Penggunaan Teknologi yang Berkaitan Pembiakan

*

Author Topic: Penggunaan Teknologi yang Berkaitan Pembiakan  (Read 8884 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

28 September, 2009, 08:04:06 AM
  • Publish

  • Penggunaan Teknologi yang Berkaitan Pembiakan

    Alangkah bahagianya apabila sepasang suami isteri mempunyai anak sendiri. Namun, sesetengah pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tidak dikurniakan anak. Ini bermakna salah seorang atau kedua-dua mereka menghadapi masalah dalam sistem pembiakan.

    Punca masalah ini termasuk kegagalan suami menghasilkan sperma, sperma yang dihasilkan tidak aktif, atau bilangan sperma yang dihasilkan terlalu sedikit lalu mengurangkan peluang persenyawaan berlaku. Selain itu, duktus sperma yang tersumbat, jangkitan penyakit pada vesikel semen dan kelenjar prostat, serta kecacatan pada zakar juga menyebabkan masalah pembiakan lelaki. Masalah dalam sistem pembiakan seseorang isteri pula mungkin berpunca daripada kegagalan untuk menghasilkan ovum, kerosakan pada tiub Fallopio, atau kegagalan embrio menempel pada endometrium.

    Alangkah sedihnya jika suami isteri menghadapi masalah untuk mendapatkan anak.Bersyukurlah kepada Tuhan ke atas kewujudan anda kerana ibu bapa anda dikurniakan dengan keistimewaan yang mulia untuk melahirkan anda.

    Sebaliknya terdapat juga pasangan suami isteri yang ingin membuat perancangan keluarga. Maka, mereka perlu menggunakan kaedah tertentu untuk mencegah kehamilan.

    Apakah penyelesaian kepada dua masalah utama dalam pembiakan manusia, iaitu masalah kesukaran untuk hamil dan masalah mencegah kehamilan? Perkembangan dan kemajuan bidang sains dan teknologi telah berjaya menemui beberapa kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah berkenaan. Sekarang, anda perlu menjalankan untuk mengetahui sumbangan teknologi berkaltan pembiakan bagi menjamin kesejahteraan manusia.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 28 September, 2009, 08:13:46 AM
  • Publish

  • Teknik Mengatasi Masalah Kesuburan

    Teknologi yang boleh diaplikasikan sekiranya suami isteri menghadapi masalah mendapatkan anak sendiri. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan, iaitu permanian beradas, persenyawaan in vitro, pemindahan intrafallopion, pemindahan embrio dan ibu tumpang.

    Permanian beradas melibatkan proses memasukkan sperma suami ke dalam uterus isteri dengan menggunakan alat tertentu, bukannya secara perhubungan seks. Dalam kes tertentu, sperma ini diderma oleh seseorang yang identitinya dirahsiakan. Sperma daripada penderma ini disimpan dalam bank sperma sebelum digunakan. Kaedah ini meningkatkan kebarangkalian ovum disenyawakan oleh sperma.

    Namun Jika anda seorang Islam
    [box title=Fatwa Bank Air  Mani]
    Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
     
    Kategori : Perubatan   
    Tajuk : Bank Air Mani

    Keputusan 

    i. Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam.

    ii. Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.

    iii.Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam.

    iv. Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram.

    Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali pertama bersidang 
    Tarikh Keputusan : 8 Januari 1981 
    Tarikh Muzakarah : 8 Januari 1981 hingga 19 Januari 1981
    [/box]

    Reply #2 28 September, 2009, 08:30:30 AM
  • Publish

  • Permanian beradas
    melibatkan proses memasukkan sperma suami ke dalam uterus isteri dengan menggunakan alat tertentu, bukannya secara perhubungan seks. Dalam kes tertentu, sperma ini diderma oleh seseorang yang identitinya dirahsiakan. Sperma daripada penderma ini disimpan dalam bank sperma sebelum digunakan. Kaedah ini meningkatkan kebarangkalian ovum disenyawakan oleh sperma.



    Gambarajah Kaedah permanian beradas


    Reply #3 28 September, 2009, 08:31:39 AM
  • Publish

  • Bayi Tabung Uji

    Bagi seseorang isteri yang menghadapi masalah kesukaran untuk hamil akibat kerosakan pada tiub Fallopio atau tiub Fallopionya tersumbat, kaedah persenyawaan in vitro boleh digunakan. Oosit dikeluarkan daripada folikel Graaf sebelum pengovulan berlaku dengan cara sedutan menggunakan jarum penyedut seni (laparoskop). Oosit ini diletakkan di dalam bahan kultur yang membolehkannya hidup. Kemudian, sperma suami dimasukkan ke dalam bahan kultur tersebut. Persenyawaan akan berlaku dalam tempoh 12 jam. Setelah embrio membahagi beberapa kali (kira-kira dua hari), ia dimasukkan ke dalam uterus isteri. Sekiranya embrio ini dapat menempel pada endometrium dan berkcmbang secara normal, maka kaedah ini dikatakan telah berjaya. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah ini digelar "bayi tabung uji"


    Reply #4 28 September, 2009, 08:33:02 AM
  • Publish

  • Ibu Tumpang

    Di samping kedua-dua kaedah ini, teknik ibu tumpang dipraktikkan di sesetengah negara Barat untuk mengatasi masalah kesuburan pada manusia. Namun, amalan im mendapat tentangan hebat dan menimbulkan isu agama, moral, dan sosial.

    Ibu tumpang merupakan ibu yang mengandung dan melahirkan anak bagi sepasang suami isteri di mana isterinya menghadapi masalah untuk hamil. Embrio, hasil persenyawaan in vitro antara sperma dengan ovum suanu isteri tersebut dimasukkan ke dalam uterus ibu tumpang. Jika penempelan berlaku, ibu tumpang akan hamil dan seterusnya melahirkan seorang bayi. Bayi ini akan dipulangkan kepada pasangan suami isteri tersebut. Apakah masalah atau isu moral yang timbul sekiranya cara im terus diamalkan tanpa sekatan? Mari kita menjalankan satu lagi aktiviti yang menarik tentang sumbangan teknologi berkaitan pembiakan.

    Jika anda seorang ISLAM
    Hukum Ibu Tumpang
    Soalan

    Apakah hukum melakukan kaedah bayi tabung uji dan juga mengenai ibu tumpang? dari segi etika sains dan hukum islam?

    Harus melakukan kaedah bayi tabung uji dengan syarat bayi itu berasal daripada benih daripada pasangan yang telah melakukan akad nikah yang sah dari segi syarak.

    Manakala ibu tumpang pula ummat Islam dilarang meletakkan benih pasangan suami dan isteri yang telah berkahwin secara sah di dalam rahim ibu tumpang tersebut.Ini kerana Islam amat menjaga nasab keturunan seseorang anak itu mestilah lahir daripada hasil daripada perkahwinan yang sah pasangan suami isteri berkenaan sahaja.

    Sumber : Jakim

    Namun ada setengah ulama' berpendapat
    Masalah Ibu tumpang ni ada ulama' yg membolehkan sekiranya ibu tumpang adalah dari isteri lain kepada suaminya (madu).
    Ada juga ulama yg mengharamkan kerana mengelakkan berlakunya pergaduhan sesama muslim selepas kelahiran bayi itu nanti.

    Lagipun ada kesan buruk ke atas ibu tumpang itu sendiri dari segi psikologinya.
    Bayangkan seorang ibu yang telah mengandung selama 9 bulan, melalui pengalaman sakit melahirkan, bersabung nyawa utk melahirkan seorang insan ke dunia terpaksa melepaskan anak yang dikandungnya itu setelah anak tersebut dilahirkan.

    Secara genetiknya, anak itu mmg mengandungi genetik ibu yang memberi ovum dan ayah yang memberi sperma tetapi secara psikologinya, anak tersebut membesar di dalam rahim ibu tumpang.
    « Last Edit: 28 September, 2009, 09:00:12 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #5 28 September, 2009, 08:35:39 AM
  • Publish

  • Kategori     UMUM
    Tajuk    Hukum bayi tabung uji & permanian berhadas

    Soalan
       apakah hukum bayi tabung uji dan permanian berhadas?
    Jawapan    ASSALAMUALAIKUM WRH.

    Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

    Bayi Tabung Uji yang terhasil dari benih suami isteri yang dicantumkan secara terhormat adalah sah di sisi Syarak. Sebaliknya, benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah maka bayi tabung uji itu adalah tidak sah.

    Mengadakan bank air mani adalah haram hukumnya menurut Islam. Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia juga adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara 'muhtaram' (diluluskan oleh syarak).


    Sumber : Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka
    Lokasi : http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=116

    Reply #6 08 January, 2010, 10:19:02 AM
  • Publish
  • Soalan :

    Apakah hukum bayi tabung uji dan permanian berhadas?

    Jawapan:

    Bayi tabung uji yang terhasil daripada benih suami isteri yang sah yang dicantumkan secara terhormat adalah sebagai anak sahtaraf menurut pandangan
    Islam. Sebaliknya, anak yang dicantum daripada benih bukan daripada suami isteri yang sah adalah tidak harus disahtarafkan menurut syara’.
    Permanian berhadas pula, yang dilakukan kepada manusia adalah haram, tetapi sekiranya air mani suami itu dikeluarkan secara ‘muhtaram’ maka ia
    diharuskan oleh syarak

    Rujukan Mufti Selangor
    « Last Edit: 21 March, 2010, 09:07:17 PM by Ummi Munaliza »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #7 21 March, 2010, 08:54:02 PM
  • Publish
  • Boleh minta betulkan tajuk bagi thread ni tak? 'Hukum bayi tabung uji dan permanian beradas?' , bukan 'berhadas'....maksud radas ialah alat, iaitu alat yg digunakan dalam makmal untuk keluarkan 'telur' dari isteri, dan untuk senyawakan telur itu dengan sperma dari suami...
    terima kasih
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #8 21 March, 2010, 09:02:40 PM
  • Publish
  • Sebaliknya, anak yang dicantum daripada benih bukan daripada suami isteri yang sah adalah tidak harus disahtarafkan menurut syara’.

    Tidak harus atau memang tidak sah?

    Reply #9 21 March, 2010, 09:06:31 PM
  • Publish
  • boleh bagi tahu dengan lebih jelas lagi tak.....???? sebab, jawapan tu masih lagi agak kabur dan tak paham sangat lah...... maafkan saya ye......
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    Reply #10 21 March, 2010, 09:21:07 PM
  • Publish
  • boleh bagi tahu dengan lebih jelas lagi tak.....???? sebab, jawapan tu masih lagi agak kabur dan tak paham sangat lah...... maafkan saya ye......

    kalau nak faham dengn lebih jelas cuba klik " bayi tabung uji " kat bahagian carian di bahagian atas laman nie...
    ' sesungguhnya, setelah DIA menyiapkan seluruh makhluk-NYA, maka
     di cipta-NYA satu tulisan untuk diri-NYA sendiri yang di letakkan-NYA di atas arasy yang berbunyi, SESUNGGUHNYA KASIH-KU MELEBIHI MARAH-KU"

    Reply #11 21 March, 2010, 09:23:54 PM
  • Publish
  • boleh bagi tahu dengan lebih jelas lagi tak.....???? sebab, jawapan tu masih lagi agak kabur dan tak paham sangat lah...... maafkan saya ye......


    Sila rujuk di sini berkaitan permanian beradas dan bayi tabung uji. Re: Penggunaan Teknologi yang Berkaitan Pembiakan

    Reply #12 21 March, 2010, 10:47:33 PM
  • Publish
  • mahu anak ialah kerja lelaki dgn wanita, janganlah ada syaitan, nak jimak pun ada doa agar terjauh gangguan syaitan

    tangan ketiga itu adalah syaitan,......................

    semuga mahulah berfikir, jika susah nak mengandung,m marilah kepada kami, ajaklah suami kamu, PM saya dulu ya, ada kemudahan tanpa tabung uji, atau tangan ke tiga

    Reply #13 21 March, 2010, 11:23:37 PM
  • Publish
  • Terima kasih ummi kerana perbaiki thread ni...semoga bermanfaat bagi orang yg memerlukan maklumat ini...masih ramai yg tak tahu teknologi dalam pembiakan ini. bagi yg bermasalah boleh mencuba kaedah in-vitro ini walaupun kosnya mahal dan peluang mungkin tipis...

    Reply #14 01 January, 2011, 10:47:09 AM
  • Publish
  • Wanita Jalani Rawatan IVF Maut

    Oleh Khairulmizan Yahya
    bhnews@bharian.com.my
    2011/01/01


    Perut mangsa semakin membengkak, koma selepas lakukan pembedahan

    PEKAN: Kegembiraan sepasang suami isteri untuk mendapatkan bayi melalui rawatan Persenyawaan Luar Rahim (IVF) bertukar mimpi ngeri apabila wanita terbabit meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, Rabu lalu.

    Lui Gah Chieng, 34, disahkan meninggal dunia di wad HTAA kira-kira jam 2 petang, selepas hampir tiga minggu menanggung kesakitan yang didakwa berpunca daripada rawatan IVF sehingga terpaksa menjalani pembedahan.
    Suaminya, Tan Yang Long, 39, berkata, beliau amat sedih apabila bukan saja harapannya untuk mendapatkan cahaya mata tidak kesampaian tetapi turut kehilangan isteri tercinta yang dikahwininya enam tahun lalu.

    "Walaupun sudah lama berkahwin, kami tidak dikurniakan anak, lalu mendorong kami untuk mencuba rawatan berkenaan," katanya yang tidak mampu menahan sebak selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang isterinya, semalam.

    Katanya, sebelum melakukan rawatan itu, mereka pernah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di ibu negara dan disahkan sihat sepenuhnya serta tidak mempunyai sebarang penyakit.

    "Malah doktor yang membuat pemeriksaan kepada kami itu turut memberi galakan supaya melakukan rawatan berkenaan dan dengan perasaan teruja kami nekad melakukannya di HTAA di sini.
    "Proses rawatan berkenaan bermula 26 Oktober lalu dan segala-galanya berjalan lancar, malah isteri kelihatan gembira apabila harapan kami mendapatkan anak bakal tercapai," katanya.

    Bagaimanapun, Tan berkata, pada 15 Disember lalu, isterinya mula mengadu sakit terutama pada bahagian perut dan keadaannya semakin tenat malah perutnya juga semakin membengkak.

    "Perutnya membengkak sehingga ukuran asal pinggangnya 63.5 sentimeter (25 inci) membesar kepada 88.9 sentimeter (35 inci) malah berat badannya juga naik mendadak sebanyak 15 kilogram sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan.

    "Pembedahan dijalankan pada 25 Disember lalu bagaimanapun tidak memulihkan keadaannya sebaliknya mendiang semakin tenat dan berada dalam koma sebelum disahkan meninggal dunia.

    "Pihak hospital memaklumkan kepada kami bahawa mendiang meninggal dunia akibat organ utamanya gagal berfungsi dan alasan terbabit sukar diterima memandangkan keadaannya sihat sebelum menjalani rawatan IVF," katanya.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menegaskan akan menyiasat punca utama kematian mangsa.

    "Saya sudah menerima laporan awal daripada hospital berkenaan mengenai kematian mangsa yang dikatakan mengalami komplikasi terhadap rawatan yang dijalankan ke atasnya.

    "Mendiang yang mengadu sakit di bahagian abdomen ditahan di wad ketika dibawa ke HTAA pada 15 Disember lalu untuk menjalani rawatan lanjut," katanya.
    Beliau berkata, keadaannya yang semakin teruk menyebabkan mendiang perlu menjalani pembedahan yang agak rumit dan mengalami pendarahan teruk sepanjang pembedahan dijalankan.

    "Keadaan diri mendiang semakin teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri dan meninggal dunia selepas semua organ utamanya gagal berfungsi.

    "Siasatan awal mengesan komplikasi yang berlaku mendapati mendiang menghidap ovarian hyperstimulation syndrome dan siasatan mengenainya dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya," katanya.


    *Nota: Setiap rawatan punya risikonya...apa pun kita cuma berikhtiar....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    1832 Views
    Last post 18 February, 2012, 09:15:53 PM
    by ruhani
    41 Replies
    15762 Views
    Last post 26 March, 2010, 05:58:06 AM
    by fadhila
    16 Replies
    5998 Views
    Last post 26 December, 2012, 02:33:14 PM
    by PenaHalaqah