Hukum Memaki Orang

Author Topic: Hukum Memaki Orang  (Read 4770 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • Posts: 4596
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
26 September, 2009, 10:28:52 AM
  • Publish Di FB
  • Salam Ustaz..

    Apakah hukum memaki org (kate org bodoh) & sebagainya..?
    sebab Ustaz Badrul Amin tgh dihentam oleh puak2 wahabi sebab beliau secara terang2 mengkritik Mufti perlis Dr. Asri wahabi..

    tolong huraikan sket ustaz...

    Jawapan:
    Tak harus kata setan atau cerdiknya kepada seseorang atas jalan khusus tetapi tidak salah jika ditujukan kepada umum seperti dikatakan orang2 yang tidak mahu mengikut ulamak adalah orang yg cerdiknya.

    Tak hairan kalau puak wahabi membodohkan ustaz Badrul Amin sebab ulamak yang muktabar pun dihina olih puak2 wahabi seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali dirtuduh olih puak wahabi sebagai syaitan.

    Jadi jauhilah dari golongan taksub ini dan jangan terpedaya dengan hujah2 mereka yg nampak mcm benar kerana ulamak2 yg muktabar telah mengarang puluhan kitab yang mengatakan wahabi ini adalah golongan yg sesat.

    Apalah sangat seorang mantan mufti negeri kalau nak dibandingkan dengan imam2 yg muktabar.

    Takkan kita berani nak kata mufti negeri atau bekas mufti tu lebih alim dari imam Syafie..
    Tak ke gila namanya tu.

    Telah terbukti ustaz2 wahabi ni kejernya cari kesenagan dunia dan pangkat.
    Masa belum jadi mufti pakai serban dan jubah dan cakap sentiasa nak ikut sunnah tapi bila jadi mufti dan dapat keluar dalam tv dah buang jubah serban digantikan dengan baju kot dan tali leher serta songkok.

    Rujukan: http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=1835

    Jadi ikutlah ulamak yg istiqamah atas rupa sunnah.
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #1 26 September, 2009, 03:15:42 PM
  • Publish Di FB
  • Jadi ikutlah ulamak yg istiqamah atas rupa sunnah. >>> setuju lah yg tu

    di ingatkan yang politik pilihanraya demokrasi tu pun bukan sunnah, kena tinggalkan ke, atau kita cari kot kot boleh kita qiaskan kepada sunnah? :sedihnya:

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #2 26 September, 2009, 04:07:20 PM
  • Publish Di FB
  • Jadi ikutlah ulamak yg istiqamah atas rupa sunnah. >>> setuju lah yg tu

    di ingatkan yang politik pilihanraya demokrasi tu pun bukan sunnah, kena tinggalkan ke, atau kita cari kot kot boleh kita qiaskan kepada sunnah? :sedihnya:


    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8247.0

    Pyrrhic victory

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Jawab #3 02 November, 2009, 05:20:41 PM
  • Publish Di FB
  • assidiq ni...ko xblh tuduh sebarang ustaz Asri tu wahabi..dia pun x mengaku,memang la apalah sgt nak dbanding kan ustaz asri dgn ulamak muktabar.. tp pendapat pun x 100% betul..malah ulamak muktabar pun suruh tinggl pendapat dia kalau jumpa pendpt yg drskn lebih betul..yg tuduh dia cr kesenangn dunia tu mana kita tahu ..tu antara dia dgn Allah

    sayer

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Jawab #4 02 November, 2009, 05:27:39 PM
  • Publish Di FB
  • ulamak muktabar tu maksudnyer ape ye???
    kita hanya mampu menyayangi,,bukan memiliki....

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #5 02 November, 2009, 06:36:08 PM
  • Publish Di FB
  • assidiq ni...ko xblh tuduh sebarang ustaz Asri tu wahabi..dia pun x mengaku,memang la apalah sgt nak dbanding kan ustaz asri dgn ulamak muktabar.. tp pendapat pun x 100% betul..malah ulamak muktabar pun suruh tinggl pendapat dia kalau jumpa pendpt yg drskn lebih betul..yg tuduh dia cr kesenangn dunia tu mana kita tahu ..tu antara dia dgn Allah

    Ya, Ustaz Asri memang bukan Wahhabi, tetapi ciri-ciri wahhabi itu ada padanya. Pendapat ulamak muktabar disuruh tinggal itu bagi mereka yang mampu mentarjih. Dan itu pun bukan bermakna pendapat ulamak muktabar itu salah. Kerana yang kata salah tuh atas pengkajian si pengkaji itu sendiri. Ada juga ia akan disebut sebagai yang paling rajih.

    Jadi ustaz asri pun tak maksum juga, jangan suka hina ulamak, jangan suka menuduh tanpa bukti pada mufti-mufti lain. Memang itu antara dia dengan Allah. Tapi perkara dengan manusia pun tak lepas juga selagi manusia itu tidak memaafkannya (jika beliau ada menyakitkan hati sesama Islam dan ulamak Islam).

    Ingatan untuk diri saya juga.

    Jawab #6 02 January, 2010, 12:25:43 PM
  • Publish Di FB
  • assidiq ni...ko xblh tuduh sebarang ustaz Asri tu wahabi..dia pun x mengaku,memang la apalah sgt nak dbanding kan ustaz asri dgn ulamak muktabar.. tp pendapat pun x 100% betul..malah ulamak muktabar pun suruh tinggl pendapat dia kalau jumpa pendpt yg drskn lebih betul..yg tuduh dia cr kesenangn dunia tu mana kita tahu ..tu antara dia dgn Allah

    Ya, Ustaz Asri memang bukan Wahhabi, tetapi ciri-ciri wahhabi itu ada padanya. Pendapat ulamak muktabar disuruh tinggal itu bagi mereka yang mampu mentarjih. Dan itu pun bukan bermakna pendapat ulamak muktabar itu salah. Kerana yang kata salah tuh atas pengkajian si pengkaji itu sendiri. Ada juga ia akan disebut sebagai yang paling rajih.

    Jadi ustaz asri pun tak maksum juga, jangan suka hina ulamak, jangan suka menuduh tanpa bukti pada mufti-mufti lain. Memang itu antara dia dengan Allah. Tapi perkara dengan manusia pun tak lepas juga selagi manusia itu tidak memaafkannya (jika beliau ada menyakitkan hati sesama Islam dan ulamak Islam).

    Ingatan untuk diri saya juga.


    Ulama' muktabar ialah alim ulama' besar contohnya seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafei, Imam Malik dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal yang mengasaskan mazhab Hanafi, Maliki, Syafei dan Hanbali di dalam bidang feqah dan usul feqh. Contohnya Imam Ibnu Kathir di dalam bidang penafsiran al-Quran. Begitu juga Imam Bukhari, Mulim, Ibnu Majah yang mempelopori bidang Hadith begitu juga Imam al Maturidi dan Al-Asyai'rah di dalam bidang tauhid atau dikenali sebagai ilmu kalam. Semuanya termasuk di dalam kelompok ulama ahli sunnah wal Jamaah.

    badryl3

    • *
    • Posts: 299
      • View Profile
    Jawab #7 02 January, 2010, 12:28:35 PM
  • Publish Di FB
  • saya no komen...sorang tu nak buat dia buat selagi tak keluar landasan.

    ummulqurra

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Jawab #8 02 January, 2010, 12:34:57 PM
  • Publish Di FB
  • ulamak muktabar tu maksudnyer ape ye???

    Ulama berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud orang yang berilmu. Manakala muktabar juga berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud 'yang besar'. Maknanya Ulama Muktabar bolehlah disamaertikan dengan 'ulama besar'. Wallahua'lam.

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 627
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Jawab #9 02 January, 2010, 12:37:52 PM
  • Publish Di FB
  • Bagaimana kalau kita memaki hamun kawan-kawan jika ada yang terbuat salah dengan kita dgn perkataan bodoh, sial, babi dll.... apa hukumnya?
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    elzuddin

    • *
    • Posts: 579
    • dunia ini bagai melepaskan ikan di air..??
      • View Profile
    Jawab #10 02 January, 2010, 12:58:56 PM
  • Publish Di FB
  • Bagaimana kalau kita memaki hamun kawan-kawan jika ada yang terbuat salah dengan kita dgn perkataan bodoh, sial, babi dll.... apa hukumnya?

    Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak sekali-kali hendak menghina manusia didataran Mashyar dengan sejuta kesengsaraan, kecuali apabila manusia melupakan kemuliaan yg dikurniakan oleh Allah semasa hidup didunia dahulu, Tuhan juga tidak berhasrat untuk melepaskan kemarahan-Nya seperti yg berlaku dihari Mashyar, kecuali apabila manusia melupakan kasih sayang–Nya semasa didunia dahulu.

    Allah Ta’ala memperjelaskan tentang kemuliaan yang telah dikurniakan kepada anak-anak Adam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Isra ayat 70:..yang bermaksud…

    “Dan sesungguhnya telah kami muliakan anank-anak (keturunan) Adam, Kami angkut mereka didataran dan lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.

    Dijelaskan juga sifat kasih sayang Allah dengan firman-Nya didalam hadith qudsi yang berbunyi:..yang bermaksud…. “Bahawa kasih sayang-Ku mengatasi kemarahan-Ku”.

    Telah terbukti kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya iaitu Allah SWT memberikan ganjaran pahala sepuluh ganda (malah ada yg seratus kali ganda dan juga hingga tujuh ratus kali ganda) bagi satu kebajikan yg dilakukan oleh seorang mukmin, sebaliknya Allah SWT hanya memberikan satu dosa kepada satu kejahatan yg dilakukan oleh seseorang itu. Ini bererti jika jumlah kebaikan dan kejahatan yg dilakukan itu sama, namun jumlah ganjaran pahala tetap mengatasi jumlah dosa.

    Firman Allah SWT didalam surah al-Baqarah ayat 261….yang bermaksud…..

    “Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dgn sebutir benih yg menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ; terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yg dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

    Tuhan sengaja menggandakan setiap kebaikan yg dilakukan oleh manusia sehingga tujuh ratus kali ganda semata-mata kerana Tuhan mengkehendaki agar manusia merasai betapa kasih sayang–Nya tetap mendahului kemarahan-Nya, bagi memberi peluang agar manusia tidak menghadapi kesengsaraan di hari Mashyar.

    Lantaran itu Allah SWT meminimakan dosa manusia bagi satu kesalahan hanya berbalas satu dosa (kecuali dosa syiri’), inilah bukti bahawa Allah SWT telah menyediakan formula yg terbaik, supaya manusia akan sentiasa berat timbangan amal kebajikannya, agar terhindar dari kemurkaan Allah di akhirat kelak.

    Apabila dimashyar didapati manusia timbangan dosanya lebih berat dari pahala, terbukti bahawa mereka telah mensia-siakan anugerah kasih sayang Allah yg tidak terhingga itu. Di mashyar manusia tidak boleh menyalahkan orang lain, sebaliknya mereka terpaksa menyalahkan diri sendiri atas kecuaian itu. Firman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 22; yang bermaksud………..

    “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang membersihkan diri”.

    Manusia meskipun telah dikurniakan akal, namun keupayaan akal yg terbatas tidak mampu menyingkap dengan mendalam rahsia ketuhanan. Oleh yang demikian, Tuhan dengan rahmat-Nya telah menghantar para rasul yang membawa syariat Allah berteraskan aqidah tauhid, bagi menyelamatkan manusia dari terjerumus ke lembah syiri’ dan bertuhankan nafsu.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 119;..yang bermaksud………

    “Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan…….

    Dalam susunan ayat itu Allah menyatakan berita gembira terlebih dahulu,kemudiannya barulah peringatan yg menggerunkan. Ini bererti bahawa Allah mengkehendaki manusia merasa bahagia dengan kehadiran Rasulullah s.a.w yg membawa ajaran yg menyelamatkan manusia, tetapi sekiranya manusia tidak acuh terhadap Utusan Allah, sudah pasti dia akan melakukan perkara-perkara yg membawa kepada dosa. Oleh yang demikian, kehadiran Utusan Allah itu pasti akan memberikan peringatan atau khabar yang menakutkan, bahawa yang setimpal akan dirasai oleh golongan ingkar ini.

    Allah SWT memuliakan manusia dengan mengutus nabi dan para rasul yang ditugaskan membawa ajaran kebenaran, kerana akal semata-mata tidak menjadikan manusia mulia tanpa bimbingan wahyu. Dengan itu manusia dianjurkan agar beriman dan mengikuti ajaran yang benar itu., supaya manusia dapat mengekalkan kemuliaan hingga ke akhirat, untuk menikmati balasan gembira dengan penuh kebahagiaan di dalam syurga, dan terlepas dari menerima kehinaan dengan menerima azab neraka di akhirat kelak seperti yang dikehendaki oleh para rasul itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud….

    “Demi diriku yg berada didalam genggaman-Nya sesungguhnya di akhirat kelak Allah SWT akan menemui setiap orang dan bertanya kepada mereka ; Bukankah Aku telah memuliakan kamu? Dan Aku telah mengurniakan pasangan hidup kamu? Dan telah Aku kerahkan semua benda, tumbuh-tumbuhan dan binatang untuk menjadi kemudahan kamu? Kemudian manusia ketika itu berkata ;Bahkan sesungguhnya aku mengaku wahai Tuhan .Kemudian Tuhan bertanya lagi; Adakah kamu pernah terfikir bahawa kamu akan bertemu Aku dihari Mashyar ini? Dan manusia mengaku ;Tidak wahai Tuhan ,sesungguhnya aku tidak pernah berfikir untuk bertemu Engkau.Kemudian Tuhan berfirman ; “Pada hari ini Aku akan melupakan kamu sebagaimana kamu melupakan Aku dahulu”

    Hadith tersebut membayangkan bahawa Allah SWT telah menyediakan segala keperluan yg secukupnya untuk menjadikan manusia mampu menjaga taraf kemuliaan, justeru itu manusia ditanya semula oleh Allah;Tidakkah kamu telah dimuliakan ? Justeru manusia tidak dapat menafikan soalan tersebut, lantas mereka mengakuinya.Kerana para rasul telah dihantar kepada mereka untuk mengajar mereka tentang perkara yang mereka tidak ketahui.

    Malah Allah SWT telah mengangkat dikalangan manusia para pemimpin dan para pembesar kau bagi menjaga kepentingan mereka didunia, manusia tidak dibiarkan tanpa pemimpin seperti anak-anak ayam kehilangan ibunya. Manusia tidak pernah dilupakan oleh Pencipta-Nya, tetapi mereka telah melupakan segala anugerah Allah yang amat berharga itu.

    Tuhan menjadikan planet bumi suatu tempat yg paling nyaman bagi kehidupan manusia, dilengkapi dengan matahari sebagai pelita alam serta udara segar, dan juga bulan bintang untuk pedoman dan perhitungan hari. Ditambah pula dengan kekayaan hasil galian, seperti minyak, uranium, emas, besi, bijih timah, intan berlian, dan sebagainya. Kesemuanya merupakan bahan penting untuk survival hidup manusia, bagi menghasilkan bahan-bahan ciptaan melalui penciptaan peralatan canggih untuk kepentingan hidup.

    Selain itu bumi merupakan tanah subur untuk pertanian, binatang ternakan, dan segala macam haiwan boleh dimanfaatkan,lautan yg kaya dengan sumber makanan berkhasiat, dan juga kaya dengan kemudahan pengangkutan untuk pengagihan rezeki bagi kesenangan hidup manusia.

    Betapa pemurahnya kurniaan Allah yg meliputi keperluan rohani iaitu anugerah ilmu berasaskan wahyu yg dengannya bukan sahaja ia dapat membezakan dengan haiwan yg lain, malah dengan ilmu tersebut dapat mengangkat manusia ke tingkat yg tertinggi berbanding makhluk ciptaan Allah yg lainnya. Yang paling bernilai ialah ilmu berasaskan wahyu itu menjadi asas membina ketaqwaan yg tinggi, supaya hasilnya akan dikecapi oleh manusia didalam syurga kelak.

    Tetapi apabila anugerah Allah itu dipersia-sia oleh manusia, sehingga manusia lupa hari pertemuannya dengan Allah SWT, maka akibatnya bahawa Allah SWT akan melupakan manusia dihari Mahsyar, dan membiarkan manusia dilanda kesengsaraan yang sangat dashyat.

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 627
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Jawab #11 02 January, 2010, 01:38:56 PM
  • Publish Di FB
  • syukran ael..

    Jika dapat disimpulkan artikel tersebut menjadi mudah adalah lebih baik... sama ada ia haram atau tidak, atau ia bergantung mengikut situasi tertentu. Selalu maki hamun ini terjadi ketika kita dalam keadaan marah.

    Adakah ia tergolong berdosa besar?

    Adakah si pemaki  wajib meminta maaf?

    Bagaimana pula jika yang dimaki tidak mahu memaafkan pemaki?

    Bagaimana jika yang di maki meninggal dunia dan pemaki tak sempat untuk meminta maaf.. apakah jalan lain untuk memohon maaf?

    Bagaimanakah untuk mengelak diri untuk memaki individu lain?


    p/s : jika dapat disimpulkan ia memudahkan kita untuk memikirkan keburukan memaki hamun (adakah Allah melaknat atau membenci perbuatan ini) dan mencegah diri akhlak yang buruk ini. insyaAllah.

    cikanaISLAM

    • *
    • Posts: 171
    • Salam ta'aruf
      • View Profile
    Jawab #12 02 January, 2010, 02:10:31 PM
  • Publish Di FB
  • :)
    Bagaiman nak mengubah seseorang yang suka memaki orang?

    azlan17

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #13 22 January, 2011, 09:02:31 PM
  • Publish Di FB
  •  :)ASLM UZTAZ....APE KAH HUKUM MEMAKI ORG....(MAKI ORG BABI).......HARAP UZTAZ HURAI KAN SELENGKAPNYE....
    « Last Edit: 22 January, 2011, 09:06:49 PM by azlan17 »

    ummu_durrah

    • *
    • Posts: 47
      • View Profile
    Jawab #14 22 January, 2011, 10:59:25 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Subhanallah! Saya memang tak faham bila ada orang mengadu domba, mengapi-ngapi. Bukankah mudah saja bertanyakan "Apakah hukum orang yg mencela?". Apakah motif dikaitkan dengan orang muslim? Sampai menaikkan namanya? Motif?

    Sabda Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam:

    "Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Cukup sahaja hadith ini buat bekalan dan panduan buat diri ini:

    “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)

    Kenapa ye kita suka mengambil contoh sikap tuduh-menuduh orang kuffar? Asal seorang individu Islam berbuat silap.. habis dilabelkan Islam sebagai pengganas. Kesalahan adalah pada individu, bukan pada ISLAM!! Sedarlah!!

    Wahai kalian, saudara yg dirahmati Allah.. lupakah kalian tentang ayat ini?

    Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan- (Surah Al-Hujurat: 6)

    Sabda Nabi shallallahu 'alayhi wasallam:

    “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Riwayat al-Tirmizi, kata hadith ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)

    Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah Azza wa Jalla.

    Wallahu'alam
    « Last Edit: 22 January, 2011, 11:39:36 PM by ummu_durrah »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    7855 Views
    Last post 30 October, 2009, 05:36:51 PM
    by aqilah89
    36 Replies
    15179 Views
    Last post 28 October, 2009, 12:05:19 AM
    by Ummi Munaliza
    11 Replies
    2374 Views
    Last post 03 January, 2010, 12:23:30 AM
    by jawdan