Forum > Kesihatan

Perkembangan pranatal manusia

<< < (6/7) > >>

Ummi Munaliza:

Minggu ke 7


Hari ke 44 - 48


Hari ke 48 - 51

Ummi Munaliza:
Minggu ke 8


Hari 51 - 53

Hari ke 53 - 54

Hari ke 54 - 56

Hari ke 56 - 60

Ummi Munaliza:

Struktur dan Fungsi Plasenta
Fetus yang sedang membesar di dalam uterus ibu mempunyai dua keperluan yang sangat penting dan harus dipenuhi, iaitu bekalan oksigen dan nutrien serta penyingkiran bahan kumuh yang dihasilkan oleh sel-selnya. Jika keperluan ini tidak dapat dipenuhi, fetus akan menghadapi masalah dan mungkin maut. Apakah strategi yang digunakan untuk mengatasi masalah ini? Struktur yang bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan fetus ialah plasenta. Plasenta yang terdiri daripada tisu fetus dan tisu ibu terbentuk dengan
lengkapnya pada hujung minggu yang ke-12 kehamilan. Mari kita mengkaji struktur plasenta. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan dan struktur sebahagian daripada plasenta.


Banyak unjuran seperti "Jari" atau vilus tumbuh dari membran yang menyelaputi fetus dan menembusi dinding uterus, iaitu endometrium. Endometrium pada uterus adalah kaya dengan aliran darah ibu. Di dalarn vilus terdapat jaringan kapilari darah fetus. Darah yang dibawa ke fetus melalui vena tali pusat mengandungi oksigen dan nutrien. Darah yang dibawa dari fetus ke vilus melalui arteri tali pusat pula mengandungi bahan kumuh seperti karbon dioksida dan urea. Bahan kumuh ini harus disingkirkan. Bagaimanakah darah fetus yang terpisah daripada darah ibu menclapat bekalan oksigen dan nutrien serta menyingkirkan bahan kumuh yang terkandung di dalamnya?

Di sekeliling vilus terdapat ruang yang berisi darah ibu. Darah ibu yang sampai ke plasenta melalui arteri mengandungi nutrien dan oksigen. Walaupun darah ibu dan darah fetus dalam vilus adalah begitu rapat, tetapi kedua-dua darah tidak bercampur kerana dipisahkan oleh suatu membran. Oksigen, air, glukosa, asid amino,lipid, garam mineral, vitamin, hormon, dan antibodi dari darah ibu perlu merentas membran ini dan memasuki kapilari darah fetus yang terdapat dalam vilus. Darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien ini dibawa melalui vena yang terdapat di dalam tali pusat ke fetus. Sebaliknya, darah yang sampai ke vilus dari fetus melalui arteri dalam tali pusat mengandungi bahan kumuh seperti karbon dioksida dan urea, Bahan kumuh ini akan meresap merentas membran dan memasuki darah ibu yang terdapat di sekeliling vilus. Pertukaran oksigen, nutrien, dan bahan kumuh lazimnya berlaku melalui proses resapan. Dengan cara ini, keperluan bayi dapat dipenuhi.

Selain oksigen dan nutrien, antibodi dari darah ibu juga meresap ke dalarn darah fetus melalui plasenta. Antibodi ini melindungi fetus dan bayi yang dilahirkan daripada jangkitan penyakit. Anda sudah mempelajari tentang keimunan. Beginilah caranya bayi memperoleh keimunan pasif semula jadt. Selain membenarkan pertukaran bahan di antara ibu dengan fetus, plasenta juga berfungsi sebagai kelenjar endokrin yang merembeskan hormon progesteron dan estrogen, Kedua-dua hormon ini berperanan mengekalkan endometrium semasa tempoh kehamilan.

Anda sudah mengetahui bahawa darah ibu tidak bercampur dengan darah fetus. Adakah ini satu strategi yang berguna? Kumpulan darah ibu tidak semestinya sama dengan kumpulan darah fetus. Jika kumpulan darah fetus berlainan daripada kumpulan darah ibu, ini akan mengakibatkan pengaglutinatan atau penggumpalan darah . Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah kepada fetus dan ibu. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana darah ibu terpisah daripada darah fetus. Jika tidak, keupayaan untuk manusia membiak dan menambahkan zuriat manusia akan tergugat.

Ummi Munaliza:

Proses Persenyawaan dan Perkembangan Zigot
Air mani yang dimasukkan ke dalam faraj semasa perhubungan seks antara suami isteri mengandungi kira-kira 300 hingga 400 juta sperma. Daripada bilangan sperma yang begitu banyak, hanya 50 hingga 100 sperma berjaya sampai berdekatan dengan oosit sekunder di dalam tiub Fallopio.

Anda telah mengetahui bahawa oosit sekunder di dalam tiub Fallopio berada pada peringkat metafasa II. Ini bermakna proses meiosis Il belum lengkap. Sebaik sahaja satu sperma menembusi oosit sekunder, meiosis II akan berlaku dengan sempurna dan satu ovum dihasilkan. Persenyawaan berlaku antara nukleus sperma dengan nukleus ovum untuk membentuk zigot di dalam tiub Fallopio. Perubahan berlaku pada membran ovum yang sudah disenyawakan dan membran ini menghalang kemasukan sperma yang lain.


Hasil daripada persenyawaan, ovum dan sperma yang haploid bersatu membentuk zigot yang diploid. Maka, separuh daripada bilangan kromosom yang terdapat di dalam zigot berasal daripada ibu dan separuh lagi daripada bapa. Zigot akan mengalami mitosis secara berterusan untuk membentuk embrio sambil bergerak ke uterus melalui tiub Fallopio. Embrio yang sampai ke uterus dikenal sebagai morula . Morula merupakan bebola sel yang padat. Walaupun morula terdiri daripada banyak sel tetapi saiz morula adalah sama dengan saiz zigot. Morula akan mengalami mitosis dan menjadi blastosista. Blastosista merupakan struktur berbentuk bebola yang berongga di tengahnya dan terdiri daripada kira-kira 100 sel. Rongga ini berisi cecair. Blastosista akan menempel pada endometrium. Proses ini dikenal sebagaipenempelan. Penempelan blastosista mula berlaku antara hari kelima hingga hari kelapan selepas persenyawaan. Rajah di atas menunjukkan peringkat perkembangan zigot hingga peringkat blastosista dan penempelan.

Selepas itu, sel-sel pada blastosista akan mengalami pembezaan, pertumbuhan, dan perkembangan yang cepat untuk menjadi fetus. Fetus akan terus membesar di dalam uterus ibu. Jangka masa antara proses persenyawaan sehingga kelahiran bayi ialah 38 minggu.

Ummi Munaliza:

Pembentukan anak kembar
Biasanya seseorang wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan, Namun, kadang-kadang anak kembar dilahirkan. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Marl kita mengkaji bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.

Anak kembar seiras

Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus ibu. Setiap fetus yang bertumbuh di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta. Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.


Anak kembar tak seiras

Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak initidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.


Anak kembar siam

Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahaglan kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenal sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak, atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk mengasingkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi. Bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda dan adik-beradik anda dilahirkan dengan sempurna tanpa kecacatan.

Setelah mempelajari serba sedikit tentang pembentukan tiga jenis anak kembar, dapatkah anda membuat perbandingan antara anak kembar seiras dengan anak kembar tak seoiras? Rajah di atas menunjukkan persamaan dan perbezaan kedua-dua jenis anak kembar ini

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version