Hukum yang berkaitan Isu-isu Kontemporari

Author Topic: Hukum yang berkaitan Isu-isu Kontemporari  (Read 25700 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #20 27 September, 2009, 08:24:41 AM
Isu-isu Umum  »

Insurans Am


Keputusan

Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.Manakala persidangan ke-16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut;

Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

a. Mengandungi gharar (ketidaktentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.



Sumber    Majlis Fatwa Kebangsaan
Lokasi    http://www.islam.gov.my
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #21 27 September, 2009, 10:34:18 AM
Isu-isu Umum  »  Lain-Lain

Penyembelihan Ayam Dengan Pelalian Water Stunner

Penggunaan pelalian 'Water Stunner'dalam proses penyembelihan ayam adalah harus.


   
Sumber    Majlis Fatwa Kebangsaan
Lokasi    http://www.islam.gov.my/portal/

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #22 27 September, 2009, 10:35:43 AM
Isu-isu Umum  »  Lain-Lain

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya


Keputusan :

i. Menderma darah hukumnya harus.

ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.

iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.





Sumber    Majlis Fatwa Kebangsaan
Lokasi    http://www.kuim.edu.my/

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #23 27 September, 2009, 10:40:49 AM
Isu-isu Umum  »  Lain-Lain

Penggunaan Bulu Babi

Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram.Sekiranya tidak pasti sarna ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan.



Sumber    Majlis Fatwa Kebangsaan
Lokasi    http://www.islam.gov.my/portal/

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #24 27 September, 2009, 10:42:46 AM
Isu-isu Umum  »  Lain-Lain

Penggunaan Electrical Stunning Dalam Penyembelihan Lembu


Penggunaan Electrical Stunning Dalam Penyembelihan Lembu adalah harus.


Sumber    Majlis Fatwa Kebangsaan
Lokasi    http://www.islam.gov.my/portal/

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #25 27 September, 2009, 10:44:28 AM
Isu-isu Umum  »  Bio-Tekonologi

Penggunaan Hormon FSH-P (Otak Babi) Dalam Pembiakan Ternakan

Jawapan

1. Hormon FSH-P (Otak Babi) iaitu bahan penggalak yang diperolehi daripada otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa juga bentuk sekalipun sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman ini berasaskan kepada syubhah dan saddudhara'i.

2. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada FSH-P (Otak Babi) adalah diharamkan daripada dimakan daging dan susunya.

3. Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negeri hendaklah berhenti serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon FSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.



Sumber    Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
Lokasi    http://www.kuim.edu.my/

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #26 27 September, 2009, 10:46:56 AM
Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Fatwa Mengenai Pendermaan Organ

Isu :
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat pemberitahuan ynag berikut :

1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa mengenai Pendermaan Organ), 1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997.

2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak :


Fatwa :

'Bahawa pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan (d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli'




Sumber    Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #27 27 September, 2009, 10:48:28 AM
Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Hukum Bunuh Ke Atas Pelaku Kesalahan Berkaitan Dengan Senjata Api

Hukuman mati atau gantung atau penjara seumur hidup dalam undang-undang berkaitan dengan kesalahan penggunaan senjata api yang terpakai dinegara ini sekarang tidak bercanggah dengan Islam. Hukuman ini sesuai dengan kaedah dalam Islam . Ianya diadakan untuk tujuan menghalang keburukan atau kerosakan yang akan berlaku.




Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=29

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #28 27 September, 2009, 10:50:13 AM
Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Post-mortem Mayat

Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.



   
Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=43

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #29 27 September, 2009, 11:14:52 AM
Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Pemisahan Rawatan "Brain Death"

Memisahkan rawatan antara pesakit-pesakit yang telah kematian otak atau 'brain death' dengan pesakit-pesakit yang masih mempunyai peluang untuk dipulih di Unit Rawatan Rapi adalah tidak bercanggah dengan Islam.



Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=47

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #30 27 September, 2009, 11:16:21 AM
Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Pelalian Rubela (imunisasi Rubela)

Vaksin Rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubela.


   
Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=49

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #31 27 September, 2009, 11:17:41 AM
  Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Penggunaan Ubat Penyakit Jantung Bagi Pesakit-pesakit Yang Sedang Berpuasa


Ubat yang digunakan untuk merawat pesakit jantung yang sedang berpuasa tanpa dimasukkan melalui rongga anggota, tidak membatalkan puasanya dengan syarat diyakini air liurnya tidak masuk melalui rongga.


   
Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=50

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #32 27 September, 2009, 11:19:20 AM
 Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Imunisasi Hepatitis B

Vaksin untuk Imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci.




Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=54

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #33 27 September, 2009, 11:21:40 AM
    Isu-isu Umum  »  Bio-Tekonologi

Bioteknologi Dalam Makanan & Minuman bersumberkan DNA babi


a. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram

b. Penggunaan bio-teknologi DNA babi dalam pemerosesan barangan, makanan dan minuman belum lagi sampai ketahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain.

c. Ijtihad ini adalah berpegang kepada kaedah usul fiqh seperti berikut :

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
   
Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=72

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #34 27 September, 2009, 11:23:07 AM
  Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Mengawet Mayat

Mengawet mayat atas sebab-sebab yang mendesak hukumnya adalah harus.



   
Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=130

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #35 27 September, 2009, 11:25:01 AM
  Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Penggunaan Alat Direct Current Shock

Penggunaan alat 'Direct Current Shock' dalam bidang perubatan merupakan pertolongan segera bagi memulihkan denyutan jantung manusia sebagai ikhtiar terakhir menyelamatkan nyawa adalah satu cara pertolongan cemas yang diharuskan oleh syarak, dan tidaklah menyalahi syarak bagi mereka yang melakukannya.


Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=51

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #36 27 September, 2009, 11:27:05 AM
 Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap Penyakit Thalassaemia


a) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.

b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

c) Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk .



Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=135

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #37 27 September, 2009, 11:30:01 AM
  Isu-isu Umum  »  Sains Kesihatan

Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio


Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak.



Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=48

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #38 27 September, 2009, 11:37:53 AM

Matlamat
Menjadi tempat pengumpulan dan penyelidikan hukum yang dinamik dan berwibawa

Tugas

Berusaha mendidik dan memberi kefahaman yang benar dan tepat kepada masyarakat tentang hukum-hakam dan persoalan-persoalan berkaitan dengannya melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.








Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #39 28 September, 2009, 08:16:35 AM

Kategori : Perubatan   
Tajuk : Bank Air Mani

Keputusan


i. Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam.

ii. Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.

iii.Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam.

iv. Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram.

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali pertama bersidang 
Tarikh Keputusan : 8 Januari 1981 
Tarikh Muzakarah : 8 Januari 1981 hingga 19 Januari 1981

divider3
halaqahforum4