Siapakah tokoh-tokoh islam kegemaran anda?
Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: Siapakah tokoh-tokoh islam kegemaran anda?  (Dibaca 1444 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
Topic starter
*
Pulau Pinang
Offline
25.09.09 20

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« pada: 27 September, 2009, 12:55:17 PM »

assalamualaikum

jika kita mempelajari sejarah islam, begitu ramai tokoh2 islam yang dapat dijadikan contoh pd remaja zmn kini,
antara tokoh2 yang terkenal ialah Rasulullah SAW sendiri dan para sahabat.
bagi anda; remaja pada zaman globalisasi ini, siapakah pilihan hati anda untuk dijadikan contoh bagi mencapai kejayaan dalam hidup??

jika saya, saya sangat kagum dengan ketokohan yang terdapat dalam diri Saidina Hamzah r.a.
beliau begitu gagah dan pandai bermain senjata, sangat cekal dan sentiasa berada di samping rasulullah saw bagi melindungi baginda daripada serangan kaum kafir...beliau diberi gelaran singa ALLAH; gagah perkasa

paling menyedihkan hati saya apabila beliau syahid di medan perang...astagfirullah-al-azim...hati saya seperti dirobek apabila mengetahui Hindun telah membedah dada beliau bg mengambil limpanya untuk dimakan mentah namun dia tak terdaya untuk menelannya lalu diluahkan semula...

rasulullah sangat berduka cita...jenazah saidina hamzah disembahyangkan 70 kali oleh orang ramai sebelum dikebumikan sekuburan dengan saudaranya Abdullah bin Jahasy.

saidina hamzah juga tergolong dalam warga langit yang tujuh.
itulah tokoh islam kegemaran saya, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
« Last Edit: 27 September, 2009, 01:02:55 PM oleh syaza_cygislam »
*
Selangor
Offline
05.05.09 1706

Syukron
Beri: 2 Terima: 201
Paparan Profil WWW
« Jawab #1 pada: 27 September, 2009, 01:14:39 PM »

patutnya, rasulullah lah jadi idola, tiada dia berkata melainkan wahyu belaka, amal perbuatan ikut script/takdir belaka, menjadi petunjuk kepada kita, kepada wanita, pernah tak dengar, muhammad SAW berkata, aku malu, lebih dari malu seorang wanita, tentu alangkah baiknya dia jika jadi idola, akhlak Mulia, buat baik kepada kejahatan manusia, banyak sabar dgn kehidupan dunia, ibarat sahabat yang baik kepadanya, mereka berkata, kami Dengar dan taat, semuga kita pun dapatlah demikian rupa, tentulah akan tenteram, aman sentosa, akan bahagia, idak keluh kesah dgn dunia dan isinya, akan Ingat dan kasih Allah melebihi selainnya, semuga dapatlah pelajaran dari NYa, inshallaah
*
Malaysia
Offline
05.04.08 1075

Syukron
Beri: 101 Terima: 208
Paparan Profil WWW
« Jawab #2 pada: 27 September, 2009, 03:47:35 PM »

 assalamualaikum

Saya yakin, setiap umat Islam yang beriman kepada ALlah dan RasulNya serta rukun iman yang lain menjadikan RasuluLlah sebagai ikutan terbaik. Bahkan tarbiah Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam kepada sahabat yang lain menterjemahkan lagi kejayaan rasuluLlah di dalam mendidik mereka.

Tiada salahnya untuk menjadikan para sahabat dan tokoh2 Islam serta ulamak sebagai contoh tauladan (contoh terbaik tetaplah RasuluLlah). Begitu juga dengan para ummahatul Mukminin yang lain sebagai isteri, pendamping, ulamak Islam yang bersama-sama menegakkan Islam.

*
Malaysia
Offline
01.02.09 219

Syukron
Beri: 0 Terima: 16
Paparan Profil WWW
« Jawab #3 pada: 27 September, 2009, 04:05:51 PM »

 assalamualaikum
Ummi sha sependapat dengan Ibnu Nafis.
Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang patut kita semua ikuti.
Walaupun baginda SAW seorang Rasul yang maksum tetapi baginda SAW tetap berusaha keras untuk melakukan amal ibadat.
Kita yang tentunya penuh dengan dosa masih lagi bersenang-senang dengan kelazatan dunia hingga mengabaikan sunnah Rasulullah SAW dan ajaran baginda.
Marilah kita sama-sama mencontohi Rasulullah SAW dalam semua bidang dan mudah-mudahan kita semua menjadi umat Rasulullah SAW yang diberkati Allah... ins

Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
http://duniacik.blogspot.com/
http://kemahiranhidupshaniza.blogspot.com/
*
Perak
Offline
23.03.09 213

Syukron
Beri: 3 Terima: 7
Paparan Profil WWW
« Jawab #4 pada: 30 September, 2009, 02:59:13 AM »

Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik umat..ana begitu terkesan apabila di saat akhir hayat baginda tetap menyebut ummati,ummati..umatku..umatku..berguguran air mata kala mendengar sirah itu..

mencari kredhaan Ilahi
*
Perak
Offline
23.03.09 213

Syukron
Beri: 3 Terima: 7
Paparan Profil WWW
« Jawab #5 pada: 30 September, 2009, 03:00:34 AM »

Saidina Abu bakar juga adalah contoh tauladan yang ana kagumi..beliau adalah lambang kepada sahabat yang sejati.. ingin rasanya menjadi sahabat berperibadi seperti abu bakar..
*
Indonesia
Offline
09.12.08 1982

Syukron
Beri: 275 Terima: 214
Paparan Profil WWW
« Jawab #6 pada: 30 September, 2009, 09:08:08 AM »

 assalamualaikum

Semua sahabat baginda saw adalah yang terbaik yang pernah dilahirkan didunia.

Disini pakhabib ingin menyenaraikan tokoh2 Islam yang paling pakhabib minati dan hayati perjuangan mereka.

Panglima Pemuda : Usamah bin Zaid r.a
Panglima Veteran : Saad bin Abi Waqas r.a
Khalifah Amirul Mukminin : Umar al Khattab r.a

Panglima dan bala tentera selepas Rasulullah saw : Panglima Sultan Muhammad Al-Fateh dan bala tenteranya.

Ada Apa Dengan Manusia Yang Menolak Parti Islam ?
*
Perak
Offline
04.11.08 493

Syukron
Beri: 183 Terima: 129
Paparan Profil WWW Radio
« Jawab #7 pada: 30 September, 2009, 10:19:19 AM »

assalamualaikum

jika kita mempelajari sejarah islam, begitu ramai tokoh2 islam yang dapat dijadikan contoh pd remaja zmn kini,
antara tokoh2 yang terkenal ialah Rasulullah SAW sendiri dan para sahabat.
bagi anda; remaja pada zaman globalisasi ini, siapakah pilihan hati anda untuk dijadikan contoh bagi mencapai kejayaan dalam hidup??

jika saya, saya sangat kagum dengan ketokohan yang terdapat dalam diri Saidina Hamzah r.a.
beliau begitu gagah dan pandai bermain senjata, sangat cekal dan sentiasa berada di samping rasulullah saw bagi melindungi baginda daripada serangan kaum kafir...beliau diberi gelaran singa ALLAH; gagah perkasa

paling menyedihkan hati saya apabila beliau syahid di medan perang...astagfirullah-al-azim...hati saya seperti dirobek apabila mengetahui Hindun telah membedah dada beliau bg mengambil limpanya untuk dimakan mentah namun dia tak terdaya untuk menelannya lalu diluahkan semula...

rasulullah sangat berduka cita...jenazah saidina hamzah disembahyangkan 70 kali oleh orang ramai sebelum dikebumikan sekuburan dengan saudaranya Abdullah bin Jahasy.

saidina hamzah juga tergolong dalam warga langit yang tujuh.
itulah tokoh islam kegemaran saya, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib

la ni depa dok kagum dgn michael jackson a.k.a. Mikhael :-)

"It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain
*
Johor
Offline
24.08.09 178

Syukron
Beri: 0 Terima: 14
Paparan Profil
« Jawab #8 pada: 30 September, 2009, 10:22:42 AM »

AR-RASUL QUDWATUNA... sesungguhnya, Rasulullah itulah contoh teladan yg sewajibnya jadi ikutan kita, yg jadi kebangaan kita, yg jadi tokoh kegemaran kita..

Oleh itu, kalo kita dapat amik inisiatif untuk mengenali sifat2 sahabat yang RADHIALLAHU 'ANHU, lalu mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian kita, sesungguhnya itulah KEJAYAAN yg membuktikan kecintaan kita kepada RASULULLAH. Kerana, sahabat2 R.A itu adalah hasil dari tarbiah secara langsung dari Baginda Rasulullah...
*
Offline
21.12.08 379

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #9 pada: 20 October, 2009, 08:19:09 AM »

bagi ana Rasullulah adalah ikutan yang terbaik...........tokoh islam kegemaran ana ialah:

SAIDATINA FATIMAH ZAHRA'(puteri bongsu Rasullah)
SAIDATINA AISYAH

banyak sebenarnya tokoh kegemaran.......
dua contoh tokoh kegemaran ana...

berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...
*
Kelantan
Offline
12.10.09 564

Syukron
Beri: 27 Terima: 122
Paparan Profil
« Jawab #10 pada: 20 October, 2009, 10:41:56 AM »

Pada alaf baru ini tokoh agama yang saya kagumi ialah Maulana Zakariyya Khandalawi Rah. Ini kerana usaha-usaha beliau dalam memelihara dan mengumpul hadis-hadis Dhaif ttg kelebihan amal. Kalau bukan kerana beliau mungkin kita tak kan berjumpa dengan hadis-hadis ini.

You'll Never Walk Alone

 Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
*
Terengganu
Online
16.06.09 630

Syukron
Beri: 39 Terima: 95
Paparan Profil
« Jawab #11 pada: 20 October, 2009, 10:48:25 AM »

tokoh-tokoh islam kegemaran saya ialah:

1-ibnu arabi - penulis kitab Futuhat Makkiyah dan Fusus al-hikam
2-sheikh abdul jailani - khutbahnya dikumpulkan dalam beberapa kitab seperti Fathul Rabbani dan Futuhul Ghaib.
3-ahmed deedat - penulis buku The Choice
4-hasan al-banna - pengasas gerakan islam Ikhwan Muslimin
5-hamka - penulis tafsir al-azhar

*
Selangor
Offline
09.08.09 123

Syukron
Beri: 0 Terima: 12
Paparan Profil WWW
« Jawab #12 pada: 20 November, 2009, 11:00:01 PM »

Salahudin al-Ayubi tokoh terbilang

*
Malaysia
Offline
15.07.09 153

Syukron
Beri: 8 Terima: 4
Paparan Profil
« Jawab #13 pada: 20 November, 2009, 11:03:10 PM »

Sy minat semua yg memperjuangkan agama ALlah samada yg sy pernah dengar atau tidak pernah dengar. Sy hormati mereka.. Semoga pejuangan kamu di redhai ALlah..

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)
*
Johor
Offline
10.10.09 295

Syukron
Beri: 55 Terima: 16
Paparan Profil
« Jawab #14 pada: 20 November, 2009, 11:08:54 PM »

Tokoh islam yang diminati ialah Nabi Muhammad S.A.W.
*
Selangor
Offline
09.09.09 16

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #15 pada: 21 November, 2009, 12:14:30 AM »

semua tokoh yang memperjuangkan Islam sy sanjung. Tapi sy lebih menggagumi ketabahan Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Aisyah. Tokoh yang sy minati Salahuddin Al-Ayyubi.
*
Selangor
Offline
14.07.09 207

Syukron
Beri: 0 Terima: 3
Paparan Profil
« Jawab #16 pada: 21 November, 2009, 06:20:23 AM »

InsyaALLAH..Nabi Muhammad SAW kepada 4 Amirul Mukminin,Sahabat-sahabat,4 Imam,Syeikh Abdul Qadir Jalaini,Tabiin-tabiin,4 Amir Dunia(Imam Mahadi),Ruh Nabi Isa..
w alam..
*
Selangor
Offline
14.07.09 207

Syukron
Beri: 0 Terima: 3
Paparan Profil
« Jawab #17 pada: 21 November, 2009, 06:22:59 AM »

InsyaAllah...Teori RAHMAN dan RAHIM untuk NUSANTARA JAYA
w alam..
*
Pulau Pinang
Offline
30.07.09 28

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #18 pada: 27 November, 2009, 12:06:26 PM »

Nabi Muhammad s.a.w
salahuddin al-ayubi
imam as-syafie
sheikh ahmad yasiin
*
Pulau Pinang
Offline
24.08.09 114

Syukron
Beri: 12 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #19 pada: 28 November, 2009, 02:10:51 AM »

owh..dba amat mengagumi fatimah Azzahra...
ada sesiapa lagi yang mengagumi beliau??
 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
Majlis Haul & Peringatan Tokoh-tokoh Ulama Hebahan syeduum 1 403 Kiriman Terakhir 01 July, 2009, 09:13:06 PM
oleh akmalhadi
Jom kongsikan...nasyid bertemakan tokoh-tokoh Islam.. Hiburan aeman_syahadah 6 754 Kiriman Terakhir 23 May, 2009, 05:54:12 PM
oleh peluru
Majlis Haul Tokoh -Tokoh Ulama Kg kuala Tekal ke 14 Hebahan syeduum 0 57 Kiriman Terakhir 30 March, 2010, 01:41:59 PM
oleh syeduum