Keliru antara Mani dan Mazi

*

Author Topic: Keliru antara Mani dan Mazi  (Read 110770 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #60 12 August, 2011, 10:16:12 AM
  • Publish
  • jika berhadas besar, tak mandi wajib, tak sahlah segala ibadah yang mengadakan syarat, antaranya, suci

    haruslah, segera mandi wajib, dan bertaubat

    masa Jahil, minta ampunan Allah, waktu sedar ni

    inshallah

    maknaya perlu bertaubat dan tidak mengulaingi apa yg d lakukan?
    tp dlm situasi ini, si pengirim masih tidak jelas akan hukumnya.

    apakah di ketegorikan pemasalahan beliau?

    diharap al_ahibbatu dpt menbantu memperjelaskan

    Reply #61 12 August, 2011, 10:22:23 AM
  • Publish
  • was was tu pesona syaitan

    jika tak yakin berhadas besar
    niat mandi wajib, tak ada masalah

    niatlah nak sucikan hadas besar, zahir dn bathin

    elakkan dari, tak sedar, berada dalam hadas besar

    inshallah ya

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #62 12 August, 2011, 10:47:40 AM
  • Publish
  • assalamualaikum. minta izin bertanya: saya pernah menggeselkan kemaluan pada bantal sehingga mendpat kepuasan. setelah itu keluar sesuatu dari kemaluan dan saya berasa puas dan kepenatan. saya sgt menyesali perbuatan tersebut dan bertekad untuk bertaubat dan tidak melakukannya lagi. :'( persoalan yang bermain difikiran sekarang ialah saya menganggap cecair yang keluar tersebut hanyalah air mazi memandangkan ianya jernih seperti air mazi, tetapi melihat kepda post2 di atas, ustazah mngatakan bhawa air mani keluar berserta perasaan puas dan keletihan. saya keliru, adakah itu air mazi ataupun mani? saya tidak mandi wajib kerana yakin ianya cuma air mazi. tolonglah sy menjawab persoalan ini. jika ia adalah air mani, bagaimana dengan ibadah sy selama tidak mandi wajib? saya betul2 tidak tahu...:(

    Untuk makluman semua, seseorang perempuan sebenarnya sukar untuk mengeluarkan air mani. Air mani mempunyai bau seakan-akan bau pucuk sayur muda(mahong) .  Sedangkan air mazi licin, jernih dan tidak ada bau. Bila terangsang,yang selalu keluar adalah air mazi. Tidak rasa letih dan tidak ada kepuasan.Tetapi, bila air mani keluar,faraj selalunya terasa berdenyut-denyut seakan -akan kembang kemut dan terasa nikmat (sedap). Jadi untuk bezakan, sentuhlah cecair yang keluar,lihat warna ,dan cium baunya. Hanya diri sendiri sahaja yang boleh menentukan samada yang keluar itu mani  atau mazi.

    Untuk ibadah yang lalu,sekirannya yang keluar adalah air mani dan tidak mandi wajib, anggaplah tidak tahu.(Sebenarnya itulah kecuaian  dan kelalaian kita kerana asas fardhu ain dipandang remeh.)

    Jika tidak tahu,mohon ampun pada Allah.Akan ibadah khusus yang lalu, terpulang pada diri samada mahu menggantikan atau tidak.Sebaik-baiknya diganti.Caranya, jika solat zohor, buat qada solat zohor juga. Begitulah seterusnya bagi solat-solat yang lain. Antara solat sunat sebelum dan selepas solat,lebih afdal kita buat solat qada kerana mungkin terjadi kecuaian seperti  ini pada masa lalu.

    Begitu juga puasa. Jika mahu qada,silakan...moga-moga ada ampunan dari Allah di atas kelalaian kita lalu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Reply #63 12 August, 2011, 11:54:05 PM
  • Publish
  • salam
    saya ada satu soalan
    kawan pernah bagitahu
    dia tanya ustazah kat sekolah pasal keputihan
    ustazah kata, kalau keluar keputihan, tapi sedikit
    tak payah basuh..teruskan solat..

    adakah solat itu sah ?
    "Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

    Reply #64 12 August, 2011, 11:58:18 PM
  • Publish
  • jawapan anda ada di sini, klik ya  Kelendihan/Keputihan

    Reply #65 13 August, 2011, 12:57:14 PM
  • Publish
  • salam,
    saya ada soalan,
    1.adakah batal puasa saya kerana keluar air mazi?
    sebab saya terangsang dan didapati keluar air mazi.
    seperti yang kita sedia maklum keluar sesuatu dari qubur dan dubur adalah batal.
    2.boleh ke jika saya wandi wajib pada bulan ramadhan selepas zuhur kerana terlupa untuk mandi pada waktu pagi?

    Reply #66 13 August, 2011, 06:54:23 PM
  • Publish
  • salam,
    saya ada soalan,
    1.adakah batal puasa saya kerana keluar air mazi?
    sebab saya terangsang dan didapati keluar air mazi.
    seperti yang kita sedia maklum keluar sesuatu dari qubur dan dubur adalah batal.
    2.boleh ke jika saya wandi wajib pada bulan ramadhan selepas zuhur kerana terlupa untuk mandi pada waktu pagi?

    keluar ssesuatu daripada qubur dan dubur batal puasa ke? berak camana?
    tu bukan untuk batal wuduk ke?

    boleh je mandi.. tapi tak boleh berpuasa hari tu...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #67 13 August, 2011, 06:57:34 PM
  • Publish
  • salam
    saya ada satu soalan
    kawan pernah bagitahu
    dia tanya ustazah kat sekolah pasal keputihan
    ustazah kata, kalau keluar keputihan, tapi sedikit
    tak payah basuh..teruskan solat..

    adakah solat itu sah ?

     :ws:

    Walaupun sedikit yang keluar sesuatu melalui qubul atau dubur, tetap membatalkan wudhuk. Bila wudhuk batal, maka dia bersolat tanpa wudhuk. Sila rujuk semula perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.

    Reply #68 13 August, 2011, 06:57:56 PM
  • Publish
  • salam,
    saya ada soalan,
    1.adakah batal puasa saya kerana keluar air mazi?
    sebab saya terangsang dan didapati keluar air mazi.
    seperti yang kita sedia maklum keluar sesuatu dari qubur dan dubur adalah batal.
    2.boleh ke jika saya wandi wajib pada bulan ramadhan selepas zuhur kerana terlupa untuk mandi pada waktu pagi?

    keluar ssesuatu daripada qubur dan dubur batal puasa ke? berak camana?
    tu bukan untuk batal wuduk ke?

    boleh je mandi.. tapi tak boleh berpuasa hari tu...

    ye ke tak boleh puasa?

    Reply #69 13 August, 2011, 06:59:18 PM
  • Publish
  • bukan ke sebelum tu dia berhadas besar? maka tak boleh la kan..
    yang saya tahu.. kalau mandi sebelum zohor, boleh lagi puasa pada haritu..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #70 13 August, 2011, 07:04:04 PM
  • Publish
  • salam,
    saya ada soalan,
    1.adakah batal puasa saya kerana keluar air mazi?
    sebab saya terangsang dan didapati keluar air mazi.
    seperti yang kita sedia maklum keluar sesuatu dari qubur dan dubur adalah batal.
    2.boleh ke jika saya wandi wajib pada bulan ramadhan selepas zuhur kerana terlupa untuk mandi pada waktu pagi?

     :ws:

    1. Puasa tidak batal jika keluar mazi.  Jika keluar sesuatu dari dubur atau qubul  yang batal adalah  wudhuk,jika sekiranya dia dalam berwudhuk,  bukan puasa.

    2.  Boleh mandi wajib bila pun asalkan  darah telah kering. Jika darah telah kering waktu pagi, bukan sebelum solat subuh, boleh mandi selepas zohor.Jika darah kering sebelum subuh, dan mandi selepas zuhur, dia berdosa kerana meninggalkan solat subuh.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #71 13 August, 2011, 07:06:20 PM
  • Publish
  • salam,
    saya ada soalan,
    1.adakah batal puasa saya kerana keluar air mazi?
    sebab saya terangsang dan didapati keluar air mazi.
    seperti yang kita sedia maklum keluar sesuatu dari qubur dan dubur adalah batal.
    2.boleh ke jika saya wandi wajib pada bulan ramadhan selepas zuhur kerana terlupa untuk mandi pada waktu pagi?

    keluar ssesuatu daripada qubur dan dubur batal puasa ke? berak camana?
    tu bukan untuk batal wuduk ke?

    boleh je mandi.. tapi tak boleh berpuasa hari tu...

    bukan ke sebelum tu dia berhadas besar? maka tak boleh la kan..
    yang saya tahu.. kalau mandi sebelum zohor, boleh lagi puasa pada haritu..

    Jika mahu menjawap biarlah mudah difahami. Dan menjawap berdasarkan soalan. Baca baik-baik soalan tanpa pandai-pandai mengandaikan apa-apa. Hukum feqah jelas bukan pakai andai-andai.

    Reply #72 14 August, 2011, 01:07:45 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    sy ingin bertanya...sekiranya saya belum berkahwin,adakah tidak akan keluar air mani?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #73 14 August, 2011, 01:12:51 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    sy ingin bertanya...sekiranya saya belum berkahwin,adakah tidak akan keluar air mani?

    Walaupun belum berkahwin, air mani tetap keluar jika seseorang perempuan itu terangsang sehingga mencapai klimaks. Dirinya seseolah menikmati sesuatu kelazatan yang dikuasai nafsu berahi bila terangsang , contohnya bila menonton video lucah atau melihat gambar lucah.

    Reply #74 14 August, 2011, 01:23:07 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    sy ingin bertanya...sekiranya saya belum berkahwin,adakah tidak akan keluar air mani?

    Macam mana sekiranya cecair itu keluar dalam keadaan kita sedar dan terasa..adakah itu dikira air mani/mazi?

    Reply #75 14 August, 2011, 01:34:44 AM
  • Publish
  • Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yg ada salah satu daripada tiga;

    1) bau yg kurang enak. masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya spt putih telur.

    2) keluar dengan memancut.

    3) keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

    (bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

    Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga2 sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri no: 3 sahaja.

    rujukan: Fathul Aziz 2/121, majmuk nawawi 2/141, syarah mumti' Uthaimin 1/277-278.

    teruskan sikit lagi

    Dari Ummu Salamah, ia berkata: Datang Ummu Sulaim kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan dia bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dari kebenaran, maka apakah wajib atas perempuan mandi janabah apabila ia bermimpi.*Jawab Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam,"Ya, apabila dia melihat air mani (yakni keluar air maninya yang dapat diketahui setelah terjaga).** Lalu Ummu Salamah menutup mukanya dan dia bertanya," Ya Rasulullah, apakah perempuan juga bermimpi (keluar mani)?*** Jawab Nabi': "Ya, berdebulah tanganmu**** maka dengan sebab apakah anaknya akan menyerupainya?"

    (Hadits Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

    *Yakni mimpi bersetubuh
    ** Dari hadits ini kita mengetahui kalau tidak keluar mani dan tidak melihat tanda-tandanya seperti basahan, maka tidak wajib mandi.
    ***Yang dimaksud disini adalah: Apakah perempuan juga keluar mani seperti laki-laki?
    ****Lafadz ini merupakan teguran dan tidak dikehendaki dzahirnya.

    Tambahan (dari saya):

    1. Berarti perempuan juga mengeluarkan air mani seperti laki-laki, dalam hadits yang lain diceritakan ada perbedaan warna air mani laki-laki yang berwarna putih, sedangkan mani perempuan berwarna kuning (HR Muslim)

    2. Wanita juga mengalami mimpi basah (jadi, tidak hanya laki-laki saja)

    3. Wajib mandi janabah, bagi wanita jika melihat tanda-tanda bahwa ia bermimpi basah.

    4. Anak meniru wajah ibunya dari hasil maninya.

    5. Inilah salah satu ciri kelengkapan Islam, sehingga hal yang demikian pun diterangkan oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam.

    Wallahu a'lam

    *teks hadits diambil dari kitab Menanti Buah Hati karya Ustadz Abdul Hakim

    awasilah ya diri
    semuga terpelihara

    [Picture deleted]

    Reply #76 14 August, 2011, 06:33:01 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    saya nak tnya..

    1-bolehkah perempuan belum berkahwin keluar air mani setelah melakukan onani?
    2-cecair yang keluar setelah perempuan beronani adakah air mazi atau air mani?

    thanq -)

    boleh baca di sini,  Hukum Onani Dalam Islam

    untuk lain kali, sila gunakan CARIAN, type di sana, inshallah keluarlah database jawapan

    untuk pautan luar di sini http://www.ustaznoramin.com/2010/01/onani-menurut-pandangan-islam.html

    bila dah syahwat teransang, tentulah air mani yang keluar

    silakan , mandi wajib, taubat, istighfar, doa, ya allah temukan daku dengan lelaki yang baik untuk jadi suami ku

    inshallah

    Hukum Onani Dalam Islam

    Reply #77 17 August, 2011, 11:38:19 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    Saya ingin bertanya adakah kita perlu mandi wajib apabila menahan sesuatu yang keluar  tetapi kita tidak tahu yang keluar itu mani atau pun mazi (tanpa rasa syahwat) ??...tetapi selepas itu kaki kita terasa lenguh...adakah itu dikira badan terasa lemah?

    « Last Edit: 18 August, 2011, 01:44:48 AM by fsn »

    Reply #78 18 August, 2011, 09:33:47 AM
  • Publish
  • waalaikummussalam
    mani hanya keluar bila buat hubungan syahwat
    mazi itu keluar bila tengok benda yg membangkitkan syahwat
    kalau wadi itu keluar ketika penat, kerja banyak ke
    mazi itu najiz, wadi juga najis. tidak sah dibawa ketika sembahyang
    kaki lenguh mungkin sebab penat kot
    keluarnya air mani bagi perempuan hanya diketahui oleh orang yang sudah membuat hubungan suami isteri sahaja

    Reply #79 19 August, 2011, 07:28:01 AM

    terima kasih ye..

    divider3
    halaqahforum4