Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu’ (Palsu) - Page 1

*

Author Topic: Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu’ (Palsu)  (Read 16957 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

10 June, 2007, 01:19:31 AM
  • Publish
  •  :)

    Di antara bencana besar yang menimpa kaum Muslimin sejak abad-abd pertama ialah tersebar luasnya hadis-hadis Dha’if (lemah) dan Maudhu’ (palsu) di kalangan mereka. Tidak ada yang terkecuali temasuklah kalangan ulama kecuali segelintir yang dikehendaki Allah, di antaranya para imam hadis dan Nuqqaad (Para Pengkaji hadis) seperti Imam al-Bukhari, Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Hatim ar-Razy dan ulama seperti mereka.

    Penyebaran meluas hadis dhaif dan maudhu’ tersebut mengakibatkan banyak kesan negatif, di antaranya ada yang berkaitan masalah-masalah aqidah yang bersifat ghaib dan ada juga yang berkaitan perkara-perkara Tasyri’ (Syari’at).

    Adalah hikmah Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui, bahawa Dia tidak membiarkan hadis-hadis yang direka oleh orang-orang yang benci terhadap agama ini merebak ke tubuh kaum Muslimin tanpa mengutus orang yang akan mendedahkan hakikat sebenarnya dan menjelaskan kepada manusia kecacatan-kecacatannya . Mereka itulah para ulama Ahli hadis dan pembawa panji-panji sunnah Nabawiyyah yang didoakan Rasullullah dalam sabdanya, "Semoga Allah menganugerahi nikmat seseorang yang mendengarkan perkataanku lalu mencernanya, menghafal dan menyampaikannya. Betapa banyak orang yang membawa ilmu tetapi tidak lebih faqih (untuk dapat menghafal dan menyampaikannya) dari orang yang dia sampaikan kepadanya (kerana ia mampu menggali dalil sehingga lebih faqih darinya)." (HR.Abu Daud dan at-Turmudzi yang mengatakannya shahih).

    Para imam tersebut –semoga Allah menganugerahkan kebaikan kepada mereka - telah menjelaskan kedudukan kebanyakan hadis-hadis tersebut dari segi kesahihan, kelemahan atau pun kepalsuannya dan telah membuat asas-asas yang kukuh dan kaedah-kaedah yang mantap di mana siapa saja yang menekuni dan mempelajarinya secara mendalam nescaya akan dapat mengetahui kualiti dan kedudukan setiap hadis walaupun mereka (para imam tersebut) tidak memberikan penilaian ke atas hadis-hadis tersebut. Itulah suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu Ushul Hadis atau Llmu Mushthalah Hadis.

    Para ulama generasi terakhir (al-Muta`akkhirin) telah mengarang beberapa buku yang khusus untuk menyenaraikan hadis-hadis dan menjelaskan kedudukannya , di antaranya yang paling masyhur dan luas bahasannya adalah kitab al-Maqaashid al-Hasanah Fii Bayaan Katsiir Min al-Ahaadiits al-Musytahirah ‘Ala al-Alsinah karya al-Hafizh as-Sakhawy. Demikian juga buku seumpamanya seperti buku-buku Takhriijaat (untuk mengeluarkan jalur (sanad) hadis dan kualitinya) yang menjelaskan kedudukan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh Ahli Hadis (Ulama hadis) dan kitab-kitab yang berisi hadis-hadis yang tidak ada asalnya seperti buku Nashb ar-Raayah Li Ahaadiits al-Bidaayah karya al-Hafizh az-Zaila’ii, al-Mugny ‘An Haml al-Asfaar Fii al-Asfaar Fii Takhriij Maa Fii Ihyaa` Min al-Akhbaar karya al-Hafizh al-‘Iraqi, at-Talkhiish al-Habiir Fii Takhriij Ahaadiits ar-Raafi’iy al-Kabiir karya al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani, Takhriij Ahaadiits al-Kasysyaaf karya Ibn Hajar juga dan Takhriij Ahaadiits asy-Syifaa` karya Imam as-Suyuthi, semua buku tersebut sudah dicetak dan diterbitkan.

    Sekalipun para imam tersebut –semoga Allah menggandakan kebaikan kepada mereka- telah meratakan jalan kepada generasi setelah mereka, baik dari kalangan para ulama ataupun para penuntut hingga mereka mengetahui kualiti setiap hadis melalui buku-buku tersebut, akan tetapi –amat malang sekali- kami perhatikan mereka sebaliknya enggan menelaah buku-buku tersebut. Akibatnya mereka jahil terhadap kedudukan hadis-hadis yang telah mereka hafal dari guru-guru mereka atau hadis-hadis yang mereka baca dari buku-buku yang tidak menitik beratkan kesahihan sesuatu hadis .Oleh itu , kita sering mendengar ceramah dari sebahagian Mursyid (penyuluh), atau ceramah dari seorang ustaz atau khuthbah seorang khathib yang meriwayatkan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ tersebut, dan ini amat berbahaya kerana dikhuatiri mereka semua akan terkena ancaman sabda beliau s.a.w., yang berbunyi, "Barangsiapa yang telah berdusta terhadapku secara sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka." (Hadis Sahih Mutawatir)

    Walau pun mereka tidak berdusta dengan sengaja, namun hakikatnya mereka tetap berdosa kerana telah meriwayatkan hadis-hadis dari sumber yang mereka yakini terdapat hadis yang dha’if atau pun hadis palsu. Mengenai hal ini, terdapat isyarat dari hadis Rasulullah yang bermaksud, "Cukuplah seseorang itu berdusta manakala ia menceritakan semua apa yang didengarnya (tanpa disaring lagi-pen.,)." (HR.Muslim) dan suatu hadis lain dari riwayat Abu Hurairah.

    Telah diriwayatkan bahawa Imam Malik pernah berkata, "Ketahuilah bahwa tidaklah selamat seorang yang menceritakan semua apa yang didengarnya… ia bukan imam bilamana menceritakan semua apa yang didengarnya."

    Imam Ibn Hibban berkata di dalam kitab Shahihnya, "Pasal: Mengenai dipastikannya masuk neraka, orang yang menisbatkan sesuatu kepada al-Mushthafa, Rasulullah s.a.w., padahal ia tidak mengetahui kesahihannya," setelah itu, beliau mengetengahkan hadis Abu Hurairah dengan sanadnya secara marfu’, "Barangsiapa yang berkata dengan mengatasnamakanku padahal aku tidak pernah mengatakannya, maka hendaklah ia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka." Sanad hadis ini hasan dan makna asalnya terdapat di dalam kitab ash-Shahiihain dan kitab-kitab muktabar yang lain.

    Selanjutnya, Ibn Hibban berkata, "Pembahasan mengenai hadis yang menunjukkan kesahihan hadis-hadis yang kami isyaratkan pada bab terdahulu," kemudian beliau mengetengahkan hadis dari Samurah bin Jundub dengan sanadnya, dia berkata, Rasulullah s.a.w., bersabda,

    "Barangsiapa yang membicarakan suatu pembicaraan mengenaiku (membacakan satu hadis mengenaiku) di mana ia terlihat berdusta, maka ia adalah salah seorang dari para pendusta."

    (Hadis ini sahih, dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam mukaddimahnya dari hadis Samurah dan al-Mughirah bin Syu’bah secara bersama-sama). Ibn Hibban berkata, "Ini adalah hadis yang masyhur." Kemudian dia berkata selanjutnya, "Pembahasan mengenai hadis kedua yang menunjukkan sahihnya pendapat kami," lalu dia mengemukakan hadis Abu Hurairah yang pertama di atas.

    Dari apa yang telah kami sampaikan di atas, jelaslah bagi kita bahawa tidak boleh menyebarkan hadis-hadis dan meriwayatkannya tanpa terlebih dahulu melakukan Tatsabbut (penilaian) mengenai kesahihannya sebab orang yang menyebarkan hadis tanpa menilainya bermakna telah melakukan pendustaan terhadap Rasulullah. Sabdanya s.a.w, "Sesungguhnya berdusta terhadapku bukanlah berdusta terhadap salah seorang di antara kamu; barangsiapa yang berdusta terhadapku secara sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalami neraka." (HR.Muslim), wallahu a’lam.

    (Di saring dari sumber Hikmah Al-Quran & Mutiara Hadits dari Mukaddimah Syaikh al-Albani di dalam bukunya Silsilah al-Ahaadiits adl-Dla’iifah Wa al-Mawdluu’ah Wa Atsaruha as-Sayyi` Fi al-Ummah, jld.I, h.47-51 dengan sedikit perubahan dan pengurangan)
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    Reply #1 24 June, 2007, 02:51:42 PM
  • Publish
  • dari satu sudut lagi, ini merupakan satu peringatan yang khusus dan amat baik tanpa syak lagi. namun penyelesaian lebih penting, pertamanya menampilkan isu-isu berkaitan hadis, bukan sekadar menampilkan himpunan hadis maudhuk, dhaif, batil, tiada asal dan sebagainya tapi mengajar bagaimana menyaring hadis-hadis melalui buku-buku seperti Tadrib al-Rawi mengenai bagaimana mengenal pasti rijalul hadis/ perawi, kemudian, bab mustalah hadis, mengenai pembahagian taraf-taraf hadis, kemudian al-Jarh wa al-Ta'dil mengenai bagaimana mengenalpasti status perawi dan menentukan kedudukannya..ini pasti lebih berharga kerana mengembangkan ilmu hadis secara tidak langsung

    kedua, perkara ini patut dijadikan galakan agar mementingkan kesahihan fakta agama dan tidak terhad hanya kepada hadis..ini pandangan ana..aplikasi ilmu selepas hafalan..ini yang menjadikan ulama zaman dahulu cukup berinteraksi dengan ilmu-ilmu mereka yang bersumber Al-Quran dan Sunnah

    Reply #2 18 July, 2007, 08:24:09 PM
  • Publish
  • kita x boleh amal ke semua jenis hadis ni?
    satu soalan untuk anda..
    adakah semua hadith2 sahih dan hasan sudah anda amalkan??

    Reply #3 19 July, 2007, 06:42:30 PM
  • Publish
  • kita x boleh amal ke semua jenis hadis ni?
    satu soalan untuk anda..
    adakah semua hadith2 sahih dan hasan sudah anda amalkan??

    masalahnya masyarakat skarang lebih cenderung ngan hadis Dha’if (lemah) dan Maudhu’ (palsu)

    yang hak itu hak , yang batil itu batil
    http://fightforjusticeforever.blogspot.com/

    Reply #4 21 July, 2007, 10:26:30 AM
  • Publish
  • sbb meka rasa itu la hadith2(hadis palsu) yg meka selalu dgr dan disebarkan oleh para penceramah...sampai meka x nak percaya yg itu hadith daif atau palsu...hanya semata2 meka dh biasa dgr hadith tu...cthnya hadith ini..."tuntutla ilmu sampai ke negri cina"....

    Reply #5 21 July, 2007, 03:38:27 PM
  • Publish
  • kita x boleh amal ke semua jenis hadis ni?
    satu soalan untuk anda..
    adakah semua hadith2 sahih dan hasan sudah anda amalkan??

    Dia tanya tue...asal tanya dia balik?
    rasa2nya hadis dhaif bole beramal cuma tidak boleh berhujah/membuat sandaran..cuma nak ingatkan disini jangan ghairah/bersemangat dalam memhukum hadis2 tanpa manafaat yang dapat diperolehi...
    ibarat orang menghukum Muhammad abdul wahab..sesetengah mengatakan difitnah,sesetengah menghukum beliau sesat..jadi hanya Allah yang maha mengetahui..memang nabi bersabda "barangsiapa berdusta atas namaku,neraka tempatnya"..tetapi berlaku khilaf BERDUSTA sepertimana?
    contohnya nabi menyentuh isterinya ketika selepas wuduk dan terus mendirikan solat..adakah berlapik ataupun tidak?..imam 4 mempunyai ijtihad masing2..kaedah yang tersendiri dalam menghuraikan keadaan tersebut..so kita ni dimana?mujtahid mutlak?mujtahid fatwa pun x lepas lagi... :-\..wallahuaklam
    Orang yang memberi ilmu kepada si bodoh akan hilanglah ilmu itu; orang yang yang manahan ilmu dari orang yang memerlukannya, adalah membuat dosa'.

    Reply #6 21 July, 2007, 11:55:04 PM
  • Publish

  • Dia tanya tue...asal tanya dia balik?
    rasa2nya hadis dhaif bole beramal cuma tidak boleh berhujah/membuat sandaran..cuma nak ingatkan disini jangan ghairah/bersemangat dalam memhukum hadis2 tanpa manafaat yang dapat diperolehi...
    ibarat orang menghukum Muhammad abdul wahab..sesetengah mengatakan difitnah,sesetengah menghukum beliau sesat..jadi hanya Allah yang maha mengetahui..memang nabi bersabda "barangsiapa berdusta atas namaku,neraka tempatnya"..tetapi berlaku khilaf BERDUSTA sepertimana?
    contohnya nabi menyentuh isterinya ketika selepas wuduk dan terus mendirikan solat..adakah berlapik ataupun tidak?..imam 4 mempunyai ijtihad masing2..kaedah yang tersendiri dalam menghuraikan keadaan tersebut..so kita ni dimana?mujtahid mutlak?mujtahid fatwa pun x lepas lagi... :-\..wallahuaklam
    jika kita seorang yg berhati-hati, kita akan memilih perkara yg sahih2 dan paling kurang pun hadith bertaraf hasan. persoalanya apakah tidak cukup hadith2 yg sahih/hasan yg mempunyai beribu-ribu??

    jika ingin berzikir atau berdoa, cukuplah jika seseorang awam itu membelek 
    كتاب الدعوات
    dalam sahih bukhari sbg permulaan.
    pelbagai doa diajar dalam bab ini, spt doa tidor,bersetubuh masuk masjid
    dan lain2. kadang2 perkara 'remeh' ini la yg org kita terlepas pandang,
    mereka hanya ternampak perkara yg fadhilat besar2, walhal belum tentu sahih
    boleh jadi sia2 amalan mereka.

    Reply #7 22 July, 2007, 10:44:25 PM
  • Publish
  • betul ker hadis tuntut ke negeri china rekaan?ustaz zamihan dah jawab kenapa tak mahu ambil pula.haritu yang pasal takrif wahabi tu mau plak ambil dari Jakim.adakah zaman sekarang sudah termasuk dalam tanda-tanda umat sekarang menyalahkan umat terdahulu?

    Oleh : Ustaz Zamihan Mat Zin

    Sikap suka memperkatakan sesuatu tanpa fakta ilmiah semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi terhadap fakta yang melibatkan sumber perundangan Islam dan kreadibiliti alim ulamak itu sendiri. Amat malang sekali, apabila Mufti baru kita kerap kali mengecam para alim ulamak tradisional. Atas alasan kononnya ulamak tradisional bersifat konservatif, menyampaikan ilmu agama tidak berfakta, menokok nambah cerita, membawa riwayat Israeliyyat dan hadis palsu.

    Bahkan dalam masa yang sama, Mufti Baru itu dengan angkuh mendakwa bahawa beliau seorang yang berfakta, menekankan aspek kesarjanaa dan membawa tajdid (pembaharuan) dalam memahami agama. Sebenarnya, inilah sebahagian daripada manifestasi sikap yang melampau dalam agama. Sikapnya yang suka mengecam orang lain dan dalam masa yang sama mengangkat diri sendiri sebagai jaguh sarjana amat dikesali. Manakala prinsip tajdid yang dibawanya pula lebih banyak mendatangkan kerosakan dari kebaikan. Jika dianalisa, Tajdid ala Wahhabi yang diperkenalkannya banyak mendatangkan kerancuan diminda masyarakat kita.

    Sebagai contoh, Mufti termuda kita (Mufti Perlis) baru-baru ini membuat kenyataan di dalam Berita Harian pada 5hb Januari 2007 bahawa ramai dikalangan ustaz-ustaz kita yang mengajar di masjid dan surau membacakan hadis palsu. Beliau mendakwa bahawa hadis : “Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China ” merupakan hadis palsu. Mufti itu mengajak kita supaya merujuk kepada beberapa kitab yang diisyaratkannya. Tetapi beliau sendiri tidak meluahkan isi sebenar kandungan kitab-kitab yang menjadi rujukannya itu. Ini satu metodologi penyembunyian fakta secara terhormat. Dan bukan dari prinsip kesarjanaan dalam Islam.

    Marilah kita sama-sama membuka minda untuk menilai status hadis : “Tuntutlah Ilmu walau sehingga ke negeri China ” dengan sejelas-jelasnya. Apakah dakwaan Mufti termuda itu boleh dianggap sebagai satu fakta yang benar?

    Sebenarnya, hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi’ di dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya hadis bernombor 18. (lihat al-Rabi’ bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi’, cetakan Dar al-Hikmah : Bayrut, 1415H, tahkik Muhammad Idris, juz 1 m/s 29)

    Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Syuab al-Iman, hadis bernombor 1663. (lihat Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, 1410H, tahkik : Muhd Sa’id Basyuni Zaghlul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut di dalam Musnad al-Bazzar bernombor 95. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai palsu. Atas alasan Abi ‘Atikah merupakan perawi yang tidak dikenalinya. (Abu Bakar Ahmad bin Amru al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, Muassasah Ulum al-Qur’an : Bayrut, Cet Pertama, 1409H, tahkik : Dr Mahfuz al-Rahman Zainullah, juz 1 m/s 75)

    Hadis ini juga disebutkan oleh Abi Syujak Syarawaih al-Hamazani di dalam Firdaus bi Ma’tsur al-Khitab bernombor 236. (lihat al-Hamazani, Firdaus bi Matsur al-Khitab, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, tahkik: Muhd Sa’id Basyuni Zaghlul 1986M, juz 1 m/s 7

    Soalnya, apakah para ulamak yang meriwayatkan hadis ini dan mengabadikan di dalam kitab karangan mereka boleh kita kategorikan sebagai pemalsu hadis. Masya Allah, jikalau Tuan Mufti tetap berpendapat sedemikian ternyata Tuan Mufti tidak menguasai seni ilmu hadis. Maksudnya ialah keupayaan dalam memahami kedudukan hadis, kecacatan hadis dan feqh al-Hadis itu sendiri. Justeru, apakah nilai disebalik MA dan PHD hadis yang tuan miliki.

    Sekarang marilah kita sama-sama menelusuri perbincangan tentang status hadis ini. Imam Abd Rauf al-Munawi di dalam Fayd al-Qadhir Syarh Jami’ al-Saghir ketika membuat ulasan terhadap hadis ini mengatakan : “Al-Baihaqi mengatakan matannya (hadis ini) masyhur akan tetapi isnadnya dha’if. Dan diriwayatkan daripada (beberapa) sanad yang lain yang sempurna kedudukannya. Manakala Ibn Abd al-Barr di dalam kitabnya Fadhl al-Ilmi (Kelebihan Menuntut Ilmu) meriwayatkan hadis ini daripada Jaafar bin Muhammad al-Zaghuni daripada Ahmad bin Abi Suraij al-Razi daripada Hamad bin Khalid al-Khayyath daripada Tharif bin Salman bin ‘Atikah daripada Anas ‘Ad daripada Muhammad bin Hasan bin Qutaibah daripada Abbas bin Abi Ismail daripada Hassan bin ‘Athiyyah al-Kufi daripada Abi ‘Atikah daripada Anas.

    Bagi saya, apa yang dijelaskan oleh Imam al-Munawi ini hamper sama nadanya dengan kenyataan Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan (Ibn Hajar al-Asqalan, Lisan al-Mizan, Muassasah al-A’lami: Bayrut, Cet ke-3, 1986M, juz 6 m/s 304)

    Al-Munawi meneruskan ulasannya : “Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya berdasarkan hujjah bahawa al-Hassan (perawi hadis ini) merupakan perawi yang dhaif. Manakala Abi ‘Atikah (merupakan seorang) perawi yang munkar. Dan di dalam kitab al-Mizan dijelaskan bahawa riwayat Abu ‘Atikah daripada Anas diperselisihkan tentang namanya dan periwayatannya adalah dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi.

    Imam al-Sakhawi pula dan lain-lain ulamak mengatakan : “Hadis ini dhaif berdasarkan kepada dua faktor. Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya. Manakala Ibn al-Jauzi menarafkan ia sebagai hadis yang direka. Dan kami memilih atau menuruti pendapat al-Mizzi (Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi yang mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan dengan beberapa riwayat dan apabila dicantumkan dengan sebahagian riwayat yang lain kemungkinan ia mencapai standard hadis hasan. Dan al-Dhahabi mengatakan di dalam Talkhis al-Wahiyat bahawa hadis ini diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian bertaraf waahiyat (amat lemah) dan sebahagiannya sholeh… (baik).” (Abd Rauf al-Munawi, Fayd al-Qadir Syarh Jami’ al-Soghir, Maktabah al-Tijariah al-Kubra : Mesir, Cetakan Pertama, 1306H m/s 543 juz 1)

    Tidak cukup dengan keterangan di atas, marilah kita sama-sama meneliti pula apa yang dikemukakan oleh Imam al-Ajlouni di dalam kitabnya Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-Ilbas Ketika membahaskan hadis “Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim” beliau mengatakan : “Hadis riwayat Abi ‘Atikah (pada awal lafaznya) Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China dan keduanya (lafaz akhir)” terdapat beberapa komentar. Ibn Abd al-Barr juga meriwayatkan daripada Anas dengan riwayat yang banyak. Tetapi keseluruhannya mempunyai kecacatan dan tiada hujjah padanya dari sudut isnad menurut pakar hadis.”

    Katanya lagi : “Menurut al-Bazzar hadis ini diriwayatkan daripada Anas dengan sanad-sanad yang amat lemah. Dan yang paling hasannya ialah apa yang diriwayatkan oleh Ibrahim bin Salam secara mar***** daripada Anas. Dan tidak diketahui orang yang meriwayatkan daripada Ibrahim bin Salam kecuali Abu ‘Asim. Manakala pada perbincangan hadis bab (Bab Ilmu) telah dikemukakan riwayat-riwayat daripada Ubai, Jabir, Huzaifah, al-Hussein bin ‘Ali, Ibn Abbas, IbnUmar, Ali, Ibn Mas’ud, Abu Hurairah, ‘Aisyah, Um Hani’ dan lain-lain. Ringkasnya (menurut kami) ialah berdasarkan apa yang ditakhrijkan oleh al-Iraqi terhadap kitab Ihya’ Ulumuddin karangan al-Ghazali…”

    Selanjutnya al-Ajlouni mengulangi pendirian al-Baihaqi terhadap hadis ini. Di samping itu, beliau mengemukakan pendapat Imam Ahmad terhadap hadis ini berdasarkan apa yang dinukilkan daripadanya Ibn al-jauzi di dalam Ilal al-Mutanahiyah dengan katanya : “Hadis ini tidak tsabit sesuatupun berkaitan dengan hadis bab menurut pandangan kami.”

    Katanya : “Dan demikian juga pandangan Ishaq Ibn Rahawiyah dan Abu Ali al-Nesyaburi. Manakala Ibn al-Solah mengisyaratkannya sebagai hadis masyhur yang tidak bertaraf sahih. Dan pendapat ini diikuti oleh Imam al-Hakim. Akan tetapi al-Iraqi mengatakan sesetengah ulamak hadis mentashihkannya dengan beberapa isyarat sebagaimana yang dijelaskan beliau dalam ulasan beliau terhadap Ihya’ Ulumuddin.

    Katanya lagi : “Imam al-Mizzi pula mengatakan : “Isyarat hadis ini mencapai status hasan sebagaimana yang didapati di dalam Maqasid al-Hasanah. Manakala Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Lali’ selepas meriwayatkan pelbagai riwayat dari Ali, Ibn Mas’ud, Anas Ibn Umar, Ibn Abbas, Jabir dan Abi Said mengatakan bahawa pada hadis ini terdapat beberapa pandangan.” (Syeikh Ismail b Muhammad al-Ajlouni, Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-Ilbas, Cet ke-4 Muassasah al-Risalah, Bayrut, 1405H, tahkik Ahmad al-Qallasy m/s 56-57 juz 2)
    Kesimpulannya, berdasarkan keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa hadis : “Tuntutlah ilmu walau ke negeri China ” diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian dari riwayat tersebut berstatus dhaif. Akan tetapi apabila dihimpunkan dengan beberapa riwayat yang dhaif dan didatangkan dengan beberapa syahid (kesaksian) yang lain riwayat dhaif tersebut akan mencapai status hasan.

    Manakala beberapa riwayat yang bertaraf amat lemah dan berstatus munkar atau palsu ditolak oleh para ulamak sebagai hujjah dalam kelasnya. Hal ini diputuskan berdasarkan kepada kedudukan kedudukan perawi dalam sanad-sanad yang tersendiri sebagaimana yang diperjelaskan di atas. Dan ketentuan ini amat mudah difahami bagi mereka yang mendalami ilmu hadis. Sayangnya Mufti Baru kita menggunakan metodologi bersifat hukmi semata tanpa tafsili. Iaitu dengan menghukum hadis ini palsu secara total. Apakah ini sati estetika ilmiah yang boleh dikongsi bersama?.

    Di samping keterangan menerusi kitab-kitab di atas, banyak lagi keterangan yang boleh dinukilkan di sini melalui beberapa kitab. Antaranya melalui kitab al-Kamil fi Dhua’fa al-Rijal, al-Majruhin,Ttarikh al-Baghdad, al-Tadwin fi Akhbar Qazwin, Kasyf al-Dzunun, Abjad al-Ulum dan lain-lain. Namun penulis menyingkatkan perbincangan untuk memberi focus perbincangan kita. Tetapi penulis tidak teragak-agak untuk menghuraikannya secara lebih lanjut jika keadaan memerlukan.

    Selain keperihalan sanad, marilah kita menganalisa sedikit tentang kedudukan matannya. Matan hadis ini adalah jelas berstatus masyhur sebagaimana penjelasan Imam al-Baihaqi. Tidak cukup dengan itu, para ulamak tidak lupa untuk menghuraikan matan hadis ini. Buktinya, Imam Al-Ajouni ketika menukilkan huraian al-Baihaqi dengan katanya : “Hadis ini (menuntut kita) untuk mempelajari ilmu yang bersifat umum yang mana seseorang tidak patut jahil mengenainya. Ataupun ia bermaksud satu tuntutan menimba ilmu-ilmu yang bersifat khusus. Atau yang dimaksudkan dengan tuntutan “Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim” sehingga seseorang itu mampu melaksanakan tuntutan yang memenuhi keatas dirinya…”

    Selain huraian Ibn Abd al-Barr, al-Baihaqi, al-Ajlouni, al-Munawi,al- Sakhawi, hadis ini juga turut dihurai oleh Imam Abdullah ‘Alawi al-Haddad di dalam Nasha ih’ al-Diniyyah wa Wasoya al-Imaniyyah. Dan intisari kitab ini pula diajarkan oleh Tuan-tuan Guru dan Ustaz-ustaz kita. Apakah aktiviti seperti ini dikira sebagai penyampai hadis palsu. Maka buatlah pemerhatian yang sebaik-baiknya sebelum melontarkan tuduhan terhadap sesuatu perkara.

    Secara realitinya pula, matan hadis ini tepat dengan apa yang berlaku pada hari ini. Walaupun Rasulullah SAW tidak pernah sampai ke negeri China , namun wawasan pemikiran Baginda SAW terlebih dulu sampai ke sana . Bukankah China dulu dan kini terkenal dengan industri pembuatan tembikar/kaca, kertas, kain sutera, jarum, barangan mainan, produk pertanian dan barangan tiruan.

    Malah dunia mana pada hari ini tidak diduduki orang cina. Dan terbukti pada hari ini bahawa orang cina yang menguasai ekonomi sehingga ekonomi Amerika pun turut tergugat dengan peranan yang dimainkan China . Mereka yang menjadi gergasi Ekonomi di alaf baru. Justeru, apa salahnya kita mempelajari sikap yang baik, disiplin, kemahiran dan teknologi mereka. Tuan Mufti sendiri ada menyentuh hakikat ini pada tulisan di akhbar Berita Harian pada 4hb. Namun pada tulisan 5hb Januari 2007 beliau sendiri menulis di bawah sedar.

    Kesimpulannya, semua keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa para ulamak tidak seia sekata dalam menentukan hadis ini. Apa yang jelas ialah status hadis ini ditentukan berdasarkan kepada susur galur periwayatan sanad-sanadnya yang banyak. Hasilnya, ada riwayat yang berstatus dhaif dan palsu. Walaupun dhaif jika dihimpunkan dengan beberapa periwayatan dan kesaksian yang lain ia akan mencapai taraf hasan. Apabila ia bertaraf dhaif ataupun hasan ternyata ia boleh diamalkan menerusi disiplin ilmu hadis.

    Buktinya, Al-Imam al-Nawawi –secara masyhur- di dalam al-Arba’in mengatakan bahawa para fuqaha’ dan muhaddithin telah bersepakat untuk menerima pakai hadis dhaif dalam bab Fadha’il a’mal (kelebihan untuk beramal) dan Bab Etika serta tidak ianya tidak berstatus palsu. Justeru, jika Tuan Mufti mendakwa ianya palsu mengapa Tuan Mufti tidak memperincikan sanad-sanadnya yang palsu itu sebagaimana menurut disiplin ilmu hadis.

    Sayangnya, Mufti Baru kita seakan sengaja menyembunyikan fakta ini. Dimana nilai kesarjanaan yang dilaung-laungkannya . Amat malang , kerana berasaskan kepada fakta yang disembunyikan ini, beliau membuat kecaman terbuka terhadap Tuan-tuan Guru dan Ustaz-ustaz kita bahawa kebanyakkan mereka menyampaikan ilmu agama dengan hadis palsu.

    Senario ini sedikit sebanyak mendatangkan fitnah kepada mereka. Masya Allah. Jika ada benarnya dakwaan Mufti baru ini, saya meminta Tuan Mufti kemukakan butiran individu tersebut, lokasi pengajaran mereka, sanad dan matan yang dibawa mereka untuk dimuzakarahkan. Hal ini penting supaya Tuan Mufti tidak menuduh secara sembarangan. Dan maruah Tuan Mufti tidak tercemar di mata masyarakat. Walaupun asas untuk mendakwa bahawa hadis ini sebagai hadis yang palsu ada. Tetapi asas al-Bazzar, Ibn Hibban dan Ibn al-Jauzi itu berteraskan kepada perawi yang dikritik mereka. Manakala perawi yang dikritik pula dipandang sebagai dhaif oleh majority ulamak yang lain. Akhirnya menimbulkan kekhilafan dalam penarafan hadis. Justeru, perselisihan ini tidak wajar dijadikan asas untuk dimuktamadkan sebagai hadis palsu. Apatah lagi ia hendak digunakan sebagai hujjah untuk menuduh pihak yang tidak sependapat dengan kita.

    Nampaknya, mutiara-mutiara ilmiah dan hikmah kita semakin hilang apabila institusi agama diterajui oleh mereka yang jahil dalam disiplin ilmu ini. Lantaran itu, tidak hairanlah jikalau ada suara-suara sumbang yang mengkritik ulamak dan pendakwah secara menghina bukannya bersifat membina. Dan tidak syak bahawa inilah seni penyelewengan yang terhormat dalam agama. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada kita semua terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya.

    .........................
    Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari, ialah Ahli Lembaga Penasihat Darul Hadis - PAKSI

    Reply #8 22 July, 2007, 10:52:06 PM
  • Publish
  • kita bincang elok2 pasal hadis maudhu'  dan dhaif, tiada kaitan
    dengan mufti muda tu...kalo nak copy-paste pun pastikan pandai2 cari point2 yg penting.

    Reply #9 23 July, 2007, 08:27:55 AM
  • Publish
  • dan penyakit org skg, kita suka copy n paste, kdg xpaham ape yang di copy n paste kan...bila ditanya, diam seribu bahasa...alasan yang akan diberikan ialah ini bukan saya yang tulis.....setiap tulisan dan artikel yang di paparkan, kita bertanggungjawab dengan artikel tersebut...
    Dari Allah AKu Datang, Kepada Allah AKu Kembali

    Reply #10 23 July, 2007, 06:23:44 PM
  • Publish
  •  :)..
    ermm mungkin saudara uranicade ingin menjelaskan dengan terperinci ...so di copy paste ye semua sekali...xsalahkan,mungkin untuk mengelakkan kekeliruan jika di ambil sekerat2...mana tahu ada yag xbaca lagi..lagipun dinyatakan oleh siapa yang menulisnya... :-\

    Reply #11 10 March, 2009, 06:46:30 PM

    salam...mintak maaf la kalau dh terlambt dlm bab ni...tp sy ingin menyampaikan.....dalam artikl yg saudara copy and paste dari ustaz zamihan tu penuh dengan kekeliruan....mengenai hadith 'tuntut lah ilmu sampai ke china'...Imam Ibnul Jauzi kata mauduk...Imam al-Manawi kata tidak sah dari Rasulullah (mauduk)....hadis2 selain dalam al-Bukhari dan Muslim tidak dijamin semuanya sahih dan seorang perawi hadis bila dia meriwayatkan sesuatu hadis dengan sanadnya walaupun hadis tu mauduk mungkin sebab dia xtahu atau dia nak bagitahu hadis itu mauduk maka dia terlepas dari dosa....ni kaedah yang dah ijmak seluruh ulama..pastu si zamihan sebut hadis tu diriwayatkan juga dalam musnad Rabi' ...musnah Rabi'; ni utk pengetahuan anda ialah kitab syiah zaidiah....dan untuk pengetahuan anda juga guru kepada si zamihan ni seorang syiah iaitu Alwi Saqaf dan juga al-Ghumari......jadi tidak hairan lah jika terdapat unsur syiah dalam pengambilan hadithnya.... guru dia juga terkenal mensahihkan beberapa hadis berunsur Syiah.....jd sy nasihatkan sebelum anda copy and paste mana2 artikel, kaji secara mendalam dulu....jangan kerana anda bersikap prejudis terhadap Dr. Asri sampai sanggup mencari jawapan yang memuaskan kehendak anda walaupun ternyata salah....Dr. Asri seorang pakar hadith....beliau byk mengkaji hadith....salam.....

    Reply #12 10 March, 2009, 08:15:46 PM
  • Publish
  • :) Mengapa anda pandang rendah pada ustaz zamihan dan taksub benar dengan dr asri :) Dan mengapa anda pasti bahawa jawapan dari dr asri pasti benar dan tiada salah? Ini bermakna satu prejudis pula anda telah letakkan kepada ustaz zamihan.

    Anda ambil dari pendapat mana tentang takhrij hadith tersebut sehingga dijamin tiada kesalahannya tu?

    Dan anda menuduh assagaf dan sheikh siddiq al ghumari sebagai syiah? Boleh berikan buktinya? - Saya melihat ketaksuban yang melampau anda ini terhadap dr asri. Bahkan apabila dr asri membuat fitnah dan melekehkan ahlul bait pun anda masih menyokongnya dengan tidak berbelah bagi.

    Reply #13 10 March, 2009, 08:57:28 PM

    salam...sy tidak prejudis kepada sesiapa...tetapi menafikan fitnah ke atas Dr. Asri...salah ke?? dan mengenai guru zamihan ni dikesan ada unsur2 syiah..syiah ni ada akidah taqiyah....
    -Antara yang jelas nya adalah dia mendaifkan hadis: "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selama kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan sesat: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya".
    -Tapi dia mensahihkan hadis: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selama kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan sesat: Kitab Allah dan Ahli Bait ku"
    -Utk pengetahuan anda hadith yang pertama telah setuju ulama ASWJ bahawa tu hadith sahih dan hadith kedua ialah hadith syaz dan merupakan dalil bg puak2 syiah ni utk kepentingan mereka.....
    -Jadi kenapa dia nak mendhaifkan hadith ASWJ dan sahihkan hadith syiah???
    -Saudara dapat tentukannya sendiri kan....salam...

    Reply #14 10 March, 2009, 09:08:45 PM
  • Publish
  • Saya nak anda buktikan benar-benar bahawa tok guru ustaz zamihan itu ada aqidah taqiyyah. Fitnah ke atas dr asri itu sepatutnya dr asri sendiri yang menjawab, kerana apabila didedahkan di dalam video itu beliau benar2 memfitnah ahlul bait, syeikh barzanji. Anda mengatakan ustaz zamihan bersalah, dan dalam masa yang sama perlekehan dan fitnah dr asri tetaplah difahami ia adalah satu perbuatan merendah-rendahkan dan fitnah dari nada bahasa beliau sendiri tanpa ada hujjah yang ilmiyyah dan konkrit.

    Quote
    "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selama kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan sesat: Kitab Allah dan Ahli Bait ku"

    Jika ini anda katakan ia sebagai hadith syiah maka apa perlunya Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi merekodkan di dalam kitab Musnad dan sunan mereka? Anda menuduh kedua2 imam ini sebagai syiah? Melampau sungguh anda ini.

    Kita memang disarankan untuk menyintai keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam :

    ALlah subahanahu wa ta'ala telah berfirman :

        "Katakanlah " Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan." (Surah Asy Syura : 23)

    Terdapat riwayat sahih dari Sa'id bin Jubair radiyaLlahu 'anhu bahawa dia berkata tentang makna ayat ini,

        "Tidaklah suatu kampung (sub kabilah) dari Quraisy kecuali ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam.. "Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda, "..hendaklah kalian menyambung tali kekeluargaan di antara diriku dengan kalian." (Riwayat Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4 hlmn 1286)

    Jelas ini merupakan perintah serta wasiat mengenai memperbaiki hubungan dengan keturunan Baginda SallaLlahu 'alaihi wasallam . Dalam ayat tersebut ALlah subahanahu wa ta'ala memerintahkan Baginda untuk menyampaikan kepada umatnya.

    RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah memerintahkan kepada kita untuk mencintai keluarganya dan menjadikan mereka tauladan dalam kehidupan. Dalam banyak hadith yang mulia, RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mewasiatkan kepada kita untuk mencintai keturunan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam (selawat dan salam sejahtera untuk mereka semuanya). Kami kemukakan hadith yang di antaranya adalah berdasarkan kepada sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

        "Amma ba'du, Perhatikan! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian) yang sudah hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar; Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala (al Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpedomanlah dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan berpegang teguhlah dengannya."

    Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam menggalakkan kepada kita untuk berpedoman dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan menyukainya.

    Kemudian Baginda bersabda,

        "Dan semua keluargaku; aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku." Lalu Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya, "Siapakah keluarga Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Isteri-isteri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi, keluarga Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam adalah orang-orang yang haram menerima sedekah." Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya kembali, "Siapa mereka?" Dia menjawab, "Keluarga Saidina Ali radiyaLlahu 'anhu, keluarga Saidina 'Uqail radiyaLLahu 'anhu, keluarga Saidina Ja'far radiyaLLahu 'anhu, dan keluarga Saidina Abbas radiyaLlahu 'anhu" . Saidina Husain radiyaLLahu 'anhu bertanya, "Semua mereka ini haram menerima sedekah?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) pun menjawab, "Benar."

    (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 366; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlmn 1873).

    Demikian pula sabda Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam :

        "Wahai manusia, aku tinggalkan pada kalian perkara yang apabila kalian berpegang dengannya, pasti kalian tidak akan tersesat : Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan keturunanku (ahlulbait) " (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 26 dan Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlm 662)

    Sila rujuk : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

    Saya tunggu lagi agar anda dapat buktikan tuduhan anda terhadap Ustaz Zamihan, Sheikh as Saqqaf dan Sheikh Siddiq al Ghumari.
    « Last Edit: 10 March, 2009, 09:21:34 PM by IbnuNafis »

    Reply #15 10 March, 2009, 09:51:17 PM

    salam....sy tidak mengeluarkan statement tanpa bukti.....
    - sy ingin anda tahu yang tidak semua hadith di dalam Musnad Imam Ahmad dan Imam Tarmizi tu ialah hadith soheh...di dalam sunan ibn majah pun ada hadith palsu...
    - samada mereka(imam2 ni) telah menyatakan ianya tidak soheh ataupun mmg mereka tidak tahu sebab belum sampai kepada mereka dalil lain yang mendhaifkannya pada waktu itu....ini berlaku kpd kebanyakan ulamak hadith...
    -anda perlu tahu yang hadith ni tulang belakangnya ialah sanadnya....jadi jika benar anda katakan hadith tu soheh sila kemukakan sanadnya....xboleh main ckap je....
    -lagi satu dalam respon sy xpernah ada sedikit pun saya menafikan kekredibiliti ahlul bait...mereka mesti dihormati...cuma sy kata hadith tu syaz...tu saja...
    -ni la masalah org kita yang tak faham ilmu hadith dan terimanya bulat2 tanpa mengkaji sanadnya....
    -ni satu tindakan yang menipu atas nama Rasulullah...
    -dan lagi satu fitnah anda yang paling besar terhadap saya tanpa bukti ialah mengatakan sy menuduh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi sgbai syiah....ni satu pendustaan....sy sudah katakan di atas xsemua hadith dalam musnad mereka soheh...xbermaksud mereka menyokong syiah.....faham x?????
    -sila buat kajian terlebih dahulu sebelum reply....

    Reply #16 10 March, 2009, 10:07:18 PM
  • Publish
  • Quote
    - sy ingin anda tahu yang tidak semua hadith di dalam Musnad Imam Ahmad dan Imam Tarmizi tu ialah hadith soheh...di dalam sunan ibn majah pun ada hadith palsu...

    Jadi hadith di atas yang saya berikan adalah hadith palsu? Sila berikan takhrijnya.

    Quote
    - samada mereka(imam2 ni) telah menyatakan ianya tidak soheh ataupun mmg mereka tidak tahu sebab belum sampai kepada mereka dalil lain yang mendhaifkannya pada waktu itu....ini berlaku kpd kebanyakan ulamak hadith...

    Ini pernyataan dari siapa pula? Muhaddithin mana atau ulamak muktabar yang mana satu ?

    Pernyataan saya ini :

    Jika ini anda katakan ia sebagai hadith syiah maka apa perlunya Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi merekodkan di dalam kitab Musnad dan sunan mereka? Anda menuduh kedua2 imam ini sebagai syiah? Melampau sungguh anda ini.

    Adalah respon kepada pernyataan anda ini :

    Quote
    -Utk pengetahuan anda hadith yang pertama telah setuju ulama ASWJ bahawa tu hadith sahih dan hadith kedua ialah hadith syaz dan merupakan dalil bg puak2 syiah ni utk kepentingan mereka.....

    WaLLahua'lam

    Reply #17 10 March, 2009, 11:21:51 PM

    -Opppss...sy rasa sy bagitau tu hadith syaz kan bukan maudhuk...cb bc betul2....nnti malu je...
    -emm pernyataan tu pengkaji hadith la bagitau....tu la sy ckp anda perlu mengaji ilmu hadith ni betul2...tgk perkara ni pun anda xtau...kan dah malukan diri sendiri.....lain kali jgn buat lagi...
    -lagi satu sy xpernah pun kata Imam2 tu syiah...cb bc betul2....nnti malu lagi sekali....

    Reply #18 10 March, 2009, 11:35:44 PM
  • Publish
  • Nampak gayanya anda bercakap pun macam budak-budak yang baru belajar. (maaf cakap ini realitinya). Dan anda juga cuba melarikan diri dari menjawab persoalan.

    Cuba lihat segala pernyataan di atas adakah berbentuk tuduhan atau persoalan. Selepas ini jika anda masih tidak menjawab persoalan saya tidak ragu2 lagi untuk ban anda. Dan bukti mengenai fitnah anda akan disimpan di dalam database ini sebagai rujukan pada masa akandatang.

    Reply #19 10 March, 2009, 11:39:59 PM

    emm dah terbukti pun kejahilan anda setelah xdapat jawab.....sy telah pun menjawab semua soalan anda....bc la betul2.....cuba anda buktikan yg hadith tu bukan syaz....

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2193 Views
    Last post 16 December, 2008, 04:05:21 PM
    by beruang
    12 Replies
    3382 Views
    Last post 21 July, 2011, 07:14:48 PM
    by halawah
    4 Replies
    1771 Views
    Last post 01 November, 2011, 07:36:41 AM
    by Yuzie