Ungkapan doa yang sesuai untuk pengantin baru

*

Author Topic: Ungkapan doa yang sesuai untuk pengantin baru  (Read 91949 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
12 September, 2009, 07:39:14 AM
  • Publish


  • Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
    “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
    - Ar-Rum : Ayat 21
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 12 September, 2009, 07:40:03 AM
  • Publish


  • Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
    " Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
    dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
    untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
    hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
    di hatinya untuk dicintai

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 12 September, 2009, 07:40:48 AM
  • Publish

  • “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
    Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 12 September, 2009, 08:03:10 AM
  • Publish

  • Doa Untuk Pengantin
    "Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
    Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
    ~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 12 September, 2009, 08:03:48 AM
  • Publish

  • Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
    (nama pengantin) dan (nama pengantin).
    Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 12 September, 2009, 08:04:17 AM
  • Publish

  • " Ya Allah
    Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
    Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 12 September, 2009, 08:04:47 AM
  • Publish

  • Doa Untuk Pengantin
    “ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
    lebih-lebih lagi di akhirat "
    - Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 12 September, 2009, 08:05:19 AM
  • Publish

  • Doa Untuk Pengantin
    Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
    Nabi Muhammad SAW.
    ~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 12 September, 2009, 08:05:48 AM
  • Publish

  • “ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
    ~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 12 September, 2009, 08:06:21 AM
  • Publish

  • Doa Untuk Pengantin
    Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
    ~ Amin ya Yabbal Alamin ~

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 620
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #10 15 September, 2009, 10:03:52 AM
  • Publish
  • **Sabda Nabi Muhammad S.A.W**

    "Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Reply #11 07 November, 2009, 04:35:29 AM
  • Publish

  • Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

    Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

    Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

    Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

    Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita".[1]

    Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

    Abdul Rahman r.a. menjawab, "saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

    Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"[2]

    Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"[3]

    Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."[4]

    Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

    Wallahu’alam.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Ya Habibi

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #12 07 November, 2009, 07:03:55 AM
  • Publish
  • Bismillah.

    Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.
    [Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]

    Dan, boleh mungkin ucap.. "Semoga perkahwinan kamu kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga"

    dya adriza

    • *
    • Posts: 423
      • View Profile
    Reply #13 07 November, 2009, 10:58:11 AM
  • Publish
  • Ya Allah..
    kurniakanlah aku isteri dan zuriat yang soleh..
    sebagai penyejuk mataku di dunia ini..

    sesengal

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #14 06 December, 2009, 04:14:45 PM
  • Publish
  • amin...
    boleh simpan kata2  n doa nie time nk kahwin nanti...

    deq_nurse

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #15 27 December, 2009, 10:13:46 PM
  • Publish
  •  :)
    saya pernah mendoakan seseorang yg baru berumahtangga dgn "semoga berbahagia ke akhir hayat"..tapi saya ditegur oleh seseorng, dan menyatakan yg sepatutnya adalah, "semoga kekal hingga ke syurga"...

    slama ni tak tau pun.. :syukur: mendapat tunjuk ajar drpd orglain dan laman web ini..
     :syukur:
     :jaz:

    m.farid

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #16 14 January, 2010, 03:20:33 AM
  • Publish
  • alhamdulillah..
    bolehla ana kirim2kn doa ni kat kawan2 yg nk berkahwin nanti..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    102 Replies
    11534 Views
    Last post 27 June, 2012, 04:48:49 PM
    by Seharum Jannah
    4 Replies
    2313 Views
    Last post 01 September, 2010, 09:45:34 AM
    by almulk
    25 Replies
    3314 Views
    Last post 30 October, 2013, 09:24:35 AM
    by Darweena