Sistem Pembiakan Lelaki

*

Author Topic: Sistem Pembiakan Lelaki  (Read 7438 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14525
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
28 September, 2009, 07:49:02 AM
  • Publish

  • Pembentukan Sel Pembiakan

    Organisma jantan dan betina perlu menghasilkan gamet (sel pembiakan) yang khusus untuk tujuan persenyawaan. Keperluan ini dipenuhi dengan adanya testis dan ovari yang masing-masing menghasilkan sperma dan ovum. Persenyawaan antara sperma dengan ovum akan menghasilkan zigot yang akan berkembang menjadi anak.

    Penghasilan kedua-dua jenis gamet adalah melalui proses meiosis. proses meiosis memastikan gamet yang dihasilkan adalah haploid (n) tetapi gamet adalah berbeza dari segi kandungan genetiknya yang menyumbang kepada variasi dalam zuriat.

    Gabungan gamet jantan yang haploid (n) dengan gamet betina yang haploid (n) semasa persenyawaan akan menghasilkan zigot yang diploid (2n). Dengan strategi ini, keadaan diploid dikekalkan dari generasi ke generasi.

    Proses pembentukan gamet disebut gametogenesis. Spermatogenesis ialah proses pembentukan sperma dalam testis dan oogenesis ialah proses pembentukan ovum dalam ovari.
       
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 28 September, 2009, 07:49:52 AM
  • Publish

  • Sistem Pembiakan Lelaki

    Lelaki mempunyai sepasang testis yang memainkan dua peranan penting, iaitu menghasilkan sperma (gamet jantan) dan hormon seks lelaki yang dikenal sebagai testosteron. Testis terdapat di dalam pundi yang dikenal sebagai skrotum yang terdapat di luar badan. Ini menyebabkan suhu di dalam skrotum adalah lebih rendah daripada suhu badan. Suhu yang rendah ini amat penting untuk penghasilan sperma yang sihat.

    Di dalam setiap testis terdapat banyak tubul berlingkar yang disusun secara rapat dan padat. Tubul dikenal sebagai tubul seminiferus. Sperma dihasilkan di dalam tubul seminiferus. Semua sperma yang dihasilkan ini diangkut ke satu lagi tubul berlingkar yang dinamakan epididimis. Dari epididimis sperma bergerak ke tubul vas deferens sebelum dikeluarkan melalui salur uretra pada zakar.


    Bahagian di dalam organ lelaki dan Fungsinya


    Tubul seminiferus dalam testis ~    Tempat penghasilan sperma
    Epididimis  ~    Tempat simpanan sperma dan tempat sperma menjadi matang
    Vas deferens  ~     Menyalurkan sperma ke uretra
    Vesikel semen    ~      Menghasilkan mukus untuk membantu pergerakan sperma
    Zakar    ~   Menyalurkan sperma ke dalam sistem pembiakan perempuan

    « Last Edit: 28 September, 2009, 07:53:11 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 28 September, 2009, 07:54:54 AM
  • Publish

  • Pembentukan sperma

    Pembentukan sperma atau spermatogenesis berlaku di dalam tubul seminiferus yang dilapisi sel-sel yang belum mengalami pengkhususan. Sel-sel ini dikenal sebagai sel germa atau spermatogonium. Semasa perkembangan fetus lelaki dalam uterus ibu dan semasa peringkat kanak-kanak, spermatogonium mengalami mitosis secara berterusan.Selepas seorang budak lelaki mencapai akil baligh, barulah sebahagian daripada spermatogonium mengalami spermatogenesis.

    Sel germa primordium akan menghasilkan banyak spermatogonium yang diploid melalui satu siri proses mitosis. Spermatogonium berkembang menjadi spermatosit primer. Spermatosit primer kemudian mengalami meiosis I untuk menghasilkan dua spermatosit sekunder yang haploid. Setiap spermatosit sekunder akan mengalami meiosis II untuk membentuk dua spermatid. Maka, empat spermatid terhasil daripada setiap spermatosit primer. Setiap spermatid mengalami pertumbuhan dan pengkhususan untuk menjadi sperma yang haploid. Sperma terdapat di dalam lumen tubul seminiferus. Dengan cara ini, berjuta-juta sperma dihasilkan di dalam setiap tubul seminiferus.



    Struktur sperma

    Setiap sperma terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, bahagiantengah dan ekor. Bahagian kepala sperma mengandungi nukleus. Nukleus ini mengandungi 23 kromosom. Di bahagian tengah sperma pula terdapat mitokondrion yang membekalkan tenaga untuk pergerakan sperma. Ekor sperma membantu sperma untuk berenang.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 28 September, 2009, 07:58:07 AM
  • Publish



  • Kepentingan Proses Gametogenesis

    Gametogenesis merupakan proses pembentukan sel-sel gamet di dalam organ pembiakan lelaki dan wanita. Gametogenesis merangkumi spermatogenesis yang berlaku di dalam testis dan oogenesis yang berlaku di dalam ovari.

    Bilangan kromosom dalam sel soma manusia ialah 46, iaitu 2n=46. Ini bermakna bilangan kromosom di dalam setiap sel soma seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing ialah 46. Jika sperma dan ovum yang dihasilkan masing-masing mengandungi 46 kromosom, maka zigot yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum tersebut akan mengandungi 92 kromosom. Ini bukan zigot amnusia. Zigot manusia mempuyai 46 kromosom. Bagaimanankah masalah ini diatasi? Kita bersyukur kepada Tuhan kerana telah mewujudkan gametogenesis yang melibatkan proses meiosis. Ini bermakna sperma dan ovum yang dihasilkan mengandungi 23 kromosom. Dengan demikain, zigat yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum akan mengandungi 46 kromosom. Inilah zigot manusia!

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 28 September, 2009, 08:26:13 AM
  • Publish
  • kajian pakar pakar genetik di seluruh dunia

    http://www.pbs.org/wgbh/nova/genes/fate.html

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #5 31 January, 2010, 03:48:23 PM
  • Publish
  • assalamualaikum

    mungkin ini sensitif tapi dimaklumkan bahawa kesuburan lelaki boleh terjejas oleh suhu..sebab itu sperma disimpan di dalam scrotum..sebab suhu scrotum kurang daripada suhu badan manusia..lelaki yang terdedah pada suhu tinggi pada bahagian organ pembiakannya berisiko tinggi mengalami kecacatan pada sperma dan mungkin menjejaskan kesuburan..saya sebut ye?sebab itulah pemilihan seluar yang sesuai penting untuk kesuburan..harap maklum..

    p/s: berkongsi ilmu tak ape kan?:sedihnya:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    2892 Views
    Last post 13 November, 2010, 01:03:19 PM
    by al_ahibbatu
    24 Replies
    19821 Views
    Last post 01 December, 2011, 02:51:57 PM
    by 5zul
    14 Replies
    8680 Views
    Last post 01 January, 2011, 10:47:09 AM
    by msa