Keliru antara Mani dan Mazi

*

Author Topic: Keliru antara Mani dan Mazi  (Read 107711 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

17 September, 2009, 03:04:45 PM
  • Publish
  • Keliru Antara Mani dan Mazi

    Soalan

    Assalamualaikum W.B.K ..
    Al-Fadhil ustaz,

    Saya seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani. Tetapi, alhamdulillah baru-baru ini setelah saya terbaca ruangan ini, saya tidak ragu-ragu lagi untuk membezakan antara kedua "cecair" tersebut.

    Bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadhan tempoh hari saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya menganggap cecair yang keluar ialah MANI.

    Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa.

    Setelah berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu. Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka.

    Perkara ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan jumlah puasa yang perlu saya GANTI @ QADA' yang semakin meningkat HANYA kerana perasaan ragu-ragu tersebut.

    Jadi, saya terdetik untuk "mencari jawapan" kepada masalah saya ini sehinggalah saya terbaca PERBEZAAN ANTARA MAZI & MANI yang terdapat dalam ruangan ini.

    Sekarang saya yakin sedikit untuk membezakan antara keduanya. Hasil pembacaan dan pemahaman saya, saya dapati cecair yang keluar pada awal Ramadhan dahulu bukanlah mani, tetapi hanya mazi.

    Soalan saya, apakah saya perlu mengQada' puasa-puasa yang saya ragui tempoh hari  ? Bagaimana pula jika sekarang saya sudah PASTI yang keluar ketika itu memang bukan mani??  Saya harapkan jawapan.. Tolonglah.. Terima kasih !!!
    ~yang keliru~




    Jawapan


    Wa'alaikumussalam,

    1) Puasa anda adalah sah dan tidak perlu di qadha ( ganti) kerana ia tidak batal hanya kerana keluar air mazi akibat terangsang.

    2) Walaubagaimanapun, pahala puasa sdri sudah tentu tergugat dan berkurangan jika  air mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini bermakna dia sedang melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana menurut kebiasaannya sesorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat...

    Untuk makluman, air mazi adalah sejenis cecair jernih melekit dan berbau kuat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan air mani yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

    Air mani juga adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan air mazi yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk menunaikan solat. Air mani, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas  untuk kembali menyucikan diri.

    Kembali kepada kes yang bertanya, jika benar ia air mazi disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah kesannya amat besar. Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi :-

    يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ من أَجْلِي الصِّيَامُ لي وأنا أَجْزِي
    Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

    Amat jelas lagi terang Allah s.w.t inginkan dari puasa kita penahanan dari 3 aspek fizikal iaitu tahan  makan minum dan keinginan syahwat iaitu seksual.

    Dalam hal di atas, jika rangsangan benar kerana syahwat, ia menunjukkan sdri telah melalkukan suatu dosa sehingga tidak dapat menjaga syahwat dengan baik sehingga keluarnya mazi semasa berpuasa. Kaffarah yang berat bagi mereka yang bersetubuh di siang hari Ramadhan sudah cukup membuktikan kemurkaan Allah s.w.t bagi mereka yang melanggar displin syahwat tatkala berpuasa.

    Jika syahwat antara suami isteri pun perlu dikawal, apatah lagi dengan lelaki atau wanita luar yang bukan mahram.

    Jika benar, ia adalah mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan sdri agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak bertawbat.

    Semoga diampuni Allah s.w.t di bulan pengampunan ini.

    BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN

    Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapicecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

    Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau. Justeru, saudari perlu tentukan ceceair apakah yang dimaksudkan. Jalan mudah adalah dengan bertanya kepada ibu saudari. Harapnya sang ibu mempunya kejelasan fikiran tentang perbezaaannya.


    « Last Edit: 02 January, 2013, 03:20:12 PM by PenaHalaqah »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 12 October, 2009, 12:17:44 PM
  • Publish
  • salam..
    adakh keputihan itu dikategorikn sbg najis?

    Reply #2 12 October, 2009, 12:26:26 PM
  • Publish
  • salam..
    adakh keputihan itu dikategorikn sbg najis?



    Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

    Reply #3 12 October, 2009, 12:28:40 PM
  • Publish
  • macamane pula kalau mazi ummi..

    Reply #4 12 October, 2009, 12:31:50 PM
  • Publish
  • macamane pula kalau mazi ummi..


    Air mazi adalah sejenis cecair jernih melekit dan berbau kuat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan air mani yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

    Air mazi adalah najis dan perlu dicuci apabila mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

    Reply #5 12 October, 2009, 01:36:31 PM
  • Publish
  • Air mazi dan air wadi jika terkena pada pakaian atau seluar maka tidak boleh di bawa solat pakaian atau seluar tersebut...

    Reply #6 14 October, 2009, 03:45:47 PM
  • Publish
  • ummi.. adakah perempuan juga keluar air mani??
    semasa dia bersetubuh atau onani??
    adakah pompuan kena mandi setelah keluar air mani??

    sbb sy penah dgr ustaz kat ipt cakap pompuan tak kuar air mani..
    yang keluar tu adalah air mazi..
     
    waallahualam... nak tau kebenaran je..

    Reply #7 14 October, 2009, 10:44:48 PM
  • Publish
  • ummi.. adakah perempuan juga keluar air mani??
    semasa dia bersetubuh atau onani??
    adakah pompuan kena mandi setelah keluar air mani??

    sbb sy penah dgr ustaz kat ipt cakap pompuan tak kuar air mani..
    yang keluar tu adalah air mazi..
     
    waallahualam... nak tau kebenaran je..


    Para imam fuqaha' telah bersepakat seandainya seorang lelaki atau wanita keluar air mani maka mereka diwajibkan mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar tersebut.(1)

    Mereka berkata: Sesungguhnya air mani bagi lelaki adalah air yang likat yang keluar ketika seseorang itu naik syahwatnya dan ianya keluar dalam keadaan terpancut. Manakala bagi perempuan pula air tersebut cair dan berwarna kekuning-kuningan. Air tersebut keluar sama ada ketika kedua-duanya (lelaki dan perempuan menjalankan hubungan persetubuhan ataupun bermimpi.

    Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim didam kitab Sohihnya:

    Maksudnya: Sesungguhnya Ummu Sulaim telah berkata, dia telah bertanya Nabi Muhammad s.a.w tentang (hukum) seseorang wanita yang melihat didalam mimpinya sepertimana yang dilihat oleh seorang lelaki? Maka Nabi menjawab: "Sekiranya seseorang perempuan melihat perkara itu maka mandilah (mandi wajib). Maka Ummu Sulaim berkata: " Aku malu tentang perkara ini": "Adakah terjadi seperti itu? Maka Nabi bersabda: "maka darimana berlakunya kesamaan?". Dalam satu lafaz Ummu Sulaim berkata: "Adakah (wajib) keatas perempuan mandi sekiranya dia berihtilam (keluar air mani) ? Maka nabi bersabda: " Ya, seandainya dia melihat air (mani)"(2)


    Wajib kepada lelaki dan perempuan mandi (wajib) sekiranya air mani keluar dalam keadaan naik syahwatnya sama ada ketika waktu dia sedar ataupun waktu dia tidur. Telah berkata Imam Tirmizi: "Kami tidak (pernah) mengetaui ada khilaf dalam perkara ini.


    MAZHAB SYAFIE

    Hukum mandi tersebut wajib, melainkan Imam Syafie tidak mensyaratkan keluarnya air mani tersebut dalam keadaan terpancut dan dalam keadaan syahwat sebagai syarat wajibnya mandi.(3) Iaitu tidak kira sama ada lelaki ataupun permpuan, baligh atau pun hampir umur baligh, merasa kepuasan setelah keluar air mani atau tidak, berakal atau gila, kesemuanya diwajibkan mandi seandainya keluar air mani.

    MAZHAB HANAFI, MALIKI & HAMBALI

    Manakala didalam mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali pula, tidak wajib mandi melainkan air mani itu keluar dalam keadaan syahwat dan terpancut (4). Dan dalil bagi pendapat mereka ialah daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: "Sesungguhnya nabi menyifatkan air mani yang mewajibkan mandi adalah sekiranya air mani tersebut dalam keadaan yang putih dan likat", dan sesungguhnya nabi telah bersabda kepada Saidina Ali r.a : "Sekiranya terpancut keluar aur maka mandilah".

    Oleh yang demikian, sekiranya bermimpi seseorang perempuan itu, dan keluar air mani, perempuan tersebut wajib mandi, dan haram bagi perempuan tersebut melakukan ibadah solat, membaca al-quran, menyentuh mashaf Al-Quran, sujud tilawah, sujud syukur dan ibadah-ibadah yang lain, melainkan selepas permpuan tersebut mandi wajib.

    Sumber dari : http://as-syazuli.blogspot.com





    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    Reply #8 19 October, 2009, 12:01:13 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt.

    saya seorang remaja yang belajar di sebuah sekolah agama di perlis. saya ingin bertanya satu soalan. saya masih lagi keliru antara air mani dan air mazi. jika seorang gadis keluar air mani adakah wajib baginya untuk mandi wajib?

    lagi satu apakah perbezaan di antara air mani dan air mazi?


    syukran jazilan

    Reply #9 19 October, 2009, 12:20:06 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt.

    saya seorang remaja yang belajar di sebuah sekolah agama di perlis. saya ingin bertanya satu soalan. saya masih lagi keliru antara air mani dan air mazi. jika seorang gadis keluar air mani adakah wajib baginya untuk mandi wajib?

    lagi satu apakah perbezaan di antara air mani dan air mazi?
    syukran jazilan

    Jika seseorang itu keluar air mani, dia wajib mengangkat hadas besar (mandi wajib).

    Perbezaan antara air mani dan air mazi ialah:

    1. Mazi ialah air jernih (licin) yg keluar ketika datang syahwat.

    2. Mani pula ialah air yg keruh dan pekat yg keluar ketika klimak syahwat atau sebab bermimpi.

    3. Wadi ialah air keruh yg kadang2 keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.

    Apabila keluar mazi atau wadi maka jadi batal wuduk dan wajib dibasuh kemaluan dan apa yang terkena.

    Manakala apabila keluar mani maka wajib mandi hadas dan keadaannya tidak najis. Maka sunat dibasuh apa yang terkenanya.

    Hampir kesemua kitab atau buku2 fardhu ain ada menceritakan berkenaan ketiga2nya seperti Buku Fiqh Taharah.

    Reply #10 29 November, 2009, 12:33:56 AM
  • Publish
  • air mazi ni sebenarnya berbau ke tak?? ada yg cakap berbau dan ada yg cakap tak berbau...

    Reply #11 29 November, 2009, 09:01:23 AM
  • Publish
  • 1) Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yang ada salah satu daripada tiga;
    •   Bau yg kurang enak. Masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya seperti putih telur.
    •   Keluar dengan memancut.
    •   Keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.
    (bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).
    Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga-tiga sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. Dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri ketiga sahaja.
    Rujukan: Fathul Aziz 2/121, Majmuk nawawi 2/141, Syarah Mumti’ Uthaimin 1/277-278.
    2) Jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. Ini pendapat keempat-empat mazhab. Dalilnya:
    a. Ada hadis sahih menyebut tentang puasa, iaitu: “Meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana AKU (ALLAH)”. Bukhari 2/670.
    b. Qiyas kepada muntah dengan sengaja. Sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. Maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.
    Diceduk daripada Syarah Syeikh Muhammad al-Syanqiti Hafizahullah,
    Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. Manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.
    Kecuali anda memilih pandangan yang mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum.
    Wallahu A’lam

    Reply #12 29 November, 2009, 09:11:37 AM
  • Publish
  • Keadaan tempat sulit wanita bukan sepenuhnya kering...kadang ada keluar cairan biasa (bukan keputihan)..ada yang mengatakan itu cairan biasa (spt keadaan hidung kita yg lembab) dan ianya bukan najis & tak perlu dicuci sebelum berwuduk. Ada yang mengatakan pengeluaran biasa ini tidak membatalkan wuduk pun.
    Sejauh mana kebenaran penyataan ini? Minta penjelasan yg mengetahui...
    Terima kasih.

    Tak kira apa pun, sebarang keluar sesuatu dari qubul dan dubur membatalkan wuduk. Perlu di cuci sebelum berwuduk semula.


    Perkara-perkara yang membatalkan Wuduk
    Menurut Mazhab Syafie

    Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

       1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).

       2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
       3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
       4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
       5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
       6. Murtad

    Reply #13 29 November, 2009, 09:18:20 AM
  • Publish

  • Tambahan:

    Pekara-pekara yang membatalkan wuduk.

           
    Pertama: Keluar sesuatu dengan yakin pada salah satu daripada dua jalan /  kemaluan hadapan atau kemaluan belakang
    orang yang hidup yang bukan khunsa. Samaada yang keluar itu suatu yang kebiasan berlaku seperti air kencing,  tahi, dan lainya atau jarang berlaku seperti darah, batu dan dan lainya melainkan air mani. Tidak batal wuduk orang yang syak / ragu-ragu keluar suatu daripada dua jalan seperti seorang yang ragu-ragu adakah dia sudah kentut atau belum. Tidak batal wuduk orang yang keluar maninya dengan mimpi sedangkan dia tidur dalam keadan tetap dua papan pungungnya atau orang yang keluar mani kerana memandang perempuan dengan sahwat. Tidak batal wuduk orang yang sudah mati apabila keluar sesuatu daripada kubulnya atau duburnya. Tidak batal wuduk khunsa / orang yang mempunyai dua alat kelamin apabila keluar sesuatu daripada salah satu dua alat kelaminnya. Jika keluar sesuatu daripada dua alat kelamin seperti kedua-dua alat kelaminnya mengeluarkan air kencing maka batal wuduknya. Batal wuduk khunsa apabila keluar sesuatu daripada duburnya.

    Sumber :   http://almalakawi.wordpress.com/2009/10/24/wuduk-mengangkat-air-sembahyang/

    Reply #14 29 November, 2009, 09:29:50 AM
  • Publish


  • AIR YANG KELUAR DARI KEMALUAN Seorang Perempuan


    Soalan;
    Ustaz, saya baru melangsungkan perkahwinan. Beberapa persoalan timbul semasa melakukan hubungan seks dengan isteri di antaranya:-
    1) Adakah air yang keluar dari kemaluan isteri hukumnya najis?
    2) Sekiranya air tersebut keluar perlu kah si isteri mandi wajib?
    Sekian, Tkasih

    Jawapan;

    Air yang keluar dari kemaluan kebiasaannya tidak lari dari empat jenis;
    1. Air kencing
    2. Air Mazi
    3. Air Madi
    4. Air Mani

    Dari empat air di atas, tiga darinya adalah najis iaitu air kencing, air madi dan air mazi. Adapun air mani ia tidaklah najis kerana ia adalah asal kejadian. Adapun ciri-ciri setiap air di atas -untuk memudahkan kita mengenalinya-, maka berdasarkan keterangan ulamak;
    - Air kencing; cirinya sebagaimana sedia maklum
    - Air Mazi; cirinya adalah melekit dan keluar dari kemaluan (zakar atau faraj) biasanya tatkala naik syahwat.
    - Air Wadi; cirinya ialah kental, berwarna putih dan keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil.
    - Air Mani pula; air mani lelaki, cirinya; berwarna putih dan tebal/kental. Adapun air mani perempuan; warnanya kuning dan nipis/cair (yakni tidak kental). Kedua-dua air mani lelaki dan perempuan itu ada ciri kebersamaannya, iaitu;
    a) Bau air mani perempuan sama seperti bau air mani lelaki iaitu seperti bau tepung diuli,
    b) Dirasai kelazatan ketika keluarnya dan selepas keluarnya badan merasai keletihan dan syahwat menjadi reda.

    Menyentuh tentang mandi, dari empat air di atas, hanya keluar air mani sahaja yang mewajibkan mandi. Adapun keluar kencing, mazi dan wadi, tidakah mewajibkan mandi, akan tetapi ia adalah najis dan membatalkan wudhuk dengan keluarnya. Oleh demikian, apabila keluar air-air selain mani itu, yang wajib dilakukan sebelum solat ialah membasuhnya dan mengambil wudhuk.

    Perlu diperjelaskan; apabila seorang lelaki mensetubuhi isterinya, kedua-dua suami-isteri wajib mandi walaupun tidak keluar mani. Ini kerana persetubuhan itu sendiri telah mewajibkan mandi tanpa mengira keluar mani atau tidak. Yang dimaksudkan persetubuhan ialah memasukkan zakar ke dalam faraj.

    Wallahu a'lam.

    Rujukan;

    1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 2 (juz. 3), bab Wujub al-Ghasl ‘Alal-Mar,ah.
    2. Fiqh at-Thoharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 226.

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 1:02 AM

    Reply #15 29 November, 2009, 11:20:17 AM
  • Publish

  •  :)

    Saya ingin bertanya adakah wajib seseorang itu mandi wajib jika seseorang terfikirkan benda yang mendatangkan syhawat, pada mulanya dia tidak rasa sesuatu keluar dari kemaluan, namun ketika buang air kecil dia dapati ada cecair keluar bersama air kencing tapi tidak rasa sedap macam air mani keluar?

    Reply #16 29 November, 2009, 11:26:00 AM
  • Publish

  • Jawapan;

    Terdapat kaedah Fiqh menyebutkan “اليقين لا يزول بالشك” (al-Yaqin La Yazulu Bi asy-Syakki) yang bermaksud sesuatu yang yakin tidak akan hilang semata-mata dengan syak (keraguan).

    Berdasarkan kaedah ini, seorang yang berada dalam keadaan suci, ia tidak berubah menjadi berhadas dengan semata-mata keraguan yang berlaku padanya. Sebagai contohnya, seorang yang yakin ia berada dalam keadaan wudhuk, kemudian timbul kesangsian/keraguan dalam dirinya apakah wudhuknya telah batal atau belum, tidak wajib ia mengambil wudhuk kerana dari segi hukum wudhuknya masih kekal.

    Kesangsian yang timbul itu tidak akan mengubah keyakinan yang sedia ada. Yang boleh mengubah suatu yang telah diyakini ialah suatu yang diyakini juga. Apabila benar-benar berlaku perkara yang membatalkan wudhuk seperti kentut, kencing, berak dan sebagainya, barulah wudhuk dianggap batal. Adapun hanya dengan keraguan atau kesangsian, belumlah dianggap batal.

    Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. melarang seorang memberhentikan solatnya semata-mata kerana keraguan; adakah ia terkentut atau tidak? Ubbad bin Tamim meriwayatkan; bapa saudaranya telah bertanya Nabi s.a.w. tentang seorang lelaki yang ragu-ragu semasa sedang solat; adakah keluar dari punggungnya sesuatu atau tidak?. Nabi menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) atau mendapati keluar angin”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

    Merujuk kepada masalah saudari, jika air mani benar-benar keluar dari kemaluan saudari –melalui tanda-tandanya- barulah wajib saudari mandi. Semata-mata rasa keraguan atau kesangsian, tidaklah mewajibkan mandi. Tanda keluar mani dapat dilihat kesan basahan pada kemaluan saudaritau basahan pada kain/pakaian yang dipakai.

    Ummu Salamah r.a. telah menceritakan; “Pernah Ummu Sulaim datang dan bertanya kepada Nabi s.a.w.; ‘Adakah seorang perempuan wajib mandi jika ia bermimpi?’. Jawab Nabi s.a.w.; ‘Ya, jika ia melihat air (yakni air mani)’’ (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa sekalipun seseorang itu mimpi bersetubuh, ia tidak wajib mandi melainkan apabila melihat kesan air mani pada tubuh atau pakaiannya.

    Berkata Imam Ibnu Munzir; telah ijmak bahawa seseorang jika ia melihat dalam mimpinya bahawa ia bersetubuh, namun setelah terjaga dari tidur ia tidak nampak sebarang kesan mani, tidak wajib atasnya mandi.

    Sifat air mani juga berbeza dari air-air lain yang biasa keluar dari kemaluan (iaitu air wadi atau madi). Menurut penjelasan ulamak; air mazi sifatnya adalah melekit dan keluar dari kemaluan (zakar atau faraj) biasanya tatkala naik syahwat. Air wadi pula sifatnya kental, berwarna putih dan keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil. Sementara air mani pula berwarna putih dan kental, keluarnya dengan memancut, baunya seperti tepung diuli, dirasai kelazatan ketika keluarnya dan selepas keluarnya badan merasai keletihan.

    Menurut Imam an-Nawawi; ada tiga sifat air mani yang menjadi sandaran sama ada air yang keluar dari kemaluan itu mani atau bukan;
    1. Keluar dengan disertai syahwah dan diikuti dengan keletihan selepasnya.
    2. Baunya seperti bau mayang tamar, iaitu hampir-hampir kepada bau tepung diuli.
    3. Keluarnya adalah dengan memancut.

    Jika ada salah satu sifat di atas, maka mencukupi untuk air itu dianggap mani. Tidak menjadi syarat kesemua tiga-tiga sifat di atas ada baru boleh dianggap mani. Jika tidak nampak langsung satupun dari sifat-sifat di atas, maka air itu bukan air mani. (Syarah Soheh Muslim)

    Apabila ada tanda-tanda di atas, barulah yang keluar dari kemaluan saudara itu adalah mani. Jika tidak ada, maka yang keluar itu bukan mani. Kemungkinan besar ia adalah mazi kerana keluarnya selepas saudara memikirkan tentang syahwat. Atau mungkin juga ia adalah air wadi kerana keluarnya mengiringi air kencing. Sama ada mazi atau wadi, kedua-duanya tidak mewajibkan mandi. Memadai dengan membasuhnya dan mengambil wudhuk (untuk mengerjakan solat). Saudara hanya wajib mandi jika saudara yakin yang keluar itu adalah mani.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 3, kitab al-Haidh.
    2. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 2.

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Reply #17 29 November, 2009, 11:59:02 AM
  • Publish

  • KELUAR MAZI KETIKA TENGAH SOLAT

    Soalan;
    Saya mengidap penyakit yang mana kadang kala air mazi keluar tak semena-mena, dan kadang kala akibat berfikir bukan-bukan. Persoalan saya ialah, jikalau air mazi terkeluar semasa sedang solat, adakah saya perlu menggantikan solat tersebut? Kerana saya bertanya pada abang usrah saya, dia kata, kalau lihat ada selepas solat, takperlu ganti, dan jika terasa was-was semasa solat, lebih baik mengcheck kemaluan selepas solat. Dan adakah jika air mazi itu terkena pada kain pelikat, adakah dengan sejadah-sejadah saya kena basuh sekali? kerana setakat ini, setiap kali perkara ini berlaku, saya membasuh sejadah saya sekali, kerana khuatir takut-takut air mazi terjatuh pada kain sejadah. terima kasih ustaz.

    Jawapan;

    1. Jika mazi itu benar-benar keluar iaitu dengan kelihatan tanda-tandanya, wajiblah saudara berhenti solat, membasuh kemaluan dan kain yang terkena mazi itu, mengambil wudhuk semula dan mengulangi solat. Mazi adalah najis dengan sepakat para ulamak dan keluar sesuatu dari kemaluan membatalkan wudhuk.

    2. Adapun jika saudara ragu-ragu sahaja ketika sedang solat –yakni timbul syak adakah mazi itu keluar atau tidak?-, tidak perlu saudara berhenti solat hinggalah benar-benar yakin bahawa ianya telah keluar, kerana menurut kaedah “Yang yakin tidak akan hilang kerana suatu syak (keraguan). Kaedah ini bersumber hadis dari ‘Ubbad bin Tamim yang meriwayatkan dari bapa saudaranya yang bertanya Nabi s.a.w. tentang seorang lelaki yang ragu-ragu semasa sedang solat; adakah keluar darinya punggungnya sesuatu atau tidak?. Nabi menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) atau mendapati keluar angin”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

    3. Jika sebaik sahaja selepas selesai solat saudara terlihat mazi pada kain, wajiblah saudara mengulangi solat (setelah membasuhnya dan mengambil wudhuk) kerana kewujudan mazi itu tiada syak bahawa keluarnya ialah semasa sedang solat. Jika setelah beberapa lama (selepas solat) baru saudara ternampak mazi itu, tidak perlulah saudara mengulangi solat kerana ada kemungkinan mazi itu keluar selepas selesai solat.

    4. Tempat yang wajib dibasuh ialah yang diyakini terkena mazi. Tidak perlu mengikut perasaan waswas. Sikap melampau-lampau dan memberat-beratkan adalah ditegah agama. Secara logiknya, mazi hanya akan mengenai kemaluan dan kain yang dipakai sahaja, maka itu sahaja yang perlu dibasuh. Kecualilah jika mazi yang keluar terlalu banyak, maka ada kemungkinan ia tumpah mengenai tempat solat. Jika itu berlaku, barulah tempat solat (sejadah) wajib dibasuh sama.

    Wallahu a’lam.

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    Reply #18 29 November, 2009, 12:02:12 PM
  • Publish

  • MAZI DAN MANDI WAJIB

    Soalan;

    Assalamulaikum ustaz.. di sini saya mempunyai kemusykilan bahawa seorang wanita yang keluar air mazinya kerana rangsangan seksual hendaklah mandi wajib. Sedangkan artikel yang saya baca dalam page: http://www.jomlayan.com/mybb/mandi-wajib-yang-betul-jakim-t-5880.html tidak menyatakannya. Malah, ia menyebut 3 sebab yang melibatkan kaum perempuan mandi wajib ialah keluarnya darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) sahaja. Mohon respons daripada ustaz..

    Jawapan;

    Keluar mazi tidak mewajibkan mandi. Ia hanya membatalkan wudhuk dan adalah najis. Oleh itu, orang yang keluar mazi dari kemaluannya (sama ada lelaki atau wanita), sebelum ia mengerjakan solat ia wajib membasuh mazi itu dari badan dan pakainnya, kemudian mengambil wudhuk. Untuk mendapat penjelasan lanjut tentang air-air yang keluar dari kemaluan wanita serta hukumnya, sila baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/air-yang-keluar-dari-kemaluan-wanita.html). Baca juga perkara-perkara yang mewajibkan mandi secara keseluruhannya di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/04/mandi-wajib.html).

    Wallahu a’lam.

    Reply #19 29 November, 2009, 04:21:10 PM
  • Publish
  • Tak kira apa pun, sebarang keluar sesuatu dari qubul dan dubur membatalkan wuduk. Perlu di cuci sebelum berwuduk semula.

    Kalau yang keluar itu bukan najis (contohnya kentut) maka tak perlu dicuci la kan sebelum berwuduk.
    Cuma yang mengelirukan sekarang lembapan alat sulit wanita tu adakah dikira najis?

    Kentut tu, tidak perlu dicuci.  ceria* tetapi membatalkan wuduk sebab keluar sesuatu dari dubur.

    Lembapan yang terjadi pada wanita, selalunya berlaku seminggu selepas suci dari period (haid). Waktu ini, dikira waktu subur bagi seorang wanita. Memang cecair jernih seperti hingus selalu keluar. Ia tetap najis , membatalkan wuduk. Namun kerana ia keluar sentiasa, maka kita lakukan seperti darah istihdah juga. Sebelum berwuduk, perlu dicuci dan berwuduk apabila telah masuk waktu solat. 1 wuduk untuk 1 solat fardhu dan beberapa solat sunat. Jika tengah solat ia keluar, tidak membatalkan solat atau wuduk kerana dikira darurat. Sebab itu kenapa tidak boleh bersolat memakai seluar dalam yang telah dipakai sejak pagi kecuali yakin tidak ada kotoran.

    Saya sedih bila lihat ramai muslimah tidak membuka seluar dalam sebelum berwuduk sedangkan seluar dalam itu dipakai sejak pagi lagi. Perlu pastikan seluar dalam itu benar-benar bersih sebelum berwuduk. Sebaiknya seorang perempuan perlu cuci kemaluannya dahulu sebelum berwuduk kerana kelembapan ini selalu keluar tanpa disedari.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    4244 Views
    Last post 12 August, 2011, 10:35:42 AM
    by Ummi Munaliza
    5 Replies
    2208 Views
    Last post 10 June, 2013, 03:51:06 PM
    by al_ahibbatu
    2 Replies
    541 Views
    Last post 19 November, 2013, 03:57:01 PM
    by is2