Surah Al-Mulk banyak fadhilat

*

Author Topic: Surah Al-Mulk banyak fadhilat  (Read 6093 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

adeq_fauzy

  • *
  • Posts: 693
  • :: KeranaMU ya Allah ::
    • View Profile
09 June, 2007, 04:02:55 PM
  • Publish
  • AL-QURAN adalah kalam Allah yang bermukjizat dan zikir terbaik untuk diamalkan kerana ia adalah cahaya, petunjuk serta pedoman mutlak dalam memandu kehidupan seluruh umat manusia.

    Daripada 6,236 ayat di dalam 114 surah yang termaktub dalam kitab suci yang dijamin penjagaannya oleh Allah s.w.t. sehingga hari kiamat, terdapat beberapa surah pilihan yang sering menjadi amalan zikir umat Islam kini.

    Surah Al-Mulk (kerajaan) yang mengandungi 30 ayat dan merupakan surah ke-67 dalam juzuk 29 adalah antara surah-surah yang menjadi zikir pilihan harian kebanyakan mukmin.

    Diturunkan sesudah surah Ath-Thuur dan termasuk dalam kelompok surah-surah yang diturunkan di Mekah (Surah Makkiyah), Al-Mulk juga dinamakan dengan surah At-Tabaarak (Maha Suci).

    Surah ini juga agak pendek (30 ayat) tetapi padat dengan peringatan, iktibar dan nasihat melibatkan akidah. Maka ia lebih mudah dihafal untuk difahami dan dijadikan pedoman hidup.

    Malah Al-Mulk yang dijadikan zikir ini, jika dihayati dan difahami sebaik-baiknya ia adalah penyelamat akidah Mukmin dalam mengamalkan kehidupan harian yang penuh pancaroba sekarang.

    Daripada surah ini kita dapat mengetahui dan memahami akan penegasan dan bukti-bukti tentang kekuasaan Allah s.w.t. yang mutlak ke atas setiap makhluknya.

    Kuasa menghidup dan mematikan adalah hak mutlak-Nya. Penciptaan langit dan bumi untuk menafaat manusia ada ganjaran dan balasan di dunia dan di akhirat.

    Malah pelbagai amaran, peringatan dan petanda turut diberikan pada manusia supaya membuat pilihan yang betul dan tepat semasa di dunia.

    Kita juga diingatkan bahawa tidak ada makhluk yang dapat menyelamatkan diri daripada hukuman dan ketentuan Allah s.w.t..

    Setiap kekufuran, kekafiran dan helah dalam menolak seruan Rasul tidak akan terlepas dari azab seksaan-Nya.

    Besarnya syafaat, fadilat dan pengaruh yang terkandung dalam surah ini mendorong Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP) menerbitkan buku khas yang membincangkan mengenai surah Al-Mulk.

    Diterbitkan secara eksklusif dengan judul ‘Surah Al-Mulk: Terjemahan dan Huraian’, buku ini diedar khas untuk pembayar zakat di PPZMAIWP.

    Melalui usaha Muhammad Ramzi Omar sebagai penyusun dibantu oleh Ahmad Shukri Yusoff selaku penyunting, buku setebal 98 muka surat ini diterbitkan melalui cetakan pertama tahun 2006. Muhammad memulakan penyusunan buku ini dengan siri pengenalan mengenai fadilat surah Al-Mulk diikuti terjemahan mengikut urutan ayat demi ayat sehingga habis 30 ayat.

    Diikuti dengan kebesaran fadilat dan intipati kalam Allah dalam surah ini melalui perincian huraian ayat-ayat dari rujukan pelbagai kitab tafsir muktabar termasuk Tafsir Pimpinan al-Rahman, Al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Muhammad Ali al-Sobuni, Abu al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Naisaburi, Dr. Muhammad Sayyid Ahmad al-Musayyar, Dr. Abdul Hayie Abdul Sukor, Muhammad Taqiyyuddin Al-Mudarrisi, Sa’id Hawwa dan Harun Yahya,

    Namun pokok isi surah Al-Mulk menjelaskan hidup dan mati adalah ujian bagi manusia. Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan.

    Lalu Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memperhatikan isi alam semesta kerana azab yang diancam terhadap orang-orang kafir dan janji Allah kepada orang-orang mukmin adalah satu ketentuan yang pasti.

    Nama Buku: Surah Al-Mulk: Terjemahan & Huraian

    Terbitan: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    Edaran: Terbitan Eksklusif untuk pembayar zakat (percuma)

    Penyusun: Muhammad Ramzi Omar.

    Penyunting: Ahmad Shukri Yusoff.

    Ketebalan: 95 muka surat.

    Sumber : utusan malaysia
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    puterilindunganbulan2005

    • *
    • Posts: 59
    • Bu...nga....
      • View Profile
    Reply #1 10 September, 2008, 02:56:48 PM
  • Publish
  • btol3 tu sebenarnyer.. ader jugak ceriter disebalik al mulk.. ni saper2 yg ader info boleh share.. hehee
    Nur itu cahaya, yang menyinari.. dalam kegelapan..

    khairunnisa

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Reply #2 28 March, 2009, 12:00:29 AM
  • Publish
  • bacalah almulk setiap malam sebelum tidur dan ajarkanlah kepada semua....tidak kira tua atau muda..insyaALLAH al-mulk akan memberi syafaat kpd kita ketika di alam barzah nnt..

    \"Ya ALLAH, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka. berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur\'an\"

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    15 Replies
    19172 Views
    Last post 08 October, 2011, 08:17:37 PM
    by halawah
    4 Replies
    3260 Views
    Last post 20 November, 2010, 08:51:46 AM
    by Pak_Long
    0 Replies
    2487 Views
    Last post 23 July, 2011, 10:22:17 AM
    by IbnuNafis