Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Enam di Bulan Syawal

*

Author Topic: Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Enam di Bulan Syawal  (Read 36768 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • Posts: 4590
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
26 September, 2009, 01:32:18 AM
  • Publish
  • PUASA GANTI DAN PUASA 6

    Soalan:

    Salam Ustaz..
    Selamat hari raya...

    Soalan yg byk ditimbulkan selepas bulan ramadhan... ;)

    Org perempuan yg uzur ketika bulan ramadhan..nk ganti dlm bulan syawal..
    buleh ke niat sekali gus puasa ganti dgn puasa 6? (kira 2 in 1)

    atau kne habiskan ganti dulu..dan baru la start puasa sunat syawal tu?


    Jawapan:


    jumhur ulamak berpendapat afdhal buat asing asing..

    kalau nak buat sekali gus pun buleh menurut sebahgian ulamak fiqah...

    contoh niatnya : sahaja aku puasa esok hari qadha ramadhan dan sunat syawal kerana Allah Ta'ala"

    wallahua'lam

    http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=2039
    « Last Edit: 29 September, 2009, 08:59:56 PM by Ummi Munaliza »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 28 September, 2009, 03:21:39 PM
  • Publish

  • NIAT SEKALI; QADHA DAN PUASA ENAM

    Soalan;
    Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

    Jawapan;

    Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
    a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.
    b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
    c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

    Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).

    Untuk info tentang puasa enam, sila layari; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-6-hari-syawal.html).

    Wallahu a’lam.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    norhidayumohdjamil

    • *
    • Posts: 63
    • ~lindungilah kami dari azab api neraka~
      • View Profile
    Reply #2 28 September, 2009, 03:38:54 PM
  • Publish
  • Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

    Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

    Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

    Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

    Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

    Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

    Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

    Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

    Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

    Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

    Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

    (( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
    Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

    Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

    وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.


    Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

    Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

    Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

    ( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
    Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

    Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

    Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

    Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

    Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

    Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

    Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

    قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”
    Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

    http://dakwah2u.blogspot.com/
    YA Allah, aku berdoa pdMu dengan doa seorang yang takut dan buta,doa seorang yang menyerahkan lehernya padaMu dan menyentuhkan hidungnya ke tanah demiMu,dan doa orang yang kedua matanya berlinang air mata..
    Aku berlindung kpd Allah dari kendurnya semangat, dari dinginnya tekad dan dari ksrnya tabia

    eba

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #3 29 September, 2009, 04:34:04 PM
  • Publish
  • Wujudnya kepelbagaian pendapat seperti ini..
    membuatkan pale bertambah pening, ntah nak ikut yang mana satu..
    ' sesungguhnya, setelah DIA menyiapkan seluruh makhluk-NYA, maka
     di cipta-NYA satu tulisan untuk diri-NYA sendiri yang di letakkan-NYA di atas arasy yang berbunyi, SESUNGGUHNYA KASIH-KU MELEBIHI MARAH-KU"

    nilabiru

    • *
    • Posts: 334
      • View Profile
    Reply #4 29 September, 2009, 04:41:25 PM
  • Publish
  • perbezaan pendapat dikalangan ulamak adalah satu rahmat bagi kita semua..buatlah pilihan yang terbaik, saya pilih ulamak yang kata puasa 6 syawal boleh di jamak sekali dgn puasa qada'.

    eba

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #5 29 September, 2009, 05:28:25 PM
  • Publish
  • saya tak faham..
    kenapa boleh timbul pelbagai pendapat, sedangkan kita ada Al-quran dan hadits sebagai petunjuk.
    Kekadang, bila kita ingin melakukan sesuatu mengikut pendapat pihak tertentu, pihak yang lain menegah..ikut pendapat mereka..pihak yang sebaliknya pula menegah..so, kena ikut pendapat yang mana satu?? Betulke semua pendapat tu?? Boleh di percayai?? Akhirnya..saya mula bertanya padas diri, perlukah wujudnya semua pendapat2 ni, klu hanya lebih menimbulkan kemusykilan dan pertanyaan yang lebih mendalam dalam diri kta..kekadang ianya langsung tidak membantu, sebliknya lebih mengelirukan! maaf, saya cuma meluahkan pendapat saya, semua yang baik datang dariNYA..dan yang buruk,datang pada diri saya sendiri..

    Al-quran dan hadith mempunyai jawapan yang lengkap bagi setiap persoalan yang kita cari..

    beruang

    • *
    • Posts: 1350
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #6 29 September, 2009, 07:06:40 PM
  • Publish
  • saya tak faham..
    kenapa boleh timbul pelbagai pendapat, sedangkan kita ada Al-quran dan hadits sebagai petunjuk.
    Kekadang, bila kita ingin melakukan sesuatu mengikut pendapat pihak tertentu, pihak yang lain menegah..ikut pendapat mereka..pihak yang sebaliknya pula menegah..so, kena ikut pendapat yang mana satu?? Betulke semua pendapat tu?? Boleh di percayai?? Akhirnya..saya mula bertanya padas diri, perlukah wujudnya semua pendapat2 ni, klu hanya lebih menimbulkan kemusykilan dan pertanyaan yang lebih mendalam dalam diri kta..kekadang ianya langsung tidak membantu, sebliknya lebih mengelirukan! maaf, saya cuma meluahkan pendapat saya, semua yang baik datang dariNYA..dan yang buruk,datang pada diri saya sendiri..

    Al-quran dan hadith mempunyai jawapan yang lengkap bagi setiap persoalan yang kita cari..



    Perkara ini biasalah, orang kata khilaf antara ulama'. Perkara ini baik dalam perkembangan ilmu dan memudahkan kita semua. Rasulullah juga ada berkata bahawa khilaf antara umatku itu adalah rahmat au kama qal rasulullah.....


    'Kekadang, bila kita ingin melakukan sesuatu mengikut pendapat pihak tertentu, pihak yang lain menegah..ikut pendapat mereka..pihak yang sebaliknya pula menegah....'

    'kekadang ianya langsung tidak membantu, sebliknya lebih mengelirukan!'



    Ni kerja puak2 wahabi la ni....

    http://abu-syafiq.blogspot.com/   (kalau x silap ni blog salah seorang ahli halaqah)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 29 September, 2009, 08:56:37 PM
  • Publish
  • saya tak faham..
    kenapa boleh timbul pelbagai pendapat, sedangkan kita ada Al-quran dan hadits sebagai petunjuk.
    Kekadang, bila kita ingin melakukan sesuatu mengikut pendapat pihak tertentu, pihak yang lain menegah..ikut pendapat mereka..pihak yang sebaliknya pula menegah..so, kena ikut pendapat yang mana satu?? Betulke semua pendapat tu?? Boleh di percayai?? Akhirnya..saya mula bertanya padas diri, perlukah wujudnya semua pendapat2 ni, klu hanya lebih menimbulkan kemusykilan dan pertanyaan yang lebih mendalam dalam diri kta..kekadang ianya langsung tidak membantu, sebliknya lebih mengelirukan! maaf, saya cuma meluahkan pendapat saya, semua yang baik datang dariNYA..dan yang buruk,datang pada diri saya sendiri..

    Al-quran dan hadith mempunyai jawapan yang lengkap bagi setiap persoalan yang kita cari..


    Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

    Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

    “Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih).”

    Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

    Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

    Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #8 29 September, 2009, 10:05:54 PM
  • Publish
  • saya tak faham..
    kenapa boleh timbul pelbagai pendapat, sedangkan kita ada Al-quran dan hadits sebagai petunjuk.
    Kekadang, bila kita ingin melakukan sesuatu mengikut pendapat pihak tertentu, pihak yang lain menegah..ikut pendapat mereka..pihak yang sebaliknya pula menegah..so, kena ikut pendapat yang mana satu?? Betulke semua pendapat tu?? Boleh di percayai?? Akhirnya..saya mula bertanya padas diri, perlukah wujudnya semua pendapat2 ni, klu hanya lebih menimbulkan kemusykilan dan pertanyaan yang lebih mendalam dalam diri kta..kekadang ianya langsung tidak membantu, sebliknya lebih mengelirukan! maaf, saya cuma meluahkan pendapat saya, semua yang baik datang dariNYA..dan yang buruk,datang pada diri saya sendiri..

    Al-quran dan hadith mempunyai jawapan yang lengkap bagi setiap persoalan yang kita cari..



    Sebelum saudar/ri terus kepeningan eloklah mendalami terlebih dahulu apa yang dikatakan khilafiyyah (iaitu perselisihan pendapat para ulamak). Sila baca artikel yang ditulis Oleh Prof Dr Salleh Ahmad (Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia :

    [color=#FF4E22]Khilaf Ulama Dalam Hukum Feqh; Sebab dan Adab-adabnya[/color]

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #9 01 October, 2009, 09:13:43 AM
  • Publish
  • Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

    Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

    Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

    Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

    Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

    Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

    http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-6-hari-syawal.html
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #10 01 October, 2009, 09:24:56 AM
  • Publish
  • PUASA SUNAT ENAM: JANGAN BIARKAN BERLALU

    ( Bilangan 298)

    بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan, akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa setiap individu selain menambahkan lagi ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al- Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja apabila Ramadhan berlalu pergi. Antara amalan yang masih terus
    ditekuni setelah berlalunya bulan Ramadhan ialah puasa sunat.

    Puasa sunat masih terus dikerjakan oleh para Salihin di bulan Syawal. Syawal merupakan bulan kemenangan kerana merayakan kejayaan setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Memandangkan kita berada dalam bulan Syawal, maka antara
    puasa sunat yang khusus dikerjakan di bulan ini ialah puasa enam. Bagi mereka yang mempunyai kebiasaan berpuasa enam, ia bukan suatu perkara baru. Oleh yang demikian, jangan ada yang terlepas
    tanpa mengerjakan puasa enam pada Syawal kali ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia datang sekali sahaja dalam setahun.

    Cara Mengerjakan Puasa Enam

    Puasa yang biasa disebut sebagai puasa enam ialah puasa yang sunat dikerjakan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.
    Bagaimanapun para ulama berbeza pendapat mengenai cara mengerjakan puasa enam ini. Secara ringkas dijelaskan pendapat tersebut seperti berikut:

    1. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan secara berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai Hari Raya kedua dan seterusnya.

    2. Sebahagian ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau
    berasingan sepanjang bulan Syawal. Samada pada minggu pertama, kedua, ketiga atau minggu terakhir bulan Syawal.
    Bagaimanapun mengerjakannya berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai hari raya kedua, adalah lebih afdhal.

    Fadhilat Puasa Sunat Enam

    Fadhilat puasa enam itu telah disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu ‘anhu:

    م  ن صام رمضا َ ن ُثمَّ َأتبعه سِتا مِ  ن شوَّالٍ كَا َ ن كَصِيامِ الدَّهرِ.
    (رواه مسلم)

    Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal,
    (puasanya di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal itu) seperti puasa sepanjang tahun.”
    (Hadits riwayat Muslim)

    Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan
    berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat Tsauban Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    صِيام  شهرٍ بِع  شرةِ َأشهرٍ  وسِتَّةِ َأيَّامٍ بع  دهنَّ بِ  شهرينِ َف َ ذلِ  ك تمام  سنةٍ.
    (رواه الدارمي)

    Maksudnya: “Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam
    hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”
    (Hadits riwayat ad-Darimi)

    Apa yang dimaksudkan dengan persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala, iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun. Orang-Orang Yang Dituntut Mengerjakan Puasa Enam Puasa sunat enam di bulan Syawal sunat dikerjakan bagi orang yang telah berpuasa penuh bulan Ramadhan.

    Begitu juga bagi orang yang tidak berpuasa penuh Ramadhan kerana sebab-sebab yang diharuskan oleh syara‘. Maksud sebab-sebab yang diharuskan oleh syara‘ ialah seperti orang perempuan yang haidh atau nifas, orang sakit atau orang musafir. Adapun orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja tanpa keuzuran yang diharuskan oleh syara‘, adalah haram baginya melakukan puasa enam, melainkan setelah dia selesai mengqadha puasa Ramadhan, kerana puasa Ramadhan yang ditinggalkan dengan sengaja wajib diqadha dengan segera.

    Menyatukan Niat Puasa Qadha Dan Sunat Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan, sama ada disebabkan
    oleh keuzuran yang diharuskan oleh syara‘ ataupun bukan, hukumnya dia tetap wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan itu. Adapun menyegerakan mengqadha puasa adalah satu amalan dan langkah yang terpuji, malahan dituntut oleh agama. Sesiapa yang mahu menyegerakan qadha puasa tersebut di bulan Syawal, maka qadha itu boleh dilakukan bermula pada hari raya kedua (2hb Syawal).

    Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan yang disebabkan oleh keuzuran yang diharuskan oleh syara‘, jika dia hendak melakukan qadha puasa Ramadhan itu pada bulan Syawal, ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya, iaitu puasa qadha dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-duanya sekali (iaitu ganjaran puasa qadha dan ganjaran puasa sunat). Puasa Sunat Dan Jemputan Makan Sesetengah individu merasakan, untuk mengqadha puasa Ramadhan apatah lagi untuk berpuasa sunat enam di bulan Syawal, dia bakal menghadapi beberapa rintangan. Ini kerana, seperti yang
    kita semua maklumi, khususnya pada musim Hari Raya Aidilfitri, bagi kita orang Brunei, amalan berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai sudah menjadi adat dan kebiasaan. Di samping itu ‘open house’ ataupun rumah terbuka juga termasuk amalan yang biasa dilakukan di hari raya ini. Kadang-kadang, sebagai tetamu, sesetengah undangan ‘open house’ ini sukar untuk ditolak sehingga menyebabkan seseorang yang sedang berpuasa itu terpaksa membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika kunjungan itu hanya mampu dibuatnya pada siang hari. Namun perlu juga diingat bahawa berpuasa itu bukanlah sebagai penghalang untuk tidak menghadiri jemputan. Ini kerana Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Begitu juga sebaliknya, jemputan jamuan itu bukan bermakna sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Sebaiknya perkara ini difahami dengan lebih mendalam lagi.

    Dalil kepada peringatan ini adalah berdasarkan hadits daripada

    Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    إَِذا دعِ  ى َأ  حدكُم إَِلى طَعامٍ َفليجِ  ب ، َفإِنْ كَا َ ن  صائِ  ما َفلْي  صلِّ ،  وإِنْ َ كا َ ن
    م ْ فطِرا َفلي ْ طع  م.
    (رواه مسلم)

    Maksudnya: “Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang
    berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah.”
    (Hadits riwayat Imam Muslim)

    Akan tetapi jika puasa yang dilakukan oleh seseorang yang menjadi tetamu itu adalah puasa sunat, maka dalam keadaan
    tertentu dia diberikan pilihan, sama ada untuk meneruskan puasanya ataupun disunatkan baginya berbuka dan tidak
    meneruskan puasa sunat tersebut. Keadaannya adalah seperti berikut:

    Keadaan yang pertama: Sekiranya tuan rumah yang menjemputnya itu merasa tersinggung jika tetamu tersebut tidak
    memakan makanan yang dihidangkannya, maka dalam keadaan ini adalah dibolehkan, bahkan adalah afdal bagi tetamu yang berpuasa sunat tadi untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu. Adapun alasan yang diberikan oleh ulama ialah untuk menjaga hati tuan rumah. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan
    yang berbentuk khusus, seperti tuan rumah hanya menjemput tetamu yang tertentu atau dia mempunyai hajat tertentu ketika mengundang tetamu-tetamu tadi.

    Adapun dalil yang mensabitkan perkara ini ialah satu riwayat

    daripada Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh seorang
    yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, sabda Baginda:

    د  عا ُ ك  م َأ  خو ُ ك  م  وت َ كلَّ  ف َل ُ ك  م ، ُثمَّ قَا َ ل َله : َأْفطِ  ر  و  ص  م ي  وما مكَانه إِ ْ ن
    شِئْ  ت.
    (رواه البيهقي)

    Maksudnya: “Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”
    (Hadits riwayat al-Baihaqi)

    Keadaan yang kedua: Sekiranya tuan rumah itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika tetamunya itu meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama bagi tetamu itu untuk meneruskan sahaja puasa sunat tersebut. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk umum.

    Akan tetapi hukumnya adalah berbeza jika puasa yang dikerjakan oleh seseorang itu merupakan puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar, maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para hadirin sepertimana yang disebutkan dalam hadits di atas. Oleh yang demikian, peluang untuk mengerjakan puasa sunat enam hanya akan diperolehi sekali sahaja dalam setahun, iaitu dalam bulan Syawal. Usahakan agar jangan ia terlepas tanpa dikerjakan. Rintangan atau dugaan untuk melaksanakannya, seperti majlis jamuan makan, janganlah dijadikan alasan untuk meninggalkan sama sekali puasa sunat enam. Sebaiknya biarlah bijak mengurus masa kerana syara‘ juga mengharuskan puasa sunat enam itu dikerjakan secara berselang-seli sepanjang bulan Syawal.

    (dr mufti brunei darussalm)

    naftalena

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Reply #11 10 October, 2009, 12:59:47 PM
  • Publish
  •  :)

    1. bolehkah kita meniatkan puasa ganti ramadhan bersama puasa sunat syawal? saya mempunyai keraguan tentang hal ini kerana berdsarkan apa yg telah saya pelajari, untuk berpuasa sunat, haruslah mmbyar puasa ganti terlebih dahulu. sekiranya dibolehkan, adakah kita tidak perlu lagi berpuasa sunat sywal apabila berniat sekali dengan puasa ganti?

    2. benarkah bahwa meninggalkan puasa ganti yang dibuat dengan sengaja memerlukan kita membyar puasa tersebut dua kali (double)? cthnya, tinggal puasa ganti sehari, bayar dua hari?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 10 October, 2009, 01:02:51 PM
  • Publish
  • :)

    1. bolehkah kita meniatkan puasa ganti ramadhan bersama puasa sunat syawal? saya mempunyai keraguan tentang hal ini kerana berdsarkan apa yg telah saya pelajari, untuk berpuasa sunat, haruslah mmbyar puasa ganti terlebih dahulu. sekiranya dibolehkan, adakah kita tidak perlu lagi berpuasa sunat sywal apabila berniat sekali dengan puasa ganti?

    2. benarkah bahwa meninggalkan puasa ganti yang dibuat dengan sengaja memerlukan kita membyar puasa tersebut dua kali (double)? cthnya, tinggal puasa ganti sehari, bayar dua hari?

    Soalan 1 .   Sila baca dari awal topik ini di buka. Diterangkan dengan jelas hukum-hukum dan dalilnya.

    Soalan 2 . Tidak benar. Jika tinggalkan sehari , maka bayar juga sehari, selepas Ramadhan yang ditinggalkan puasa sebelum masuk Ramadhan berikutnya.
    « Last Edit: 10 October, 2009, 01:05:46 PM by Ummi Munaliza »

    SakaratulMaut

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Reply #13 10 October, 2009, 01:32:24 PM
  • Publish
  • Wujudnya kepelbagaian pendapat seperti ini..
    membuatkan pale bertambah pening, ntah nak ikut yang mana satu..
    Bukankah ianya bagaikan satu rahmat?
    "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
    (Surah Al-A'raf: ayat 34)

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Reply #14 27 September, 2010, 10:46:16 AM
  • Publish
  • Oleh:

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/

     

     

    Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

     

    Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

     

        Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

     

    Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

     

    1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

     

    2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

     

    3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

    كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

    Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

     

    4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

    Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al--no comment-, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

     

    5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

    من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

    Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

     

    6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

     

    7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

    ” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

    Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

    Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

     

    Kesimpulan

    Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :

    Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

     

    Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

     

    Sekian

    _________

     

    *Tambahan

     

        (Mazhab Syafie)

    Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.

    Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

     

         Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

     

        MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

     

    "Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

     
     

        AKAN TETAPI,

    jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

     

    [Sharh al-Mumthi' 6/448].

     

        Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK?

    Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:

        “Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

         

     Wallahualam

    hawa84

    • *
    • Posts: 355
      • View Profile
    Reply #15 07 December, 2010, 01:59:52 PM
  • Publish
  • niat jer pose qada' insya Allah, akan dapt pahala pose snt yer...utamakn lah yg frdhu...........

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #16 15 December, 2010, 10:29:18 AM
  • Publish
  • Nak tanya...
    salah ke kalau kita niat qadha ramadhan tapi kita sebut bulan tu...
    contohnya kita puasa qadha ramadhan tapi kita buat dalam bulan rejab
     and than
    kita sebut aku puasa qadha ramadhan dalam bulan rejab.

    Boleh ke gitu?
    Ke salah?

    Kalau puasa sebelum 9 Muharram pulak cam ne?
    macam mane niatnya?

    Mohon penjelasan...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 15 December, 2010, 10:32:12 AM
  • Publish
  • Nak tanya...
    salah ke kalau kita niat qadha ramadhan tapi kita sebut bulan tu...
    contohnya kita puasa qadha ramadhan tapi kita buat dalam bulan rejab
     and than
    kita sebut aku puasa qadha ramadhan dalam bulan rejab.

    Boleh ke gitu?
    Ke salah?

    Kalau puasa sebelum 9 Muharram pulak cam ne?
    macam mane niatnya?

    Mohon penjelasan...

    Hukumnya sama sahaja seperti mengabungkan puasa enam dengan puasa qada. Tak kira dihari mana,bulan mana,jika kita mengqada puasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa,niatnya sama juga. Kita puasa qada dihari disunatkan berpuasa,maka pahala itu dapat dua-dua.(Sebenarnya ganjaran pahala  itu urusan Allah).

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #18 15 December, 2010, 10:36:12 AM
  • Publish
  • Nak tanya...
    salah ke kalau kita niat qadha ramadhan tapi kita sebut bulan tu...
    contohnya kita puasa qadha ramadhan tapi kita buat dalam bulan rejab
     and than
    kita sebut aku puasa qadha ramadhan dalam bulan rejab.

    Boleh ke gitu?
    Ke salah?

    Kalau puasa sebelum 9 Muharram pulak cam ne?
    macam mane niatnya?

    Mohon penjelasan...

    Hukumnya sama sahaja seperti mengabungkan puasa enam dengan puasa qada. Tak kira dihari mana,bulan mana,jika kita mengqada puasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa,niatnya sama juga. Kita puasa qada dihari disunatkan berpuasa,maka pahala itu dapat dua-dua.(Sebenarnya ganjaran pahala  itu urusan Allah).

    ooo...xpe la kalau kita sebut bulan apa kita puasa...
    yang penting Allah swt tahu kan ummi apa niat kita...
    Betul tu ganjaran pahala tu semua hak Allah swt...
    Bukan urusan kita pun nak hitung berapa...

    muhibbah

    • *
    • Posts: 24
      • View Profile
    Reply #19 31 August, 2011, 12:28:10 AM
  • Publish
  • adakah harus kita niat puasa qadha ramadha bersereta puas sunat syawal
    « Last Edit: 31 August, 2011, 12:33:22 AM by muhibbah »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    8345 Views
    Last post 07 September, 2012, 05:47:49 AM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    3054 Views
    Last post 07 September, 2011, 12:33:14 AM
    by al-maranji
    1 Replies
    2159 Views
    Last post 07 December, 2011, 06:34:28 AM
    by al_ahibbatu