Hukum Bacaan al-Iqlab

Author Topic: Hukum Bacaan al-Iqlab  (Read 9974 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

gurutajwid

  • *
  • Posts: 167
    • View Profile
22 September, 2009, 12:26:36 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum pembaca sekelian,

    Pada kali ini saya akan berkongsi pula dengan anda semua tentang cara bacaan hukum al-Iqlab.

    Hukum bacaan al-Iqlab juga termasuk dalam hukum nun sukun dan tanwin. Pengertian Al-Iqlab bolehlah dipecahkan kepada dua bahagian. Iaitu pengertian menurut bahasa dan juga pengertian menurut istilah. Al-Iqlab menurut bahasa ialah menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Manakala pengertiannya menurut istilah ilmu tajwid ialah menukarkan lafaz nun sukun dan tanwin kepada lafaz mim, lalu diikhfa’kan(disembunyikan) huruf mim di sisi huruf ba’ serta mengekalkan sifat dengungnya. Huruf Iqlab hanya satu sahaja iaitu ba’.

    Jadi, apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu ba’, maka ia wajib ditukarkan menjadi mim pada lafaz bacaan dan tidak pada tulisan, kemudian diikhfa’kan(disembunyikan) di sisi huruf Iqlab iaitu ba’, serta mengekalkan sifat dengungnya dengan sempurna dua harakat.

    Makna ikhfa’ mim di sini bukanlah menghilangkan keseluruhan makhraj dan sifat hurf tersebut, tetapi adalah melemahkan dan menyembunyikan makhrajnya. Cara yang betul mengikut kaedah ilmu tajwid ialah dengan cara dua bibir direnggangkan sedikit dan menyempurnakan sifat dengungnya dua harakat.

    Penting untuk saya jelaskan di sini tentang kesalahan bacaan Iqlab yang tidak tepat sepertimana yang dikehendaki mengikut hukum tajwid. Kebanyakan cara bacaan yang selalu digunakan ialah dengan merapatkan terus dua bibir.Cara bacaan sebegini tidak tepat kerana bacaan ini adalah untuk hukum Idgham Mislain Soghir.

    Apabila anda membaca al-Quran Resam Uthmani, tanda yang digunakan untuk menunjukkan hukum bacaan tersebut Al-Iqlab ialah dengan diletakkan huruf mim kecil di atas huruf nun sukun. Manakala untuk tanda bacaan tanwin huruf mim kecil diletakkan sebagai pengganti baris yang kedua bagi tanda baris dua.Sila lihat contoh di bawah:

    أَبَدَۢا بِمَا    أَلِيمُۢ بِمَا      كَافِرِۭ بِهِۦ

    Contoh-contoh di atas ialah untuk contoh tanwin.Semua yang saya tandakan dengan warna merah itu adalah contoh Iqlab.Anda dapat lihat terdapat huruf mim kecil di situ untuk menggantikan baris kedua.Sekarang anda lihat pula untuk contoh nun sukun pula.

    مِنۢ بَعۡدِ                أَنۢبِـُٔونِى


    Anda lihat pada huruf yang bertanda merah yang merupakan hukum bacaan Iqlab. Anda dapat lihat bahawa di atas huruf nun diletakkan huruf mim kecil yang menunjukkan tanda bagi bacaan iqlab. Untuk mendengar cara bacaannya sila lihat video di bawah. Semoga bermanfaat.

    Bagaimana Membaca Hukum Al-Iqlab
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    41 Replies
    9679 Views
    Last post 26 October, 2011, 04:06:05 AM
    by Munzir khan
    0 Replies
    10597 Views
    Last post 06 September, 2009, 03:46:50 PM
    by gurutajwid
    14 Replies
    4623 Views
    Last post 21 January, 2011, 02:32:07 AM
    by IbnuNafis