0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
bagus tulisan ini, teringat kembali kelas biologi yang dihadiri waktu muda-muda dulu..Penyakit yang berkaitan dengan sistem pembiakan wanita macamane pula?boleh saya tahu sumber tulisan ni ummi?
Kepentingan Proses GametogenesisGametogenesis merupakan proses pembentukan sel-sel gamet di dalam organ pembiakan lelaki dan wanita. Gametogenesis merangkumi spermatogenesis yang berlaku di dalam testis dan oogenesis yang berlaku di dalam ovari.Bilangan kromosom dalam sel soma manusia ialah 46, iaitu 2n=46. Ini bermakna bilangan kromosom di dalam setiap sel soma seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing ialah 46. Jika sperma dan ovum yang dihasilkan masing-masing mengandungi 46 kromosom, maka zigot yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum tersebut akan mengandungi 92 kromosom. Ini bukan zigot amnusia. Zigot manusia mempuyai 46 kromosom. Bagaimanankah masalah ini diatasi? Kita bersyukur kepada Tuhan kerana telah mewujudkan gametogenesis yang melibatkan proses meiosis. Ini bermakna sperma dan ovum yang dihasilkan mengandungi 23 kromosom. Dengan demikain, zigat yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum akan mengandungi 46 kromosom. Inilah zigot manusia!
Dimulakan Oleh Ummi Munaliza Kesihatan
Dimulakan Oleh reformasi Hebahan