Mari Belajar Tauhid

*

Author Topic: Mari Belajar Tauhid  (Read 20257 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kasim patalon

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
Reply #20 09 April, 2010, 10:21:15 AM
  • Publish
  • sdr khalifah_04..

    kalau sdr nak tahu pasal tawhid maka sdr kena tahu ilmu tawhid tu terbahagi kepada berapa bahagian dulu dan kemudian baru bertanya soalan sdr tepat pada orang atau ahlinya.

    ilmu tawhid itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tawhid Aqidah dan Tawhid Ma'rifah. ilmu-ilmu tawhid yang melibatkan perkara aqidah maka ilmu Usuludin (Assyairah) namanya, ilmu Kalam namanya, ilmu Sifat20 namanya dan ilmu aqoidul iman namanya yang membawa pengertian ma'rifatullahnya kepada faham ithnainatul wujud. manakala ilmu-ilmu tawhid yang melibatkan perkara ma'rifah maka ilmu hakikat (ibnu Arabi) namanya, ilmu ma'rifat namanya, ilmu Usul Tahkik namanya dan ilmu mertabat tujuh namanya yang membawa pengertian  ma'rifatullah kepada fahaman wahdatul wujud.

    saya ikuti pertanyaan sdr kepada sdr deadfish76 dan saya faham persoalan sdr tu menjurus pada tawhid bahagian mana tapi oleh sebab sdr salah bertanya pada yang bukan ahlinya maka sdr tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati sdr. sdr kena pandai menilai seseorang sama ada orang itu ahli Tawhid Aqidah atau ahli Tawhid Ma'rifah atau ahli kelabu asap yang mencampur adukkan antara kedua-dua ilmu tawhid itu dan dimasukkan sekali dengan ilmu-ilmu feqah. kat thread ini semuanya ahli Tawhid Aqidah maka memanglah mereka tidak akan dapat menjawab persoalan sdr.

    saya yakin kat thread ini (yang membaca) pun ada ramai ahli Tawhid Ma'rifah tapi tak mau muncul sebab kalau mereka menceritakan isi-isi ilmunya pasti kena cop sesat punyalah. berbeza dengan ilmu Tawhid Aqidah (Usuludin) yang boleh ditulis berjela-jela kat umum disana-sini sebab ilmu ini dengan mudah dapat difahami akal sebab ilmu usuludin berpaksikan hukum akal dan rata-rata semua orang awam mempunyai akal. sebaliknya ilmu Tawhid Ma'rifah (Usul Tahkik) tak boleh sewenang-wenangnya ditulis disana-sini kat umum sebab ilmu ini memerlukan ainul basyiroh yang telah diangkat hijabnya oleh guru yang Mursyid sehingga menjadi kasyaf. jadi bagaimana mungkin ilmu Tawhid Ma'rifah ini boleh ditulis pada umum sedang rata-rata dari mereka ainul basyirohnya masih gelap dan malap atau buta.

    ok.. sekarang sdr dah faham kan.. jadi teruskanlah bertanya perkara hakikat kepada ahli fuqaha, silap-silap mereka akan menuduh sdr sebagai bebal untuk menutup kejahilan mereka.

    sekian. ma'assalamah wa ilalliqo'.

    deadfish76

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #21 09 April, 2010, 03:25:46 PM
  • Publish
  • Salam,

    Andai sekonyong-konyong datang seseorang secara bersendirian berjumpa seorang mursyid...
    dan di tanyakan kepada mursyid itu akan kerahsiaan yang bukan di dalam tingkat kefahaman awam...
    nescaya mursyid itu akan tetap menjaga adab rahsianya dengan Allah swt..
    maka tidaklah sekali-kali mursyid akan membuka kerahsiaan tersebut sungguhpun ia satu kebenaran yang hakiki...
    memulangkan haq kepada yang Haq...
    demikian... cukuplah bagi murshid menunjukkan jalan menuju matlamat..
    dan menyerahlah kepada Allah swt dengan sebenar-benar serah..
    dengan penuh ketertiban adab hati kepada Allah swt..

    tauhid itu sungguh lurus...
    lurus dan dekat tidak berjarak di hadapan mata...
    namun kita sering terlepas pandang...
    kerana sangkaan kita tauhid itu sungguh jauh dan bersimpang siur jalannya serta berbagai-bagai bahagiannya..

    namun.... sungguhpun  tauhid itu lurus....betapa ramai yang tersesat dan terbabas perjalanannya..
    akibat terkesima dengan dugaan-dugaan yang menggoncang jiwanya..
    juga akibat masih memandang wujud dirinya disamping wujud yang Qadim hakiki...
    kita mohonlah kepada Allah swt agar terpelihara dan sentiasa dalam redha-Nya di dunia dan di akhirat...

    namun...sungguhpun tauhid itu lurus...
    tiadalah makhluk itu mampu beroleh kefahaman dengan daya upayanya sendiri...
    tidalah ia mampu mencapai kefahaman melalui kesungguhan jalan pembacaan...
    tiadalah juga ia mampu dicapai melalui proses pembelajaran...
    mentelahan lagi melalui perkongsian umum dalam forum dan sebagaian...
    kerana tauhid tidak memerlukan prasayarat kepandaian mahupun kebijaksanaan...
    andai demikian syaratnya...maka tidaklah Allah swt itu bersifat maha adil bagi yang kekurangan..
    maha suci Allah daripada bersifat sedemikian..
    nafi dan isbatlah...menyerah diri kepada yang Haq..

    demikian itu bergurulah...carilah wasilah..
    namun...guru...mursyid..hanyalah penunjuk jalan...
    tiadalah guru mampu memberi faham...
    Allah swt jua yang memberikan kefahaman...
    kefahaman yang dapat 'dirasa' dalam penyaksian..
    penyaksian menyeluruh yang dibawa dalam pengamalan...
    'rasa' yang mustahil dapat dibahasakan...
    kerana mustahil kata menerangkan rasa...

    ada orang tinggi menggunung ilmunya...
    namun tiada pula ilmu itu dapat diamalkannya...
    lalu ilmu dimiliki tidak mampu membentuk kebaikan akhlak dan adabnya..
    sungguh hampa.....
    betapa tiada sesuatupun yang mampu memberi manfaat..
    sungguh manfaat itu hanya dari Allah swt..


    ada juga yang banyak amalnya...
    namun tiada pula ilmu di dada..
    lalu sesatlah ia dalam gelap gulita...
    betapa tiada sesuatupun mampu memberi mudharat..
    sungguh mudharat itu hanya dari Allah swt

    kita menyerahlah kepada Allah swt dan kita bermohon dan berharap kepada-Nya agar dipimpin dan dibimbingi kita..
    menjadi sebagaimana yang Dia kehendak...insyaAllah..
    kerana Dia lah tempat semuanya bergantung..

    wallahu'alam

    wassalam










    Ilahi anta maksudi, waridhaka matlubi

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #22 10 April, 2010, 10:14:49 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya..

    Disamping berusaha mempelajari ilmu-ilmu Ketuhanan ini..maka dengan hanya berserah diri kepada Allah sahaja, dan di atas IzinNya dan RahmatNya, kita akan perolehi Pertunjuk dan HidayahNya.

    ..yang selama ini kita hanya menyangka ( zhan ), bahawa kasih sayang dan Kehebatan Allah itu mampu kita rasakan..sebenarnya itu hanya anggapan dan perasaan kita, bukan keadaan sebenar-benarnya, kerana rasa manusia itu terlalu kerdil untuk menggambarkan kenyataan bertapa kasih sayangnya Allah..FirmanNya " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran (perasaan), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl:78)

    mohon jadikan diri sentiasa Bersyukur dan Redha apa sahaja yang di beri dan datangi..Maha suci Allah..Maha AgungMu Ya Allah....Amin.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    semangka

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Reply #23 10 April, 2010, 10:38:07 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya..

    Disamping berusaha mempelajari ilmu-ilmu Ketuhanan ini..maka dengan hanya berserah diri kepada Allah sahaja, dan di atas IzinNya dan RahmatNya, kita akan perolehi Pertunjuk dan HidayahNya.

    ..yang selama ini kita hanya menyangka ( zhan ), bahawa kasih sayang dan Kehebatan Allah itu mampu kita rasakan..sebenarnya itu hanya anggapan dan perasaan kita, bukan keadaan sebenar-benarnya, kerana rasa manusia itu terlalu kerdil untuk menggambarkan kenyataan bertapa kasih sayangnya Allah..FirmanNya " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran (perasaan), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl:78)

    mohon jadikan diri sentiasa Bersyukur dan Redha apa sahaja yang di beri dan datangi..Maha suci Allah..Maha AgungMu Ya Allah....Amin.

    Alhamdulillah. Posting yang lebih lemah lembut. Lebih dekat pada hati. Lebih menghormati kawan dan lawan. Lebih berbau tasawuf. Insya Allah.

    mohd8026

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #24 11 April, 2010, 08:09:55 AM
  • Publish
  • salam ibnuNafis ...alhamdulillah ringkas dan senang utk mereka fahami..disitu ada ketinggalan megenai sifat yang wajib,mustahil dan harus bagi
     rasul..mintak anta tolong bagi sedikit huraian dalam nota sebelum ini...alhamdulillah boleh ana belajar dari anta...inshaAllah

    khalifah_04

    • *
    • Posts: 304
      • View Profile
    Reply #25 11 April, 2010, 05:16:24 PM
  • Publish
  • Salam Deadfish76......

    Saya tertarik akan kenyataan yang telah sedara berikan ...pada mulanya sedara menyatakan.....

    Quote
    maka sesungguhnya tidaklah orang-orang yang melakukan kemungkaran itu ingat kepada Allah swt..
    dan...tidaklah jua orang-orang yang melakukan kemungkaran itu benar mentauhid akan Allah swt...
    dan sesungguhnya mereka tergolong dalam kesyirikan..

    berdasarkan kenyataan di atas, adakah semua orang yang melakukan kemungkaran itu benar-benar telah mensyirikkan Allah??

    namun sedara telah menyatakan seperti di bawah ini...

    Quote
    Dalam kisah tersebut juga..Nabi Allah Khidir melaksanakan apa yang dikehendaki Allah swt dan beserta dengan Allah swt ....serta dengan hakikat daya dan kekuatan itu jua datang dari Allah swt...
    Sungguhpun pada zahirnya perbuatan tersebut sesuatu yang bertentangan pada umum...namun pada hakikatnya Allah swt maha mengetahui dan maha berkuasa akan tiap-tiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi serta segala isi-isinya...makhluk itu hakikatnya terbatas, lemah, jahil dan hina..

    kelihatan pula pada pernyataan di atas ini, seseolah bukan semua yang melakukan perkara yang menyalahi adat mahupun syarak itu telah syirik, dan mungkin juga mereka yang sedang melakukan kemungkaran itu seseorang yang mulia disisi Allah....

    apa pendapat sedara ???
    Dari Allah AKu Datang, Kepada Allah AKu Kembali

    khalifah_04

    • *
    • Posts: 304
      • View Profile
    Reply #26 11 April, 2010, 05:22:23 PM
  • Publish
  • Salam Kasim Patalon

    Quote
    ilmu tawhid itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tawhid Aqidah dan Tawhid Ma'rifah. ilmu-ilmu tawhid yang melibatkan perkara aqidah maka ilmu Usuludin (Assyairah) namanya, ilmu Kalam namanya, ilmu Sifat20 namanya dan ilmu aqoidul iman namanya yang membawa pengertian ma'rifatullahnya kepada faham ithnainatul wujud. manakala ilmu-ilmu tawhid yang melibatkan perkara ma'rifah maka ilmu hakikat (ibnu Arabi) namanya, ilmu ma'rifat namanya, ilmu Usul Tahkik namanya dan ilmu mertabat tujuh namanya yang membawa pengertian  ma'rifatullah kepada fahaman wahdatul wujud.

    Ilmu yang berhubung kait dengan Wahdatul Wujud telah sedia maklum di fatwakan sesat oleh JAKIM di Malaysia... Oleh itu bagi membincangkan perkara tersebut, memang tidak dibenarkan sama sekali pada tatapan umum.....Maka ianya tersebar secara underground yang mana akan dipelajari oleh mereka yang benar-benar berhajat....Dan perlu dibimibingi Guru yang Mursyid jika ingin mempelajarinya....

    deadfish76

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #27 12 April, 2010, 10:13:32 AM
  • Publish
  • Salam,

    mengenai pernyataan:
    "maka sesungguhnya tidaklah orang-orang yang melakukan kemungkaran itu ingat kepada Allah swt..
    dan...tidaklah jua orang-orang yang melakukan kemungkaran itu benar mentauhid akan Allah swt...
    dan sesungguhnya mereka tergolong dalam kesyirikan.."


    seseorang yang benar-benar mentauhidkan Allah swt akan terpelihara daripada melakukan kemungkaran...
    mereka itulah yang dipanggil mukhlisin...dan mukhlisin inilah yang disebut dalam surah Al-Hijr ayat 40...
    mukhlisin diertikan sebagai orang yang ikhlas....dan pada hakikatnya...mukhlisin itu adalah orang yang benar-benar mentauhidkan Allah swt...
    yang tidak menyengutukan Allah swt dalam ibadah kepada-Nya..seperti surah Al-Kahfi ayat 110...
    demikian juga akan firman Allah swt dalam surah Al-Ikhlaas...yakni surah yang menerangkan perihal mentauhidkan Allah swt...
    Al-Ikhlaas juga dipanggil surah at-tauhid...keikhlasan dalam maksud surah Al-Ikhlaas adalah mentauhidkan Allah swt..
    kerana itulah jua mukhlisin itu dalam firman Allah pada surah Al-Hijr ayat 41 dikatakan sebagai "Sirat al-mustaqim"...yakni jalan yang lurus...
    Nyatalah tauhid itu jalan lurus kepada Allah swt...
    oleh yang demikian, bagi sesiapa yang belum benar-benar mentauhidkan Allah swt..maka sesungguhnya mereka masih berada dalam belenggu syirik...
    kerana lawan bagi tauhid adalah syirik...masakan syirik dan tauhid itu beserta dalam satu masa yang sama...
    hati manusia itu ibarat cermin....dan ia hanya memiliki hanya satu wajah yang dihadap..
    andai ia menghadap kepada Iblis..maka ia membelakangkan Allah swt...dan termasuklah ia ke lembah kesyirikan dan kemungkaran...
    andai ia menghadap kepada Allah swt...maka dengan kehendak Allah swt terpeliharalah ia dalam tauhid...
    dan mereka yang mukhlisin itu dipelihara Allah swt daripada kemungkaran yakni dipelihara Allah swt dari tipu daya Iblis yang memperlihatkan kepada keturunan Adam bahawa yang buruk akan kelihatan baik...(surah Al-Hijr, ayat 39-40)
    oleh yang demikian, nyatalah...hanya yang benar-benar mentauhidkan Allah akan terpelihara dari tipu daya Iblis...dan terpelihara dari kemungkaran....
    dan....nyatalah jua bagi sesiapa yang tidak mentauhidkan Allah swt, maka mereka adalah golongan yang syirik dan akan terpedaya dengan tipu daya iblis lantas bergelumanglah dalam kemungkaran terhadap Allah swt..



    dan bagi pernyataan: "Dalam kisah tersebut juga..Nabi Allah Khidir melaksanakan apa yang dikehendaki Allah swt dan beserta dengan Allah swt ....serta dengan hakikat daya dan kekuatan itu jua datang dari Allah swt...
    Sungguhpun pada zahirnya perbuatan tersebut sesuatu yang bertentangan pada umum...namun pada hakikatnya Allah swt maha mengetahui dan maha berkuasa akan tiap-tiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi serta segala isi-isinya...makhluk itu hakikatnya terbatas, lemah, jahil dan hina.."


    Apa yang diperbuat oleh nabi Khidir bukanlah satu kemungkaran...
    Nabi adalah golongan khususiyyah dan terpelihara dari melakukan kemungkaran..dan itu adalah wajib untuk kita beriman dengannya..
    perbuatan nabi Khidir itu adalah perintah Allah swt...dan dalam kefahaman tauhid...itu adalah pekerjaan Allah swt...dan Allah swt maha mengetahui...dan sesungguhnya ruh itu urusan/pekerjaan Allah swt...
    seperti firman Allah swt dalam surah As-Saffaat, ayat:96,....Allah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu perbuat...
    bagi kefahaman tauhid .. tiada pertikaian atas pekerjaan Allah swt...
    dan tiada pula diragukan akan kebenaran tauhid nabi Khidir..
    nabi Khidir juga tidak menyeru sesiapapun untuk mencontohi perbuatannya (dalam peristiwa tersebut)...
    kerana kefahaman/pengetahuan yang dikurniakan Allah swt kepadanya adalah khusus bagi dirinya sahaja..
    dan tidak mustahil perkara sedemikian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Allah swt....
    kerana Allah swt itu maha berkuasa...
    dan keluasan ilmu Allah swt itu diibaratkan jika semua pokok di dunia ini dijadikan pena dan air tujuh lautan dijadikan dakwat...
    dan diisi semula dakwat itu dengan air sebanyak tujuh lautan lagi, nescaya ayat-ayat Allah swt itu tidak akan habis tertulis..
    maka kita mohonlah petunjuk daripada-Nya...
    kerana bagi seseorang yang disesatkan Allah swt...maka tiada sesiapapun yang dapat membawanya ke pangkal jalan...
    dan bagi sesiapa yang dimbimbing Allah swt, maka tiada sesiapapun yang dapat menyesatkannya...

    Oleh yang demikian, seharusnya bagi kita memperbetulkan semula "penyerahan" diri kita kepada Allah swt...
    "kembalilah" kepada-Nya dengan penuh redha dengan mentaati segala perintah-Nya...
    mohon kepada-Nya agar dipelihara, dipimpin dan di bimbingi kita sebagaimana yang dikehendaki-Nya..
    kerana Islam itu sendiri maksudnya menyerah...
    belumlah kita Islam jika kita belum benar-benar menyerah kepada Allah swt..
    menyerah itulah kunci kepada nafi dan isbat...
    dan nafi dan isbat itulah kunci kepada tauhid...
    bergurulah...
    yakni carilah wasilah untuk mendekat kepada-Nya dan bersungguhlah semoga kita berolah kejayaan..(surah Al-Maidah, ayat:35)

    wallahu'alam

    wassalam

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #28 23 April, 2010, 07:08:43 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya..

    Harapan pencinta kpd yg dicintainya ialah KeredhaanNya..
    Cita-cita pencinta kpd yg dicintainya ialah pertemuanNya..
    Redhalah hatinya dgn yg dicintainya bila dekat denganNya..
    Biar jauh semua makhluk sebab tidak perlu selain dpdNya..

    sewajibnya berguru utk mempelajarinya..dan pada yg belum bertemu atau diketemukan lagi..di atas IzinNya dan RahmatNya, syarat hati yg boleh menerima cahaya itu mestilah dia bersih dan suci dari segala kekotoran dan daki daki kemewahan dunia, dan suci dari segala macam syirik dan ingatan yg bakal membawanya menyeleweng dari jalan Allah swt.

    Imam Ja'afar As Shadiq r.a. pernah bersuara mengatakan " Seseorang itu belum lagi mengenal Allah dgn haqiqat pengenalan ( ma'rifat yg haqiqi ), apabila dia memalingkan wajahnya dpd Allah kepada selainNya..

    Kurnia-kurnia Allah tetap ada kepada hamba-hamba pilihanNya dari masa ke masa, yg berserah dengan penuh keyakinan padaNya...Yakin sungguh-sungguh yang Allah tidak akan menyesatkan hamba-hamba yg datang menyerah diri padaNya..yg mana sangat sedikit org  mengetahuinya, kerana tidak pernah merasakanNya..

    Dia ( Allah ) yang Maha Memiliki segala amalan,.. kehendak dan kuasaNya.. dan termasuk diri kita sendiri..wabillahit-taufik wal-hidayah.

    khalifah_04

    • *
    • Posts: 304
      • View Profile
    Reply #29 26 April, 2010, 04:45:17 PM
  • Publish
  • Salam...

    Maafkan saya jika lambat untuk membalas...

    Quote
    perbuatan nabi Khidir itu adalah perintah Allah swt...dan dalam kefahaman tauhid...itu adalah pekerjaan Allah swt...dan Allah swt maha mengetahui...dan sesungguhnya ruh itu urusan/pekerjaan Allah swt...seperti firman Allah swt dalam surah As-Saffaat, ayat:96 ".Allah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu perbuat" ...bagi kefahaman tauhid .. tiada pertikaian atas pekerjaan Allah swt...dan tiada pula diragukan akan kebenaran tauhid nabi Khidir..

    jikalau perkara yang dialami oleh nabi musa bilamana kita berhadapan dengan Nabi Khidir...juga di alami oleh saudara deadfish76 yang mana berhadapan dengan situasi tersebut... Apakah reaksi dan Tindakan sedara terhadap situasi itu?? dan bolehkah kiranya kita mengatakan diri seseorang yang sedang melakukan kemaksiatan itu telah mensyirikkan Allah??? dan bolehkan seseorang itu dinilai akan tauhidnya berdasarkan tingkah laku syariatnya??

    Dan saya bagaimana pula akan hadith ini

    Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
    hadith 40 imam nawawi no. 42....

    Apakah tauhid itu boleh dinilai dengan kemantapan syariat??



    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #30 26 April, 2010, 04:53:23 PM
  • Publish
  • ada tak nabi beritahu

    tatkala mencuri, tiada iman
    tatkala maksiat tiada iman
    tatkala berzina tiada iman

    jadi lagu mana pula tahla

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #31 26 April, 2010, 05:01:06 PM
  • Publish
  • 9-45  Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.

    bagaimana dengan ini pula....
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    deadfish76

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #32 26 April, 2010, 06:08:02 PM
  • Publish
  • Salam,

    Dalam apa jua keadaan sekalipun...
    dalam gerak mahupun diam...
    dalam setiap saat turun dan naik nafas....
    kita menyerahlah....
    Serahkanlah segala-galanya kepada Allah swt...
    Allah hakikat yang melaksana...bukan kita...
    Allah jua hakikat yang menilai...bukan kita...
    menyerahlah kepada Allah swt dengan sebenar-benar serah...
    nafi dan isbatlah...insyaAllah...
    kerana Allah swt mengajarkan insan itu apa yang tidak diketahuinya...
    bukan kitab yang mengajar..bukan guru yang mengajar...hakikatnya Allah swt jua yang mengajar dan memberi faham...
    serahkanlah haq pada yang Haq...
    'kembalilah' kepada-Nya dengan redha dan diredhai...
    maka...kemana jua kita menghadap...di situ lah hakikat 'wajah' Allah swt yang menghadap dan dihadap...
    lantas lenyap..lebur...tenggelam...dalam tauhid akan Allah swt...
    Esa Allah pada zat-Nya...Esa Allah pada sifat-Nya...Esa Allah pada Af'al-Nya...Esa Allah pada Asma'-Nya..
    Allah swt tidak tertakluk dan tidak terikat kepada sesuatupun...
    segala-galanya terserah kepada Allah swt...
    mengampunkan.. tidak mengampunkan....semua terserah kepada-Nya....
    menjadikan...tidak menjadikan...jua terserah kepada-Nya...
    segala-galanya terserah kepada Allah swt..
    kerana Allah swt maha berkuasa dan maha mengetahui...
    Tidak terikat pengampunan Allah swt akan ampun yang dipohon hamba-Nya...
    tidak terikat pemberian ganjaran Allah swt atas amal kebaikkan para hamba-Nya..
    kerana bukan amal ibadah yang memasukkan seseorang ke syurga Allah swt..
    masuknya seseorang ke syurga adalah atas rahmat-Nya jua...
    yang berkuasa hanya Allah swt...tiada daya dan kekuatan selain Allah swt..
    hanya Allah swt yang memberi manfaat mahupun mudharat...
    keampunan, ganjaran...dan segala-galanya adalah haq Allah....dan terpulang atas kehendak-Nya jua...
    Maha suci Allah swt daripada terikat kepada sesuatu...
    Maha suci Allah daripada bersifat tertakluk kepada sesuatu...
    kerana Allah swt maha berkuasa dan maha mengetahui...
    kehendak dan kekuasaan Allah swt tidak terikat kepada sesiapa dan sesuatu apapun....
    sebaliknya...makhluk itu hina, lemah dan jahil...
    makhluk bersifat bergantung kepada Allah swt....
    Allah swt tempat semuanya bergantung...
    Pandanglah diri dalam miskin dan kefakiran terhadap Allah swt..
    kerana sedeqah itu hanya layak bagi yang miskin dan fakir...


    wallahu'alam

    wassalam





    beruang

    • *
    • Posts: 1350
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #33 26 April, 2010, 06:17:26 PM
  • Publish
  • Belajar tauhd?? Fiqah?? Hadis?? Tafsir??   http://dakholakamakhoroja.blogspot.com/search/label/%3A%3A%20Kelas%20Tafaquh%20%3A%3A  sekadar membantu...

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #34 26 April, 2010, 10:19:38 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya..

    Daripada Abu Said Al Khudri r.a. katanya, telah bersabda Baginda RasulAllah saw bahawasanya Allah tabaraka wa ta'ala telah berfirman " Barangsiapa yang disibukkan oleh ( membaca ) Al-Quran daripada meminta kepadaKu, Aku akan memberikan kepadanya seutama-utama yang diberikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan Kalamullah ( firman Allah ) diatas segala perkataan yang lain, seperti keutamaan Allah keatas para hambaNya. " ( Riwayat At-Termidzi )..

    Maka,...mohon terus kepadaNya, dan berusahalah sungguh-sungguh membuat ketaatan kepada  Allah, tanpa mengharapkan sesuatu apapun, berserah dan yaqinlah..

    wallahu'alam.

    AlBahr

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Reply #35 27 April, 2010, 02:21:31 PM
  • Publish
  • http://pohonberkah.blogspot.com/  silakan ziarah ramai2 ...silakan ..silakan


    Baguskah laman tu fadzil? boleh ceritakan sikit kat sini?

    senyum*

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #36 08 June, 2010, 05:49:12 PM
  • Publish
  • "Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad "

    Yupp...
    Sekadar tambahan sahaja dari pak din yang haqir lagi faqir ..

    Definasi Tauhid

    Tauhid ditakrifkan oleh Sayyid al Syarif Ali ibn Muhammad al Jurjani di dalam kitab al Ta’rifaat dari sudut bahasa ialah :

    Alhukmu biannashsyai-a wahidun / wahid  ,  wal ilmu bi annahu wahid/wahidun
    “ Menghukum bahawa sesuatu itu adalah satu dan mengetahui bahawa ia adalah satu “
    ( Yakni satu pada perbahasan kejadian (makhlukat) dan Esa pada perbahasan ketuhanan )

    Manakala maknanya dari sudut syaara’ ialah

    ‘Ilmun yabhasu fihi an isbatil -’a kho i diddiniyyatilmukthasabati min adillatihalyakhi niyyah
    “Ilmu yang membincangkan tentang cara menthabitkan (menetapkan) aqidah-aqidah agama Islam dengan dalil-dalil yang yakin “

    Dikatakan juga ilmu Tauhid bermaksud

    Isbaa tuzzaa ti ghairi musyabbihatin lizzawaa ti wala  mu’ath ti latin ‘anissifat
    “Mengithbatkan Dzat Allah yang tidak menyerupa dzat-dzat yang BAHARU dan tidak pula sunyi daripada segala sifat .”

    Dari sudut Ahli Hakikat

    Tajriduzzatil ilahiyyati ‘an kullimaa yutasauwaru fil afham / afhami, wayuta khaiyalu fil auhami wal azhani
    “ Mensucikan Dzat Tuhan dari segala yang digambarkan di dalam kefahaman seseorang dan dari apa yang dikhayalkan di dalam sangkaan dan fikiran “
    Maka ia  terdiri dari 3 perkara :
    1. Mengenal Allah dengan sifat RububiyyahNya ,
    2. Mengakui dengan ke esaanNya
    3. Menafikan sekutu-sekutu daripadaNya secara keseluruhan.

    Al hafiz Ibnu Hajar al ‘Asqalani r.a berkata di dalam kitabnya Fath al Bahri :
    Ahli Sunnah telah mentafsirkan Tauhid dengan maksud menafikan penyerupaan Allah dengan makhluk dan tidak mengabaikan ayat-ayat sifat.

    Topik Perbincangannya
    Topik perbincangan ilmu Tauhid ialah tentang Dzat Allah dan Dzat sekalian Rasul dari segi wajib , mustahil, harus atau mumkin dengan disertakan dalil-dalil kewujudan Syarie iaitu Tuhan Maha Pencipta dan dalil-dalil Sam’iyyat iaitu segala yang di dengari daripada Nabi s.a.w tentang I’tiqadnya .

    Persoalan-persoalan Tauhid
    Persoalan-persoalan yang dibincangkan dalam Tauhid merangkumi 3 perkara :

    Ilahiyyaat  yakni perbahasan tentang ketuhanann yang berkaitan dengannya daripada sifat-sfat yang wajib mustahil dan harus
    Nubuwwaat yakni perbahasan tentang kenabian dan yang berkaitan dengannya daripada sifat-sifat yang wajib mustahil dan harus
    Sam’iyyaat yakni perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui melalui nas (naqli) semata-mata dan tiada ruang bagi aqal untuk mengetahuinya seperti perkara-perkara Kebangkitan selepas mati Mahsyar Syurga Neraka dsbnya.

    Mudah-mudahan

    Allahumma Amin ya Lathiff
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #37 09 June, 2010, 02:02:04 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya..

    Ilmu tauhid itu sendiri adalah  satu ilmu yg diatas IzinNya dan RahmatNya,.. seseoang dpt menetapkan aqidah-aqidah  agama yg diperoleh dari dalil-dalilnya ( aqliyyah dan naqliyyah ) yang meyakinkan..

    Syukran buat sahabat saudara yg sudi berkongsi ilmu yg semulia-mulia ilmu kerana keadaannya yg berhubung dgn Dzat Allah, para Rasulnya serta apa-apa yg mengikutinya...

    Mempelajari ilmu Tauhid ini adalah pokok pangkal segala ilmu agama, selainnya adalah sebagai cabangnya..

    Ada beberapa dasar yg telah dinazamkan oleh sebahagian para Ulama'..seperti yg diterangkan oleh saudara serta sahabat kita sebelum ini...tidak dinafikan ada sesetengah org akan merasa bosan, sulit dan menyukarkan untuk memahaminya dan perlu masa yg lama, mesti bertekun sungguh-sungguh..dan ada pula yg begitu asyik dalam mempelajarinya, mencari serta mengkajiNya..

    Keadaan pengajian tersebut berperingkat dari syariatnya, hakikatnya, tarikatnya dan seterus ke makrifatnya...

    Menurut Imam Nawawi, perkara-perkara agama itu terdiri; Membenarkan qasad, memenuhi janji dan meninggalkan larangan serta sahihnya i'tikad..

    Bagi yg mendalami segi haqiqatnya pula, itu diumpamakan sebuah pohon yg bercabang tiga..Tauhid ( pengesaan / pengakuan ), Tajrid ( pengosongan diri sehinggakan terbitnya rasa keikhlasan ) dan Tafrid ( penyendirian ertinya memutuskan segala perhubungan diri dlm segala hal ehwal selain kpd Allah semata..dan ada beberapa jalan diantaranya..

    - Sentiasa bimbang dan takut dzahir dan bathin..
    - Mematuhi segala perintahNya serta meninggal segala laranganNya..
    - Menuju dan utamakan Allah terlebih dahulu dgn membelakangi segala urusan yg lain..
    -Peri pentingnya ialah mengawas diri dlm menghadapi segala onak lintasan dlm hati..datangnya semua arah dan detik hidup...

    FirmanNya " Dan tiadalah Aku mencipta jin dan manusia itu melainkan untuk menyembahKu " Adz Dzariyat: 56..

    Mudahan mendapat PertunjukNya dan HidayahNya..InsyAllah, wallahu'alam...
     

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Reply #38 20 June, 2010, 10:13:24 AM
  • Publish
  • agak nya bila dah sampai ke makam makrifat cukup tinggi dah kut yop, yang hang pandai sebut, adz dzariyat -56 , hang nak boh tang mana pulak

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #39 20 June, 2010, 10:56:47 AM
  • Publish
  • :senyum:....tampal kat dahi ler yop.....

    tempat makrifat hamba ni paling tinggi pun ialah di dahi nye.....sujud lah akan dia kepada Tuhan nya dengan menyerah diri.....

    pulangkan yang haq.....jauhkan yang batil.....

    gitu la lebih kureng maksud ayat tu.....

    ceria*
    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2329 Views
    Last post 06 January, 2010, 12:51:55 PM
    by imamah84
    0 Replies
    943 Views
    Last post 24 September, 2010, 11:04:39 PM
    by LAN
    2 Replies
    3458 Views
    Last post 12 January, 2013, 12:30:42 AM
    by Fakir Billah