Forum > Feqah Islam

Keliru antara Mani dan Mazi

<< < (10/24) > >>

mirakirana:

--- Quote ---1) Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yang ada salah satu daripada tiga;
•   Bau yg kurang enak. Masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya seperti putih telur.
•   Keluar dengan memancut.
•   Keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.
(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).
Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga-tiga sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. Dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja.
Rujukan: Fathul Aziz 2/121, Majmuk nawawi 2/141, Syarah Mumti’ Uthaimin 1/277-278.
--- End quote ---

jadi jika salah satu ciri di atas dipenuhi maka sahla air mani,sebab air kencing pun memancut. sebab wanita ni kalau terangsang rasa nak terkencing jadi tak tau beza camne.ini pendapat dari kawan2 juga sebab dah penah tanya.harap dapat penjelasan.dan bolehkan ambil pendapat fuqaha seperti yang di atas yang mengatakan iaitu mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja(keluar dgn shahwat dan badan lemah)

umairah_aisyah:
 :)
TERIMAKASIH ATAS maklumat ini..
banyak kami pelajari disini..
terima kasih ummi......

syidaspongebob:

--- Quote from: Ummi Munaliza on 29 November, 2009, 11:59:02 AM ---
KELUAR MAZI KETIKA TENGAH SOLAT

Soalan;
Saya mengidap penyakit yang mana kadang kala air mazi keluar tak semena-mena, dan kadang kala akibat berfikir bukan-bukan. Persoalan saya ialah, jikalau air mazi terkeluar semasa sedang solat, adakah saya perlu menggantikan solat tersebut? Kerana saya bertanya pada abang usrah saya, dia kata, kalau lihat ada selepas solat, takperlu ganti, dan jika terasa was-was semasa solat, lebih baik mengcheck kemaluan selepas solat. Dan adakah jika air mazi itu terkena pada kain pelikat, adakah dengan sejadah-sejadah saya kena basuh sekali? kerana setakat ini, setiap kali perkara ini berlaku, saya membasuh sejadah saya sekali, kerana khuatir takut-takut air mazi terjatuh pada kain sejadah. terima kasih ustaz.

Jawapan;

1. Jika mazi itu benar-benar keluar iaitu dengan kelihatan tanda-tandanya, wajiblah saudara berhenti solat, membasuh kemaluan dan kain yang terkena mazi itu, mengambil wudhuk semula dan mengulangi solat. Mazi adalah najis dengan sepakat para ulamak dan keluar sesuatu dari kemaluan membatalkan wudhuk.

2. Adapun jika saudara ragu-ragu sahaja ketika sedang solat –yakni timbul syak adakah mazi itu keluar atau tidak?-, tidak perlu saudara berhenti solat hinggalah benar-benar yakin bahawa ianya telah keluar, kerana menurut kaedah “Yang yakin tidak akan hilang kerana suatu syak (keraguan). Kaedah ini bersumber hadis dari ‘Ubbad bin Tamim yang meriwayatkan dari bapa saudaranya yang bertanya Nabi s.a.w. tentang seorang lelaki yang ragu-ragu semasa sedang solat; adakah keluar darinya punggungnya sesuatu atau tidak?. Nabi menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) atau mendapati keluar angin”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

3. Jika sebaik sahaja selepas selesai solat saudara terlihat mazi pada kain, wajiblah saudara mengulangi solat (setelah membasuhnya dan mengambil wudhuk) kerana kewujudan mazi itu tiada syak bahawa keluarnya ialah semasa sedang solat. Jika setelah beberapa lama (selepas solat) baru saudara ternampak mazi itu, tidak perlulah saudara mengulangi solat kerana ada kemungkinan mazi itu keluar selepas selesai solat.

4. Tempat yang wajib dibasuh ialah yang diyakini terkena mazi. Tidak perlu mengikut perasaan waswas. Sikap melampau-lampau dan memberat-beratkan adalah ditegah agama. Secara logiknya, mazi hanya akan mengenai kemaluan dan kain yang dipakai sahaja, maka itu sahaja yang perlu dibasuh. Kecualilah jika mazi yang keluar terlalu banyak, maka ada kemungkinan ia tumpah mengenai tempat solat. Jika itu berlaku, barulah tempat solat (sejadah) wajib dibasuh sama.

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
--- End quote ---

membasuh kemaluan dan kain yang terkena mazi itu? maksudnya ummi? basuh macam mane kain tu?

hafizul_84:

--- Quote from: syidaspongebob on 24 January, 2011, 10:26:13 PM ---

Assalamualaikum..
membasuh kemaluan..yakni seperti mana kamu membasuhnya selepas membuang air kecil
manakala membasuh kainnya pula seperti mana kainmu terkena najis kerana mazi itu najis
wallahuallam

reminder072000:
Assalamualaikum sahabat,
Saya mahu bertanya tentang kekeliruan yang saya hadapi berkaitan dengan air mazi.

Sewaktu sedang tidur, saya kadangkala bermimpi sesuatu yang bukan seksual, tetapi saya dapati keesokkan paginya ada air pekat di bahagian kemaluan saya. kadangkala saya terjaga sewaktu air itu terkeluar dan kadangkala saya memamg tertidur dan perasan pagi itu.Adakah air tersebut air mazi/wadi.

Senario kedua pula, saya juga mendapati bahawa perkara ini sering berlaku jika saya tidur dalam keadaan letih.

Contoh situasi baru-baru ini, pada petang hari, saya berbasikal sejauh 20 km dan saya balik ke rumah dalam keadaan yang letih. Pada malam hari, saya memilih untuk tidur agak lewat iaitu dalam pukul 12 a.m. walaupun dalam keadaan letih. Selepas selesai solat Subuh, saya sambung tidur, dan saya amat pasti yang mimpi saya bukan mimpi seksual dan saya ingat mimpi tersebut. Di saat saya termimpikan mimpi tersebut, saya terjaga, kemaluan saya tidak tegang tetapi ada air yang sedang keluar dari kemaluan saya. Saya periksa, ianya pekat dan berkuantiti banyak. Warnanya saya tidak begitu pasti tapi ianya bukan putih seperti kertas.

Harap ada yang dapat membantu kerana ini bukan pertama kali saya dalam delima seperti ini. Shukran Jazilan.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version