Cara Bacaan Hukum Iqlab

*

Author Topic: Cara Bacaan Hukum Iqlab  (Read 11544 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

gurutajwid

  • *
  • Posts: 167
    • View Profile
06 September, 2009, 03:46:50 PM
  • Publish
  • Salah satu hukum yang terdapat dalam bab Nun Sukun dan Tanwin ialah hukm al-Iqlab. Apakah pengertian al-Iqlab? Pengertian al-Iqlab adalah seperti berikut:

    Menurut bahasa : Al-Iqlab menurut bahasa ialah  menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
    Menurut istilah ilmu Tajwid :Ialah menukarkan lafaz nun sukun dan tanwin kepada lafaz mim, lalu diikhfa’kan(disembunyikan) huruf  mim di sisi huruf  ba’ serta mengekalkan sifat dengungnya.

    Untuk mengingati huruf Iqlab sangat mudah kerana hurufnya satu sahaja iaitu ba' sahaja. Jadi, apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf  Iqlab iaitu ba’, maka ia wajib ditukarkan menjadi mim pada lafaz bacaan dan tidak pada tulisan, kemudian diikhfa’kan(disembunyikan) di sisi huruf Iqlab iaitu ba’, serta mengekalkan sifat dengungnya dengan sempurna dua harakat.

    Makna ikhfa’ mim di sini bukanlah menghilangkan keseluruhan makhraj dan sifat hurf tersebut, tetapi adalah melemahkan dan menyembunyikan makhrajnya. Cara yang betul mengikut kaedah ilmu tajwid ialah dengan cara dua bibir direnggangkan sedikit dan menyempurnakan sifat dengungnya dua harakat.

    Penting untuk saya jelaskan di sini tentang kesalahan bacaan Iqlab yang tidak tepat sepertimana yang dikehendaki mengikut hukum tajwid. Kebanyakan cara bacaan yang selalu digunakan ialah dengan merapatkan terus dua bibir. Bacaan ini sebenarnya adalah bagi hukum Idgham Mithlain Soghir.

    Apabila anda membaca al-Quran Resam Uthmani, tanda yang digunakan untuk menunjukkan hukum bacaan tersebut  Al-Iqlab ialah dengan diletakkan huruf mim kecil di atas huruf nun sukun. Manakala untuk tanda bacaan tanwin huruf mim kecil diletakkan sebagai pengganti baris yang kedua bagi tanda baris dua. Sila anda lihat contoh-contoh kalimah di bawah:

    Contoh-contoh Tanwin

    أَبَدَۢا بِمَا    أَلِيمُۢ بِمَا      كَافِرِۭ بِهِۦ

    Cuba anda  lihat contoh-contoh tanwin di atas.  Anda perhatikan satu baris telah dibuang dan digantikan dengan huruf mim kecil. Maka bacaan tanwin wajib ditukarkan kepada lafaz mim, dan kemudiannya diikhfa’kan di sisi huruf ba’. Kemudian disempurnakan dengungnya sebanyak dua harakat. Berdasarkan contoh di atas juga dapat kita lihat bahawa hukum Iqlab untuk tanwin hanya berlaku di dalam dua kalimah sahaja. Di mana tanwin berada di akhir kalimah pertama dan huruf Iqlab iaitu ba’ berada di awal kalimah kedua.

    Sekarang cuba lihat pula contoh-contoh untuk nun sukun.

    مِنۢ بَعۡدِ               أَنۢبِـُٔونِى  
     

    Sekarang anda perhatikan contoh di atas. Perhatikan bahawa huruf mim kecil diletakkan di atas huruf nun.Maka bacaan nun sukun wajib ditukarkan kepada lafaz mim, dan kemudiannya diikhfa’kan di sisi huruf ba’. Kemudian disempurnakan dengungnya sebanyak dua harakat. Dari contoh di atas dapat kita fahami bahawa Iqlab untuk hukum nun sukun boleh berlaku di dalam satu dan dua kalimah.

      
    Untuk menambahkan lagi kefahaman anda, saya telah sediakan video cara bacaan untuk hukum Iqlab ini. Saya akan membaca berdasarkan contoh-contoh kalimah di atas. Jadi, sila rujuk contoh di atas ketika anda melihat video yang saya sertakan. Saya harap anda akan faham setelah melihat video ini. Silalah bertanya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang hukum bacaan ini.

    Bagaimana Membaca Hukum Al-Iqlab


    Selamat mencuba!
                                  





    « Last Edit: 06 September, 2009, 03:50:52 PM by gurutajwid »
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    16735 Views
    Last post 04 November, 2012, 01:45:07 PM
    by halawah
    0 Replies
    10597 Views
    Last post 22 September, 2009, 12:26:36 PM
    by gurutajwid
    11 Replies
    20656 Views
    Last post 27 February, 2010, 07:17:21 AM
    by dya adriza