Mencari Bahagia di Hati Sendiri

*

Author Topic: Mencari Bahagia di Hati Sendiri  (Read 18636 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14488
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
15 September, 2009, 10:19:58 AM
  • Publish


  • Selagi kita bahagia, jiwa akan tenang, damai dan mendamaikan. Kita mampu membuat keputusan dengan matang dan bijaksana. Menguruskan rumah tangga dengan sebaik-baiknya, menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh jiwa dan raga, menjadi isteri terbaik untuk seorang suami dan menjadi ibu terunggul untuk zuriat tercinta.

    Memikirkan sahaja bahawa kita bahagia, fikiran menjadi lapang dan tidak berserabut. dada tidak sempit dan pernafasan lancar.

    Hakikat bahagia pula, tidak semestinya hanya apabila kita dapat apa yang kita mahu atau yang kita hajati sahaja, rasa bahagia ini mampu hadir walau kita dalam kemelut masalah yang bertimpa-timpa dan menjalani kehidupan yang teruk , jauh dari impian.

    Makna bahagia sebenarnya jauh lebih dalam dan besar dari semua itu.

    Walau kita mungkin andalusia, ibu tunggal, isteri monogami yang suaminya tidak bertanggung jawab atau isteri yang berpoligami, apatah lagi  isteri yang punya sebaik-baik suami dan anak-anak sekalipun, kita tetap mampu bahagia. dan bahagia itu bukan sekadar bahagia 1/10; 7:10 tetapi bahagia seratus persen.

    Bahagia yang menggetarkan jiwa. Bahagia yang menusuk kalbu.Bahagia yang membuatkan kita amat menghargai kehidupan.Bahagia yang membuatkan kita menjadi hambaNYA yang bersyukur, (yang mana akan ditambahkan lagi rasa bahagia itu berkali-kali ganda), bahagia yang membuatkan kita merasa manisnya alam kehidupan, mampu melalui ujian dan cobaan hidup dengan senyuman ikhlas yang lahir jauh dari sudut hati.

    Kita bercakap tentang bahagia tulen. Bahagia sebenar.

    Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia yang begitu?

    Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya?

    Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya?

    Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?

    Mampukah  bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya

    Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai?

    Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

    Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita.

    Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia.

    Bagaimana mahu mengawal pemikiran?

    Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

    Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri? Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang  begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati…

    Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

    Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis.

    Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita.

    Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

    Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui.

    Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.

    Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

    Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

    Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.



    « Last Edit: 15 September, 2009, 10:25:46 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    ningonly

    • *
    • Posts: 204
    • yang sedang-sedang saja
      • View Profile
    Reply #1 15 September, 2009, 12:43:55 PM
  • Publish
  • yelah ummi...
    tapi kalau suami jenis kakipukul dan panas baran tu..camane... buleh tak kalo lari dari dia..
    itulah aku...padamu

    teruterubozu

    • *
    • Posts: 99
      • View Profile
    Reply #2 15 September, 2009, 01:18:32 PM
  • Publish
  • "Kebahagiaan bukan mendapat apa yang anda mahu, tetapi kemahuan terhadap apa yang anda ada"..(Rabbi Hyman Judah Schactel)

    ya allah..hadirkanlah bahagia dalam hatiku supaya aku dapat membahagiakan orang di sekelilingku  :aamiin:
    Love All, Hate None

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 15 September, 2009, 01:22:55 PM
  • Publish
  • yelah ummi...
    tapi kalau suami jenis kakipukul dan panas baran tu..camane... buleh tak kalo lari dari dia..


    Sama tak seperti nyawa kita, jika orang nak bunuh kita, kita wajib mempertahankan nyawa kita sendiri, mungkin untuk melawan kita tidak mampu, maka melarikan diri sahajalah. Ingat! maksud di sini bukan nya dalam konteks berperang mempertahan kan agama, kalau mempertahan kan agama, kita tidak boleh lari, kerana syahid itu lebih manis dari jadi pelarian.

    ningonly

    • *
    • Posts: 204
    • yang sedang-sedang saja
      • View Profile
    Reply #4 15 September, 2009, 02:05:52 PM
  • Publish
  • apa ganjarannya ye bagi wanita yang bersabar dengan karenah suami yang sebegitu sedang dirinya hatinya terpendam rasa kecewa dan bertahan demi anak-anak..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 15 September, 2009, 02:37:38 PM
  • Publish
  • apa ganjarannya ye bagi wanita yang bersabar dengan karenah suami yang sebegitu sedang dirinya hatinya terpendam rasa kecewa dan bertahan demi anak-anak..

    Mana ada rasa kecewa?
    Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #6 15 September, 2009, 03:45:43 PM
  • Publish


  • “bahagia hanya mampu dikecapi melalui hati yang tenang dan hati yang tenang pula hanya mampu dimiliki oleh orang yang sentiasa patuh pada Allah SWT.”

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #7 15 September, 2009, 08:58:04 PM
  • Publish
  • Pintu Rindu
    Telah ku daki puncak tertinggi..
    Telahku turun lembah dan gurun..
    Telah ku daki puncak tertinggi..
    Telahku turun lembah dan gurun..

    Tidak ku temu mana pintu mu..
    Untukku seru rasa rinduku..
    Tidak ku temu mana pintu mu..
    Untukku seru rasa rinduku..

    Telah ku daki puncak tertinggi..
    Telahku turun lembah dan gurun..
    Telah ku daki puncak tertinggi..
    Telahku turun lembah dan gurun..

    Sungguh ku buta dalam cahaya..
    Sungguh ku lupa tika bahagia..
    Sungguh ku buta dalam cahaya..
    Sungguh ku lupa tika bahagia..

    Sedang kau dekat bukan dimata..
    Sentuhku erat di pinggir jiwa
    Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
    Sedang kau dekat di pinggir jiwa..

    Biarkan airmata melimpah..
    Biarkan luluh cinta tercurah..
    Segala kasih rindu tertumpah..
    Seluruh hati aku berserah..

    Ya Allah....

    Ku tunggu waktu bila bertemu..
    Hidup matiku hanya untukmu..

    Hidup matiku hanya untukmu..


    zaliah18

    • *
    • Posts: 7
    • Sentiasalah mensyukuri nikmat Allah..Alhamdulillah
      • View Profile
    Reply #8 15 September, 2009, 10:23:07 PM
  • Publish
  • Kebahagiaan itu adalah milik kita semua...kita sendiri yang akan menciptanya...
    "Berilah hatimu hanya utk Allah, pasti Allah temukan kepada pemilik yg terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya utk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya".

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #9 16 September, 2009, 07:22:35 AM
  • Publish
  • Kutekuni kitab “La Tahzan”
    Karya Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni
    Katanya: Janganlah bersedih!
    Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.

    Benar..
    Fitrah insani inginkan bahagia
    Ingin dikasihi dan mengasihi
    Ingin disayangi dan menyayangi
    Ingin dicintai dan menyintai
    Hingga kadangnya terlupa..
    Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia
    Bukanlah kemuncak cinta
    Malah bukanlah hakikat bahagia!

    Yang sebenarnya..
    Bahagia itu ma’nawi
    Jua bersifat rohaniah
    Lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min
    Adalah dengan mencintai Tuhannya.

    Kerana..
    Cinta kepada Allah..
    Adalah cinta yang tiada tandingan dan bandingannya
    Cinta yang paling memuaskan dan menenangkan
    Buahnya amat menghiburkan dan paling membahagiakan
    Ya’ni bahagia yang mendasar..
    Yang dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam.

    Justeru wahai insani..
    Burulah bahagia, hayatilah zikrullah
    Jadikanlah ia cita-cita murni nurani
    Agar hatimu tenang dan tiada keluh-kesah.

    Percayalah..
    Andai kau temui bahagia
    Pasti ‘syurga’ sebelum Syurga menjadi milikmu.

    Bahagia..
    Moga menjadi milikku dunia Akhirat!

    MUHTAR SUHAILI
    Rijswijk, Holland
    23 Mac 2007, 7.07pm.
    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #10 16 September, 2009, 12:31:49 PM
  • Publish

  • Benar...

    Janganlah bersedih!
    Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.

    tidak selalunya kita dalam kesedihan...kerana disebaliknya akan hadir sebuah kebahagian...

    setiap kebahagian dan kemudahan itu akan hadir setelah kita mengharungi kesedihan dan kesulitan...

    jangan ditangisi benda yang belum tentu menjadi milik kita....tapi harus tangisi benda yang telah menjadi milik kita ketika ini...kerana mana tahu ia akan terluput dan terlepas dari kita...dan jangan ditangisi benda yang lalu kerana ia telah menjadi sejarah dalam diari kehidupan kita....
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    ainnzenn

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #11 16 September, 2009, 12:54:18 PM
  • Publish
  • salam,,,, indahnyee stu kbhagiaan itu jika dhargai,,,,,

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #12 28 September, 2009, 09:47:07 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    Kebahagiaan impian setiap manusia. Saya pernah rasa sangat bahagia. Bagaikan dunia ini milik saya dan dia. Namun kini, dunia saya dan dunia nya sudah jauh berubah. Masing-masing sudah memasuki dunia kami sendiri yang jelas tidak akan berlaku pertindihan pun dalam dunia kami. Kemudian kami mula mencipta dunia kami sendiri dengan orang lain. Padahal kami tahu dunia kami masih wujud di hati walaupun ia hanya rahsia antara kami. Bayangkan kami berada di dunia bersama orang lain tetapi memikirkan dunia kami yang lalu. Namun satu je pegangan kami berdua. Jika perbuatan kami hanya akan mengecewakan lebih ramai orang, kami rela biar kami saja yang kecewa. Kerana membahagiakan orang lebih baik daripada melihat orang lain menitiskan air mata. Biarkan kami yang menangis di dalam hati. Semoga bahagia milik kami berdua. Insya Allah...
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    nurulhisya

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #13 29 September, 2009, 02:40:23 AM
  • Publish
  • salam..macam mana pula kalau hidup kite ni selalu je mengalah untuk orang lain tanpa memikirkan kebahagian diri kita sendiri?..saya selalu je mengalah untuk orang lain...kadang-kadang orang cakap saya ni tiada perasaan..betul ke??
    [/quote]

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #14 29 September, 2009, 08:26:27 AM
  • Publish
  • salam..macam mana pula kalau hidup kite ni selalu je mengalah untuk orang lain tanpa memikirkan kebahagian diri kita sendiri?..saya selalu je mengalah untuk orang lain...kadang-kadang orang cakap saya ni tiada perasaan..betul ke??
    [/quote]

    Assalamualaikum...
    Kesanggupan saudari untuk mengalah demi orang lain jelas menunjukkan saudari ada perasaan. Kita selalu kata, kebahagiaan orang, kebahagiaan kita. Tapi adakah ia ikhlas dari hati naluri kita atau hanya kata-kata orang yang pasrah dan menyerah dalam mengejar erti kebahagiaan diri sendiri? Bahagia kah kita melihat kebahagiaan orang lain. Atau hakikatnya hati kita bagai dilapah, dibuat ulam dan diperah limau. Pedih tak?

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #15 29 September, 2009, 08:40:59 AM
  • Publish
  • salam..macam mana pula kalau hidup kite ni selalu je mengalah untuk orang lain tanpa memikirkan kebahagian diri kita sendiri?..saya selalu je mengalah untuk orang lain...kadang-kadang orang cakap saya ni tiada perasaan..betul ke??


    istilah kebahagiaan itu berbeza mengikut tanggapan masing-masing. Ada orang yang rasa bahagia bila dapat memberi berbanding menerima.

    ada masanya kita perlu mengalah, dan ada masanya kita perlu mempertahankan hak (terutama yang membabitkan soal akal, jiwa, agama, maruah, keluarga)

    embunNISA

    • *
    • Posts: 70
    • keadilan mutlak pada yang berhak
      • View Profile
    Reply #16 29 September, 2009, 10:44:06 AM
  • Publish
  • Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

    sesungguhnya, hanya allah yg maha mengetahui sebaik baik dan sbeuruk buruk kejadian..subhanallah.. takdir allah buat insan dimuka bumi ini terlalu cantik dan tertib aturannya.. kita sering mendoakan moga dipermudahkan kehidupan, dikurniakan ketabahan berpanjangan. namun,kerapkali diberikan ujian. bukan kerana doa yg dipohon itu disisihkan, namun sekadar memberi ujian, bukti kasih sayang yg maha esa terhadap kita..maka redhalah dgn ketentuan itu..pasti mendung akan berganti pelangi..kebahagian adalah hak setiap insan..hanya yg membezakan bagaimanakah kita menikmati kebahagian itu..jgn abaikan igtan pada yg esa saat bahagia itu dihadapan mata supaya kita tak segan nak meminta diberi kembali kebahagian itu tatkala ujian melanda..

    wallualam..
    Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #17 29 September, 2009, 12:00:51 PM
  • Publish
  • redha nan setiap kjadian yg mnimpa diri kita..
    Allah tidak zalim thadap hamba2nya..
    sentiasa kita bsangka baik thadapNya..
    insyAllah pelangi pasti muncul slpas hujan yg trun..
    lumrah alam...
    lumrah kehidupan...

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #18 29 September, 2009, 12:02:58 PM
  • Publish
  • Belajar erti redha, sabar & syukur, amalkan pengertian redha, sabar & syukur, insyaallah akan bertemu kebahagiaan yg hakiki...

    fairuzz

    • *
    • Posts: 42
      • View Profile
    Reply #19 29 September, 2009, 01:07:20 PM
  • Publish
  • syukur is our foundation, tanda-tanda bagi orang yang bersyukur ada empat, ridha, al-iqtisad, imtinan dan qanaah...barang siapa yang tidak mempunyai tanda2 ini maka ia berada dalam makam kufur....nauzubillah...barang siapa berada dalam makam kufur maka kebahagiaan takkan menjelma.... allahu a'lam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2277 Views
    Last post 23 August, 2009, 12:00:09 AM
    by alhaudhie
    11 Replies
    4803 Views
    Last post 24 October, 2009, 03:19:12 AM
    by mualli
    5 Replies
    1114 Views
    Last post 07 April, 2011, 02:17:26 PM
    by ifahuzir