seperjuangan....
hanyut dibawa arus nafsu dek kerana lemas dalam sungai cinta yang cuba direnangi...
juga marah pada diri sendiri juga kerana yang tidak mampu ''amal maa'ruf nahi mungkar''... demi menyelamatkan rakan-rakan...
kerana imanku terlalu lemah...dan takut diri sendiri tidak cukup kuat menempuh dunia hari ini yang penuh pancaroba...
serta takut Allah menimpakan bala terhadap negara kita yang semakin hari semakin banyak maksiat yang berleluasa...

kenape akhi sampai terfikir macamtu yea? sekarang lebih ramai kaum hawa daripada kaum adam kan...kaum adam lebih banyak pilihan daripada kaum hawa....Kemungkinan dalam 10 orang cuma 1 orang je yang macamtu.

ye ke... ana lbh b`anggapan kmgknn 9 drp 10 yg bmslh mcm tu...

saya rasa benda ni bergantung pada persekitaran gadis tu... ada tempat yang hanya 1/10  ada tempat yang 9/10... lingkungan kehidupan gadis tu yang mendidiknya... kalau secara keseluruhan di malaysia ni saya rasa dalam 3/10 kut...yang macam tu... tapi ini telahan saya sahaja tanpa sebarang kajian...
Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
  http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

SatuPerjuangan

  • *
  • أنّ الجهاد باب من أبواب الجنّة
    • View Profile
Reply #39 17 May, 2010, 03:41:56 AM
Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Seperti yang telah diterterakan oleh hamba Allah Subhanahu Wataala yang lain, sudah diterima penjelasan bahawa setiap umat Islam, saudara seIslam memainkan peranan dalam tanggungjawab memelihara dan mengawasi, secara khusus kepada golongan remaja ini. Setiap permasalahan yang berlaku perlu dicari punca dan jalan untuk menyelesaikannya bersama. Kepentingannya, bersama kita jauhkan diri daripada sifat melepaskan tanggungjawab, bersama kita pikul tanggungjawab itu bersama. Bersama-sama melihat penambahbaikan dan kegemilangan generasi muda ini untuk kepentingan agama, bangsa, dan negara. Wallahua'lam, mohon maaf didahulukan.
بسم الله الرحمن الرحيم، أن شاء الله، بوليه لاوتي لامن سساوغ اين أياءت: http://Http://satuperjuangan2011.blogspot.com. دغن دعاء كفد الله سبحانه وتعالى، مليندوغي كيت درفد فركارا2 يغ تيدق برمنفعت، والله أعلم

divider3
halaqahforum4